Anda di halaman 1dari 14

PERANAN PEMIMPIN INSTRUKSIONAL DALAM MENCETUS PEMBUDAYAAN

KREATIVITI DAN INOVASI DI SEKOLAH

MOHD TAJUDIN BIN JAMALUDIN


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (2)

46000 Petaling Jaya, Selangor

tajudin1977@gmail.com

ABSTRAK

Pengetua sebagai pemimpin teknologi di sekolah menghadapi tugas yang mencabar dalam mengaplikasikan
teknologi dan sebagai pemimpin bagi penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad
ke-21. Justeru, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor amalan kepimpinan pengetua
dalam membudayakan kreativiti dan inovasi di sekolah. Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif dengan
menggunakan kajian lapangan. untuk mengumpul maklumat yang mendalam dan terperinci tentang cara
pengetua memainkan peranan sebagai fasilitator perubahan yang efektif terhadap pembudayaan inovasi dalam
organisasi. Dapatan kajian kes ini menunjukkan bahawa terdapat dua faktor utama bagi kepimpinan pengetua
dalam membudayakan kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi iaitu faktor peranan, dan faktor model
kepimpinan. Kesimpulannya, pengetua sebagai pemimpin sekolah perlu mengubah amalan kepimpinan mereka
daripada amalan tradisional kepada amalan kepimpinan instruksional dalam usaha meningkatkan inovasi
sekolah.

Kata Kunci: Pengetua, Kepimpinan Instruksional, Pembudayaan Inovasi, Pemimpin


Teknologi, Model Kepimpinan

1.0 PENGENALAN

Pada abad ke-21 ini, pemikiran yang kreatif dan inovatif sangat diperlukan dan memainkan
peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian khususnya dalam bidang
keusahawanan, pemasaran, pendidikan, pembinaan sains, kejuruteraan dan teknologi.
Sebenarnya, sebelum zaman kemerdekaan lagi idea-idea atau pemikiran kreatif dan inovatif
ini telah lama wujud tetapi pemikiran seperti itu kian pupus disebabkan oleh penglibatan dan
pembudayaan yang semakin kurang dipupuk di dalam sesebuah organisasi.

Oleh itu kertas ini cuba mengupas mengenai pembudayaan inovasi di dalam organisasi
sebagai usaha menyahut seruan kerajaan membudayakan kreativiti dan inovasi dalam
organisasi. Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti dan inovasi. Menurut Prof. Dato’ Ir.
Dr. Zaini Ujang, dalam bukunya ‘Budaya Inovasi: Prasyarat Model Baru Ekonomi,’
menyatakan bahawa kreativiti membabitkan pemikiran, idea dan gagasan baru. Manakala
inovasi pula menjurus kepada penambahbaikan dan penyesuaian kepada pemikiran, idea yang
sedia ada sehingga memberi nilai tambah baru yang boleh diguna pakai dan dimanfaatkan
serta boleh dijadikan sebagai produk atau perkhidmatan yang boleh dikomersialkan.
Satu cara yang berkesan untuk membudayakan inovasi dalam kalangan warganegara
Malaysia adalah melalui penerapan dan penekanan inovasi dalam pendidikan. Kebanyakan
negara maju sperti Jepun, Amerika Syarikat dan Perancis, telah mengaplikasikan system
pendidikan yang berupaya memupuk budaya inovasi pada peringkat sekolah lagi. Di negara
kita penerapan budaya inovasi pada peringkat sekolah mula diberikan penekanan seiring
dengan keperluan negara untuk mencapai negara maju dan menghadapi Revolusi Industri 4.0
yang bakal mengubah cara kehidupan manusia.

Oleh itu, bagi membudayakan inovasi dan kreativiti sebenarnya tidak boleh dihadkan kepada
sesuatu kelompok masyarakat sahaja, sebaliknya inovasi itu perlu difahamii dan diamalkan
oleh seluruh lapisan masyarakat dalam pelbagai bidang kepakaran masing-masing.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Pemimpin sekolah perlulah berperanan penting dalam menggalakkan pembudayaan kreativiti


dan inovasi di sekolah Rohani Ramli @ Abdullah (2006). Walaubagaiman pun, tidak semua
pemimpin sekolah tahu akan peranannya dalam meningkatkan kreativiti dan inovasi di
sekolah. Rossafri dan Balakrishnan (2007) Maka, warga sekolah kurang membudayakan
kreativiti dan inovasi Bohlin, (2002). Sehubungan itu, kajian ini menyelidik peranan
pemimpin instruksional dalam membudayakan kreativiti dan inovasi di sekolah.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti peranan pemimpin instruksional mencetus pembudayaan
kreativiti dan inovasi di sekolah.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk mencapai objektif berikut:

1. Meneroka peranan pemimpin instruksional dalam mencetus pembudayaan kreativiti dan inovasi
di sekolah.

Soalan kajian

1. Apakah peranan penolong kanan pentadbiran dalam mencetus pembudayaan kreativiti dan
inovasi di sekolah.
2. Apakah peranan guru kanan mata pelajaran dalam mencetus pembudayaan kreativiti dan
inovasi di sekolah.
3. Apakah peranan ketua panitia dalam mencetus pembudayaan kreativiti dan inovasi di sekolah.
5.0 TINJAUAN LITERATUR

