Anda di halaman 1dari 14

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan kepada guru pembimbing saya iaitu Encik Saini Kassim yang tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan, membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya En. Sen Wui Kong Puan Maglin Jolly yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan Kerja Kursus ini memerlukan tenaga, buah fikiran dan wang ringgit. Terima kasih juga diucapkan kepada abang dan rakan-rakan setingkatan saya kerana telah

membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. Mereka juga telah membetulkan kesalahan dan ejaan dalam membuat kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya dapat mengetahui lebih banyak perkara tentang latar belakang keluarga saya contohnya tarikh lahir, salasilah keluarga saya, salasilah keluarga ibu saya, salasilah bapa saya dan sebagainya. Di samping itu juga, saya dapat mewujudkan lebih komunikasi antara saya dengan keluarga saya dengan lebih rapat dan lebih erat antara satu sama lain. Saya juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara saya dengan ahli-ahli keluarga saya dengan lebih rapat dan menegur satu sama lain. Sedikit sebanyak saya juga dapat mengetahui sejarah mengenai keluarga saya, asal-usul saya, keturunan saya dan sebagainya. Selain itu, saya dapat menambah pengalaman dalam menyediakan dan membuat kerja kursus ini yang diberi oleh guru saya.

KAEDAH KAJIAN
2

1. KAEDAH TEMUBUAL Saya telah menemubual beberapa orang dalam ahli keluarga untuk mengenai sejarah dan latar belakang keluarga saya. menceritakan dengan lebih lanjut

2. KAEDAH PEMERHATIAN Saya telah membuat pemerhatian dengan melihat foto-foto dari pasti setiap ahli keluarga saya. album keluarga saya bagi mengenal

3. KAEDAH MENGKAJI DOKUMEN Melalui beberapa dokumen yang terdapat maklumat mengenai simpanan keluarga saya sejarah keluarga saya terdapat dalam

TOKOH KELUARGA
3

Saya amat menyanjungi kedua ibu bapa saya. Bapa saya, Sen Wui Kong berumur 45 tahun, mendapat pendidikan sekolah rendah di SRJK(C) Chung Hwa Kota Kinabalu dan SRJK(C) Chung Hwa Likas. Beliau kemudian melanjutkan persekolahan menengah ke SMJK (sekarang SMK) Shan Tao Likas selama 5 tahun dan Tingkatan 6 di SMK All Saint Likas. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia, Kedah dalam bidang perakaunan pada tahun 1987. Sekarang bapa saya bekerja di Jabatan Muzium Negeri Sabah di bahagian Antikuiti. Dia amat meminati bidang Sejarah dan tugas utama beliau di bawah Bahagian Antikuiti ialah mengenalpasti tempat-tempat atau kawasan-kawasan bersejarah di negeri Sabah. Selain bekerja sebagai pegawai kerajaan, bapa saya bekerja sambilan sebagai pengurus syarikat pembinaan yang diusahakan bersama seorang bapa saudara saya. Bapa saya mempunyai lebih sari 20 orang pekerja dan semua pekerja beliau amat menghormati beliau. Bapa saya seorang yang gigih dan rajin berusaha. Saya ingin menjadi seperti beliau apabila dewasa kelak iaitu bersikap gigih dan rajin berusaha untuk kehidupan keluarga yang senang. Ibu merupakan tokoh kedua yang amat saya sanjungi. Nama beliau ialah Puan Maglin @ Chung Ye Len Binti Jolly, berumur 39 tahun. Beliau berketurunan Kadazan. Saya sangat menyanjungi beliau kerana beliau seorang yang berwawasan dan sanggup mengajar anak-anaknya dengan pelbagaicara untuk memastikan anak-anaknya berjaya di masa depan. Beliau selalu membantu saya di saat saya dalam kesusahan dalam pelajaran dan sebagainya. Dia sering menegur saya dan adik-beradik saya supaya menjadi orang yang berguna di masa dan berbakti kepada negara dan beliau juga sering memberi semangat kepada saya dan adik-beradik saya untuk menjadi orang berjaya. Ibu saya mendapat pendidikan awal di SRJK (C) Chen Sin Tuaran, kemudian SMK Tamparuli, Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu dan akhirnya di Universiti Malaysia Sabah.Pada masa ini, ibu saya bekerja sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di SMK Bandaraya Kinabalu. Keistimewaan ibu saya ialah dia boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Bahasa Kadazan, Bahasa Melayu, Bahasa Hakka, Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris dengan fasih. Beliau juga boleh membaca Jawi. Ibu amat gemar membaca buku dan beliau menguasai kedua-dua Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan amat baik. Beliau juga amat gemar menulis cerita. Saya amat menyukai cerita yang beliau karang. Saya mewarisi sikap beliau yang suka membaca buku. Saya berharap akan menjadi seperti ibu saya yang dapat menguasai kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris dengan amat baik sama ada secara lisan atau penulisan.

