Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Sungai Pada masa kini dunia menghadapi krisis dalam bekalan air bersih.

Keadaan ini berpunca daripada pencemaran sungai.Masyarakat perlu diberi kesedaran tentang kepentingan sungai. Sungai adalah sumber air kepada manusia dan haiwan.Manusia menggunakan air untuk kegunaan harian seperti minum,mencuci dan memasak. Sungai juga merupakan habitat semulajadi haiwan seperti ikan,udang dan ketam.Haiwan-haiwan ini adalah sumber makanan yang membekalkan protin kepada manusia. Selain itu,sungai menjadi tempat untuk kita beriadah.Contohnya kita dapat berkelah dan memancing bersama keluarga.Sungai juga dijadikan pusat reakrasi seperti aktiviti bersampan dan berkayak. Di samping itu,kewujudan sungai member peluang kepada nelayan mencari rezeki.Malah terbina industri pelancongan seperti resort,rumah persinggahan dan gerai makanan. Akhirnya dapatlah kita katakana bahawa sungai sangat penting kepada kita.Oleh itu jagalah kebersihan sungai kita.

Anda mungkin juga menyukai