Anda di halaman 1dari 3

Bagaimana Membuat Tempahan

1. Pilih Tarikh Berlepas


Sila pilih mana-mana tarikh yang sesuai dan klik tarikh tersebut dari senarai yang disediakan di dalam pakej
umrah. Borang pendaftaran akan dipaparkan.
2. Pendaftaran
Sila isikan borang pendaftaran tersebut. Borang ini adalah untuk semua peserta/group. Biasanya kami akan
menghubungi peserta pertama untuk sebarang urusan.
3. Bayaran Deposit
Anda perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM 1000 seorang. Bayaran awal memudahkan kami untuk
mendapatkan tarikh tersebut. Kami akan meminta anda untuk memilih tarikh baru sekiranya tarikh tersebut
penuh/batal.
4. Penyediaan Dokumen
Seterusnya anda perlu menyediakan beberapa dokumen untuk permohonan Visa Umrah dan Ziarah. Sila
sediakan dokumen tersebut apabila diminta. Para jemaah perlu menyerahkan dokumen yang tersebut selewat-
lewatnya 50 hari sebelum tarikh berangkat.
5. Bayaran Baki
Keseluruhan bayaran hendaklah dilunaskan selewat-lewatnya 50 hari sebelum tarikh berangkat.

Panduan Membuat Bayaran

 Bayaran boleh dibuat melalui Kaunter Bank, Mesin Deposit atau Secara Online Banking. Jika perlu anda boleh
datang ke pejabat kami dengan membuat temujanji terlebih dahulu.
 Maklumat Akaun Bank

NAMA PEMEGANG AKAUN JOMKEMBARA TRAVEL & TOURS SDN BHD

BANK Maybank

NO AKAUN 512101650113

PENDAHULUAN PER ORANG RM 1000.00

 Pengesahan Bayaran

Setelah bayaran dibuat, sila tuliskan nama peserta dan tarikh pakej di slip deposit bank.
Seterusnya wappsapkan atau emailkan ke :

NO WAPSAP EMAIL

011 1552 4805 ismailjomkembara@gmail.com

Untuk pengesahan penerimaan wapsap dan email, anda boleh menghubungi talian

03 5543 1492 ( off ) atau 011 – 1552 4805 ( HP ) atau email : ismailjomkembara@gmail.com
Panduan Penyediaan Dokumen

(Permohonan Visa Umrah )

Para jemaah perlu menyediakan:

1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat
kosong.
Sediakan pasport sekurang-kurangnya sebulan lebih awal.
2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80%. Lelaki
tanpa bersongkok/kopiah dan wanita bertudung gelap.
3. Buku/Surat suntikan Meninggococal Meningitis ACYW 135.
4. Dokumen Sokongan di bawah wajib disediakan mengikut status Jemaah , iaitu :

STATUS DOKUMEN SOKONGAN

Wanita yang umur lebih 45 tahun atau lelaki Salinan kad pengenalan .
yang berumur lebih 18 tahun

Isteri yang umur kurang 45 tahun Salinan kad pengenalan suami dan salinan surat nikah
( Mesti pergi dengan suami / bapa / adik beradik atau surat Beranak .
lelaki atau anak lelaki yang umur lebih 18 tahun ) ( yang disahkan oleh jabatan agama islam dan wisma putra )

Anak perempuan yang kurang 45 tahun


( Mesti pergi dengan bapa / adik beradik lelaki Salinan kad pengenalan bapa dan salinan surat beranak
atau anak lelaki yang umur lebih 18 tahun ) ( yang disahkan oleh jabatan pendaftaran dan wisma putra )

Anak lelaki yang kurang 18 tahun


( Yang pergi dengan bapa / adik beradik lelaki Salinan kad pengenalan bapa dan salinan surat beranak
umur lebih 18 tahun) (yang di sahkan oleh jabatan pendaftaran dan wisma putra)

Dokumen yang diperlukan bagi warga asing:

o Salinan permit kerja yang sah dan tempoh sah lakunya tidak kurang dari 6 bulan.
o Mempunyai nama bapa di dalam paspot, sekiranya tiada jemaah perlu mendapatkan pengesahan nama
bapa dari kedutaan berkenaan.
o Diiringi oleh majikan yang sah. Jika majikan tidak pergi, perlulah memberikan salinan kad pengenalan
dan surat kebenaran dari majikan.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi :


Hj Ismail Ahmad melalui SMS atau telefon 011 – 1552 4805 atau email kan : ismailjomkembara@gmail.com

Perhatian
Jika anda menhantar slip bayaran atau salinan dokumen melalui email:

 Sila simpan fail dalam format jpg(gambar),doc(Ms Word) dan pdf(Adobe PDF) sahaja.
 Sila kecilkan gambar tersebut (contohnya:resolusi 800x600 px, 72 dpi. Biasanya saiz fail akan lebih kecil)
terlebih dahulu. Jika sukar menggunakan Ms Paint, gunakan IrfanView(www.irfanview.com). Saiz fail yang
besar akan melambatkan proses menghantar/menerima emel.

Anda mungkin juga menyukai