Anda di halaman 1dari 15

Masalah Minat Pelajar Terhadap Pengajaran Sirah Satu Kajian.

1.0 Pendahuluan

Dewasa ini kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia


telah pun beberapa kali dikemaskini dan diperbaiki bagi tujuan memenuhi
kehendak semasa dunia yang semakin mencabar. Pelbagai pendekatan
diperkenalkan bagi memurnikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
lingkungan sekolah. Namun begitu masih terdapat beberapa masalah yang
timbul ekoran kurikulum dan sukatan pelajaran yang baru ini. Proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tidak dapat memenuhi
kehendak sukatan pelajaran dan kurikulum yang ditetapkan. Hal ini timbul
ekoran perubahan sikap pelajar dan perubahan persekitaran masyarakat
ketika ini. Antara masalah yang timbul dalam pengajaran mata pelajaran
Pendidikan Islam ialah berkenaan minat pelajar di dalam kelas. Minat pelajar
yang kurang terhadap pengajaran menyebabkan masalah seperti ponteng
kelas, kelas tidak terkawal, kelas bising dan sebagainya. Tambahan lagi
dalam topik sirah ada yang mengatakan topik yang membosankan dan sukar
dikuasai oleh pelajar.

Secara amnya, pendekatan pelajaran dalam setiap bahagian dalam


mata pelajaran Pendidikan Islam tidak terikat atau tertumpu kepada satu
kaedah pengajaran sahaja. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan mengikut
pengkhususan tajuk-tahuk tertentu. Memandangkan pelajaran sirah ini amat
penting dalam menanam sifat kecintaan para pelajar terhadap Rasulullah
s.a.w dan para sahabat maka perkara ini tidak boleh dianggap remeh oleh
guru dalam mengajar pelajaran sirah. Pelajaran sirah juga boleh menerapkan
akhlak para tokoh dan ilmuan Islam yang boleh dicontohi oleh umat Islam.
Oleh itu, kajian tindakan ini dilakukan bagi mengenasl pasti masalah

1
tersebut serta mengemukakan cadangan dan penambahbaikkan bagi
mencapai matlamat pengajaran sirah ini.

2.0 Latar belakang kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan bagi mengatasi masalah


minat pelajar dalam pengajaran sirah. Kajian ini merupakan kajian secara
langsung semasa pengkaji menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran
subjek Pendidikan Islam di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Jengka.
Sepanjang Aktiviti PdP, pengkaji diberikan mandat untuk mengajar kelas
tingkatan satu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Ketika sesi pengajaran,
didapati pelajar-pelajar tidak memberi fokus dan tumpuan terutamanya
semasa pengajaran bab sirah. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah
tersebut, pengkaji cuba mencari kaedah-kaedah pengajaran yang lebih
bersistematik dan lebih menarik minat pelajar untuk belajar.

3.0 Pernyataan Masalah

1. Pelajar kurang berminat dengan pengajaran sirah

2. Pelajar kurang faham mengenai sirah dan tamadun Islam kerana fakta
yang panjang.

3. Pelajar malu untuk berkomunikasi kerana kurang kefahaman terhadap


topik sirah dan tamadun Islam.

2
4. Pelajar tidak dapat menguasai bahagian-bahagian tertentu dalam
pelajaran sirah.

4.0 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap


pengajaran sirah.

2. Mengenal pasti kaedah pengajaran sirah.

3. Hubungan antara kaedah pengajaran dengan minat pelajar terhadap


pengajaran sirah.

4. Hubungan antara minat pelajar dengan prestasi pelajar dalam ujian.

5.0 Limitasi Kajian

Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 Kelas 1 Al-Kindi


seramai 33 orang pelajar dari Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini,
Jengka. Sekolah ini menjalankan satu sesi persekolahan sahaja iaitu sesi
pagi.

Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Jengka merupakan sekolah


menengah agama dibawah selian Jabatan Agama Negeri Pahang, yang terdiri
daripada pelajar-pelajar yang lulus semasa ujian temuduga yang
kebiasaanya dijalankan pada setiap tahun bagi kemasukan tahun tingkatan 1
yang baru. Hanya pelajar-pelajar yang lulus temuduga sahaja yang akan
dipilih dan ditawarkan untuk masuk ke sekolah ini. Di sekolah ini, kelas ini
merupakan kelas yang kedua dan diberi keutamaan dalam pelbagai aspek.
Pihak sekolah telah menentukan pemilihan mereka berdasarkan keputusan

3
temuduga. Walaubagaimanapun, tahap akademik keseluruhan kelas ini
adalah antara yang terbaik dan sederhana sahaja.

