Anda di halaman 1dari 21

Kerja Kursus Sejarah

Salasilah Keluarga

Nama: Hazim bin Ahmad Tingkatan: 1 Cemerlang No. i/c: 110121-06-5366 Nama Guru: Puan Siti Zainab bt Kamarudin Nama Sekolah: SMK Abu Bakar, Temerloh

Elemen 1
Tugasan 1 (a): Dokumentasi fakta sejarah yang dikumpul daripada pelbagai sumber. Contoh: Salinan ic, surat beranak, sijil kahwin dan sijil-sijil lain seperti keputusan peperiksaan dan kegiatan ko-kurikulum.

Elemen 2
Tugasan 1 (b): Laporan

Bil. 1. 2. 3. 4. 5.

Butir-butir Tajuk Isi Kandungan 1.0 - Penghargaan 2.0 - Objektif Kajian 3.0 - Kaedah Kajian 4.0 Hasil Kajian 4.1 Nama ahli-ahli keluarga

Muka surat (i) (ii) (iii) (iv) (v)


(mula dengan nombor 1)

6.

4.2 Pertalian persaudaraan 4.3 Tarikh-tarikh penting 4.4 Membina rajah salasilah keluarga

7. 8. 9. 10.

5.0 - Rumusan 6.0 - Lampiran 7.0 - Rujukan 8.0 - Esei

Penghargaan

Contoh 1 Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah yang bertajuk Salasilah Keluarga dalam masa yang telah diberikan. Kerja kursus ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan baik seandainya tiada bantuan daripada insan-insan yang ikhlas dan prihatin. Oleh itu, rakaman penghargaan ini sebagai tanda ingatan tulus ikhlas buat mereka yang membantu saya.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan buat Puan Siti Zainab bt Kamarudin selaku guru bagi subjek Sejarah. Ucapan terima kasih dihulurkan di atas segala bantuan serta

pandangan yang telah diberikan oleh beliau dalam pelaksanaan kerja kursus Sejarah.

Buat ibu dan bapa tersayang, ucapan terima kasih yang tulus ikhlas turut dihulurkan atas segala nasihat serta dorongan dalam menyiapkan kerja kursus ini. pengorbanan yang diberikan akan dijadikan panduan untuk diri saya. Segala nasihat dan

Tidak ketinggalan juga, rakaman penghargaan turut ditujukan buat rakan seperjuangan saya yang telah memberi idea dan pandangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang diberi saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Contoh 2 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya berjaya menyiapkan kerja kursus diberikan. Sejarah yang bertajuk Salasilah Keluarga dalam tempoh yang

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan Zainab bt Kamarudin, iaitu guru mata pelajaran Sejarah saya di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar serta yag telah diberi olehnya semasa saya membuat folio ini.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga saya yang telah banyak memberikan sokongan dan sumber untuk menyiapkan folio ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, saya amat berterima kasih kerana secara tidak langsung memberi saya sedikit idea bagi memperbaiki lagi mutu dan kualiti folio ini.

Sekian, terima kasih

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji salasilah keluarga. Oleh itu, berdasarkan tujuan tersebut, objektif kajian antaranya ialah untuk mengenali dan memahami asal usul keluarga dengan lebih dekat dan mendalam. Selain itu, melalui kajian ini, saya juga boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya.

Seterusnya, kajian ini juga bertujuan mengenali dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya serta mengetahui tarikh-tarikh penting yang berlaku dalam keluarga saya. Oleh itu, segala maklumat yang saya perolehi seperti kesungguhan dan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu kejayaan dapat dijadikan sebagai panduan dan pedoman bagi diri saya.

Seterusnya, kajian ini membantu saya juga dapat mengenal pasti salasilah keluarga saya melalui carta salasilah keluarga yang dibina.

Kaedah Kajian

Terdapat beberapa kaedah yang telah saya gunakan dalam kerja kursus Salasilah Keluarga iaitu kaedah temuramah, kaedah pemerhatian dan kaedah analisis dokumen.

Melalui kaedah temuramah, saya telah menemu bual ibu bapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung atau tidak langsung dalam peristiwa tersebut.

Kaedah pemerhatian turut dijalankan dengan melihat dan mengkaji perkembangan ahli keluarga saya sama ada dari segi aktiviti, hobi dan perilaku mereka.

