Anda di halaman 1dari 20

Sek Men Keb (P) Methodist Klang.

Salasilah Keluarga

Nama: No MyKad: Tingkatan: Kelas: Mata pelajaran: Nama Guru:

Vurmila Venggadasamy 960807-10-5988 1 1 Pintar Sejarah Cik Anis Bt AB.Liah


Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

Isi Kandungan

1.0 2.0 3.0 4.0

Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Laporan Kajian 4.1 4.2 4.3 4.4 Salasilah
Keluarga Perkembangan Diri dan Keluarga Tokoh dalam Keluarga Peristiwa Bersejarah
dalam Keluarga

2 3 4 5 6 7 12 15

1|Mukasurat
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

1.0 Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya
yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan
folio Sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian salasilah
keluarga saya ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cik Anis iaitu
guru mata pelajaran Sejarah saya atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah
diberi olehnya semasa saya membuat folio ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana
mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki
lagi mutu folio saya ini.

Sekian, terima kasih.

Vurmila Venggadasamy 1 Pintar

2|Mukasurat
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

2.0 Objektif Kajian


Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai
beberapa objektif seperti yang berikut: 1. Saya dapat mengenali dan memahami asal
usul keluarga saya 2. Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga
saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya 3. Saya
dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya 4.
Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada kemajuan yang dicapai oleh keluarga
saya 5. Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai
sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan
kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang
begitu sahaja 6. Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana
memiliki sebuah keluarga yang harmoni dan ceria 7. Saya dapat menguasai kemahiran
mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya
keluarga saya atas segala

3|Mukasurat
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

3.0 Kaedah Kajian


Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:
1. Kaedah lisan iaitu saya menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya
bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui
penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar

menyaksikannya.

2. Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber
iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku
mereka.

3. Kaedah rujukan iaitu saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan
harian ibu bapa saya dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

4|Mukasurat
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

4.0 Laporan Kajian


Laporan kajian saya merangkumi 4.1 4.2 4.3 4.4 Salasilah Keluarga Perkembangan
Diri dan Keluarga Tokoh dalam Keluarga Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga

5|Mukasurat
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

4.1 Salasilah Keluarga

Doddy Apparaj & Saraswathi

Athinarayanan & Nageswari

Ganapathi Rao & Subuletchumy

Venggadasamy & Mageswari

Hamswat

Vurmila (Saya) & Pooja

Deepti, Swati, Hazpati & Teerti 6|Mukasurat


Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

Salasilah keluarga bermaksud asal usul keturunan sesebuah keluarga. Carta


salasilah keluarga saya (Sila rujuk mukasurat 4) bermula daripada Doddy Apparaj
iaitu datuk saya dan Saraswathi iaitu nenek saya (rujuk no 1). Mereka berasal
daripada tempat yang sama iaitu Teluk Intan, Perak dan mempunyai hubungan
persaudaraan. Mereka telah mendirikan rumahtangga pada 22 Oktober 1960 dan
berpindah ke Kulim, Kedah. Mereka mencari pendapatan dengan menoreh getah di
sebuah ladang di Bagan Sena. Kerja harian di ladang meletihkan dan ganjarannya
pula cukup ala kadar tetapi datuk dan nenek tetap berbangga dengan kerja mereka.
Hasil perkahwinan datuk dan nenek saya, mereka telah dikurniakan tiga orang anak,
iaitu Nageswari yang dilahirkan pada 17 Ogos 1961, Ganapathi Rao yang dilahirkan
pada 20 Jun 1964 dan Venggadasamy iaitu bapa saya yang dilahirkan pada 12 April
1966.