6.0 Metodolongi Kajian

Berdasarkan pemerhatian pengkaji selama tiga minggu pertama


mengajar di kelas-kelas terlibat, didapati pelajar-pelajar kurang memberi
perhatian terhadap sesi P&P sirah berbanding sesi P&P ibadah, akhlak dan
al-Quran. Pelajar juga tidak menunjukkan minat untuk mengingati kisah-
kisah sirah dan juga fakta-fakta yang terdapat dalam pengajaran.
Berdasarkan maasalah tersebut, pengkaji terus berusaha bagi
meningkatkatkan minat para pelajar dalam pengajaran sirah ini.

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Oleh yang


demikian, bagi mendapatkan maklumat tentang latar belakang responden
ini, guru-guru yang mengajar kelas-kelas berkenaan (yang berlainan mata
pelajaran) telah ditemu bual secara tidak rasmi bagi mendapatkan maklumat
responden semasa sesi pembelajaran.

Kerangka teori kajian.

Rajah 6.1 : Kerangka Teori Kajian Minat Pelajar

Minat Pelajar

4
Perkembangan proses Personaliti
Teknik
guru
pengajaran P&P

7.0 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah


minat pelajar dalam pelajaran bab sirah. Berdassarkan permasalahan kajian,
pelajar menganggap pelajaran sirah ini tidak penting dan tidak memberi
kerjasama semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). hasil
pemerhatian awal mendapati semasa guru mengajar tajuk sirah, ramai
pelajar tidak menumpukan perhatian dan bermain di dalam kelas. Tidak
kurang juga ada yang tidur di dalam kelas selain bersembang-sembang
bersama rakan sekelas. Oleh itu, satu kajian khas perlu dilaksanakan agar
dapat mengatasi masalah ini. Selain masalah minat pelajar, masalah yang
akan timbul ekoran daripada tidak minat ini ialah penguasaan sirah oleh
pelajar juga amat dikhuatiri kerana berdasarkan ujian-ujian yang dilakukan
oleh pihak sekolah dalam ujian penilaian pertengahan tahun dan ujian
penilaian satu, didapati mata pelajaran ssejarah dan Pendidikan Islam tidak
begitu cemerlang. Oleh yang demikian kajian ringkas ini akan
mengemukakan kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan pengajaran sirah
ini.

Kajian ini juga dilakukan kerana pelajar tidak menunjukkan minat untuk
belajar di dalam kelas. Hal yang demikian kerana sikap pelajar yang kurang

5
diberikan perhatian oleh guru-guru yang mengajar membuatkan pelajar
semakin malas untuk berusaha dan hanya berminat belajar dalam beberapa
mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Matematik, Sains dan lain-lain mata pelajaran. Oleh yang demikian mata
pelajaran Pendidikan Islam seperti agak kurang dipentingkan pelajar.
Berdasarkan pemerhatian awal, antara topic-topik yang terkandung dalam
sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam, topik sirah merupakan yang paling
kurang digemari oleh pelajar. Anggapan ini telah dibuktikan berdsarkan
tingkah laku pelajar di dalam kelas semasa proses pengajaran.

8.0 Hasil kajian

Sepanjang tempoh kajian ini yang merangkumi 16 minggu, beberapa


kaedah dalam pengajaran sirah telah diaplikasikan dalam P&P. Walau
bagaimanapun,hasil kajia ini berdasarkan prestasi pelajar tidak dapat diukur
kerana kekangan masa akibat tempoh latihan praktikum berakhir. Ujian
penilaian akhir tahun tidak dapat diperoleh namun prestasi pelajar secara
ujian dan latihan berkala dapat diperhatikan dan dikenal pasti. Antara
kaedah dalam P&P pelajaran sirah ini dan yang telah digunakan dalam kajian
ini ialah, pembentangan kumpulan, projek folio, tayangan video, kuliah atau
penerangan, dan bercerita.

6
Pemerhatian terhadap tindak balas pelajar semasa pengajaran
guru:

Sepanjang tiga minggu sesi P&P dijalankan, didapati daripada


pemerhatian bahawa pelajar-pelajar kurang memberikan tumpuan semasa
proses pengajaran sirah ini dengan menggunakan kaedah penerangan dan
kuliah sahaja. Oleh itu, pelbagai kaedah telah dijalankan bagi mengatasi
kekurangan tersebut.