5.1 KONSEP KREATIVITI DAN INOVASI

Dunia hari ini didominasi oleh teknologi dan oleh itu inovasi-inovasi individu dan organisasi
kebanyakannya berasaskan kepada kepesatan pembangunan teknologi. Ini menjadikan
kreativiti, satu elemen penting bagi membuahkan inovasi, satu komponen kritikal dan
merupakan sumber penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan (Robinson, 2000,). Oleh
itu, apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti dan inovasi.
A. DEFINISI
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kreativiti bermaksud mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Manakala Istilah
inovasi pula adalah sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain
yang baru.
Walaupun begitu hakikatnya pemikiran kreativiti dan inovasi merujuk kepada pemikiran
sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks
(Edward de Bono,1997). Tambahannya pula, De Bono juga mengaitkan pemikiran kreatif dan
inovatif dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan
masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi
menyelesaikan masalah.
Terdapat juga satu lagi terma yng lebih spesifik mengenai inovasi dalam Pendidikan yang
telah digarap dengan baik iaitu idea daripada Mathew B. Miles (1973) menulis dalam
bukunya “Innovation in Education” bahawa “Innovation is a species of a genus change” yang
bererti suatu perubahan yang bersifat khusus, memiliki nuansa dalam pembaharuan, dan
disengajakan melalui suatu program yang jelas dan direncanakan terlebih dahulu serta
dirancang untuk mencapai tujuan yang diharapkan dari suatu sistem tertentu.
Kesimpulannya, kreativi dan inovasi merupakan perkara yang menjadi penting terutama
dunia hari ini yang telah bergerak ke arah revolusi perindustrian versi 4 (IR 4.0) maka
kreativiti dan inovasi perlu digerakkan dengan mapan supaya negara tidak ketinggalan dan
ianya bermula daripada suatu komuniti seperti sekolah.

5.2 SIAPA PEMIMPIN SEKOLAH

Transformasi pendidikan melalui PPPM 2013 – 2025 bertujuan untuk menambahbaik kualiti
PdP di sekolah. Kepemimpinan yang berkesan bergantung kepada strategi yang digunakan
oleh pemimpin sekolah. Seperti yang diketahui, sekolah merupakan institusi sosial yang
memainkan peranan amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah
pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah
negara.
Oleh itu, dalam membawa sebuah sekolah itu ke arah kejayaan, seorang pemimpin sekolah
itu mestilah menunjukkan gaya kepimpinan yang benar-benar meyakinkan. Sehubungan
dengan itu banyak kajian-kajian lepas yang telah menunjukkan bahawa gaya kepimpinan
pengetua banyak membawa kepada perubahan tingkah laku. Antaranya ialah, Stoll dan Fink
(1996) dalam bukunya Changing our schools menyatakan tidak ada persoalan lagi bahawa
kepemimpinan yang berkesan ialah penentu (key determinant) dalam menggerakkan
perubahan yang positif di sekolah atau dalam sistem persekolahan. Menurut Ibrahim Mamat,
(2001) Pengetua adalah orang paling penting di sekolah dan bertanggungjawab terhadap
semua kegiatan. Sebagai pemimpin, dia harus menggerakkan sekolah, terutamanya dari sudut
pengajaran dan pembelajaran terutama pembudayaan kreativiti dan inovasi dalam semua
bidang di dalam persekitaran sekolah, tingkat profesionalisme dan semangat serta rasa
tanggungjawab guru terhadap pelajar. Dia perlu membimbing, menggalak dan menyelia
kakitangan untuk membaiki dan mengekalkan kualiti pendidikan. Dalam sesebuah organisasi
sekolah, pengetua merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengetuai atau
memimpin sekolah serta memainkan peranan yang penting dalam mencapai objektif sekolah.
Pengetua sentiasa disifatkan sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin sekolah kerana
kedudukan dan jawatannya yang berwibawa (Omar Mohd Hashim, 1991; Ramaiah, 1999;
Ibrahim Mamat, 2001). Namun, tugas dan peranan pengetua dalam sesebuah organisasi
sekolah bukanlah mudah kerana perubahan dan inovasi pendidikan yang dilaksanakan dari
semasa ke semasa mempunyai implikasi yang besar kepada pengetua sebagai pengurus,
pentadbir dan pemimpin sekolah.
A. Peranan Pemimpin Instruksional Dalam Penambahbaikan Kreativiti Dan Inovasi Di
Sekolah

Kepimpinan instruksional adalah usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk
menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembang proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. (Hussein, 1989).
Kepimpinan instruksional memberi tumpuan kepada arahan dan tunjuk ajar, membina
komuniti pembelajaran, berkongsi sama dalam membuat keputusan, memelihara dan
mempertahan perkara-perkara asas, manfaat dan mengoptimumkan masa, menyokong
perkembangan staf yang berterusan, merancang semula sumber-sumber untuk menyokong
program sekolah.