Pada tahun 1974, datuk saya mendapat pekerjaan di sebuah kilang gula yang baru
dibuka di Chuping, Perlis sebagai seorang Formen. Datuk saya membawa keluarganya
tinggal di kawasan berhampiran kilang tersebut. Di samping itu, datuk menambahkan

pendapatannya dengan membaiki kereta dan motosikal kawan-kawannya di anjung


rumahnya selepas balik dari bekerja di kilang gula. Hasil penat lelah bekerja
setiap hari, telah menampakkan hasilnya. Datuk berjaya memberi semua anak-anaknya
pendidikan yang sewajarnya sehingga mereka boleh berdikari. Setelah bersara, kini
datuk saya telah

membuka sebuah bengkel membaiki keretanya sendiri di Kangar, Perlis dengan empat
orang pekerja di bawahnya. Semua anak-anaknya telah berumahtangga.

Pada tahun 1991, Nageswari telah berkahwin dengan Athinarayanan (rujuk no 2) dan
mempunyai seorang anak tunggal lelaki (rujuk no 5). Disebabkan minat mendalam
Nageswari mengajar kanak-kanak, kini dia telah membuka sebuah tadikanya sendiri di
Port Dickson dengan kira-kira 100 orang kanak-kanak belajar di situ.

7|Mukasurat
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

Ganapathi Rao telah berkahwin dengan Subuletchumy (rujuk no 3) dan mempunyai empat
Sub orang anak (rujuk no 6). Disebabkan minat Ganapathi dalam membaiki kereta,
kini dia menolong datuk saya mengendalikan bengkelnya. Ganapathi telah bekerja
dengan nolong PROTON selama 15 tahun sebelum menjalankan perniagaan sendiri
bersama datuk saya.

Venggadasamy iaitu bapa saya pula telah berkahwin dengan Mageswari (rujuk no 4)
dan rujuk 4 mempunyai dua orang anak perempuan iaitu saya dan adik saya (rujuk no
7). Bapa saya rujuk 7 kini menguruskan sebuah syarikat teknologi maklumat swasta
di Kuala Lumpur. h

4.2 Perkembangan diri dan keluarga


Ahli keluarga saya terdiri daripada bapa saya, emak saya, saya dan adik saya.
Selepas perkahwinan ibu bapa saya pada 7 September 1995, mereka tinggal di Taman
Bertek, Klang yang berhampiran dengan tempat kerja bapa. Saya lahir pada tahun
1996 dan dibesarkan di rumah tersebut sehingga saya berusia 2 tahun. Kemudian,
pada tahun 1998, kami

sekeluarga berpindah ke sebuah rumah yang lebih besar dan selesa dengan lebih
banyak bany bilik tidur iaitu di 81, Jalan Harmoni 7, Taman Sungai Pinang, Off
Jalan Sungai Putus, 42100 Klang. Sehingga kini, kami masih menetap di sini dengan
penambahan seorang lagi ahli keluarga iaitu adik saya yang dilahirkan pada tahun
2000. Walaupun keluarga saya tidak keluarga besar, namun setiap ahli keluarga
memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan suasana meriah dan harmoni dalam
keluarga saya.

4.2.1 Bapa saya


Nama bapa saya Venggadasamy. Beliau dilahirkan di Hospital Kulim, Kedah pada 12
April 1966. Bapa saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku
Badlishah, Kulim pada tahun 1973 dan kemudiannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri
Indra, Kangar dari tahun 1974 hingga tahun 1978 apabila

8|Mukasurat
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

keluarganya berpindah ke Chuping, Perlis. Seterusnya beliau menyambung pengajian


ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman, Bukit Keteri dari tahun 1979
hingga tahun 1981. Semasa di tingkatan 4 dan 5, beliau bersekolah di Sekolah
Menengah Teknik, Alor Setar dan tinggal di asrama yang disediakan. Beliau
mempunyai keperibadian yang ramah dan mudah mesra sehingga disenangi oleh rakan-
rakan juga guru. Semasa di tingkatan 6 pula, beliau belajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Derma, Kangar. Keputusan cemerlangnya dalam Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) melayakkan beliau ditawarkan untuk menyambung pengajian di Pusat
Pengajian Kuantitatif Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi selama 4 tahun
dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer.

