Anda di halaman 1dari 13

CATATAN

TEKS PENGACARA
  Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana
KETIBAAN MAJLIS
majlis SUA MESRA
kita akan SK SERI
bermula SEPARAP
sebentar lagi. TAHUN 2022
TETAMU
Dari Dewan Royal Pinetree, kami bawakan secara
langsung Majlis Sua Mesra Sk Seri Separap Bagi
Tahun 2022.

SALUTASI  
Kuntum melati tumbuh melata
 
Burung merbah di pohon cemara

Assalamualaikum pembuka bicara

Selamat datang untuk semua

Bismillahirahmanirahim

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

1.    Yang Berusaha, Cikgu Anom bt Ali, Guru Besar


Sk Seri Separap,

2.    Yang Diraikan, Cikgu Azizah Bt Ishak, Encik


Muhammad Hairi Bin Padllah @ Padil dan Cik
Nabihah Bt Azrin.

3.    Yang Dihormati, Encik Hairulnizam Bin Hosnan,


YDP PIBG Sk Seri Separap,

4. Yang Berusaha, Cikgu Mansor Bin Ramly, Guru


Penolong Kanan Pentadbiran

5. Yang Dihormati, Encik Rajakumar A/L Punusamy,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
6. Yang Dihormati, Ustaz Mohd Fathi Bin Misran,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan Ahli jawatankuasa , Barisan Guru-Guru,


Barisan Staf2 Sk Seri Separap serta hadirin hadirat
yang dimuliakan.

KATA-KATA Sarung ketupat berisi inti,


ALUAN
PENGACARA Dibawa budak sambil berlari,
 
Kehadiran semua sangat dihargai,

Moga Majlis bertambah seri,

Pakat bersama menunggang kuda,

                      Biarpun seketika masanya cuma;

Sisihkan sengketa kiranya ada,

                  Bertemu berpisah  perencanaan-Nya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya

maka kita dapat bersama-sama menghadirkan diri


di dalam majlis ini bagi meraikan insan istimewa

yang telah bersara serta staf dan guru yang telah


mendapat pindah ke tempat yang baharu.

Mereka tak lain tak bukan:

Yang Diraikan,
Puan Azizah Bt Ishak , yang telah bersara pada 30
November 2021 yang lalu,

Encik Muhammad Hairi Bin Padllah @ Padil

Dan

Cik Nabihah Bt Azrin  

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap


pertemuan pasti mengundang perpisahan.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira


begitulah juga besarnya jasa mereka sehingga tidak

mampu untuk kami membalasnya.

Sekalung penghargaan diucapkan buat yang

diraikan atas kesudian menghadirkan diri. Tidaklah


seberapa majlis ini untuk meraikan mereka yang

hebat dan megah kewibawaannya.

BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat,


 
  Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.


Untuk itu, pihak majlis menjemput dan
mempersilakan Cikgu Salman Bin Hj Ibrahim untuk
memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih.

UCAPAN Hadirin yang dihormati,


PENGERUSI
KEBIRUS Kini, majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi
KELAB BILIK GURU SEKOLAH, Cikgu Asrol Halmi Bin
Hj Maarof untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Asrol Halmi


Bin Hj Maarof atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
UCAPAN YDP Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
PIBG
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Oleh itu, majlis menjemput


Encik Hairul Nizam Bin Hosnan,
YANG DIPERTUA PIBG SK SERI SEPARAP
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Hairul Nizam


Bin Hosnan atas ucapan beliau sebentar tadi.

UCAPAN GURU Duduk sekawan si burung unta,


BESAR
Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,

Kata azimat pembuka kalam.

Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput


dan mempersilakan,

Yang Berusaha, Cikgu Anom Bt Ali,


Guru Besar Sk Seri Separap untuk tampil
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kesudian Puan Guru Besar atas kesudian
menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.

UCAPAN YANG  Hadirin yang dikasihi,


DIRAIKAN  

Jangan tertawan alpa duniawi,

              Hanya indah serupa mimpi,

Duhai tuan kesatria dirai,

          Hulurkan madah kata bersakti.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan

Yang Diraikan, Encik Muhammad Hairi Bin Padllah


@ Padil untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kesudian tuan yang diraikan menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

UCAPAN KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN


DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan guru yang


telah bersara iaitu Cikgu Azizah Bt Ishak.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Azizah Bt


Ishak atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar
tadi.

Kini, majlis menjemput Cik Nabihah Bt Azrin untuk


menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Nabihah Bt


Azrin atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar
tadi.

MALAM HARI BERLAGU UNGGAS


MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN

Pada sahabat sahabat yang akan pergi


meninggalkan kita di SK Seri Separap, jelinglah kami

jika rindu masih bertamu, sapalah kami andai mesra


akrab berpadu,

selamat bertugas di tempat yang baru, semoga


Allah sentiasa memberkati.
Para tetamu yang dihormati,
TAYANGAN
VIDEO  Sudah teradat si anak lelaki,

  Mati berjuang berundur jangan,

  Berani kami menjunjung adat,

  Bukan memberi kata dan puji,

  Hanya budi dalam ingatan,

  Buat kenangan sepanjang hayat.

  Hadirin, marilah sama-sama kita saksikan


persembahan tayangan video yang telah disediakan.
 
Ayuh kita saksikan.
 

Begitulah tadi tayangan video yang sangat menarik


 
yang telah dihasilkan oleh Puan Norasikin Bt Mohd
Jamil. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
JAMUAN MAKAN Lebat rumbia dahannya rendah
Sayang senduduk ditepi muara
Penganan mulia terletak sudah
Samalah duduk menjamu selera

Tanpa melengahkan masa, majlis sekali lagi


menjemput Ustaz Mohd Fathi Bin Misran ke
hadapan untuk memimpin bacaan doa makan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


barisan guru-guru dan staf, serta para hadirin
menjamu selera. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN Hidangan sudah dijamu. Makanan sudah dijamah.


