Anda di halaman 1dari 4

Pengalaman yang menggembirakan sepanjang saya menjadi guru.

Dewasa ini sedang meniti bibir ke bibir tentang profession perguruan. Sebenarnya siapakah guru? Perkataan guru berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa maksud pengajar, pendidik, Mudaris dan pengasuh (Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas). Manakala menurut kamus dewan, guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Abdul Salam Yussof (2003) pula mengatakan bahawa Imam Al-Ghazali mengistilahkan guru itu sebagai Al-Mudarris (pengajar), Al-Muaddib (pendidik), Al-Mualim (guru) dan Al-Walid (orang tua). Menurut Kamus Dewan, guru ialah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Ia juga boleh diertikan sebagai orang yang berpendidikan,

berpengetahuan dan jawatan sebagai guru itu sendiri menyebabkan seorang guru akan dihormati serta menjadi perhatian masyarakat umum. Secara umumnya, dapatlah difahami bahawa guru adalah golongan yang ditugasnya menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni kepada seseorang individu atau kumpulan tertentu. Guru yang dimaksudkan di sini, boleh jadi mereka yang mengajar di sekolah kerajaan atau swasta, pusat pengajian tinggi awam atau swasta, atau apa jua institusi yang dalamnya wujud dua unsur utama iaitu mengajar dan yang diajar. Contohnya individu yang mengajar Al-Quran di rumah, pakar seni silat yang mengajar di pusat latihannya sendiri ataupun individu yang membuka kelas masakan di tempat yang tertentu, bolehlah dianggap sebagai guru kerana mereka mengajar dan adanya golongan yang diajar. Namun, dalam konteks guru yang dibincangkan di sini, ia lebih mengarah kepada guru-guru yang mengajar di sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi yang sememangnya dilatih untuk menjadi guru dengan berbekalkan kaedah-kaedah tertentu yang sesuai diguna pakai di pusat-pusat pengajian samada di peringkat rendah, menengah mahupun universiti. Selain itu, tidak semua boleh digelar guru melainkan mereka benar-benar arif dalam bidang tersebut dan terlatih kerana pendidik itu adalah satu profesion yang memerlukan kepada ilmu dan kemahiran yang khusus. Tanpa ilmu berkaitan perguruan, maka ia dianggap bukan pendidik yang sebenar berdasarkan pandangan profesion perguruan itu sendiri. Dengan ini, dapatlah dikatakan bahawa guru adalah

suatu profesion yang memerlukan kemahiran tertentu sebelum mereka benar-benar boleh bergelar seorang guru. Secara umumnya, apabila kita bercakap tentang guru, kita tidak boleh nafikan akan bebanan tugas yang terpaksa mereka hadapi. Mereka terpaksa menghadapi pelbagai masalah yang kadangkala terbawa-bawa sehingga timbulnya kes-kes

disiplin dikalangan guru. Umumnya, masalah-masalah ini timbul bukan disebabkan kesalahan guru itu sepenuhnya, namun masalah sebegini muncul akibat ketidakserasian yang wujud antara guru dan pelajar itu sendiri. Bercerita tentang pengalaman, semua guru tentunya pernah merasai pelbagai pengalaman sepanjang bergelar seorang guru. Pahit mahupun

manis,semuanya semunya menjadikan kami para guru lebih cekal dan bersemangat dalam menjalankan tanggungjawab kami mendidik anak bangsa. Pengalaman jugalah yang membantu menyempurnakan lagi peribadi dan tingkah laku saya hingga menjadi siapa diri saya sekarang ini dan kerana pengalaman ini jugalah saya dijemput hadir dikalangan ahli-ahli panel kita dalam forum ini. Hadirin sekalian, buat pengetahuan anda semua,profesion perguruan ini sudah sebati dan menjadi asam garam dalam kehidupan saya sejak sekian lama. Berkecimpung dalam bidang ini untuk tempoh masa yang agak lama iaitu lebih 5 tahun, profesion ini telah memahatkan pengalaman yang amat berharga yang tidak mungkin akan dapat saya lupakan sampai bila-bila pun.Perjalanan hidup saya sebagai seorang guru sebenarnya bermula ketika Negara kita telah menjadi negara membangun. Ketika itu negara kita masih lagi sedang berjuang untuk mencapai wawasan 2020. Setiap orang pada masa itu berebut-rebut untuk mengubah nasib diri dengan mencuba pelbagai jenis perkerjaan yang termampu. Dan saya memilih bidang ini sebagai profesion saya atas faktor minat dan keinginan saya untuk melahirkan genarasi akan dating yang mampu membantu membangunkan lagi Negara kita pada masa hadapan. Berbekalkan ijazah dalam bidang pendidikan di Universiti Malaya, saya terus sahaja ditempatkan disebuah sekolah rendah setelah berjaya menamatkan pengajian. Posting pertama saya selepas habis pengajian ialah di sebuah sekolah di kawasan pedalaman di Bentong,Pahang iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Lumut Biru, Bentong. Kemudian setahun selepas itu, saya ditukarkan pula ke sebuah sekolah

