Anda di halaman 1dari 1

KEPENTINGAN SUNGAI KEPADA MANUSIA

Sungai sangat penting dalam kehidupan manusia.Terdapat beberapa kepentingan


sungai kepada manusia.
Sungai dapat menjadi sumber bekalan air kepada manusia. Tanpa air, manusia
tidak dapat hidup dan aktiviti harian seperti minum, mandi, memasak dan
sebagainya akan terjejas.
Selain itu, sungai juga dapat menjadi jalan pengangkutan. Dengan adanya
sungai, manusia mudah berhubung dengan menggunakan pengangkutan air seperti
bot, sampan, rakit dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, sungai juga membolehkan manusia menjana pendapatan
untuk menyara kehidupan diri dan ahli keluarga. Di dalam sungai, terdapat banyak
hidupan akuatik seperti ikan yang boleh dijual.
Konklusinya, sungai amat penting dalam kehidupan manusia. Kita perlulah
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjaga kebersihan sungai.

(Sumber :
http://karanganpt3.blogspot.com/2014/11/kepentingansungai-kepada-manusia.html)

Anda mungkin juga menyukai