Beliau memasuki alam pekerjaan sebaik sahaja pengajiannya di UKM tamat. Pada
mulanya, bapa saya bekerja sebagai seorang pengaturcara sistem perisian computer
di sebuah syarikat teknologi maklumat yang kecil di Petaling Jaya. Melalui
pengalaman kerja yang diperolehnya di situ selama setahun, beliau telah berjaya
mendapatkan pekerjaan sebagai Ketua Jabatan Teknologi Maklumat di sebuah kilang
pembuat tayar yang besar di Klang iaitu Fung Keong Rubber. Selepas 10 tahun
bekerja di sini, hasrat beliau yang inginkan pekerjaan yang lebih mencabar telah
tercapai apabila sebuah syarikat gergasi Jepun, NTT Data Corporation menawarkan
jawatan sebagai Pengurus Teknikal Informasi Teknologi pada tahun 2001.

Selepas 3 tahun bekerja di NTT Data Corporation, beliau dilantik sebagai Pengurus
Am oleh sebuah syarikat teknologi maklumat swasta di Kuala Lumpur. Bapa saya
bekerja keras tanpa mengira penat lelah bagi memajukan syarikat tersebut yang
mempunyai beberapa anak syarikat di bawahnya. Hasil usahanya, syarikat tersebut
telah menunjukkan prestasi yang semakin meningkat tahun demi tahun.

Di sebalik kesibukannya, pada tahun 2005 bapa telah menyambung pengajiannya di


Universiti Tun Abdul Razak di Kelana Jaya dengan menghadiri kelas-kelas pada
hujung

9|Mukasurat
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

minggu dan beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pad
pada tahun berikutnya. Kini, beliau sedang mengikuti pengajian ijazah Doktor
Falsafah dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di e-Universiti di Kuala Lumpur. e

4.2.2 Ibu saya


Nama ibu saya Mageswari. Beliau dilahirkan di Hospital Kuantan, Pahang pada 9
April 1968. Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan
Treacher Methodist, Taiping dari

tahun 1975 hingga tahun 1980. Seterusnya beliau menyambung pengajian ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Treacher

Methodist, Taiping dari tahun 1981 hingga tahun 1985. Semasa di tingkatan 6 pula,
beliau belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward (VII), Taiping. Beliau
berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Peperiksaan
Darjah 5 (5A) dan Peperiksaan SPM (6A) dan pernah menerima Anugerah Pelajar
Terbaik Peringkat Sekolah dalam Peperiksaan SRP (7A). Selain daripada
kecemerlangan beliau di bidang akademik beliau juga aktif dalam bidang ko-
kurikulum. ko

asa Semasa di peringkat sekolah, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengawas
Sekolah (1981-1987), Ketua Pengawas (1985), Pengerusi Persatuan Kraftangan (1985),
1987), Penolong Ketua Kumpulan Persatuan Pandu Puteri (1985), Ketua Pasukan Rumah
Biru (1985) dan Presiden Kelab Kebudayaan India (1987). Keputusan peperiksaan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang baik melayakkan beliau untuk
menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi selama 4
tahun dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Pemakanan. nan

Sebaik sahaja tamat pengajiannya pada tahun 1992, ibu menjadi seorang guru
sementara di sebuah sekolah swasta sementara menunggu peluang mendapat pekerjaan
yang lebih baik. Pada tahun 1994, ibu mendapat pekerjaan sebagai seorang editor
buku di Longman,

10 | M u k a s u r a t
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

Malaysia dan ibu mula meminati kerjanya walaupun tidak berkaitan dengan bidang
pengajiannya.

Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1996, ibu ditawarkan untuk bekerja dengan
Federal Publications, Malaysia. Ibu bekerja di sini selama 8 tahun sebelum
mendapat tawaran tahun bekerja sebagai editor senior di Eastview Publication,
Malaysia. Pada tahun 2006, ibu Publication, berhenti bekerja dan menjadi editor
dan penulis buku sambilan sehingga sekarang supaya beliau dapat meluangkan lebih
banyak masa bersama-sama saya dan adik saya. bersama aya

4.2.3 Diri saya


Nama saya Vurmila. Saya dilahirkan di Klinik Damo, Klang pada 7 Ogos 1996. Saya
berusia 13 tahun pada tahun ini. Saya pernah tinggal di Taman Bertek, Klang dan
kini saya tinggal di 81, Jalan Harmoni 7, Taman Sungai Pinang, Off Jalan Sungai
Putus, 42100 Klang. Saya merupakan anak yang sulung daripada dua orang adik
beradik. Saya telah mula menjejaki alam persekolahan semasa saya berusia 2 ½ tahun
di Q-Dees, Klang (tahun 1999). Ibu bapa saya telah menghantar Dees,

saya ke prasekolah berlainan setiap tahun supaya saya tidak berasa bosan dengan
sekolah dan persekitaran yang sama. Saya pernah belajar di Tadika Twinkle Land
(tahun 2000), Ling Montessori House (tahun 2001) dan Tadika Snow White (tahun
2002).

Ketika berusia 7 tahun sehingga 12 tahun, saya bersekolah di Sekolah Rendah


Kebangsaan ahun Methodist, Klang. Saya telah berjaya memperoleh keputusan yang
cemerlang iaitu 5A dalam peperiksaan UPSR. Kini, saya belajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Methodist, Klang dalam tingkatan 1 Pintar.

11 | M u k a s u r a t
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

4.2.4 Adik saya


Nama adik saya Pooja. Dia dilahirkan di Klinik Damo, Klang pada 22 Mac 2000. Adik
saya berusia 9 tahun pada tahun ini. Adik saya memasuki alam persekolahan lebih
lewat daripada saya. Dia

dimasukkan ke Tadika Batu Belah, Klang pada tahun 2005 semasa dia berusia 5 tahun
dan seterusnya di Tadika Jingle Bell pada tahun berikutnya. Ketika berusia 7
tahun, dia ditempatkan dalam Tahun 1 di sekolah yang pernah saya belajar iaitu
Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist, Klang. Kini, dia belajar dalam Tahun 3 di
sekolah yang sama. lajar

4.3 Tokoh dalam keluarga


Bapa saya boleh dijadikan tokoh dalam keluarga saya. Bapa saya boleh dikatakan
seorang yang serba boleh, banyak sungguh kelebihan dan pencapaiannya. Menurutnya,
tiada apa yang mustahil dilakukan di dunia ini asalkan kita mempunyai keyakinan
bahawa apa yang kita lakukan adalah terarah kepada perkara kebaikan dan kejayaan.
Beliau juga percaya bahawa kejayaan bagi sesuatu kerja yang dilakukan adalah hasil
kerja keras dan semangat yang tidak mudah mengaku kalah.

Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang tidak berada, kecemerlangan bapa saya
dalam kecemerlangan bidang akademik sudah terserlah sejak di bangku sekolah lagi
dengan penganugerahan Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Perlis (UPSR)
dan Anugerah Pelajar Terbaik (UPS gerah Peringkat Negeri Perlis(PMR). Di samping
cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam
bidang ko-kurikulum dan kepimpinan baik di peringkat ko kurikulum sekolah mahupun
universiti. Beliau aktif dalam sukan bola tampar semasa di sekolah rendah tampar
dan mewakili pasukan hoki sekolah (dari tahun 1979 hingga tahun 1981). Beliau
merupakan pengawas sekolah (dari tahun 1979 hingga 1983) dan dilantik menjadi
Ketua Pengawas

12 | M u k a s u r a t
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

pada tahun 1983. Beliau merupakan Presiden Persatuan Matematik dan Sains pada
tahun 1983. Semasa berada di universiti, beliau turut diberi kepercayaan untuk
menjadi Presiden Kelab Astronomi dan Exco Kamsis Dato Onn serta Presiden Pesta
Ponggal, satu-satunya perayaan yang disambut dengan meriah di UKM. Walau pun bapa
aktif menyertai persatuan, tetapi beliau tidak pernah melupakan pelajaran kerana
mempunyai jadual sendiri selain bertanya kepada pensyarah jika tidak faham. Ini
terbukti di mana beliau adalah salah seorang pelajar pengajian tinggi yang telah
diberi ganjaran biasiswa sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmataan Awam (JPA),
Malaysia.

