Anda di halaman 1dari 6

ECM 2 Adakah sekolah anda mesra OKU?Terangkan.

OKU memberi maksud orang kurang upaya sebagaimana yang telah dijelaskan dalam kamus dewan edisi ke-4 dengan terang lagi tersuluh.Setiap individu OKU mempunyai kekurangan diri daripada pelbagai aspek sama ada lahiriah mahupun rohaniah seperti buta atau pekak termasuklah kecacatan dalaman. Namun,marcapada ini masyarakat mengklasifikasikan mereka sebagai orang kuat usaha dimana memberi makna yang amat ironi sekali.Mereka membenamkan dalam hati pribahasa yang cukup masyur dalam kalangan kaum Melayu iaitu usaha tangga kejayaan dan slogan kata rezeki tidak akan bergolek begitu sahaja tanpa usaha yang menjadi tulang belakang kepadanya.Sesetengah sekolah begitu menitikberatkan insan ini sehinggakan sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi menyediakan fasiliti kursus buat mereka agar mereka menganggap sekolah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menuntut ilmu dan bukannya hanya terperuk di rumah bagai katak di bawah tempurung dan mempelajari ilmu am secara tidak formal sahaja daripada penjaga mereka.Atas dasar inilah sekolah saya iaitu Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Pasir Tumboh terinspirasi untuk membina suatu persekitaran pembelajaran yang mesra OKU buat mereka dan juga mengambil inisiatif untuk mengambil lebih ramai pelajar yang kurang upaya kerana mereka inilah yang selalunya menyerlah dari segi akademik dan sahsiah diri selain memberi motivasi kepada pelajar sempurna yang lain untuk tetap bangkit mahupun keputusan peperiksaan mereka boleh dikatakan seperti orang yang sudah jatuh ditimpa tangga.Sekolah saya sebuah tempat yang mesra OKU dapat dibuktikan oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran.

Faktor pertama ialah sekolah saya telah pun menyediakan kemudahan bersesuaian dengan fizikal mereka seperti tandas istimewa,telefon awam yang diletakkan pada paras yang rendah, dan juga kelas khas di tingkat bawah yang menyenangkan mereka untuk menghadirinya semasa waktu pembelajaran.Selain itu,kami semua akan sama-sama membantu mereka seperti peribahasa pisang sesikat gulai sebelanga,tanda muafakat bersama-sama untuk mengambilkan makanan di dewan selera yakni kantin sekolah agar mereka tidak usah menunggu lama yang akan menyebabkan mereka kepenatan .Selalunya,kami juga akan memberi lebih lauk kepada mereka supaya mereka dapat meningkatkan lagi tahap pembesaran mereka.Sikap sekolah saya yang prihatin terhadap mereka bagai menatang minyak yang penuh sememangnya dapat memberikan semangat juang yang lebih tinggi dalam diri mereka.Tegasnya,sekolah saya yang menyediakan berbagai-bagai prasarana khas untuk mereka antara tanda yang menunjukkan sekolah saya mesra OKU.

Seterusnya,sekolah saya turut menyediakan buku-buku braille untuk memudahkan pelajar yang cacat penglihatanya membaca lebih banyak agar mereka dapat menjadi seperti tokoh buta yang terkenal di Malaysia iaitu Allahyarham Prof.Datuk Dr.Ismail bin Md.Salleh yang dahulunya menjadi Dekan Fakulti Ekonomi.Bagi pelajar yang memohon,kami juga menyediakan satu kelas tambahan bagi mereka untuk mempelajari cara mudah untuk belajar tulisan braille pada setiap minggu selepas mereka pulang dari Solat Jumaat dari masjid bagi yang beragama Islam.Selain membaca,braille juga dapat membantu pelajar berikut untuk menulis di mana hal tersebut akan memudahkan pelajar itu untuk menjawab kertas soalan dalam peperiksaan kertas dua yakni soalan subjektif dan tidak lagi memerlukan bantuan sesiapa disampingnya untuk mengisi jawapan.Seperti bak kata pepatah

usaha tangga kejayaan.Usaha kami sememangnya membuahkan hasil yang memberangsangkan setiap kali ujian dan mereka memberi keputusan yang membuatkan sejuk perut ibu yang mengandungkan mereka selama ini. Intihanya,tindakan sekolah saya yang menyediakan kitab-kitab braille tersebut mensahihkan sekolah saya mesra OKU.