1. Pembentangan kumpulan

Pada awalnya pembentangan kumpulan ini hanya dijalankan di kelas 1


Al-Kindi. Kaedah pelaksanaan pembentangan adalah dengan membahagikan
pelajar-pelajar dengan beberapa kumpulan. Pada asalnya guru memberi
kelonggaran dan kebebasan kepada pelajar untuk memilih sendiri ahli
kumpulan. Walau bagaimanapun, beberapa masalah timbul seperti
kumpulan yang tidak cukup ahli kerana jumlah pelajar di dalam kelas ini
adalah seramai 33 orang. Oleh itu, guru menentukan pembentukan
kumpulan dengan berdasarkan tempat duduk pelajar yang telah sedia
disusun berpasangan dua orang.

Setelah pembentukan kumpulan selesai, guru membahagikan tajuk-


tajuk yang perlu dibentangkan oleh pelajar secara berkumpulan berdasarkan
kandungan tajuk di dalam buku teks Pendidikan Islam. Pelajar hanya perlu
membuat bahan bahan pembentangan daripada kertas mahjong dan ditulis
dengan pen marker mengikut kekreatifan kumpulan masing-masing.

Setelah melihat hasil yang agak memberangsangkan di kelas 2KAA,


guru mengaplikasikan kaedah ini di kelas 4MPV. Kelas 4MPV ini merupakan
kelas yang agak terbelakang yang perlu diberi tumpuan khas. Prosedur yang
sama telah dilaksanakan dalam arahan dan pembentukan kumpulan

7
pembentangan ini. Manakala gaya pembentangan bagi kelas ini ialah dengan
pembentangan menerusi perisian Microsoft Power Point.

Hasil pemerhatian :

Kaedah pembentangan ini berjaya menarik minat pelajar-pelajar di


kelas 2KAA. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan pembentangan berjaya
menguasai tajuk pembentangan walaupun tidak sepenuhnya. Namun begitu
kesungguhan pelajar dapat digambarkan semasa pembentangan. Pelajar-
pelajar yang tidak terlibat dengan pembentangan juga menunjukkan tingkah
laku yang baik dengan memberi perhatian. Walau bagaimanapun terdapat
segilintir pelajar yang masih tidak memberi kerjasama semasa rakan sekelas
sedang membuat pembentangan.

Bagi kelas 4MPV pula, kaedah pembentangan tidak berjaya


membuahkan hasil yang memuaskan kerana tidak semua pelajar mengambil
bahagian dalam pembentangan ekoran kebergantungan mereka kepada
rakan masing-masing. Oleh itu, pembentangan bagi kelas ini hanya
memuaskan sahaja. Peranan guru mengambil alih pembentangan pelajar
telah dilakukan bagi melancarkan P&P.

Kelemahan dan penyelesaian masalah:

Bagi pelajar-pelajar di kelas 2KAA, masalah yang timbul adalah


daripada sikap pelajar yang telah dikenal pasti dan telah diakui oleh guru-
guru lain dengan sikap yang suka bersembang dan mengganggu rakan
sekelas semasa P&P sedang berlaku. Walau bagaimanapun masalah lain

8
tidak berlaku. Kekurangan maklumat daripada pembentangan pelajar telah
ditampung dengan penerangan guru secara menyeluruh selepas
pembentangan pelajar. Oleh itu tidak akan timbul kekurangan isi pelajaran
secara teknikalnya.

Bagi pelajar 4MPV, masalah yang dihadapai ialah pelajar-pelajar ini


tidak mempunyai daya saing dan inisiatif yang tinggi berbanding kelas 2KAA.
Pada asassnya, pelajar perlu mencari maklumat sendiri bagimenyediakan
bahan pembentangan. Namun, guru kelas Pendidikan Islam bagi kelas ini
telah mencadangkan agar bahan pembentangan dari segi info dan maklumat
perlu disediakan guru dan pelajar hanya menyusun dalam bentuk yang
mengikut kekreatifan mereka sahaja. Walau bagaimanapun, masih terdapat
kumpulan pembentangan yang memberi kerjasama yang baik dan telah
diberikan pujian.

Kekuatan kaedah ini:

Secara keseluruhannya, pembentangan ini telah membuatkan pelajar


lebih berusaha dan berminat untuk mempersembahkan hasil usaha mereka.
Di samping itu, kemahiran komunikasi dan berani tampil kehadapan dapat
disemai melalui pembentangan ini. Hasil pemerhatian mendapati kaedah
pembentangan ini berkesan secara keseluruhannya namun tidak semua
kelas dan keadaan boleh menggunakan kaedah pembentangan ini. Latar
belakang pelajar perlu diselidik bagi menguji keberkesanan kaedah ini.

