Anda di halaman 1dari 10

KAJIAN TINDAKAN JAWI

MENYAMBUNG HURUF JAWI DAN MENULIS PERKATAAN DENGAN TEKNIK


“PERMAINAN MENGOPEK KERANG DAN MEMANCING HURUF”.

Oleh:

Mohamad Fauzi Bin Muadir @ M Noor

SMK AGASEH

91100, Lahad Datu Sabah

ABSTRAK.

Guru-guru Pendidikan Islam sering menghadapi masalah dalam pengajaran Pelajaran Jawi kerana
terdapat sebilangan murid yang bermasalah dalam penguasaan kemahiran menulis dan membaca
jawi. Senario ini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan berpanjangan sehingga murid menjejakkan
kaki ke sekolah menengah pula. Kaedah dan teknik sedia ada sememangnya sudah cukup
berkesan bagi murid yang cerdas tetapi tidak bagi murid yang dalam peringkat sederhana dan
lemah. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk membantu beberapa orang murid yang dikesan
menghadapi masalah dalam menyambung huruf-huruf jawi bagi membentuk perkataan.
Kebolehan menulis dan membaca dalam tulisan jawi akan memungkinkan murid lebih menguasai
pembelajaran Pendidikan Islam.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Berdasarkan pengalaman saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam , didapati


beberapa orang murid kurang menguasai kemahiran menulis dan membaca dalam jawi. Pelajar di
sekolah ini kebanyakannya tinggal di perkampungan. Amalan dan penghayatan isi mata pelajaran
Pendidikan Islam hanya tertumpu di sekolah dan tidak dilanjutkan di rumah. Malah ramai
dikalangan ibubapa mereka tidak tahu membaca dan menulis jawi. Oleh itu saya dan rakan –
rakan guru Pendidikan Islam di sekolah ini bertanggungjawab memberi pendedahan dan
membina asas yang kukuh dalam pegangan hidup beragama serta memberi panduan agar mereka
mahir menulis dan membaca jawi.

Kegagalan menguasai kemahiran jawi akan menyukarkan murid membaca bahan- bahan
pembelajaran contohnya kandungan buku teks, buku rujukan ,buku latihan dan tidak dapat
menjawab soalan ujian dan peperiksaan dengan baik. Kini saya berazam untuk merungkaikan
permasalahan yang dihadapi oleh murid yang menjadi responden dalam kajian tindakan saya kali
ini.

2.0 MASALAH KAJIAN.

Murid sebenarnya sudah mengenali menghafal 37 huruf-huruf jawi namun kelemahan


mereka adalah dalam menyambung huruf-huruf jawi bagi membentuk perkataan. Permasalahan
ini membantutkan keserokan belajar matapelajaran Pendidikan Islam. Kelemahan ini bukan
hanya berpunca daripada murid semata-mata namun sebagai seorang guru yang profesional saya
perlu meningkatkan dan memperbaiki amalan pedagogi dan berusaha menambat hati mereka agar
mahu memajukan diri serta menguasai apa yang diajar.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM.

1) Menguasai kemahiran asas jawi iaitu menulis dan membaca tulisan jawi.

2) Dapat menambah minat dan pencapaian murid dalam pelajaran jawi.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS.

1) murid dapat mengenal huruf jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung.

2) Murid mengetahui bagaimana bentuk huruf di awal. di tengah dan di akhir apabila disambung.

3) Mengatasi masalah murid dalam menyambung huruf-huruf jawi menjadi satu perkataan.

4) Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan berkesan.

4.0 KUMPULAN SASARAN.

Terdiri daripada 6 orang murid tingkatan 3. Masalah yang mereka hadapi adalah tidak
mengetahui huruf yang boleh dan tidak boleh disambung serta tidak tahu menyambung huruf
tunggal jawi menjadi satu perkataan. Mereka yang saya pilih ialah:

1) Juraidah Binti Hadi

2) Berqsya Binti Razuan

3) Mohamad Daniel Bin Bassar


4) Rasdan Bin Abd Malik

5) Rabih Labasiri

6) Nurul Safikah Ahmad Shah

5.0 LANGKAH PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian ini menumpukan kepada cara untuk mengenalpasti dan menangani masalah yang
wujud melalui pengumpulan data mengikut langkat-langkah berikut :

5.1 TINJAUAN MASALAH.

Tinjauan masalah telah saya laksanakan dengan cara pemerhatian semasa mengajar,
temubual dengan murid sendiri dan pandangan rakan-rakan guru yang mengajar kelas ini dan
berdasarkan jawapan murid semasa latihan diberi.

