Anda di halaman 1dari 13

INDAHNYA AL-QURAN : KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN

Mohd Tajudin b Jamaludin


SMK Taman Medan, Petaling Jaya

ABSTRAK

Tilawah sememangnya satu bidang yang amat ditakuti oleh murid-murid saya. Mereka
menganggapnya sebagai satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak
akan dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran tilawah. Ini menyebabkan
soalan dalam bidang tilawah yang memerlukan murid menjawab dengan berpandukan
kepada pengetahuan asas mereka akan ditinggalkan kosong oleh murid atau sekadar
meneka jawapan yang disediakan. Saya memfokuskan kajian ini kepada kemahiran
tilawah al-Quran, dan memilih 22 orang murid Tingkatan 2 sebagai kumpulan sasaran.

Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan Ujian
Diagnostik. Perasaan negatif yang ketara ialah perasan ‘takut’. Ini mungkin disebabkan
sikap saya yang tegas. Keputusan Ujian Diagnostik pula menunjukkan cuma 60%
murid dapat menjawab soalan berbentuk fokus kajian dengan betul dan peratus ini
merupakan peratus terendah berbanding bentuk-bentuk soalan lain.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan modul takrir dan kaedah abqari
yang diperkenalkan dapat menyakinkan murid tentang wujudnya kaedah lebih mudah
untuk asas tilawah. Selain itu disediakan juga hadiah dan ini menjadikan bidang tilawah
adalah masa yang dinanti-nanti oleh murid.

Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti dijalankan


amat memberangsangkan. Bilangan murid yang telah menguasai hafazan telah
meningkat kepada 80%, manakala min bagi perasaan ‘takut’ juga telah jatuh ke paras
‘tidak signifikan’. Ini bermakna tindakan yang diambil dalam kajian tindakan ini adalah
tepat dan berkesan.

Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini, saya berasa
cukup berpuas hati apabila melihat murid yang paling malas dalam kelas ini turut
melibatkan diri dan menyatakan ‘seronok’ belajar menghafal.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU

Sekolah Kebangsaan Ewa merupakan sebuah sekolah yang digolongkan


dalam kategori sekolah luar bandar. Apa yang hendak saya luahkan di sini
adalah, mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan
dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan murid. Ini
kerana, pada anggapan mereka mata pelajaran Pendidikan Islam adalah
satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak
termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang akan dijawab oleh murid-
murid terbabit semasa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mereka juga menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu


bebanan kepada mereka kerana mereka terpaksa berhadapan dengan
beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, sirah, tilawah al-Quran, akhlak,
jawi dan amali.

Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai beberapa pecahan


kemahiran yang perlu dipelajari seperti bacaan surah, hafazan dan
pengertian surah. Bidang hafazan misalnya, amat memerlukan
penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz
dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan
hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu dan tidak
memerlukan kepada hafalan.

ii
2.0 FOKUS KAJIAN

Hasil daripada ujian pra, saya dapati seramai 33 orang murid tahun empat
gagal mentasmiq hafazan dengan baik di hadapan guru. Terdapat juga
sebilangan pelajar yang cuma dapat menghafaz separuh dan ada juga
pelajar yang menghadapi masalah untuk menghafaz dengan bacaan yang
betul dari aspek makhraj huruf, tajwid dan sebagainya.

Sesetengahnya pula tidak dapat membezakan di antara hujung atau


permulaan ayat yang mempunyai bunyi yang hampir sama. Kelemahan
ini dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang kurang
menarik minat murid, dan kekurangan bahan bantu mengajar yang lebih
berkesan dan juga sikap murid itu sendiri.

Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan berkesan, maka


dikhuatiri, murid-murid ini akan menghadapi masalah untuk menghafaz
surah-surah dalam peringkat yang berikutnya dan ini boleh berlanjutan
sehingga mereka memasuki alam persekolahan menengah nanti.

(Keputusan ujian : rujuk lampiran A : Keputusan Ujian Hafazan Tahun


Empat 2009)

iii
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am:

Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam


khususnya dalam bidang hafazan dan para pelajar dapat menggunakan
kaedah hafazan yang bersesuaian dengan kemampuan diri masing-masing.