Secara umumnya, sebagai pemimpin sekolah, peranan dan fungsi pengurus yang memimpin
adalah mencetuskan usaha-usaha peningkatan kekesanan proses pengajaran-pembelajaran
termasuklah pembudayaan kreativiti dan inovasi dengan sentiasa melakukan inovasi serta
penambahbaikan dan sekaligus menghargai inovasi tenaga kerja (Sokarno,1994). Di samping
itu, pemimpin instruksional mesti mencipta satu iklim integriti, inkuiri dan penambahbaikan
secara berterusan. (Brewer, 2001) ini bertujuan membina suasana dan iklim pembelajaran
yang kondusif di sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah. Oleh itu, kepimpinan
instruksional ialah pemimpin sekolah yang mengambil peduli (cakna) terhadap kreativiti dan
inovasi di sekolah.

Oleh itu, bagi memastikan pembudayaan kreativiti dan inovasi berlaku secara mapan,
pemimpin instruksional harus memastikan inisiatif ini bermula daripada bawah dan dari atas
kerana pemimpin instruksional yang akan menentukan suatu inisiatif perubahan itu kekal
berlaku. Oleh itu, sokongan pemimpin instruksional sangat penting untuk menarik minat
warga sekolah terlibat sama dalam perubahan di sekolah. Bagi memastikan perkara ini
berlaku warga sekolah perlu dipupuk dengan budaya kreativiti dan inovasi bersama. Menurut
Zuraidah (2010), bagi mencapai matlamat ini, pengetua sekolah tidak boleh menolak
kepentingan kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga sekolah. Justeru, sokongan
pemimpin instruksional ke arah pembudayaan kreativiti dan inovasi harus secara holistik.
Walau bagaimanapun, mengulas mengenai peranan pengetua dari sudut pengajaran dan
pembelajaran termasuk kreativiti dan inovasi, Ibrahim Mamat (2001) menyatakan bahawa
pengetua harus menggerakkan sekolah, terutamanya dari sudut pengajaran dan pembelajaran,
tingkat profesionalisme dan semangat serta rasa tanggungjawab guru terhadap pelajar.
Pengetua perlu membimbing, menggalakkan dan menyelia kakitangan untuk membaiki dan
mengekalkan kualiti pendidikan. Pengetua juga harus merancang dan mengelola program
sekolah, mengawasi dan mempengaruhi pelaksanaannya, menyelaras pelbagai orang-orang
bawahannya dan menilai kemajuan serta prestasi keseluruhannya dari semasa ke semasa.
Tambahan pula terdapat beberapa kajian yang menampakkan kepentingan peranan pengetua
sebagai pemimpin profesional dan fasilitator perubahan dalam usaha melaksanakan
perubahan dan inovasi pendidikan secara efektif (Chester, Schmuck & Lippitt, 1975;
Leithwood & Montgo mery, 1982; Fullan, 1996; Hall & Hord, 2001). Di sekolah, apabila
sesuatu perubahan diperkenalkan, pengetua sebagai pemimpin instruksional
bertanggungjawab mengimplementasikan perubahan tersebut. Berjaya atau gagal perubahan
itu bergantung kepada pengetua sekolah (Hussein, 2008). Pengetua mesti bersedia untuk
menghadapi segala cabaran dan melaksanakan perubahan demi kecemerlangan organisasi
sekolah.

Secara keseluruhannya, kepimpinan instruksional adalah segala amalan tingkah laku


perancangan pengetua yang jelas disampaikan bertujuan untuk mempengaruhi, menerajui,
memberi bimbingan, dan dorongan kepada guru dan murid dalam usaha menambah baik dan
meningkatkan program-program berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
mencapai matlamat sekolah berkualiti yang ditetapkan.