5.1.1 Pemerhatian.

5.1.2 Temubual.

5.1.3 Latihan .

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 PEMERHATIAN

Berdasarkan pemerhatian terhadap murid semasa pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan didapati murid :

ü Tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.

ü Tidak mahu cuba untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh guru.

ü Kurang fokus pada pembelajaran.

ü Kurang berkomunikasi dengan rakan dalam hal pelajaran.

ü Tiada daya saing dan usaha untuk memajukan diri.

5.2.2 TEMUBUAL DAN SOAL SELIDIK.

Berdasarkan temubual dan soal selidik bersama murid disimpulkan bahawa:

 Tidak berminat untuk belajar dan rasa sukar mengikuti apa yang diajar.
 Tiada sokongan daripada ahli keluarga dan ibubapa kerana mereka sendiri tidak
 mahir dalam menulis dan membaca jawi.
 Merasakan diri banyak kekurangan, kurang keyakinan dan malu.
 Tidak biasa menggunakan bahan bacaan jawi seperti buku cerita dan akhbar tulisan jawi
yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.

5.2.3 LATIHAN DAN UJIAN.

Setelah murid diberikan ujian bertulis untuk menyambung huruf-huruf jawi didapati
berlaku banyak kesalahan . Antara kesilapan yang dibuat adalah:

 Menyambung huruf sesuka hati .


 Menyambung dengan bentuk dan cara yang salah.
 Tidak menyambung tetapi cuma merapatkan huruf sahaja.

5.4 METHODOLOGI PELAKSANAAN KAJIAN

5.4.1 PERANCANGAN KAJIAN .

Bagi menarik perhatian murid ,saya merancang aktiviti yang berkaitan rapat dengan
kehidupan seharian mereka . Persekitaran mereka sinonim dengan tangkapan hasil laut, suasana
di pelantar, mengopek kerang dan aktiviti memancing ikan. Oleh itu, saya namakan aktiviti
permainan yang akan saya jalankan ada persamaan dengan aktiviti mereka.

Aktiviti bertujuan membolehkan murid mengingat huruf-huruf jawi yang boleh


disambung dan tidak boleh disambung. Berdasarkan pengetahuan sedia ada murid telah
menghafal semua huruf jawi tetapi masih tidak tahu menyambungnya. Malah amat keliru
bagaimana untuk menyambung huruf jika ia di awal, tengah dan akhir. Tempoh masa yang
diambil bermula pertengahan Mac 2017 sehingga akhir Bulan april 2017 kira-kira 6 minggu
untuk melihat hasil pencapaian murid. Sepanjang cuti persekolahan pertengahan penggal pertama
lalu, saya menyediakan lembaran kerja agar murid mahir dalam menyambung huruf-huruf jawi.

Langkah pertama saya pastikan murid-murid benar- benar mengenal huruf-huruf jawi.
Kemudian mengetahui padanan huruf jawi dengan huruf rumi. Ini akan memudahkan murid
untuk menulis dan menyebut suku kata dan perkataan nanti. Saya membekalkan murid dengan
sehelai kertas A4 yang telah dilaminate sebagai panduan dan hafalan. Setelah diuji semua murid
dapat menyebut padanan yang betul barulah saya mulakan aktiviti permainan yang saya rancang.
Saya akan bertanya secara spontan apabila bertemu murid di mana sahaja di kawasan sekolah.
Secara tidak langsung hubungan guru dan murid lebih baik dan murid rasa selesa apabila saya
selalu berinteraksi dengan mereka.

5.4.2 AKTIVITI 1 (PERMAINAN MENGOPEK KERANG).

Aktiviti pertama dimulakan dengan memperkenalkan huruf sama ada boleh sambung atau tidak.
Huruf dibahagikan kepada 3 pecahan.

1.EH, SOMBONGNYA DIA.

ALIF A , WAU Ë , VI “ , DAl e , Dzal g , Ra i, Zai k

2.MEMANG SOMBONG 3.KITA KAN KAWAN.

Semua huruf lain.