3.2 Objektif Khusus:

i. Murid dapat membaca surah Al-Adiyat dengan baik, fasih, lancar dan

bertajwid

ii. Murid dapat menghafaz surah Al-Adiyat dengan betul, lancar dan

mengikut hukum tajwid.

iii. Murid dapat menghafaz makna ayat-ayat dalam surah Al-Adiyat dengan

betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahun empat dijadikan kumpulan sasaran bagi kajian ini dengan
lebih memfokuskan kepada 33 orang murid tahun empat yang gagal dalam
ujian pra sebelum ini.

iv
5.0 PROSEDUR KAJIAN

5.1 Tinjauan Awal

Kesukaran murid untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang


sebenar dan mudah merupakan cabaran utama yang perlu saya
rungkaikan untuk membantu mereka meningkatkan keyakinan diri mereka
terhadap bidang hafazan ini. Permasalahan murid-murid ini dapat saya
perincikan kepada aspek-aspek berikut:

(a)Pengetahuan sedia ada murid tentang surah yang akan dihafaz


(b)Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan al-
quran
(c)Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan.

Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian, kaedah yang saya


gunapakai ialah ujian dan soal selidik.

v
Aktiviti 1: Penggunaan power point dan kad ayat.

 Guru telah menyediakan satu bahan power point tentang surah yang dihafaz
dan juga hiasan-hiasan.
 Murid diperdengarkan dengan bacaan surah yang dipilih dari beberapa orang
qari melalui komputer.
 Murid juga telah dihidangkan dengan kad ayat surah yang dihafaz.
 Murid telah mendengar bacaan dari surah yang dibacakan qari tersebut
melalui komputer.
 Guru memperkenalkan beberapa kalimah yang sukar dan murid dilatih
menyebut kalimah-kalimah tersebut berulang-ulang secara individu,
kumpulan dan kelas.

Pemerhatian.

Hasil daripada pemerhatian saya, murid didapati tertarik dengan bahan yang
disediakan. Ini mendorong mereka mengikuti setiap langkah yang dijalankan
dengan baik dan memberikan kerjasama kepada guru semasa P&P dijalankan.

Refleksi.

Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini
memberikan kepuasan kepada saya.

vi
Aktiviti 2: Penggunaan lagu dalam hafazan ayat dan makna

 Guru memperkenalkan murid kepada kaedah hafazan secara berlagu.


 Murid diperdengarkan dengan bacaan guru.
 Lagu yang telah diperkenalkan bukanlah merupakan lagu-lagu yang sukar
seperti dibaca oleh para qari tetapi merupakan lagu yang mudah dan bersifat
kanak-kanak dan dekat di hati mereka.
 Murid-murid menghafaz ayat satu persatu bersama makna ayat secara
berlagu.
 Murid mengulang ayat bersama makna secara berulang kali dan murid telah
didedahkan dengan posisi yang berbeza semasa mereka mengulang
hafazan.
 Murid diarahkan berdiri, duduk, berpaling ke kanan dan ke kiri sambil
mengulang ayat yang dihafaz. Ini diharap dapat mengelakkan murid daripada
berasa bosan semasa sesi hafazan dijalankan.
 Murid-murid ini juga telah dirakam suaranya, dan seterusnya murid lain akan
menilai hafazan murid-murid tersebut dan diminta mentasmiq hafazan ayat
dan makna ayat tadi sesama rakan mereka sebelum mereka mentasmiq di
hadapan guru.

 Murid-murid yang diyakini dapat menghafaz dengan baik telah dilantik


sebagai murid turus untuk membantu rakan-rakan mereka yang belum dapat
menghafaz dengan fasih dan lancar.

vii
Pemerhatian.

Hasil daripada pemerhatian saya, menerusi aktiviti ini murid didapati


menunjukkan peningkatan dalam hafazan. Ini mendorong mereka untuk
berlumba menjadi murid turus.

Refleksi.

Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini
memberikan kepuasan kepada saya setelah didapati hafazan murid semakin
meningkat dari semasa ke semasa walaupun masih terdapat murid yang tidak
dapat menghafaz dengan baik.

5.2 PENILAIAN.

Ujian Hafazan :

Pengukuran kejayaan kajian tindakan ini dapat diukur semasa sesi P&P dan
peperiksaan pertengahan tahun yang telah dilaksanakan. Saya dapati murid
dapat menghafaz dengan baik dan menjawab soalan yang diberikan dengan
lebih bersedia dan yakin.

5.3 REFLEKSI KAJIAN

i. Pencapaian murid
a. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai daripada
lembaran kerja yang diberikan kepada murid, ujian hafazan
semasa sesi P&P dan ujian pertengahan tahun didapati
mempunyai peningkatan yang memberangsangkan.

viii
ii. Aktiviti yang dijalankan
a. Murid dilihat tertarik dengan aktiviti yang disediakan dengan
dibantu oleh bahan bantu mengajar yang menarik minat murid.

iii. Kajian tindakan ini.


a. Saya amat yakin bahawa kajian tindakan ini dapat memberi
manfaat kepada murid-murid. Ini juga membantu saya melihat
kejayaan murid dan seterusnya memberikan kepuasan kepada
saya setelah melihat murid berjaya.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah sebahagian dari masalah yang
sering dihadapi oleh saya dalam proses P&P. Masalah ini sedikit sebanyak
mempengaruhi prestasi murid-murid saya.