5.3 KEPENTINGAN KREATIVITI DAN INOVASI DI SEKOLAH

Walaupun kreativiti dan inovasi adalah pemikiran dalam mencipta sesuatu yang baharu,
tetapi terdapat beberapa teori, yang telah diperkenalkan oleh beberapa orang tokoh mengenai
kreativiti dan inovasi.
Pertama : Teori Robert J. Sternberg
Robert J. Sternberg dan rakannya iaitu Paul Torrance mengatakan bahawa mereka cuba untuk
memahami sifat kreativiti, untuk menilai dan meningkatkan pengajaran melalui ajaran untuk
kreativiti serta mengajar pelajar untuk berfikir kreatif. Antara beberapa teori yang mereka
cuba untuk diketengahkan adalah teori pelaburan terhadap kreativiti dan teori pendorongan
sumbangan kreatif. Ia juga menerangkan pendorongan teori sumbangan kreatif
Kedua-dua pakar iaitu Gulliford dan Torrance mempunyai banyak persamaan idea daripada
perbezaan idea mengenai sifat kreativiti dan cara untuk mengukurnya. Pada dasarnya, kedua-
duanya merupakan seorang ahli psikometrik dan mereka cuba untuk mengukur kreativiti dari
sudut psikometrik. Walau bagaimana pun, mereka juga adalah seorang pemikir yang hebat
dan mempunyai pandangan yang luas berbanding menjadi seorang ahli psikometrik. Kedua-
duanya tertumpu kepada pemikiran mencapah adalah sebagai asas kepada kreativiti dan
merupakan salah satu alat pengujian di mana menekankan penilaian terhadap pemikiran yang
berbeza. Terdapat beberapa pendekatan yang berbeza di mana sesiapa sahaja boleh
menggunakan pendekatan itu untuk memahami kreativiti. Dalam hal ini, Torrance memilih
pendekatan secara psikometrik untuk memahami kreativiti. Malahan sebaliknya rakan-
rakannya seperti (Sternberg, Kaufman, & Pretz, 2002; Sternberg & Lubart, 1995, 1996)
memilih pendekatan secara penemuan sebagai asas untuk bekerja pada kreativiti.
Kedua : Teori Pelaburan Kreativiti
Teori pelaburan kreativiti (Sternberg & Lubart, 1991, 1995) adalah satu teori pertemuan
berdasarkan kepada orang yang kreatif iaitu mereka sanggup dan mampu untuk “membeli
dengan harga yang rendah dan menjual dengan harga yang tinggi” dari konteks pemikiran
idea. Menurut Rubenson & Runco (1992), mereka mengatakan bahawa konsep atau teori
kreatif tercetusnya daripada teori ekonomi. Dalam hal ini membeli dengan harga rendah
bermaksud mengikuti idea-idea yang tidak diketahui atau di luar permintaan orang ramai
tetapi idea ini mempunyai potensi yang tinggi. Pada kebiasaannya, apabila idea-idea seperti
ini dibentangkan atau diutarakan buat pertama kalinya, mereka akan menghadapi rintangan.
Individu yang kreatif akan menghadapi rintangan ini secara berterusan serta tidak berputus
asa dan akhirnya berjaya menjual ideanya dengan harga yang tinggi.
Untuk menjadi kreatif, seseorang individu mesti membuat keputusan terlebih dahulu untuk
menjana idea-idea baru, menganalisis idea-idea dan menjual idea-idea kepada orang lain.
Dalam erti kata lain, seseorang individu perlu mempunyai kemahiran sintetik, kemahiran
analisis dan berkemahiran praktikal. Sebagai contohnya, seseorang individu membuat
keputusan untuk mengikut idea orang lain berbanding menganalisis idea sendiri. Selain itu,
seseorang individu membuat keputusan atau penilaian tidak tertahluk kepada idea orang lain.
Bahkan, sesorang individu perlu menunjukkan rasa hormat terhadap idea orang lain dan
membuat keputusan untuk tidak mempengaruhi orang lain supaya mengikut idea kita
(Sternberg, 2010).
Pengkaji tidak mahu memanjangkan perbincangan teori, tetapi sekadar untuk memahamkan
bahawa kreativiti dan inovasi telah dikaji oleh beberapa orang pengkaji terkemuka. Walaupun
teori yang telah ditemui merupakan beberapa teori yang hebat, tetapi ianya tidak cukup jika
apklikasi dan praktikal tidak dibudayakan. Oleh itu, pembudayaan kreativiti dan inovasi perlu
dilaksanakan oleh pemimpin utama sekolah iaitu pengetua.

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian lapangan. Kajian ini
meneroka peranan pemimpin mencetus pembudayaan kreativiti dan inovasi di sekolah.
Sehubungan itu, Populasi kajian ini terdiri daripada kepimpinan instruksional di sekolah
menengah di Petaling Utama, Selangor. Oleh itu kaedah pensampelan bertujuan telah
digunakan. Kaedah pengumpulan data kajian ini menggunakan temu bual. Dua orang pakar
telah menyemak protocol temu bual yang digunakan.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Kefahaman pengetahuan kandungan yang diteroka dalam kajian ini terdiri daripada dua aspek
iaitu kefahaman tentang kreativiti dan inovasi iaitu merujuk kepada persekitaran sekolah dan
suasana PdP. Sementara itu, kefahaman mengenai instruksional dalam kajian ini merujuk
kepada kefahaman peserta kajian tentang kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha
yangdiambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan
untukmemperkembangkan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dengan tujuan
menjayakan matlamat sekolah.

7.1 Pengetahuan mengenai kreativiti

Hasil kajian mendapati peserta kajian memiliki sebahagian kefahaman dan penguasaan
berkaitan pengetahuan kreativiti. Walaupun dapat menyatakan maksud konsep kreativiti
dengan baik, tetapi dapatan temu bual mendedahkan ketiga-tiga peserta tersebut sebenarnya
kurang memahami konsep kreativiti tersebut. Antara penyataan daripada pemimpin sekolah
mengenai kreativiti adalah :
“Setakat ini saya dapat melaksanakan Kreativiti ini dalam PdP. Dengan menggunakan
TMK saya menerapkan Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran”
(PK/GKMP/KP)
“Murid terlibat dengan kreativiti semasa aktiviti pembentangan.”
(PK/GKMP/KP)

Masalah peserta kajian yang terlibat memahami kreativiti jelas kelihatan semasa sesi
pemerhatian. Ketiga-tiga peserta kajian kelihatan sukar untuk mengembangkan konsep
kreativiti dan terlalu bergantung kepada PdP. Namun demikian, dari segi perjalanan proses
kreativiti ketiga peserta kajian dilihat melaksanakan proses tersebut dengan berpandukan
kepada konsep kreativiti. Perkara ini dilihat daripada bukti dokumen iaitu Pelan Strategik
Organisasi (PSO) guru yang mana langkah demi langkah.
7.2 Pengetahuan mengenai inovasi

