Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM QURANIC SKILL

KERTAS KERJA PELAKSANAAN PROGRAM QURANIC SKILL

PENDAHULUAN

Program Pelaksanaan Quranic Skill ini adalah satu daripada aktiviti mingguan Surau al-Nur.
Program ini amat perlu bagi meningkatkan kemahiran dalam bacaan al-Quran di kalangan murid
khususnya dan warga SMKTM amnya. Dewasa ini, pelaksaan program kemahiran membaca al-
Quran adalah amat terhad. Justeru itu ,kami amat berharap agar program ini dapat merealisasikan
harapan dan tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh pihak sekolah kepada kami.

NAMA PROGRAM

PROGRAM QURANIC SKILL

ANJURAN
Unit Dakwah, Surau al-Nur SMK Taman Medan

OBJEKTIF

a. Melahirkan murid yang cintakan Allah dan taat kepada suruhan-suruhan agama.
b. Dapat membaca dan menghafal surah-surah tertentu daripada Al-Quran secara
bertajwid dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.
c. Mengetahui lagu-lagu Al-quran( taranum) dan mempraktikkannya dalam bacaan
harian.Mengetahui, membezakan dan membaca wajah-wajah bacaan Qiraat Sabie.

1
KERTAS KERJA PROGRAM QURANIC SKILL

CARA PELAKSANAAN

KELAS QURANIC SKILL

Status murid sangat penting untuk diambil kira.Ini adalah bagi memastikan perlaksanaan
Kelas Quranic Skill akan berjalan dengan baik selaras dengan matlamat dan objektif yang ingin
dicapai.Oleh itu,adalah dicadangkan supaya bilangan murid dalam sesebuah kelas tidak
melebihi 20 orang. Ini bagi membolehkan guru dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada
tiap-tiap murid samaada secara individu dan latih tubi.

Dengan cara ini setiap kelemahan para pelajar akan mudah dikenal pasti. Maka guru
sudah pastilah dapat mengatasi masalah ini dengan lebih baik.Selain itu ,sebelum pelajar
ditempatkan atau menjalani kelas ini,perlulah dilakukan ujian penilaian terlebih dahulu bagi
memilih pelajar yang benar-benar layak sahaja yang akan dapat mengikuti kelas kemahiran
ini.Murid hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang baik dan lancar membaca Al-Quran
kerana kandungan sukatan pelajaran dalam mata pelajaran ini adalah tinggi.

MASA PELAKSANAAN

Setiap hari selasa jam 12.30 tengahari

SASARAN

Semua murid sesi petang.

2
KERTAS KERJA PROGRAM QURANIC SKILL

Lampiran 1

JADUAL BIMBINGAN AL-QURAN PADA HARI SELASA

TARIKH GURU YANG BERTUGAS

12.30 TGH- En. Mohd Tajudin b Jamaludin


1.00 PTG

Lampiran 2

Jadual waktu dan pengisian

MINGGU/MASA 12.30-1.00PTG
PERTAMA TARANNUM
KEDUA TAJWID
KETIGA HAFAZAN
KEEMPAT TAJWID

3
KERTAS KERJA PROGRAM QURANIC SKILL

Lampiran 3

A. Bimbingan al-Quran

Jam 12.20 tgh: Murid berkumpul di surau an-Nur.

Jam 12.30 tgh : Para murid dibimbing membaca al-Quran oleh guru yang bertugas.

Jam 1.00 ptg : Pelajar bersurai

DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH

______________________________ ___________________________
(MOHD TAJUDIN B JAMALUDIN) (PN. ROHANAH BT MAMAT)

Anda mungkin juga menyukai