2. Projek folio

Kaedah ini merupakan kaedah yang membolehkan pengajaran menjadi


lebih menarik dan menguji kesungguhan pelajar dalam mendapatkan
maklumat. Melalui kaedah ini, pelajar dapat menjalankan aktiviti

9
pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam situasi sebenar bagi
mendapatkan hasil yang boleh diharapkan (Misnan Jemali et. al, 2012).
Kaedah ini dijalankan di kelas 2KAA. Pembahagian kumpulan adalah
mengikut kumpulan pembentangan yang telah dinyatakan di atas. Agihan
tajuk-tajuk berdasarkan sukatan pelajaran Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Pelajar dikehendaki membuat buku skrap tokoh-tokoh Islam yang
telah dipelajar dan akan dipelajari. Pelajar diberikan tempoh masa bagi
menyiapkan tugasan ini dan perlu membuatnya dengan kreatif.

Hasil pemerhatian:

Berdasarkan pemerhatian hasil kerja pelajar secara berkumpulan,


didapati sebahagian kumpulan membuat tugasan dengan baik manakala
sebahagian lagi tidak memuaskan. Secara keseluruhannya, kumpulan pelajar
perempuan membuat tugasan dengan lebih baik berbanding kumpulan
pelajar lelaki. Tempoh yang diberikan juga agak lama namun pelajar-pelajar
tidak berjaya menghantar tugasan tepat pada masanya. Setiap kali kelas
bermula, guru akan mengingatkan tentang tugasan buku skrap agar pelajar
tidak lupa tarikh akhir menghantarnya. Walau bagaimanapun, masih
terdapat pelajar yang tidak mahu menyiapkannya dengan cepat.

Kelemahan dan penyelesaian masalah:

Setelah diteliti pelaksanaan kaedah ini, didapati kaedah ini tidak


berjalan dengan baik ekoran kekangan masa semasa praktikum. Hal ini
disebabkan pihak sekolah telah menyasarkan pada bulan pertengahan
semasa praktikum, sukatan pelajaran setiap tingkatan perlu dihabiskan
kerana pelajar perlu membuat ulangkaji pelajaran sebelum ujian penilaian
akhir tahun. Oleh itu, buku skrap yang dihasilkan tidak dapat membantu

10
semua pelajar dalam perkongsian hasil kerja kumpulan mereka. Selain itu,
pelajar-pelajar yang kurang memberi kerjasama dalam penghasilan buku
skrap diingatkan agar bersama-sama rakan kumpulan menyiapkannya
dengan cepat dan penegasan terhadap mereka yang tidak memberi
kerjasama juga diberikan.

Kekuatan kaedah ini:

Kaedah ini sebenarnya dapat memupuk kerjasama antara pelajar


selain para pelajar dapat mengingat dengan mudah fakta-fakta yang
terkandung dalam tajuk yang ditugaskan. Misalnya, jika pelajar membuat
kajian tentang tokoh Saidina Ali r.a, secara tidak langsung pelajar akan
mengingat dengan mudah biodata tokoh dan latar belakang kehidupan tokoh
berbanding dengan hanya membaca di dalam buku teks sahaja. Ini
disebabkan pelajar akan membaca dan merumuskan keseluruhan isi yang
akan diringkaskan untuk dimasukkan di dalam buku skrap. Kaedah ini
secara langsung meningkatkan tahap penguasaan satu-satu tokoh dengan
lebih mudah dengan gaya persembahan tugasan yang kreatif.

3. Tayangan video

Kaedah ini telah digunakan semasa pelajar-pelajar memberi respon


yang kurang memberangsangkan di dalam kelas. Bagi menayangkan video,
guru membawa pelajar-pelajar ke bilik tayangan atau makmal komputer
kerana kemudahan yang tersedia di bilik tersebut dilengkapi dengan Liquid
Crystal Display (LCD) Projector. Antara video yang ditayangkan sepanjang

11
tempoh praktikum ini ialah filem The Messenger dan kisah para nabi. Bagi
filem The Messenger merupakan kisah yang menceritakan riwayat baginda
Rasulullah s.a.w. Filem ini juga mengandungi kandungan sukatan pelajaran
tingkatan dua iaitu pembukaan kota Mekah (Fathul Makkah) dan kisah hijrah
umat Islam ke Madinah. Tayangan video ini diselang-selikan dengan
penerangan guru bagi menambah maklumat dan menerangkan kefahaman
terhadap pelajar.