Selain itu,sekolah saya mesra OKU kerana kami mempunyai seorang pengetua yang amat menyayangi golongan lemah seperti mereka iaitu Tn.Haji Adnan bin Jusoh.Beliau sentiasa membela mereka jika mereka ada melakukan sebarang kesalahan kerana beliau tahu yang mereka sentiasa mencuba yang terbaik untuk diri sendiri dan juga orang lain.Malahan,dia sentiasa bermurah hati untuk mengeluarkan wangnya sendiri demi membelanja mereka tidak kira dari segi makanan ataupun material supaya mereka sentiasa dapat mengukir senyuman di bibir dan mengubati hati mereka dari terus merintihi kekurangan diri sendiri.Contohnya,dia membawa pelajar tersebut ke kedai makan ayam goreng berempah atau lebih dikenali sebagai Kentucky Fried Chicken yang terletak berdekatan di sekolah kami iaitu di cawangan Kubang Kerian dan juga memberi perkakasan menulis seperti pensil bermatakan saiz 2B yang berjenama,jangka lukis supaya mereka senang melukis lukisan geometri dalam subjek matematik kertas dua serta kotak pensil tahan karat yang memudahkan mereka menyimpan barangan mereka.Dengan kata lain mereka seperti anak emas pengetua.Oleh itu,sikap pengetua kami yang mencurahkan kasih sayangnya terhadap mereka seperti darah dagingnya sendiri menunjukkan sekolah saya sebuah kampus yang mesra OKU.

Tambahan pula,sekolah saya ada menyediakan slot ceramah sekurangkurangnya dua kali setahun dalam minggu aktiviti untuk semua pelajar agar sentiasa

beramah mesra dengan warga kurang upaya tersebut tanpa mengira mereka ialah pelajar dalam sekolah saya,pekerja dalam maktab,atau orang luar sekalipun.Antara isi kandungan ceramah tersebut,kami mendedahkan cara-cara untuk melayan mereka dengan lebih teliti kerana mereka kebanyakannya berjiwa sensitif dan mudah untuk terasa hati.Selain itu, kami juga melakukan beberapa aktiviti agar pelajar lebih mengerti akan keadaan hidup orang OKU dengan memberi mereka melihat tayangan slaid dan membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diberi tugasan untuk menyenaraikan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan saat bersama mereka serta pelajar hendaklah membentangkannya di hadapan semua guru dan perlulah menampal hasil kerja mereka pada papan kenyataan sekolah kami yang mana terdapat hampir di setiap penjuru sekolah supaya sesiapa sahaja dapat melihatnya ketika mereka melaluinya seperti apa yang dikatakan oleh para ilmuwan bahawa ilmu dapat dituntut dimana sahaja kita berada.Ironinya,kita tidak semestinya mengikut peribahasa yang mengatakan tuntutlah ilmu hingga ke negeri China kerana di negeri kita sendiri pun sudah dapat kita menimba ilmu.Jadi,benarlah dengan maktab saya mengatur slot ceramah untuk mendedahkan lagi kepada pelajar tentang warga kurang upaya menunjukkan sekolah saya mesra OKU.

Akhir sekali,sekolah saya mesra OKU kerana kami juga membuat aktiviti untuk melawat mereka di rumah orang kurang upaya untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dengan mereka semua disamping menanamkan sifat kemanusiaan dalam diri pelajar.Kalau boleh,sekolah kami mengharapkan hubungan mereka dapat menjadi serapat isi dengan kuku supaya dalam hati warga tersebut tidak akan mempunyai hasad dengki dan prasangka buruk pada orang lain yang anggotanya cukup lengkap dan pelajar akan lebih bersyukur dan menghargai apa yang telah dianugerahkan tuhan yang maha kuasa kepada mereka semua.

Kegiatan yang kami jalankan semasa berada di sana termasuklah membersihkan kawasan sekitar rumah orang OKU tersebut,memasak untuk mereka,serta mengadakan pertandingan buat mereka semua seperti pertandingan bertentang mata,mencari barang yang hilang dalam gelap,dan tarian poco-poco.Kami akan pastikan program tersebut berjalan lancar dan semua pihak terhibur melaksanakan aktiviti tersebut bagai dunia kita yang punya.Konklusinya,sekolah saya mesra OKU kerana menjalankan aktiviti kebajikan yang sedemikian rupa demi memastikan orang kurang upaya tidak rasa terpinggir dalam masyarakat.

Kesimpulannya,sekolah saya amat mesra OKU dan sentiasa menyambut orang kurang upaya dengan tangan yang terbuka untuk menjejakkan kaki ke dalam sekolah kami yang serba sederhana ini yang mana dapat ditonjolkan melalui alibialibi yang telah saya coretkan di atas kertas putih bersaiz A4 ini.Sekolah saya menukarkan satu peribahasa Melayu yang berbunyi di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kepada dimana tumpahnya kasih kalau tidak kepada insan sejagat dan menerapkannya dalam kehidupan seharian.Semoga,maktab saya sentiasa mengekalkan tradisi yang telah dimulakan sejak kehadiran tuan pengetua yang baru mendaftar diri di MRSM Pasir Tumboh pada tahun 2007 yang turut telah menyerlahkan sekolah kami dari segi akademik di mana kami sentiasa tergolong dalam kedudukan yang hampir tercorot dalam kalangan semua MRSM sebelum ini sehinggalah kami menduduki tempat pertama dua tahun berturut-turut dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tahun 2009 dan 2010.

ECM 2 Soalan:Adakah sekolah anda mesra OKU?Terangkan.

Muhammad Aidiq Sufi bin Muhammad Ridhwan Pang 950501-03-5121 MRSM PC 4K 11167

Anda mungkin juga menyukai