Pada kajian yang seterusnya saya bercadang untuk memfokuskan kepada cara-
cara untuk membantu murid yang tidak dapat menguasai tulisan jawi dengan
baik. Ini kerana, melalui pemerhatian saya, saya dapati masih ramai murid belum
mempunyai kemahiran yang baik dalam menyambung huruf-huruf jawi. Ini
menyebabkan mereka menyambung apa sahaja huruf yang diberi tanpa
mengetahui huruf tersebut boleh disambung atau sebaliknya.

Dengan kajian ini, saya berharap dapat menyelesaikan masalah tersebut dan
dapat membantu murid menguasai tulisan jawi dengan baik sebelum mereka
melangkah ke alam sekolah menengah.

ix
LAMPIRAN
KEPUTUSAN UJIAN HAFAZAN TAHUN 4 2009
BIL UJIAN
PRA
NAMA MURID KELAS
1 Murid A 4M √

2 Murid B 4M √

3 Murid C 4M √

4 Murid D 4M √

5 Murid E 4M √

6 Murid F 4M √

7 Murid G 4M √

8 Murid H 4M √

9 Murid I 4M √

10 Murid J 4M √

11 Murid K 4M √

12 Murid L 4M √

13 Murid M 4M √

14 Murid N 4M √

15 Murid O 4M √

16 Murid P 4M
X

17 Murid Q 4M √

18 Murid R 4M √

19 Murid S 4S
X

20 Murid T 4M √

21 Murid U 4M
X

22 Murid V 4M √

23 Murid W 4M
X

24 Murid X 4M √

25 Murid Y 4M
X

26 Murid Z 4M
X

27 Murid A1 4S
X

28 Murid B1 4M √

29 Murid C1 4M √

30 Murid D1 4M √

31 Murid E1 4M
X

32 Murid F1 4S
X

33 Murid G1 4S
X

34 Murid H1 4M √

35 Murid I1 4M
X

36 Murid J1 4M
X

37 Murid K1 4S √

38 Murid L1 4S √

39 Murid M1 4M √

40 Murid N1 4S
X

41 Murid O1 4M
X

x
42 Murid P 1 4S
X

43 Murid Q1 4M √

44 Murid R1 4M
X

45 Murid S1 4S
X

46 Murid T1 4S √

47 Murid U1 4S
X

48 Murid V1 4S √

49 Murid W1 4S √

50 Murid X1 4S
X

51 Murid Y1 4S √

52 Murid Z 1 4S
X

53 Murid A2 4S
X

54 Murid B2 4S
X

55 Murid C2 4S
X

56 Murid D2 4S √

57 Murid E2 4S
X

58 Murid F2 4S
X

58 Murid G2 4S √

60 Murid H2 4S
X

61 Murid I2 4S
X
xi
62 Murid J2 4S
X

63 Murid K2 4S
X

64 Murid L2 4S
X

65 Murid M2 4S
X

66 Murid N2 4S
X

67 Murid O2 4S
X
LAMPIRAN
KEPUTUSAN AKHIR UJIAN HAFAZAN TAHUN 4 2009
BIL UJIAN
PRA
UJIAN
AKHIR
NAMA MURID KELAS
1 Murid P 4M
X √

2 Murid S 4S
X X

3 Murid U 4M
X √

4 Murid W 4M
X √

5 Murid Y 4M
X √

6 Murid Z 4M
X X

7 Murid A1 4S
X √

8 Murid E1 4M
X √

9 Murid F1 4S
X √

10 Murid G1 4S
X √

11 Murid I1 4M
X √

12 Murid J1 4M
X √

13 Murid N1 4S
X X

xii
14 Murid O1 4M
X √

15 Murid P 1 4S
X X

16 Murid R1 4M
X √

17 Murid S1 4S
X √

18 Murid U1 4S
X √

19 Murid X1 4S
X X

20 Murid Z 1 4S
X X

21 Murid A2 4S
X √

22 Murid B2 4S
X X

23 Murid C2 4S
X √

24 Murid E2 4S
X √

25 Murid F2 4S
X X

26 Murid H2 4S
X √

27 Murid I2 4S
X √

28 Murid J2 4S
X √

29 Murid K2 4S
X √

30 Murid L2 4S
X X

31 Murid M2 4S
X X

32 Murid N2 4S
X √

33 Murid O2 4S
X X

xiii

Anda mungkin juga menyukai