Manakala pengetahuan mengenai inovasi dilihat mempunyai kefahaman yang jelas. Hasil
temu bual mendapati ketiga-tiga peserta kajian mendapati mereka sedar tentang inovasi dan
diaplikasi dalam aspek PdP yang dicadangkan. Selain itu, mereka boleh menjelaskan
pendekatan-pendekatan tersebut dengan baik walaupun secara ringkas.
Melalui pemerhatian, kedua peserta menunjukkan keyakinan yang baik semasa
menyampaikan pengajaran. Namun demikian, mereka cuba melaksanakan penerapan Inovasi
terutama dalam PdP seperti dapatan temu bual mendedahkan ketiga-tiga peserta :
“Bagi bidang pula, saya dalam perancangan menerapkan inovasi dalam minggu
Teknik & Vokasional.”
(PK/GKMP/KP)

Walau bagaimanapun impak terhadap impak dilihat tidak dapat diukur walaupun terdapat
metod yang oleh digunakan bagi mengukur impak keberkesanan program seperti Model
Pulangan terhadap Pelaburan/Kos (ROI). Memetic terhadap apa yang diperkatankan oleh
salah seorang peserta kajian :
“Keberhasilannya masih belum dapat diketahui lagi berbanding dengan Inovasi dalam
PdP.”
(GKMP)

Selain itu, terdapat usaha-usaha yang dicuba dilaksanakan oleh peserta kajian. Dan ia dilihat
sebagai satu cabaran yang dihadapi yang cuba diatasi dengan sedaya upaya. Walaupun
terdapat luahan daripada peserta kajian yang dihadapi oleh mereka.

“cabaran yang dihadapi ialah kerjasama dan penerimaan guru dalam membudayakan
K&I ini. Sesuatu perancangan dan pelaksanaan akan berjaya dengan adanya
kerjasama daripada semua pihak dan penerimaan dalam melakukan pembaharuan juga
sangat-sangat diambil berat..”
(GKMP)

Walau bagaimana pun, peserta kajian dilihat bersemangat untuk menghadapi cabaran
tersebut dengan sifat positif dan ini bertepatan dengan pandangan Mogill (2005) :

"It’s all about you...No one else is going to get you where you want to go – it is up to
you. Your family and friends are a support system, but that is all they are supposed to
be for you. They cannot succeed for you. Only you can do that. Take ownership of
your problems, and realize that nobody else is going to solve them for you”
(Mogill; 2005)

Pada akhirnya, kajian menunjukkan pemimpin instruksional berfokus untuk memastikan


setiap tindakan dan perancangan yang dilakukan berfokus kepada keberhasilan murid dan ini
bertepatan dengan aspirasi murid yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013).

8.0 PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan pentadbir sekolah berminat terhadap penerapan kreativiti dan
inovasi terutama di sekolah. Hal ini kerana kreativiti dan inovasi dapat membentuk
pembelajaran aktif dalam PdP. Pembelajaran aktif merujuk kepada teknik yang mana murid
akan melakukan aktiviti dan bukannya duduk dan mendengar sahaja pengajaran guru secara
pasif. Murid akan sentiasa membuat sesuatu seperti melakukan penemuan, memproses dan
mengaplikasikan maklumat. Dalam hubungan ini, Silberman (1996) berpendapat:

Sometimes, no matter how clear a verbal or visual explanation is, some concepts and
procedures don’t sink in. One way to help develop a picture of the material is to ask
some students to act out the concepts or walk through the procedures you are trying to
get across (p. 79).

Pedagogi dan teknik pengajaran yang memberikan pengalaman dan situasi pembelajaran
yang boleh dialami oleh murid secara fizikal dan mental wajar dikendalikan oleh guru. Selain
itu, dapatan kajian juga menunjukkan pemimpin instruksional menggalakkan guru-guru untuk
melaksanakan kreativiti dan inovasi bukan sahaja dalam PdP bahkan melakukan kreativiti
dan inovasi dalam pelaksanaan keceriaan sekolah. Keceriaan sekolah amatlah penting kerana
sekolah yang ceria dapat memberikan ketenangan kepada murid dalam proses menimbu ilmu
di samping dapat menjamin keselamatan warga sekolah ketika berada dalam kawasan
sekolah. Kegagalan dalam memastikan elemen kesejahteraan ketika berada dalam
persekitaran sekolah adalah menyumbang kepada kegagalan dalam menyediakan Suasana
kondusif bagi proses menuntut ilmu. Pengajaran guru lebih efektif apabila mereka dapat
berada dalam suasana yang selamat. Oleh itu, elemen kreativiti dan inovasi yang sesuai
dengan keadaan setempat dapat membantu pembelajaran murid. Dalam keadaan ini konsep,
kreativiti dan inovasi dapat dibantu dengan faktor motivasi sama ada dalaman atau luaran
termasuklah persekitaran (Ahmad Daud, 2007).
Oleh yang demikian, kaedah dan teknik yang dicadangkan dalam dapatan kajian
peringkat kedua dapat memberikan peluang interaksi yang lebih aktif di antara pemimpin
instruksional dan warga sekolah, serta murid dan guru diperlukan agar proses kreativiti dan
inovasi menjadi lebih berkesan. Qadach et al. (2020) misalnya, berpendapat dua asas utama
bagi menentukan kejayaan sesuatu dasar baharu melibatkan kepimpinan pentadbiran sekolah
menggunakan kebijaksanaan melakukan transformasi terhadap guru-guru dan bagaimana
mereka memainkan peranan untuk mendapatkan sokongan daripada organisasi sekolah.
Dalam hubungan ini, menurut hasil kajian Ma dan Marion (2021) yang menunjukkan amalan
kepimpinan pemimpin sekolah mempengaruhi prestasi kerja guru. Ini berikutan polisi
pentadbir sekolah mempengaruhi komitmen kerja guru. Oleh itu, berdasarkan peranan
penting seseorang pemimpin instruksional menggembleng tenaga menggerakkan warga
sekolah terutama dalam menggerakkan kreativiti dan inovasi di sekolah.
Selain itu, untuk melonjakkan inovasi di peringkat sekolah terdapat beberapa faktor yang
telah dianalisis oleh penulis mengenai peranan pemimpin instruksional, dan model
kepimpinan bagi membudayakan kreativiti dan inovasi dalam persekitaran sekolah.

