Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PROGRAM SOLAT HAJAT MURID TAHUN 6


SK PARIT KADZI, MUAR

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫اَ ْل َح ْم ُد ِهللِ َربِّ ْال َعالَ ِميْن‬
‫ َو َعلَى آلِ ِه َواَصْ َحابِ ِه اَجْ َم ِعيْن‬،‫ف ْال ُمرْ َسلِيْن‬ ِ ‫صالَةُ َوال َّسالَ ُم َعلَى اَ ْش َر‬
َّ ‫ َوال‬.
1. Pengenalan

Firman Allah s.w.t dalam Surah At Taubah ayat 18 yang bermaksud ;

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang


yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat,
menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka
merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang
mendapat petunjuk.

Dalam usaha kita mencapai kejayaan yang diimpikan, kita tidak dapat lari dari
mengharap hanya kepada Allah s.w.t. Setelah berbagai usaha yang telah dan sedang
dilakukan bagi mencapai matlamat yang diimpikan, sudah sampai waktunya kita
menadah tangan, bersujud kepada Nya mengharapkan agar diperkenankan doa,
terutama kepada kecemerlangan pelajar.

Dengan tema "BERUSAHA GIGIH, DOA & TAWAKKAL", mudah-mudahan, usaha


yang dilakukan ini akan dapat menjadi pemangkin kepada keiayaan yang berterusan.

2. Nama Program

SOLAT HAJAT 2018

3. Tarikh, Hari, Masa Dan Tempat Perlaksanaan

Tarikh : 20 SEPTEMBER 2018


Hari : KHAMIS
Masa : 8.30 – 10.00 MALAM
Tempat : MASJID AL-HIKMAH PARIT KADZI, MUAR

4. Anjuran
SK PARIT KADZI MUAR
5. Tema

"BERUSAHA GIGIH, DOA & TAWAKKAL"

6. Objektif

1. Membentuk kesedaran mendalam tentang kepentingan mengharapkan


pertolongan dari Allah s.w.t selepas berusaha untuk mencapai matlamat.
2. Membentuk Modal Insan pelajar berteraskan unsur spiritual yang telah terbukti
kejayaannya.
3. Menanam sikap tawakkal dan semangat penghayatan dan pengamalan Fardu Ain
dan Fardu Kifayah dalam kehidupan seharian.

7. Kumpulan Sasaran

1. Murid Tahun 6
2. Ibu Bapa
3. Guru-guru

8. Jemputan Kehormat

1. IMAM MASJID AL HIKMAH


( USTAZ MOHD NOR HAFIEZ BIN MISRO )

2. YDP PIBG SK PARIT KADZI MUAR


( EN.TAUFEK BIN KAMALUDDIN )

9. AJK Pelaksana
(Rujuk Lampiran)

10. Tentatif Program

7.00 MALAM : SEMUA GURU & MURID BERKUMPUL DI MASJID AL HIKMAH

: PENDAFTARAN IBU BAPA\ PENJAGA

: SOLAT MAHGRIB BERJEMAAH

: BACAAN YASIN

: TAHLIL RINGKAS

: SOLAT ISYAK
: SOLAT HAJAT

: UCAPAN GURU BESAR

: PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA IMAM

9.30 MALAM : JAMUAN DAN BERSURAI

13. Penutup

Jawatankuasa Pelaksana amat berharap semua pihak dapat memberi


kerjasama agar objektif program mencapai matlamat seperti yang dirancang. Semoga
usaha yang dirancang ini mendapat manfaat yang berguna untuk semua pihak demi
Agama, bangsa dan Negara.

“Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila”.


‫ بيال؟‬،‫ سياف؟ كاالو بوكن سكارغ‬،‫كاالو بوكن كيت‬

Disediakan Oleh ; Disahkan Oleh ;

………………………………………. …………………………………………
SITI AISYAH BINTI MOHD ZAMAN ZULKIFLI BIN ABDULLAH
KETUA PANITIA GURU BESAR
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SK PARIT KADZI MUAR
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KADZI, MUAR

KERTAS KERJA
SOLAT HAJAT PERDANA 2018

KHAMIS
20 SEPTEMBER 2018
MASJID AL HIKMAH PT KADZI, MUAR
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KADZI, MUAR

KERTAS KERJA

PENGURUSAN JENAZAH

MURID TAHUN 6 2018

KHAMIS
18 OKTOBER 2018
MUSOLLA AS SYAKIRIN
SK SUNGAI ABONG, MUAR

1. PENDAHULUAN
Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim
kepada muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan
jenazah memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Kursus Pengurusan
Jenazah ini merupakan program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Agama
Islam dengan kerjasama murid-murid tahun 6 bagi memenuhi aktiviti –aktiviti
selepas UPSR yang julung kali diadakan di SK Parit Kadzi, Muar . Usaha ini juga
diharapkan dapat membantu para pelajar memahami cara pengurusan jenazah
sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim. Program ini juga sebagai satu
cara untuk menambah kefahaman dan panduan kearah melahirkan masyarakat
yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam
kehidupan mereka.

2. OBJEKTIF

1. Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara


pengurusan jenazah
2. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.
3. Membiasakan para pelajar dengan aktiviti bersifat praktikal supaya lebih
mendapat pemahaman yang mendalam dalam pengurusan jenazah.

3. RASIONAL

Tujuan diadakan kursus Pengurusan Jenazah ini adalah sebagai salah satu
alternatif yang baik untuk mendedahkan para pelajar bagaimana pengurusan
jenazah yang betul .

4. BUTIRAN TENTANG PERJALANAN MAJLIS

TARIKH : 18 Oktober 2018


TEMPAT : Musolla Asy Syakirin, SK Sungai Abong, Muar

MASA : 8.00 Pagi - 12.40 Tengah hari

PENCERAMAH : Imam Hj. Mohd. Hafiz Bin Hashim

5. ANJURAN BERSAMA
 MUSOLLA ASY SYAKIRIN, SK SG ABONG
 MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM
 SK DUMPAR
 SK PARIT KADZI
 SJKC YU MING
 SJKC SOON CHENG

6. SASARAN
Semua murid Tahun 6

7. ATURCARA PROGRAM

7.30 pagi - Murid bertolak ke Sk Sungai Abong diiringi guru agama


8.00 pagi - Pendaftaran Murid \ Guru Pengiring
8.30 pagi - Ceramah oleh Ustaz Imam Hj. Mohd. Hafiz Bin Hashim
(Pengurusan Jenazah ( Teori )
10.00 pagi - Rehat
10.30 pagi - Pengurusan Jenazah ( Amali )
- Ucapan Guru Besar Sk Sg Abong, Muar
En Yazid Bin Ahmad
- Penyampaian Cenderahati
12.40 tgh hari - Majlis bersurai

8. SUMBER KEWANGAN : Pejabat Agama Islam Muar


9. PENUTUP

Kursus ini merupakan kursus yang penting untuk para pelajar kerana ia merupakan
satu amali yang sangat praktikal dan penting sebagai persediaan kepada mereka .
Di samping itu diharapkan program ini akan mampu memberi ilmu yang dapat
dimanafaat sepanjang hayat oleh murid-muird Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Jijan.
Semoga program ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Disediakan Oleh ; Disahkan Oleh ;

………………………………………. …………………………………………
SITI AISYAH BINTI MOHD ZAMAN ZULKIFLI BIN ABDULLAH
KETUA PANITIA GURU BESAR
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SK PARIT KADZI MUAR

Anda mungkin juga menyukai