Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

MINGGU PEMANTAPAN AKIDAH DAN SAHSIAH


SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KADZI MUAR
2020

‘Aqidah Yang Mantap, Pemangkin Masa


Hadapan’

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK PARIT KADZI

TARIKH
5 & 6 OKTOBER 2020

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon kelulusan daripada


pihak Guru Besar untuk program anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Parit
Kadzi.

2.0 PENDAHULUAN

Kem Pemantapan Akidah dan Sahsiah mula dilaksanakan pada tahun


2020 di SK Parit Kadzi dengan tujuan memantapkan diri pelajar muslim
dari aspek aqidah, ibadah dan akhlak serta bersedia berhadapan dengan
cabaran globalisasi.

3.0 RASIONAL

Minggu Pemantapan Akidah dan Sahsiah ini dicadangkan kerana salah


satu fungsi dalam Operasi Dakwah BPI ialah Pengukuhan Nilai Islam.
Fungsi ini antara lainnya ialah melaksanakan program pemantapan sahsiah
bagi meningkatkan kualiti dan nilai sahsiah serta kewibawaan murid dalam
melaksana dan memperteguhkan nilai-nilai rohani sebagai muslim.

Gejala penyelewengan akidah yang berlaku dalam kalangan murid-


murid Islam hari ini memerlukan satu wadah yang boleh menarik minat
mereka mendekati agama secara tidak langsung melalui program seperti
ini.

4.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan kekuatan diri secara rohani dan jasmani pelajar bagi
melengkapi individu yang bertaqwa serta sebagai khalifah.
3.2 Kecintaan dan istiqamah dengan penghayatan, amalan dan iklim diri
pelajar muslim mengikut acuan syariat Islam.
3.3 Bersedia menghadapi cabaran akidah dari berbagai aspek dalam

persekitaran kehidupan.

3.4 Mempunyai kreativiti dalam metodologi dakwah mengikut kesesuaian


masa, tempat dan sasaran.
3.5 Menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai qudwah hasanah dalam
kehidupan pelajar

5.0 NAMA AKTIVITI


Minggu Pemantapan Akidah dan Sahsiah.

6.0 TARIKH
5 & 6 Oktober 2020

7.0 ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam SK Parit Kadzi.

8.0 SASARAN
Murid-murid Tahap 1 & 2

9.0 TEMPAT
Bilik Darjah Tahun 1 hingga Tahun 6 SK Parit Kadzi.

10.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


(Rujuk LAMPIRAN A)

11.0 TENTATIF PROGRAM


(Rujuk LAMPIRAN B)

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


(Rujuk LAMPIRAN C)
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK
MINGGU PEMANTAPAN AKIDAH DAN SAHSIAH
SK PARIT KADZI.

PENASIHAT : En. Khairul Izam Bin Abd Samat

PENGERUSI : En Mohd Noh Bin Abdullah

NAIB PENGERUSI 1 : En Ismail Bin Aspan

NAIB PENGERUSI 2 : En Zainuddin Bin Abu Naim

SETIAUSAHA : Cik Siti Aisyah Bt Mohd Zaman

PEMBACA DOA : Ust Ruzaini Bin Ahmad

DOKUMENTASI : Pn. Nurul Huda Bt Halit


Pn. Samsiah Bt Salleh
Pn. Rafidah Bt Markom
Pn. Atikah Bt Atan

BUKU PROGRAM : Pn. Fauzana Bt Zakaria

KAWALAN MURID : Semua Guru Kelas


LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM
TARIKH HARI MASA AKTIVITI
 CERAMAH RINGKAS
5 OKTOBER ISNIN 11-12.30 TGH IBADAH & AQIDAH
2020 HARI - RUKUN ISLAM/ IMAN

 LDP
 LATIHAN BERTULIS
 CERAMAH RINGKAS
6 OKTOBER SELASA 11- 12.30 AKHLAK
2020 TGH HARI - AKHLAK RASULULLAH

 LDP
 LATIHAN BERTULIS
LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


KUANTITI
Banner RM 400.00
1
2’ x 4’ 20
Lain-lain
RM 260.16
2 perbelanjaan luar
jangka
JUMLAH
RM 560.16
14.0 PENUTUP

Usaha murni secara berterusan yang serius serta sokongan padu amatlah
diperlukan bagi menentukan bahawa program yang akan dilaksanakan ini
berkualiti dan benar-benar memberi manfaat besar kepada individu pelajar
golongan sasar. Ini adalah selaras dengan matlamat untuk melahirkan pelajar
yang mempunyai sahsiah peribadi mantap yang mampu membuat perubahan
seterusnya memberi kesan yang besar kepada diri sendiri, warga sekolah,
masyarakat dan agama.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

................................................. ......................................................
Cik Siti Aisyah Bt Mohd Zaman En Khairul Izam Bin Abd Samat
Ketua Panitia Guru Besar
Pendidikan Agama Islam SK Parit Kadzi Muar
SK Parit Kadzi Muar

Anda mungkin juga menyukai