Faktor Pertama : Peribadi Dan Peranan Pemimpin Instrusional

Faktor-faktor peribadi pengetua merujuk kepada (a) minat, pengetahuan dan kemahiran
pengetua tentang inovasi;(b) sikap, nilai dan kepercayaan pengetua tentang kepentingan
inovasi yang dapat meningkatkan pencapaian pelajar; serta (c) latihan dan pengalaman
pengetua berkaitan dengan inovasi (Bossert, Dwyer, Rowan & Lee, 1982; Dwyer, 1984;
Trider & Leithwood, 1998; Boyan, 1998; Leithwood, Begley & Cousins, 1990).
Dalam rangka mempersiapkan sesebuah organisasi untuk membudayakan kreativiti dan
inovasi, struktur organisasi perlu disesuaikan dengan perancangan atau strategi yang telah
disusun atur. Tiada guna jika strategi disusun rapi dan cantik tetapi struktur organisasi tidak
mampu untuk melaksanakannya. Jika struktur organisasi disusun dengan baik menepati
bidang tugas masing-masing maka ia secara tidak langsung dapat menghasilkan banyak idea
yang mendorong melicinkan lagi perjalanan dan matlamat organisasi. Tambahan pula,
sekiranya organisasi juga memberi ruang dan peluang serta kebebasan untuk mereka
melontarkan pandangan terhadap kerjaya dalam organisasinya maka pekerja akan dapat
memberi idea yang bernas dalam ruang yang disediakan.
Bahkan struktur organisasi yang baik perlu ditunjangi oleh seorang pemimpin yang juga baik
dan cekap. Maka di sini peranan pemimpin adalah sangat penting. Setiap pemimpin
mempunyai kuasa dalam menggerakkan dan memajukan organisasi. Kegigihan pemimpin
memajukan organisasi akan menjadi contoh kepada pekerja lalu menukar cara bekerja
organisasi berkaitan supaya lebih tekun dan efektif dalam melaksanakan tugas yang
diamanahkan. Kerjasama antara pemimpin dan pekerja dalam organisasi akan menjadikan
sikap positif mereka terhadap kerja sekaligus dapat membudayakan amalan inovasi dan
kreativiti di tempat kerja.

Walau bagaimana pun, pembudayaan inovasi merupakan sesuatu yang sukar dan memerlukan
kepada keberanian untuk berubah. Oleh itu seorang pengetua perlu menjuruskan kepada
kepada enam fungsi yang memberi fokus kepada intervensi dalam mengurus perubahan.
Komponen-komponen fungsi tersebut yang dikenali sebagai “Enam Fungsi Intervensi” (Six
Functions of Interventions) ialah:

Membentuk
,
Menyataka
Fungsi
n dan I Fungsi II Fungsi III Fungsi IV Fungsi V Fungsi VI
Mewujudka
Menyebark Melabur
Merancang Memberi n Keadaan
an Visi Yang Dalam
dan Memantau Sokongan Yang
Didukung Pembelajar
Membekalk Kemajuan Yang Menggalakk
Bersama an Secara
an Sumber Berterusan an
Tentang Profesional
Perubahan
Perubahan
Yang Ingin
Dilaksanaka
n

Jadual 1.1. Enam Fungsi Intervensi (Hall & Hord, 2001)


Walaupun pelbagai pelaksanaan dan intervensi dijalankan tetapi keupayaan berfikir secara
kreatif dan inovatif, tidak akan membawa sebarang manfaat sekiranya pekerja dalam
organisasi yang berkaitan tidak memiliki nilai-nilai integriti yang tinggi. Konsep Integriti
dalam bahasa yang mudah ialah memiliki keperibadian mulia yakni nilai-nilai yang unggul
pada diri individu dan organisasi. Keperibadian mulia ini termasuklah sifat amanah, rajin,
bertanggungjawab, menepati masa, berdisiplin dan semua sifat-sifat positif dalam diri
seseorang individu. Ini bermakna nilai kreatif dan inovatif juga merupakan ciri-ciri integriti
yang perlu dipupuk dalam oragnisasi seawal mungkin. Ini penting agar pekerja dapat
melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik.