Disebabkan bapa saya suka membantu orang lain, beliau juga melibatkan diri dalam
banyak aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak universiti seperti
menderma darah dan bergotong-royong membersihkan kawasan kamsis. Pada
keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa sikap bapa saya yang sentiasa
merendahkan diri dan berfikiran positif menjadikan beliau seorang yang berjaya di
dalam akademik dan kepimpinannya. Kini, bapa diamanahkan untuk mengurus sebuah
syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur.

Sejak saya kecil lagi, bapa saya telah menanamkan minat untuk membaca dalam diri
saya disebabkan beliau sendiri suka membaca. Bapa saya membawa saya ke
perpustakaan awam sekurang-kurangnya tiga kali dalam sebulan. Beliau selalu
berkata bahawa membaca adalah jambatan ilmu. Memang benar, kemahiran membaca bukan
sekadar membantu saya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi membantu
meningkatkan proses perkembangan mental dan sosial saya dengan lebih baik. Setiap
kali saya mendapat kejayaan dalam pelajaran, bapa saya akan menghadiahkan buku
sebagai satu dorongan untuk menambahkan lagi minat saya untuk membaca. Sehingga
sekarang, saya sentiasa membaca buku cerita pada waktu lapang saya dan juga
sebelum saya tidur pada waktu malam.

13 | M u k a s u r a t
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

Bapa saya tidak pernah berkompromi untuk memberi pendidikan terbaik kepada saya
dan adik saya. Bapa saya sentiasa memberi motivasi kepada kami untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun aktiviti ko-kurikulum bagi
menjamin kejayaan dalam hidup kami pada masa-masa akan datang.

Kebanyakan ibu bapa hanya tahu menyuruh atau memerintah tanpa mempedulikan
perasaan atau pendapat anak mereka. Tetapi, walaupun sibuk dengan tugas hariannya,
bapa saya cuba sedaya upaya meluang dan memperuntukkan masa yang berkualiti
bersama saya dan adik saya untuk berbincang, menyelesaikan masalah, memberi
nasihat dan teguran yang membina.

Selain daripada itu, satu kelebihan istimewa pada bapa saya ialah beliau sangat
kreatif. Apa sahaja projek yang saya lakukan, beliau akan memastikan bahawa ia
adalah kreatif iaitu lain dari yang biasa dibuat oleh orang lain. Maka, ini
menyebabkan saya sentiasa mencari idea baru untuk melakukan sesuatu.

Banyak yang saya pelajari dari bapa kesayangan saya. Saya amat bersyukur mendapat
bapa yang cemerlang sepertinya, sememangnya beliau dipilih menjadi tokoh keluarga
saya.

14 | M u k a s u r a t
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

4.4 Peristiwa bersejarah keluarga


4.4.1 Perkahwinan antara bapa dan ibu saya
Majlis perkahwinan bapa dan ibu saya berlangsung pada 7 September 1995 di dewan
Kuil Subramaniam, Teluk Pulai, Klang. Bapa telah bertemu jodoh dengan emak ketika
belajar bersama-sama di Universiti Kebangsaan Malaysia. bersama sama Sekarang
mereka telah 14 tahun berkahwin dengan

bahagianya.

4.4.2 Sukan Komanwel yang pertama di Malaysia nwel


Pada September 1998, Sukan Komanwel yang ke nwel ke-16 di adakan di Stadium Bukit
Jalil, Kuala Lumpur. Saya bersama ur. keluarga saya tidak menyaksikan sukan
tersebut. Tujuh puluh negara mengambil bahagian dan Malaysia Berjaya menduduki
tempat ke-4 dengan pungutan 10 emas. Saya 4 dan ibu bergambar di hadapan mascot
Sukan Komanwel.