Selain itu, kaedah analisis dokumen digunakan dengan menganalisis maklumat daripada dokumen-dokumen yang disimpan oleh ibu bapa seperti sijil lahir, kad pengenalan, gambar keluarga dan lain-lain.

Hasil Kajian
I. II. Nama ahli-ahli keluarga Pertalian persaudaraan

III. Tarikh-tarikh penting IV. Membina rajah salasilah keluarga

Nama Ahli-Ahli Keluarga

Bapa Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan kegemaran Buku kegemaran Haiwan kegemaran

Ibu Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan kegemaran Buku kegemaran Haiwan kegemaran

Abang (jika ada) Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan / Cita-cita Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan kegemaran Haiwan kegemaran

Kakak (jika ada) Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan / Cita-cita Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan kegemaran Haiwan kegemaran

Adik (jika ada) Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Sekolah Rendah Sekolah Menengah Cita-cita Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan/Filem/Drama kegemaran Haiwan kegemaran Tempat kegemaran Laman Web kegemaran Subjek kegemaran Guru kegemaran Kawan-kawan karib

Saya (jika ada) Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Sekolah Rendah Sekolah Menengah Cita-cita Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan/Filem/Drama kegemaran Haiwan kegemaran Tempat kegemaran Laman Web kegemaran Subjek kegemaran Guru kegemaran Kawan-kawan karib

Pertalian Persaudaraan

Bil

Nama

Pertalian Persaudaraan

Nama Panggilan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Ahmad bin Abdullah Aminah binti Wahab Abdullah bin Ali Asmah binti Mukhriz Wahab bin Ali Hasmah binti Haji Ramlan Hazriq Aiman bin Ahmad Iman Raudhah binti Ahmad

Bapa Ibu Datuk sebelah bapa Nenek sebelah bapa Datuk sebelah ibu Nenek sebelah ibu Abang Kakak

Abah Mama Tok Wan Tok Wan Aki Wan Along Angah

Tarikh-tarikh Penting

Hari Perkahwinan ibu bapa Tarikh: 19 Disember 1994 Pada tarikh 19 Disember 1994, ibu dan bapa saya telah berkahwin. Tarikh ini penting kerana tanpa mereka, saya tidak akan wujud.

Hari Lahir bapa Tarikh: 5 Julai 1975 Bapa saya telah dilahirkan pada tarikh 5 Julai 1975. Kini, bapa saya berumur 36 tahun. Tarikh ini penting kerana setiap tahun kami sekeluarga akan berkumpul untuk meraikannya.

Hari Lahir ibu Tarikh Lahir: 19 Disember 1975 Ibu saya telah dilahirkan pada tarikh 19 Disember 1975. Kini, ibu saya berumur 36 tahun. Tarikh ini sangat penting kerana tarikh ini juga merupakan tarikh perkahwinan ibu bapa saya. Setiap tahun apabila menjelang tarikh ini, kebiasaannya kami sekeluarga akan menyambutnya di restoran kegemaran ibu.

Hari Lahir Kakak saya Tarikh: 3 April 1990 Kakak saya telah dilahirkan pada tarikh 3 April 1990. Kini, kakak saya telah berumur 21 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Tarikh ini sangat penting kerana setiap tahun saya pasti akan membuat kad serta membelikan hadiah untuknya.

Hari Lahir saya Tarikh Lahir: 21 Januari 2011 Saya telah dilahirkan pada tarikh 21 Januari 2011 di hospital Temerloh. Tarikh ini penting kerana setiap tahun ibu dan bapa saya pasti akan membeli kek dan hadiah untuk saya.

Rajah Salasilah Keluarga

Contoh-contoh Carta Keluarga yang boleh anda jadikan sebagai rujukan :-

Rumusan

Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum pernah saya ketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga saya yang seterusnya membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya.

Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli keluarga antara satu sama lain.

Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya. Diharapkan rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan kebaikan-kebaikan yang saya alami dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 ini.

(Nama) (Tingkatan)

Lampiran

Contoh: Gambar, dokumen, peta dan lain-lain. Sila nyatakan tajuk bagi setiap lampiran

Rujukan Orang sumber yang memberikan maklumat yang berguna seperti ibu, bapa, datuk, nenek dan sebagainya. Sertakan nama penuh mereka, umur, No kad pengenalan, Alamat rumah, No telefon dan emel.

Anda mungkin juga menyukai