Kesimpulannya, pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam organisasi adalah penentu utama
bagi mewujudkan pembaharuan pentadbiran yang inovatif, kreatif dan cekap untuk terus
bergerak maju kehadapan di samping melonjakkan negara ke peringkat lebih tinggi supaya
dapat bersaing dengan negara maju.

Faktor Kedua, Model Kepimpinan Pemimpin Instruksional


Menurut Niqab, Sharma, Wei & Maulod (2014) istilah pemimpin merujuk kepada individu
yang mengambil inisiatif untuk membawa perubahan dalam sistem pendidikan selain untuk
mencapai matlamat sekolah yang telah ditetapkan. Pada masa ini, pemimpin yang dinamik
memerlukan lebih daripada sebelum ini kerana mereka boleh mengubah sistem yang sedia
ada. Pelbagai kajian telah dilaksanakan berkaitan dengan kepemimpinan instruksional atau
kepemimpinan pengajaran namun pelbagai jenis kekangan berlaku telah menghalang para
pengetua menjadi pemimpin instruksional yang berkesan. Hussein (2016) menjelaskan
bahawa beberapa model teori kepemimpinan instruksional telah dikemukakan oleh ahli
penyelidik pendidikan seperti Bossen, et al., 1982; Leithwood dan Montgomery, 1982;
Hallinger dan Murphy, 1985; Ellen dan Walberg, 1987; Murphy, 1990; dan Weber, 1996.
Model-model yang dikemukakan menerangkan perkaitannya antara tindakan pengetua
dengan prestasi murid. Kepemimpinan dianggap sebagai unsur utama dalam keberkesanan
institusi. Model kepimpinan yang dilihat berkesan bagi bagi seseorang pengetua adalah
Model Kepimpinan Instruksional kerana Kepimpinan Instruksional adalah :
“Memberi tumpuan kepada arahan dan tunjuk ajar, membina kumuniti pembelajaran,
berkongsi sama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahankan perkara-
perkara asas (basics), manfaat dan mengoptimumkan masa, menyokong perkembangan staf
yang berterusan, merancang semula sumber-sumber untuk menyokong program-program
sekolah. Mencipta satu iklim intergriti, inkuiri dan penambahbaikan secara berterusan
(Brewer, 2001)

Manakala 5 tugas pengetua dalam Kepimpinan Instruksional :


i) pembimbing dan pembantu secara secara langsung kepada guru;
ii) membangunkan kelompok,
iii) menggerakkan perkembangan staf,
iv) membangunkan kurikulum,
v) menggerakkan kajian tindakan.
(Glickman, 1985)
Terdapat sepuluh sub dimensi yang dikekalkan daripada model sebelum ini yang
dibangunkan bersama-sama oleh beliau sendiri dan Murphy pada tahun 1985 iaitu merangka
matlamat sekolah, menjelaskan matlamat sekolah, menyelia dan menilai instruksional,
menyelaras kurikulum, memantau perkembangan murid, menjaga masa pengajaran,
menggalakkan perkembangan profesional, mengekalkan sokongan pembelajaran,
menyediakan insentif kepada guru dan murid. Model kepemimpinan instruksional Hallinger
(2000) dirumuskan seperti dalam Jadual 1.2 berikut:

Jadual 1.2. Model Kepemimpinan Instruksional Hallinger (2000)

Mengurus Program
Mentakrifkan Misi Sekolah Membentuk Iklim Sekolah
Instruksional
 Merangka matlamat sekolah • Menyelia dan menilai • Menjaga masa instruksional
 Menyampaikan matlamat instruksional • menggalakkan perkembangan
sekolah • Menyelaras kurikulum professional
• Memantau perkembangan murid • Mengekalkan sokongan
pembelajaran
• Menyediakan insentif kepada
guru
• Menyediakan insentif kepada
murid

Sumber: A Review Of Two Decades Of Research On The Principalship Using The Principal Instructional
Management Rating Scale (2000.)

9.0 RUMUSAN

Kajian secara keseluruhannya telah berjaya mengenal pasti tahap hubungan antara
kepimpinan instruksional dengan komitmen organisasi. Kepimpinan instruksional perlu
menitik beratkan suasana dan iklim untuk penerapan kreativiti dan inovasi dalam semua
bidang terutama pembelajaran supaya murid dapat mencapai prestasi mengikut matlamat
sekolah. Namun begitu, kajian ini hanya melibatkan pemimpin instruksional di sekolah di
Petaling Utama sahaja. Oleh hal yang demikian, dicadangkan kajian lanjutan dijalankan di
sekolah menengah yang lain dari daerah yang lain. Kajian ini dapat menjadi rujukan kepada
pimpinan instruksional terhadap aspek dan dimensi kepimpinan instruksional yang perlu
dimiliki untuk mentadbir dan menguruskan sekolah. Keberkesanan kepimpinan instruksional
akan dapat meningkatkan prestasi sekolah melalui komitmen guru adalah penting untuk
meningkatkan pencapaian sekolah secara keseluruhannya.