4.4.3 Hari jadi saya yang ke ke-3


Hari ini, 7 Ogos 1999, hari yang gembira buat saya kerana hari jadi saya yang ke
disambut ke-3 dengan meriah di Tadika Q-Dee bersama kawan-kawan dan guru. Ketika
itu saya berumur 3 Dee kawan kawan tahun. Di rumah, harijadi saya disambut bersama
ibu bapa, nenek, emak saudara dan bapa saudara saya. Kek hari jadi saya dibuat
oleh ibu saya. Saya dapat banyak hadiah istimewa.

15 | M u k a s u r a t
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

4.4.4 Tangan saya terseliuh


Walaupun tangan saya disokong oleh plaster akibat terseliuh, namun saya tidak
risau dan masih bermain isau seperti biasa. Tangan saya terseliuh semasa bermain
dengan kanak-kanak lain di Lapangan Terbang Subang kanak pada Jun 1997, ketika
saya berumur 1½ tahun.

4.4.5 Hari pertama ke Tadika


Pada 2hb Jan 1998, ketika saya berumur 2½ tahun, saya telah s bersiap sedia untuk
memulakan alam persekolahan saya. Pada hari pertama, saya memang tak sabar untuk
pergi ke T memang Tadika Qdee untuk belajar dan bertemu kanak-kanak lain. kanak

16 | M u k a s u r a t
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

4.4.6 Ahli baru dalam keluarga – Adik saya


Saya suka bermain dengan adik saya yang baru seminggu dilahirkan iaitu pada 22 Mac
2000. Adik saya sangat comel. Ia menjadi tanggungjawab saya menjaganya setiap
masa.

4.4.7 Sambutan Hari Ponggal yang pertama di rumah baru


Kami sekeluarga menyambut Hari Ponggal pada 15 Jan 2004 di rumah baru saya yang
beralamat 81, Jalan Harmoni 7, Taman Sungai Pinang, Off Jalan Sg Putus, 42100 pada
tahun 1998 semasa saya berusia 2 tahun. Rumah ini lebih besar dari rumah sebelum
ini, terdapat 4 buah bilik dan 3 at buah bilik mandi. Hari Ponggal merupakan

perayaan tahunan yang diraikan oleh kami sekeluarga.

4.4.8 Percutian ke Terengganu


Semasa saya berusia 3 tahun, ibu saya

memenangi percutian ke Terengganu dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh


majalah Anjung Seri. Saya, ibu, bapa, nenek dan emak saudara menikmati saya duduk
bersembang di tepi sambil pantai

udara

nyaman

Terengganu. Saya cuba membina sebuah istana pasir.

17 | M u k a s u r a t
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

4.4.9 Majlis Konvokesyen ba kesyen bapa saya


Kenangan manis selepas Majlis Konvokesyen ke jlis ke-5

UNITAR pada 24 September 2005 di mana bapa saya memperoleh Ijazah Sarjana dalam
bidang Pentadbiran Perniagaan. Satu hari nanti, saya juga akan mengikuti jejak
langkah seperti bapa saya.

4.4.10 Pencapaian pertama saya 10


Kenangan manis bersama-sama guru dan kawan sama kawankawan pada hari saya
mengambil keputusan UPSR. Saya dapat 5A, Gambar bersama Guru saya amat gembira.
Sains yang sentiasa

memberi motivasi.

Melalui peristiwa bersejarah yang berlaku pada saya dan keluarga saya, saya berasa
bangga dengan semangat kekeluargaan yang ada pada setiap ahli keluarga saya
mahupun yang terdekat atau yang jauh. Hari-hari istimewa dalam keluarga akan
sentiasa Hari hari diperingati bersama.

18 | M u k a s u r a t

Anda mungkin juga menyukai