Hasil pemerhatian:

Semasa tayangan video ditontonkan, didapati para pelajar memberi


tumpuan yang penuh dan berminat untuk menonton cerita yang
ditayangkan. Selain itu, pelajar juga member kerjasama yang baik semasa
dan selepas sesi pengajaran. Secara keseluruhannya, tayangan video ini
berjaya menarik minat pelajar untuk belajar dan menumpukan perhatian
semasa pengajaran di dalam kelas.

Kelemahan dan penyelesaian masalah:

Walaupun kaedah tayangan video ini berjaya menarik minat pelajar


untuk belajar di dalam kelas. Masalah yang dihadapi ialah tidak semua tajuk-
tajuk pelajaran sirah ada divideokan. Hanya tajuk-tajuk tertentu yang
berkaitan sahaja seperti peperangan Badar, Uhud, dan riwayat hidup
Rasulullah s.a.w. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan dengan lebih
penting bagi mencari bahan-bahan yang video yang sesuai dengan
pengajaran sirah ini.

12
Kekuatan kaedah ini:

Kaedah tayangan video ini sebenarnya merangkumi pembelajaran


yang pelbagai. Pelajar akan menggunakan mata untuk melihat, telinga untuk
mendengar dan menggunakan tangan untuk menulis isi-isi penting.
Pembelajaran seperti ini akan membuatkan pelajar lebih peka dan lebih
berkemahiran dalam gaya pembelajaran. Menurut Suppiah Nachiappan
(2009), dua pengajaran yang asas ialah intruksi langsung iaitu informasi
berfakta disampaikan melalui kuliah, demontrasi, dan menghafal. Asas yang
kedua ialah pengajaran terbuka, iaitu perbincangan secara aktif oleh guru
dan pelajar ditekankan. Sepanjang tayangan video ini, dua asas pengajaran
ini juga ditekankan apabila, pelajar menonton sambil mendengar
penerangan guru. Apabila tayangan video tamat, guru akan mengadakan
perbincangan bersama pelajar tentang perkongsian isi penting yang
terkandung dalam video yang ditayangkan. Melalui kaedah ini juga, pelajar
dapat melihat bukti peristiwa lampau riwayat hidup seseorang tokoh melalui
gambaran sebenar.

9.0 Kesimpulan dan Cadangan

Selain daripada kaedah-kaedah yang dibincangkan ini, kaedah


pengajaran seperti kuliah dan penerangan, bercerita, latih-tubi, dan lakaran
juga digunakan dengan kesesuaian masa dan keadaan serta penerimaan
pelajar. Tidak ada penentuan secara khusus tentang kaedah yang sesuai
bagi satu-satu pengajaran. Hal ini disebabkan, faktor-faktor seperti teknik
pengajaran, perkembangan proses P&P dan personaliti guru juga memainkan
peranan dan penyumbang kepada minat pelajar untuk belajar. Sekiranya
personaliti guru yang kurang disenangi oleh pelajar, pelajar juga tidak akan
berminat dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Begitu juga
halnya sekiranya guru mempunyai niat yang tidak ikhlas dan tidak menerima

13
keadaan pelajar dengan hati terbuka,satu-satu proses P&P tidak akan
berjalan dengan lancar bahkan akan menjadi rumit.

Kepelbagaian teknik pengajaran amat penting dalam menarik minat


pelajar untuk belajar. Sekiranya hanya menggunakan kaedah kuliah dan
penerangan sahaja, sudah tentu pelajar akan akan cepat berasa bosan
kerana perkembangan P&P juga membosankan dan tidak menarik. Maka
matlamat P&P akan gagal dan tidak tercapai. Oleh itu, pengaplikasian
kaedah-kaedah yang dicadangkan dalam teori pengajaran harus
dipelbagaikan dengan menyesuaikan masa dan keadaan semasa. Kaedah-
kaedah yang dijalankan dan dibincnagkan di atas merupakan hasil daripada
pemerhatian kajian ini sepanjang tempoh pengkaji berpraktikum.

Secara keseluruhannya, kebijaksanaan guru dalam memilih dan


memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
menyelesaikan masalah minat pelajar dalam kelas. Kawalan kelas juga
mudah diaturkan sekiranya mendapat kerjasama yang baik di antara guru
dan pelajar-pelajar.

14
Rujukan.

Misnan Jemali, et. al. 2012. Strategi Pengajaran Pendidikan Islam. Perak: Emeritus
Publications.
Suppiah Nachiappan et. al (2008). Psikologi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar.
Suppiah Nachiappan et. al (2009). Pembelajaran dan Perkembangan pelajar. Shah Alam:
Oxford Fajar.

15

Anda mungkin juga menyukai