HAMZAH - Õ, HA-Ê

Murid akan diberi 3 keping kad poket untuk menghafal huruf di atas di mana sahaja
mereka berada. Kad-kad ini diberi nama kad Sombong, kad memang sombong dan kad kawan.

1)Kad Sombong bermakna huruf tersebut boleh disambung oleh huruf lain

tetapi tidak boleh menyambung huruf lain.

2)Kad memang sombong bermakna huruf tesebut tidak langsung boleh

disambung dan menyambung .

3)Kad Kawan bermakna huruf –huruf yang boleh disambung dan malah huruf

itu juga boleh menyambung huruf lain.


Apabila murid telah menghafalnya setelah diberi tempoh beberapa hari aktiviti permainan
dijalankan. Permainan diberi nama ‘KOPEK KERANG’. Murid biasa mambantu ibu bapa
mengopek kerang pada hari cuti. Murid nampaknya tidak sabar untuk bermain. Caranya murid
mengambil 1 kerang yang telah diletakkan pelekat dan diisi dengan satu atau 2 huruf jawi dalam
kotak yang diedarkan . Permainan ini boleh dimainkan di mana sahaja tempat yang sesuai dan
selesa. Saya akan mainkan muzik ataupun murid boleh menyanyi bersama-sama dan muzik akan
diberhentikan secara tiba-tiba. Murid yang sedang memegang peti akan menjawab secara lisan.
Murid menyatakan huruf dan menyatakannya sama ada boleh atau tidak boleh sambung, Saya
akan memberi 2 markah bagi jawapan yang betul. Jika masih ada yang belum mahir dia diberi
tempoh untuk menghafalnya.

Selesai aktiviti ini murid diberi latihan bertulis (sila lihat lampiran) bagi mengukuhkan ingatan.
Murid diminta menanda / jika huruf itu boleh disambung dan x jika tidak boleh disambung. Guru
juga menunjukkan bagaimana bentuk huruf jawi apabila disambung apabila kedudukan huruf
tersebut berada di awal, tengah dan akhir.

5.4.3 AKTIVITI 2( PERMAINAN MEMANCING HURUF).

Setelah melepasi tahap pertama dengan bermain permainan ‘kopek kerang’ beberapa
pusingan murid boleh diajak bermain permainan kedua dinamakan ‘Memancing huruf.’ Ia ada
persamaan dengan aktiviti memancing ikan yang dijalankan oleh penduduk di sini. Sebelum itu
guru akan memberi panduan dan murid menulis mengikut contoh iaitu bagaimana bentuk huruf
apabila disambung di awal, tengah dan akhir. Tidak semua huruf ditampilkan. Murid diberi
contoh huruf yang sama bentuknya sahaja. Contohnya huruf seperti ba, ta ,dan, tha, Cuma huruf
ba sahaja diterangkan. Cara permainannya adalah dengan murid diberikan pancing yang
diletakkan magnet menggantikan kailnya. Murid akan cuba memancing huruf di dalam kotak atau
bekas yang besar. Tidak semua huruf diletakkan magnet untuk permainan yang lebih mencabar.
Setelah berjaya murid akan cuba mengisi jadual yang disediakan bagaimana bentuk huruf
tersebut ditulis di awal, tengah dan akhir. Permainan boleh dijalankan beberapa pusingan.
Pemenang juga akan diberikan hadiah .

5.5 REFLEKSI KAJIAN DAN PENILAIAN.

5.5.1 Hasil pemerhatian cara belajar dan sikap yang ditunjukkan oleh responden sebelum
pelaksanaan kajian ini, amat mengecewakan dan tidak membantu ke arah peningkatan diri.
Namun apabila dipilih melibatkan diri dalam kajian ini mereka mula menunjukkan perubahan
dari aspek sikap dan penguasaan kemahiran menulis jawi. Mereka bermain dengan gembira dan
dalam masa yang sama memahirkan diri menyambung huruf dengan betul .
Perubahan yang yang ditunjukkan dari aspek sikap adalah:

1) Mulai rasa diberi perhatian dan berkehendak melibatkan diri.

2) Yakin diri berada di samping rakan-rakan yang lain di kelas.

3) Memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang dirancang, malah tidak rasa tertekan mengikuti
setiap aktiviti.

4) Berani mencuba walaupun melakukan kesilapan pada awalnya.