ESEI
4

Ibu bapa dan keluarga merupakan asas untuk membentuk modal insan yang cemerlang. Keluarga haruslah mengajar anak mereka untuk menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Para bakal modal insan juga haruslah menghargai dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa. Keluarga juga haruslah menerapkan unsur-unsur cinta akan bangsa dan Negara supaya mereka bersyukur sebagai warganegara Malaysia. Modal insan juga haruslah mempunyai nilai seperti bertanggungjawab kepada bangsa dan Negara. Masyarakat juga berperanan dalam membentuk modal insan yang berbudi. Mereka haruslah hidup bersatu padu dan harmoni(UP 3). Sikap bekerjasama dan tolong-menolong juga perlu dipupuk untuk melahirkan modal insan yang bertolak-ansur dan bertoleransi. Modal insan juga haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia supaya berkelakuan sopan, bertata susila dan berhemah tinggi. Sikap rajin dan gigih dalam berusaha juga perlu dipupuk supaya modal insan akan lebih tabah menghadapi cabaran.

RUMUSAN

Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah mendapat pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga yang selama ini belum pernah saya ketahuinya. Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga saya. Dengan ini juga saya dapat mengetahui sajarahsejarah yang berlaku dalam keluarga saya. Selepas membuat kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih merapatkan kami sekeluarga. Kajian ini juga telah membuat saya menguasai kemahiran yang berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya.

KENANGAN MANIS

Saya mempunyai banyak kenangan manis. Antaranya apabila kami sekeluarga bercuti semasa cuti panjang persekolahan ke Kuala Lumpur pada tahun 2008 selama satu minggu. Kami sekeluarga melawat banyak tempat semasa kami ke Kuala Lumpur. Antara tempat yang kami lawati ialah Zoo Negara dan Genting Highland. Saya paling menyukai Genting Highland kerana lanskapnya yang indah. Sudah menjadi tradisi keluarga kami bercuti bersama setiap hujung tahun dan setiap percutian tersebut merupakan kenangan manis dalam hidup saya. Selain dari bercuti bersama keluarga setiap hujung tahun, sudah menjadi kebiasaan keluarga saya meraikan hari jadi setiap kami empat beradik. Setiap kali kami meraikan harijadi, semua ahli keluarga saya akan datang meraikannya bersama kami. Saya amat menyukai suasana kekeluargaan ini kerana ianya memberi peluang kepada kami untuk beramah-mesra serta untuk merapatkan perhubungan kami antara ahli keluarga. Selain dari dua kebiasaan yang sudah menjadi tradisi keluarga kami, kami juga gemar berkumpul bersama keluarga semasa perayaan Tahun Baru Cina dan Perayaan Krismas. Krismas merupaka hari yang paling saya suka kerana saya berpeluang bermalam di rumah nenek dan berkumpul dengan semua sepupu saya.

KENANGAN PAHIT
7

Saya tidak mempunyai banyak kenangan pahit tetapi antara peristiwa yang paling menyedihkan dalam hidup saya ialah apabila moyang saya meninggal dunia pada bulan Julai tahun 2007. Moyang saya meninggal dunia kerana sakit tua. Beliau seorang yang sangat baik dan amat menyayangi kami semua. Beliau sentiasa hadir untuk meraikan hari jadi saya dan saya merasa amat kehilangannya apabila beliau tiada semasa hari lahir saya pada tahun yang berikutnya. Moyang saya tidak tahu berbahasa Melayu. Beliau menggunakan Bahasa Dusun dalam perbualan hariannya oleh itu dengan beliau sahaja saya berkomunikasi dalam Bahasa Dusun. Pada masa sekarang tiada lagi ahli dalam keluarga saya yang bercakap Dusun dengan saya. Pengalaman paling tragis dalam hidup saya adalah apabila tangan saya patah pada tahun 2009 iaitu dua bulan sebelum peperiksaan UPSR. Peristiwa ini merupakan hari paling mencemaskan untuk semua ahli keluarga saya kerana kedua-dua tulang pada tangan kanan saya bukan sekadar retak tetapi putus. Tangan saya patah kerana jatuh semasa bermain bola sepak di padang sekolah saya. Saya masih mengingati betapa hodohnya keadaan tangan saya tanpa sokongan tulang. Ianya seperti mengangkat sebiji belon yang penuh dengan air. Hari itu saya melalui hari yang paling teruk dalam hidup saya kerana menahan sakit lebih dari 24 jam. Saya juga terpaksa berlapar sepanjang hari dan akhirnya terpaksa melalui pembedahan selama 3 jam. Saya merasa amat takut ketika saya masuk ke dalam bilik pembedahan. Seluruh ahli keluarga saya juga amat cemas memikirkan kemungkinan yang boleh berlaku semasa pembedahan. Tulang tangan saya dipasang dengan dua plat logam dengan enam skru setiap plat. Sehingga pada hari ini plat besi tersebut masih berada dalam lengan saya dan menurut doktor pakar tulang saya, lengan saya terpaksa dibedah sekali lagi untuk mengeluarkannya kerana jika tidak akan menyusahkan saya terutama jika melalui mesin pengesan logam di lapangan terbang. Pengalaman ini bukan sahaja berbekas dalam hati saya dan setiap hati ahli keluarga saya tetapi menyebabkan dua parut memanjang oleh kesan pembedahan di lengan kanan saya.