HADIAH
Dengan ini, kita menyambung semula majlis kita
dengan acara penyampaian hadiah.

Oleh itu, majlis berbesar hati menjemput Puan Guru


Besar, Cikgu Anom Bt Ali diiringi oleh Cikgu Mnasor
Bin Ramly untuk menyampaikan hadiah.

Kita mulakan dengan hadiah hari jadi.


Dipersilakan…..

Seterusnya, dijemput Encik Muhd Hairi bin


Padllah@ Padil

Dijemput pula Cik Nabihah Bt Azrin

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Cikgu


Asrol Halmi Bin Hj Maarof untuk menyampaikan
hadiah perkahwinan buat pengantin baru kita iaitu
Cikgu Anom Bt Ali.

Yang terakhir sekali, kita ada hadiah misteri. Hadiah


misteri ini diberikan kepada ……………..

CABUTAN Kata orang tuah ayam nampak di kaki,


BERTUAH
tuah orang siapa yang tahu.

Kini, tibalah acara kemuncak untuk hari ini, iaitu


acara cabutan bertuah.

Bagi Cabutan Bertuah Sesi Pertama, Majlis


mempersilakan untuk
mencabut cabutan sebanyak 3 kali.

Terima kasih diucapkan kepada atas


cabutan bertuah tadi. Dan Tahniah diucapkan
kepada para pemenang yang bertuah.

Haaa. Mari kita membuat cabutan nombor kali


kedua. Dipersilakan ____________ untuk membuat
cabutan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


__________ atas kesudian menyampaikan hadiah
cabutan bertuah.

Siapa lagi yang bertuah ya malam ini? Kini dijemput


______________ untuk meneruskan lagi acara cabutan
bertuah.

Hadirin sekalian, pada hari ini sebenarnya kita juga


ada cabutan bertuah untuk anak2 yang turut hadir
dalam majlis kita hari ini.

Untuk itu, saya minta ……………………. Untuk


mencabut 3 nama anak-anak yang bertuah untuk
hari ini.

Terima kasih _____________ atas kesudian untuk


menyampaikan hadiah cabutan bertuah sebentar
tadi.

HADIAH Hadirin sekalian,


PAKAIAN
MENGIKUT TEMA Di setiap majlis, pasti ada raja dan permaisurinya.
Tapi persoalannya di sini, siapa raja dan permaisuri
untuk hari ni ya? Haaaaa.

Ramai yang menanti siapakah pemenang bagi


Hadiah Pakaian Mengikut Tema. Sekarang,
keputusannya berada di tangan saya.

Oleh itu, pihak majlis menjemput Pengerusi


KEBIRUS, Cikgu Asrol Halmi Bin Hj Maarof untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kita mulakan dengan 3 orang permasuri yang telah


terpilih hari ini.

Pemenang Anugerah Pakaian Terbaik Mengikut


Tema bagi kategori wanita,

jatuh kepada :

1)

2)

3)

Permaisuri telah pun kita ketahui hari ini. Siapakah


pula raja-rajanya? Baiklah, kita teruskan dengan
Pemenang Anugerah Pakaian Terbaik Mengikut
Tema bagi kategori lelaki. 3 orang raja yang terpilih
hari ini ialah:

1)

2)

3)

Tahniah diucapkan kepada semua permaisuri dan


raja yang telah terpilih hari ini. Pihak majlis
mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Asrol
Halmi Bin Hj Maarof di atas kesudian
menyampaikan hadiah sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Seterusnya sebagai tanda ingatan dan kasih, majlis


CENDERAHATI mempersilakan
AJK PIBG &
KEBIRUS Yang berusaha,

Cikgu Anom Bt Ali, Guru Besar SK Seri Separap

bagi menyampaikan cenderahati kepada barisan


ahli jawatankuasa PIBG & KEBIRUS serta cenderahati
buat guru baharu. Dipersilakan.  

Majlis menjemput ahli jawatankuasa pibg

Seterusnya, dijemput ..................................... wakil ajk


kebirus

Akhir sekali, dijemput Cikgu Siti Zafidah Binti Mujir


selaku guru baharu di SK Seri Separap.

RIbuan terima kasih diucapkan Puan Guru Besar


atas penyampaian cenderahati sebentar tadi.

PENUTUP Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muara


Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung...

Dengan kata-kata ini maka....


Selesailah sudah Majlis Sua Mesra SK Seri Separap
bagi tahun 2022.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima


kasih  atas kehadiran tuan-tuan,  puan-puan, serta
anak-anak  ke majlis yang diadakan pada hari ini.
Semoga pertemuan kita ini merupakan pertemuan
yang diberkati dan dirahmati Allah.
Semoga perpisahan kita juga selepas ini sebagai
perpisahan yang dipelihara daripada mara bahaya
dan keburukan.

Selamat bersara buat Cikgu Azizah Bt Ishak. Salam


perpisahan buat Encik Muhd Hairi Bin Padil Dan Cik
Nabihah Bt Azrin. Kami mendoakan semoga kalian
akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia
bersama keluarga tercinta. Segala kenangan akan
terpahat menjadi memori sepanjang zaman.

Akhir kata, kami memohon maaf jika terdapat


sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis
ini. Pihak majlis juga merakamkan ucapan terima
kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat
dalam menyempurnakan majlis kita pada hari ini.
Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu
datangnya dari diri kami sendiri.
Kami sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum
warahmatullah hi wabaratuh.

Anda mungkin juga menyukai