Perubahan dari aspek pembelajaran.

1)Tidak lagi keliru dalam menyambung huruf jawi.

2) Berjaya menyambung huruf sama ada di awal tengah dan akhir.

3) Membuat latihan sehingga siap,

4) Bukan setakat boleh menulis malah boleh menyebut perkataan yang dieja.

5) Menjawab dengan betul latihan yang diberi.

Di sini dilampirkan jadual jawapan yang telah dijawab oleh murid melalui aktiviti Kopek Kerang.

Pusingan Pusingan Pusingan pusingan pusingan

1 2 3 4 5

1) Berqsya Binti Razuan 2 2 0 2 0

2) Mohamad Daniel Bin Bassar 0 0 2 2 2

3) Rasdan Bin Abd Malik 2 2 2 0 2

4) Rabih Labasiri 2 2 2 2 0

5) Juraidah Binti Hadi 2 2 2 2 2

6) Nurul Safikah Ahmad Shah 2 2 2 0 2


Berdasarkan jadual pencapaian jelas menampakkan kebolehan murid menyatakan dengan betul
huruf yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung. Berikut pula jumlah markah yang
diperolehi melalui permainan memancing huruf.

NAMA JUMLAH
MARKAH

1) Berqsya Binti Razuan 60

2) Mohamad Daniel Bin 90 PEMENANG


Bassar

3) Rasdan Bin Abd Malik 65

4) Rabih Labasiri. 70

5) Juraidah Binti Hadi 80

6) Nurul Safikah Ahmad 75


Shah

Saya tidak lupa memberikan hadiah kepada murid yang mendapat tempat tertinggi. Ini
mendorong murid lain untuk cuba menjawab dengan lebih baik pada masa akan datang.
Permainan ini akan terus dilaksanakan apabila ada masa terluang.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA.

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif
dari segi amalan pembelajaran murid dan penguasaan murid dalam kemahiran menulis jawi.
Mereka lebih yakin berada di samping rakan sekelas. Namun demikian itu belum cukup untuk
mereka bersaing dengan murid lain yang lebih mahir menulis dan membaca jawi. Oleh itu saya
berhasrat untuk melanjutkan kajian berkaitan kemahiran membina dan menulis pelbagai jenis
ayat mudah. Bimbingan dan perhatian yang berterusan akan meningkatkan motivasi dalam diri
murid-murid seterusnya mendorong mereka menguasai pembelajaran.

7.0 KESIMPULAN.

Walaupun kajian ini hanya melibatkan beberapa orang murid namun aktiviti yang direka
juga sesuai untuk dijalankan di kelas tahun dan murid lain yang mempunyai masalah yang sama.
Semoga ianya menjadi panduan perkongsian buat guru-guru lain. Ini bagi memastikan murid
tidak jauh ketinggalan dalam penguasaan kemahiran menulis jawi. Secara peribadinya saya
sebagai pengkaji dan Guru Pendidikan Islam merasakan usaha ini dapat menyumbang kepada
peningkatan tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam kerana Pelajaran
Jawi berkait rapat dengan sumber dan bahan bacaan untuk matapelajaran Pendidikan Islam .
Sebagai usaha bagi membantu murid mendapatkan bahan bacaan jawi saya telah mula melanggan
Majalah Asuh dan Ana Muslim yang di dalamnya terdapat petikan jawi yang mudah dibaca.
Semoga murid yang terhasil di bawah acuan kita adalah murid yang celik Jawi.
SUMBER RUJUKAN.

Buku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan(2009), Ipoh :Jabatan Pelajaran

Perak.

Mak Soon Sang,(2003).Psikologi Pendidikan, Subang Jaya :Kumpulan Budiman

Sdn Bhd

Manual Kajian Tindakan ,Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan :Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlob, Pandai Jawi ( 2007),Shah Alam :Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Modul Kursus bersiri Kajian Tindakan(2009): Jabatan Pelajaran Perak.

Sharifah Alwiah Al sagoff(1993),Ilmu Pendidikan:Pedagogi,Kuala Lumpur,

Heineman Education Book (Asia) ltd.

Solehuddin b. Hj. Arshad(2009), Nota Panduan Sistem Ejaan Jawi Yang

Disempurnakan Kaedah DBP: Pejabat Pelajatan Daerah Hilir Perak.

Anda mungkin juga menyukai