CITA- CITA SAYA

Saya bercita-cita menjadi seorang pakar tulang apabila saya dewasa kelak. Minat untuk menjadi pakar tulang ini timbul selepas peristiwa lengan saya patah pada tahun yang lepas. Pada tahun lepas, ibu bapa saya membelanjakan lebih daripada RM10,000 sebagai kos pembedahan tangan saya. Dengan adanya lebih banyak pakar tulang pada masa akan datang, kos pembedahan tidaklah semahal itu. Tujuan saya ialah untuk menolong orang ramai. Di hospital kerajaan, kes patah tangan tidak dianggap sebagai kes kecemasan. Walau bagaimana pun mengikut satu artikel yang saya baca di internet, jangkitan kuman pada tulang yang retak atau patah boleh menjadi amat serius sehingga ke tahap seseorang kehilangan sebahagian anggota badan. Oleh yang demikian, dengan adanya jumlah pakar tulang yang lebih banyak kes-kes kepatahan tulang akan dapat ditangani dengan lebih cepat dan tidak seperti saya yang terpaksa menunggu lebih daripada 12 jam untuk pembedahan ekoran dari kekurangan doktor pakar tulang di hospital kerajaan.

Rujukan
Maglin @ Chung Ye Len Binti Jolly, 39 tahun, Taman Seribaru Menggatal Kota Kinabalu. 9

Sen Wui Kong, 45 tahun, Taman Seribaru Menggatal Kota Kinabalu.

SALASILA KELUARGA
10

(Sebelah Bapa)

PAUL SEN AH PHIN (Datuk) +


LUCY LING NYET KHOON (Nenek)

JOHN SEN WUI KONG (Bapa)

ROSEMARY SEN FUI CHIN (Ibu saudara- sudah meninggal dunia)

SALASILAH KELUARGA (Sebelah Ibu)


11

JOLLY BINIJIN (Datuk) + MARY BAGOW (Nenek)

MAGLIN @ CHUNG YE LEN BINTI JOLLY (Ibu)

Catatan : Datuk dan nenek sebelah ibu saya sudah bercerai dan masing-masing telah mendirikan rumah tangga. Ini menjadikan keluarga ibu saya sebuah keluarga yang amat besar. Carta-carta seterusnya menunjukkan adik-beradik tiri ibu saya.

SALASILAH KELUARGA SEBELAH IBU SAYA (CARTA 1)

12

JOLLY BINIJIN (DATUK KANDUNG) + IRENE (NENEK TIRI)

HILARY JOLLY

JERRY JOLLY

CYNDY JOLLY

SALASILAH KELUARGA SEBELAH IBU (CARTA 2)

13

MARY BAGOW (Nenek) + CHUNG CHUNG LOI (Datuk tiri)

CHUNG WAN SOON (BAPA SAUDARA) + LIZA GOLOUT


Oliver Chung , Olivia Chung & Olivera Chung (sepupu)

CHUNG LEN KIAW (IBU SAUDARA) + AFFENDY GAIN

Shellyne, Sazrin & Adem Jr (Sepupu saya)


FENNY CHUNG LEN FUN (IBU SAUDARA) + THAM MAN FOO Wisteria Tham, Valerian Tham, Sane Tham & Sage Tham PETER CHUNG PIT SOON ANTHONY CHUNG ON SOON (BAPA SAUDARA) + LETCHUMI (CERAI)

Kumar Chung (Sepupu saya)


JENNIFER CHUNG LEN YEN (IBU SAUDARA) + DOMI ELIN

Adrian Noel Domi (Sepupu saya) JASPER CHUNG THEIN SOON (BAPA SAUDARA) CLARENCE CHUNG CHIEN SOON (BAPA SAUDARA) JEREMY CHUNG YET SOON (BAPA SAUDARA)

CHUNG LEN CHIN (IBU SAUDARA)

14

Anda mungkin juga menyukai