Anda di halaman 1dari 1

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

TAJUK 18 BERSUCI ASAS KEBERSIHAN UstDi, NDr 011-10095423

1- Taharah dari segi bahasa bermaksud suci dan bersih.


2- Taharah dari segi istilah bermaksud suci dan bersih daripada hadas dan najis.
3- Hukum bersuci daripada hadas samada hadas kecil/ besar adalah wajib bagi setiap
Muslim.
4- Terdapat beberapa alat yang boleh digunakan untuk bersuci iaitu;
a. Air Mutlak : air perigi, air sungai, air laut, air mata air, air embun dan air salji.
b. Debu tanah yang suci
c. Batu atau benda kesat ; kertas, daun, kayu dan kulit kayu
5- Terdapat empat jenis air iaitu air mutlak, air musta’mal, air musyammas dan air
mutannajis.
6- Perbezaan antara suci dan bersih ialah;
Pakaian yang terkena najis dan dibasuh Bersih tetapi tidak suci.
BERSIH dengan sabun tetapi tidak menggunakan Tidak boleh digunakan
air mutlak. dalam solat.
Pakaian yang terkena kotoran dan bukan Tidak bersih tetapi suci.
SUCI najis dan boleh dibersihkan dengan hanya Boleh digunakan untuk
menggunakan tisu sahaja. bersolat.

7- Jadual di bawah menunjukkan kepentingan bersuci;


BIL KEPENTINGAN BERSUCI TERHADAP DIRI KEPENTINGAN BERSUCI TERHADAP PERSEKITARAN
Sentiasa bersiap sediauntuk Mewujudkan persekitaran yang bersih dan
1.
melakukan ibadat. ceria.
Mewujudkan masjid dan surau yang selesa
2. Memelihara kebersihan diri.
dan bersih untuk beribadat.
Menarik perhatian masyarakat untuk
3. Menjaga kesihatan tubuh badan.
mendekati masjid/ surau/ tempat ibadat.
Mendapat ketenangan dan Membina tamadun yang gemilang dan
4.
pemeliharaan oleh Allah Taala. terbilang.
5. Memelihara maruah umat Islam.

Anda mungkin juga menyukai