di Kudat,Sabah dan berkhidmat disana selama 3 tahun. Sepanjang menabur bakti di sana, saya dan rakan-rakan seperjuangan cukup gembira menghadapi murid-murid yang petah bertanya itu dan ini. Selepas 3 tahun merantau ke seberang laut, saya ditukarkan semula ke Semenanjung Tanah Air iaitu di sebuah sekolah di bahagian Utara Tanah Air. Sepanjang 6 tahun pertama saya menabur khidmat sebagai seorang guru, saya cukup kagum akan feedback yang diterima daripada murid -murid. Ini kerana diawal perkhidmatan saya, profesion perguruan merupakan salah satu bidang profesion yang amat dihormati dan disanjung tinggi. Sepanjang berkhidmat, kami para guru telah melihat, juga melalui pelbagai pengalaman dan berdepan dengan pelajarpelajar yang bermacam-macam jenis fiil. Pengalaman inilah yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis yang mewarnai kehidupan kami para guru. Sikap pelajar yang menghormati para guru serta feedback yang

memberangsangkan yang ditunjukkan mereka pada ketika itu menaikkan lagi semangat kami para guru untuk menyampaikan ilmu kepada mereka. Walaupun mereka miskin dengan harta, namun keinginan yang menebal untuk mengumpul ilmu didada menjadikan mereka kelihatan tidak ternilai harganya. Murid-murid pada waktu itu kaya dengan budi bahasa dan sifat menghormati serta semangat ingin belajar. Mereka tidak lokek untuk bertanya itu dan ini walaupun kadang-kadang mereka bertanya tentang sesuatu yang tidak masu dek akal, tetapi itulah yang kami para guru harapkan, berani bertanya dan mengemukakan segala persoalan yang timbul dalam fikiran mereka. Semua ini penting bagi memastikan mereka betul-betul memahami apa yang diajar ataupun tidak. Mereka inilah yang kita katakana sebagai pelajar yang betul-betul belajar. Tetapi, jika dilihat pada pelajar sekarang, lain pula yang terjadi.Kalau dulu pelajar yang terkejar-kejar nencari guru, namun sekarang guru yang terpaksa menunggu pelajar. Adakah patut semua ini berlaku dalam proses mencari ilmu? Ini semua mungkin kesan kurangnya didikan moral yang diberikan oleh para ibu bapa. Anakanak terlalu dimanjakan sehingga mereka besar kepala maklumlah mereka anak orang kaya Kesimpulannya sepanjang saya berkhidmat dalam profesion ini, saya merasakan diri saya lebih dihargai pada 6 tahun yang lalu berbanding sekarang.

Liku perjalanan kerjaya menjadi adunan pengalaman yang sangat berguna kepada saya untuk mengurus dan mentadbir sekolah yang sudah tentu mempunyai kelainan budaya dan pendekatan berbeza berbanding dengan persekitaran kerja di pejabat. Pengurusan sekolah yang sangat rencam dan kompleks memerlukan ketajaman minda dan kekuatan intelektual yang tinggi bagi memastikan sekolah berfungsi dengan baik untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum, sukan dan sahsiah pelajar.Pengetua bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan sekolah.Kelalaian bertindak terhadap sebarang isu yang timbul mengundang risiko kepada warga sekolah. Kepekaan terhadap kerosakan infrastruktur menjadi agenda yang perlu ditangani dengan segera walau pun menghadapi kekangan kewangan. Masyarakat menaruh harapan yang tinggi terhadap pembangunan pendidikan anakanak mereka.Bagi mereka yang tidak pernah menjadi Pengetua mungkin kurang arif dengan karenah administrasi yang berlaku di sekolah terutama menangani isu dan cabaran yang berlaku dalam kalangan ratusan guru, ribuan murid, berdepan

dengan ragam ibu bapa yang berhubung dengan sekolah.Mudah-mudahan dengan 'Team' yang dibentuk secara sepadu menjadi pemacu kejayaan sekolah dalam setiap bidang.Sesungguhnya refleksi pengalaman menjadi sejarah dalam kehidupan seorang penjawat awam sehinggalah tiba masanya terpaksa meninggalkan jawatan.

Anda mungkin juga menyukai