Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan sungai di negara kita

Pendahuluan
1.Dasawarsa ini, isu sungai sering kali keluar di dada-dada akhbar dan di media
massa bahkan menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat.
2.Hal ini demikian kerana,sungai di negara kita pada hari ini semakin hilang
keindahan dan kebersihannya.
3.Sungai di negara kita telah dicemari oleh tangan-tangan yang tidak
bertanggungjawab.
4. Sebagai contohnya, sampai sarap yang dibuang oleh orang ramai ke dalam
sungai menjadikan sungai tercemar.
5.Oleh itu, kepentingan sungai di negara kita hendaklah diketahui supaya
pencemaran sungai dapat dielakkan.
Isi 1
1.Salah satu kepentingan sungai di negara kita ialah sebagai tempat rekreasi dan
pelancongan.
2. Sungai dijadikan pilihan orang ramai sebagai tempat mereka bersantai
terutamanya pada waktu cuti.
3.Ini kerana,sungai merupakan suatu tempat yang bebas daripada hiruk pikuk
bandaraya dan menenangkan fikiran serta minda.
4.Sebagai contohnya, aktiviti memancing dan mandi-manda yang sering dilakukan
oleh ahli keluarga di sungai-sungai.
5.
Isi 2
1.Seterusya, sungai juga penting sebagai sumber makanan dan pendapatan.
2.Di dalam sungai, terdapat pelbagai jenis hidupan yang boleh dijadikan makanan
manusia dan haiwan untuk menjamin kelangsungan hidup.
3.Bukan setakat itu sahaja, hidupan-hidupan di dalam sungai juga boleh
dikomersialkan untuk menjana pendapatan.
4.Sebagai contohnya, penangkapan ikan haruan dan keli di sungai-sungai boleh
dijadikan sebagai lauk pauk harian mahupun dijual kepada peraih-peraih ikan untuk
mendapatkan wang.
5.

Isi 3
1.Selain itu, sungai adalah penting dalam perhubungan dan pengangkutan.
2.Sungai adalah alternatif lain selain jalan darat yang menghubungkan mereka yang
tinggal di kawasan pedalaman dengan bandar.
3.Mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan ingin ke bandar perlu menaiki bot
menyusuri sungai.
4.Sebagai contohnya, Sungai Kinabatangan di Sabah menjadi penghubung
masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman untuk ke bandar.
5.
Kesimpulan
1.Intihanya, sudah terang lagi bersuluh sungai memberi banyak kepentingan di
negara kita.
2.Sekiranya sungai dibiarkan tercemar, kesihatan masyarakat akan terjejas.
3.Hal ini demikian kerana, sumber air bersih akan berkurang dan vektor pembawa
penyakit seperti lipas, tikus, bakteria, parasit dan lain lain akan bertambah.
4.Dengan itu, masyarakt akan terkena penyakit-penyakit bawaan air seperti cirit-birit,
taun, keracunan makanan dan sebagainya.
5. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu demi memastikan sungai di
negara kita bersih dan dapat dinikmati sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai