Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

Saya Mohd Syameel Aiman Bin Kisman , bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tanpa menghadapi masalah.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada sayauntuk menyiapkan folio Sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian salasilah keluarga saya ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli keluarga saya yang banyak membantu dalam kewangan. Tanpa bantuan dari mereka semua saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus Sejarah ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Tuck Chun Mun iaitu guru mata pelajaran Sejarah saya kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan dan kerjasama cikgu.

SEKIAN TERIMA KASIH MOHD SYAMEEL AIMAN BIN KISMAN 1 AMANAH

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa objektif seperti yang berikut:
a) Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya b) Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk

dan neneksaya sehinggalah kepada generasi saya


c) Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya . d) Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang

dicapai oleh keluarga saya .


e) Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu

kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja .
f) Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki sebuah

keluarga yang harmoni dan ceria .


g) Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis

maklumat tentang keluarga saya .

KAEDAH KAJIAN
Kaedah kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut :

1. KAEDAH TEMUBUAL Saya telah menemubual beberapa orang dalam ahli keluarga untuk menceritakan denga lebih lanjut mengenai sejarah dan latar belakang keluarga saya. 2. KAEDAH PEMERHATIAN Saya telah membuat pemerhatian dengan melihat foto-foto dari album keluarga saya bagi mengenal pasti setiap ahli keluarga saya. 3.KAEDAH MENGKAJI DOKUMEN Melalui beberapa dokumen yang terdapat maklumat mengenai sejarah keluarga saya terdapat dalam simpana keluarga saya.

BIODATA DIRI
Nama penuh saya Mohamad Syameel Aiman Bin Kisman . Saya berumur 13 tahun . Saya dilahirkan di Hospital Besar Tawau pada 14 Mei 1998 . Alamat rumah saya ialah TB12269 , LOT B32 , Taman Megah Jaya , Jalan Apas , KM8 , Jalan Tiku , 91000 , Tawau , Sabah . Ketika saya berusia 7 tahun hingga 12 tahun , saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Holy Trinity Tawau , Sabah . Kini , saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau di tingkatan 1 Amanah . Saya mempunyai cita cita yang ingin saya kecapi iaitu ingin menjadi seorang jurutera yang berjaya . Saya juga mempunyai banyak hobi seperti bermain badminton , bermain bola , melayari internet dan banyak lagi . Makanan kegemaran saya ialah Char Kway Teow . Manakala minuman kegemaran saya ialah Laicikang . Warna kegemaran saya ialah hitam dan putih . Rancangan kegemaran saya ialah Dirty Jobs . Ia banyak memberi kita pengetahuan tentang pekerjaan pekerjaan yang terkini dan yang dahulu .

RUMUSAN
Sesungguhnya, dengan melakukan Kerja Kursus Sejarah ini, saya telah mendapatbanyak maklumat mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum sayaketahui sebelum ini. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap keluraga saya setelah melakukan kajian ini.

Selepas melakukan Kerja Kursus Sejarah ini, saya juga telah mengenal dengan lebih rapat lagi ahli keluarga saya. Dengan itu, hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim dapat dirapatkan lagi.

Terakhir, kajian ini juga telah membuat saya menguasai kemahiran yang sangat berguna. Antara kemahiran tersebut ialah, kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dan data tentang salasilah keluarga saya.

MOHD SYAMEEL AIMAN BIN KISMAN 1 AMANAH

LAMPIRAN : SALASILAH KELUARGA

RUJUKAN
MENGANALISIS DOKUMEN MYKAD ( IBU , AYAH & SAYA SENDIRI ) MYKID ( ADIK BERADIK ) SIJIL NIKAH ( AYAH & IBU ) SIJIL LAHIR ( ADIK BERADIK )
LAMAN WEB http://www.scribd.com/doc/24478802/Folio-Sejarah-Tingkatan-Satu-KeluargaSaya http://suesejarah.typepad.com/blog/2010/06/kerja-kursus-sejarah-tingkatan1.html http://www.scribd.com/doc/20007592/kerja-kursus-sejarah-tingkatan-1-2009 http://www.scribd.com/doc/15337954/Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-1 http://pdfscout.org/pdf/kerja-kursus-sejarah-tingkatan-1.html http://belajarbersamacikgulatifah.blogspot.com/2011/05/kerja-kursus-sejarahtingkatan-1.html http://www.myheritage.com/family-tree-builder?gclid=CIv9yrhrakCFYcc6wodREOgKQ TEMUBUAL ORANG SUMBER ORANG SUMBER : AYAH IBU ADIK BERADIK

10

Anda mungkin juga menyukai