Bagi memastikan perubahan berlaku secara mapan, pihak sekolah harus memastikan inisiatif
ini bermula daripada bawah dan dari atas kerana guru yang akan menentukan suatu inisiatif
perubahan itu kekal berlaku. Oleh itu, sokongan kepimpinan instruksional sangat penting
untuk menarik minat guru-gurunya terlibat sama dalam perubahan di sekolah. Bagi
memastikan perkara ini berlaku guru-guru di sekolah perlu dipupuk dengan budaya belajar
bersama. Menurut Zuraidah (2010), bagi mencapai matlamat ini, pengetua sekolah tidak
boleh menolak kepentingan pembelajaran dalam kalangan guru. Justeru, sokongan pengetua
ke arah pembangunan modal insan harus secara holistik yang menjurus kepada pembangunan
ilmu pengetahuan, kemahiran, intelektual, pembudayaan sikap progresif yang mempunyai
nilai etika dan moral yang tinggi.
10.0 RUJUKAN

Albion,P.(2009).TechnologyLeadership.http://site.aace.org/pubs/foresite/
TechnologyLeadership. pdf.
Anderson, R.E & Dexter, S. (2005). School technology leadership: An empirical
investigation of prevalence and effect. Educational Administration Quarterly Journal. 40 (1);
49-82.
Azlin Norhaini Mansor. (2006). Amalan pengurusan pengetua sekolah menengah: Satu
Kajian Kes. Tesis Phd. Universiti Kebangsaan Malaysia. Babbie, E.R. (2007). The practice of
social research. Belmont, CA, Thomson Wadsworth
Bity Salwana Alias. (2009). Analisis kompetensi berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan,
kemahiran, dan amalan dalam pelbagai bidang pengurusan dalam kalangan pengetua
sekolah menengah di Malaysia. Tesis PhD, Fakulti Pendidikan UKM.

Cavana, R., Delahaye, B., and Sekaran, U. (2001). Applied Business Research: Qualitative
and Quantitative Methods, (3rd Ed.) John Wiley & Sons Australia, Lt.

Coakes, J., Sheridan. (2005). SPSS Version 12.0 for Windows. Analysis without anguish.
Singapore: CMO Image Printing Price.

Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2007). Research methods in education. Edisi ke-6.
New York: Routledge Taylor & Francis Group.

Creswell, J. W. (2003). Education research: Planning, conducting and evaluating quantitative


and qualitative research. New Jersey: Pearson Publication.

Daniel, J. (2012). Sampling essentials: Practical guidelines for making sampling choice.
Thousand Oaks, CA: SAGE Publication. Davis, S., Hammond, l. D., La Pointe,

M. & Meyerson, D. (2005). School leadership study developing successful principals.


Stanford Educational Leadership Institute (SELI).

Dikkers, A.G., Hughes, J.E., & McLeod, S. (2005). A bridge to success: STLI. T.H.E.
Journal, 32(11), 20-24.

Fletcher, G.H. (2009). A matter of principals. T.H.E. Journal 36(5), 22-28.

Gerard, L.F., Bowyer, J.B., & Linn, M.C. (2008). Principal leadership for technology-
enhanced learning in science. Journal of Science Education and Technology, 17(1), 1-18.

Hadjithoma-Garstka, C. (2011). The role of the principal’s leadership style in the


implementation of ICT policy. British Journal of educational Technology, 42(2), 311-326.
Hallinger, P. (2009). Keynote Address. 1st. Regional conference on educational leadership
and management. Institut Aminuddin Baki. 10-12 November 2009.

Hallinger, P. (2008). Methodologies for studying school leadership: A review of 25 years of


research using the principal instructional management rating scale. Annual Meeting of the
American Educational Research Association.

Hazura Wan Husain. (2009). Kepimpinan pengetua sebagai agen perubahan di sebuah
sekolah di Kelantan. Tesis Sarjana Kepengetuaan. Institut Kepengetuaan, Universiti Malaya.

Murphy, J. Elliotts, Goldring & Porter, A. (2006). Learning-centered leadership: A


conceptual

Noraini Abdullah, Hamidon Khalid & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2015). Amalan
kepimpinan teknologi pengetua dalam pengintegrasian ICT di Sekolah Menengah
Kebangsaan di Malaysia. Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015.
Kuala Lumpur.
Picciano, A.G. (2006). Educational Leadership and Planning for Technology. Edisi ke-4.
New Jersey: Pearson Education Inc. Reeves, Douglas. B. (2006). The learning leader: How
to focus school improvement for better results. USA: ASCD Book.
Rubaiyah Abu Nawas. (2006). Peranan pengetua dalam pelaksanaan inovasi kurikulum di
beberapa buah sekolah di negeri Melaka. Tesis Sarjana Kepengetuaan. Institut
Kepengetuaan, Universiti Malaya.
Sabariah Sharif dan Rohani Abdullah. (2006). Kepimpinan pengetua sebagai agen
perubahan dalam inovasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Konvensyen
Teknologi Pendidikan ke-19, Jilid 2 896-902.
Schultz, R. W. (2010). Exploring leadership within the modern organization: Understanding
the dynamics of effective leadership of a virtual, multigenerational workforce. Capella
Universiti.

Anda mungkin juga menyukai