Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA KLINIK JAWI ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SJKC TAMAN CONNAUGHT TAHUN 2014 Pendahuluan Jawi

merupakan salah satu komponen asas dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.Usaha menguasai kemahiran menulis dan membaca jawi sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di bilik darjah atau semasa ulangkaji kendiri.Oleh itu, pihak panitia pendidikan Islam sekolah ini mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Klinik Jawi dengan hasrat membimbing pelajar menguasai kemahiran ini dengan lebih mudah melalui beberapa kaedah yang lebih praktikal dan terancang. Objektif 1- Memberi pendedahan kepada para pelajar cara dan teknik menulis dan membaca jawi yang lebih mudah dan terancang 2- Menyuntik semangat kesungguhan mempelajari jawi dalam diri pelajar sebagai satu warisan budaya yang perlu dikekalkan 3- Memberi pemulihan, pengukuhan dan pengayaan kepada para pelajar agar mereka dapat meningkatkan kemahiran jawi dari semasa ke semasa.

Tarikh : Februari- September (Masa P&P / 2 waktu Tambahan / Masa Nilam sekurang-kurangnya 1 kali sebulan) Tempat : Kelas/ Bilik Gerakan / Pusat Sumber SJKC TAMAN CONNAUGHT Sasaran : Pelajar tahun 1 hingga 6 (mengikut kelas / pelajar yang diajar oleh GPI & Guru J-Qaf) Ketua Mentor/ Fasilitator : Ustaz Mohd Norsahrijan Arshad Mentor/ Fasilitator :Semua Guru Pendidikan Islam (7 orang) Pemantau : Ustaz Mohd Normuqriz Haziq Ketua Panitia Pendidikan Islam Sumber Kewangan : Sekolah /Panitia

JAWATANKUASA PELAKSANA KLINIK JAWI Penyelaras : En. Mohd Norsahrijan Arshad Setiausaha : Pn. Siti Nazirah Mat Rahim AJK PA Sistem & Penyediaan LCD Ustaz Mohd Normuqriz Haziq AJK Peralatan / Bahan Program Ustaz Faizul Bahari AJK Fotografi Ustaz Mohd Iqbal AJK Jamuan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Daud AJK Sijil Ustazah Wan Nur Najihah Jadual Pelaksanaan Program Klinik Jawi 2014 17 Februari 2014 (Rabu) Taklimat dan Ceramah Jawi (Para Mentor Jawi) di Bilik Gerakan oleh Ustz Mohd Norsahrijan Arshad Februari 2014 Modul 1 -pengenalan huruf -padanan huruf -menyambung huruf -bunyi vokal (Bahan Pintas Jawi buku bacaan 1) *latih tubi menulis dgn betul Mac 2014 Modul 2 -suku kata dan kata ganda terbuka + terbuka terbuka + tertutup tertutup + terbuka tertutup + tertutup Apr 2014 Modul 3 -homograf -diftong -penggunaan ka dan ga Jun 2014 Modul 4 -penggunaan imbuhan awalan dan akhiran -penggunaan hamzah

Julai 2014 Modul 5 -perkataan b.arab / b.Inggeris -akronim

September 2014 Modul 6 -Penilaian Jawi (bacaan dan tulisan) (Bahan Pintas Jawi buku bacaan 3)

Kumpulan Mentor-Mantee Jawi TAHUN /MENTOR 1- Ust. Mohd Normuqriz Haziq 2- Ust. Faizul Bahari 3-Ust. Mohd Iqbal 4-Ust Tuan Ibrahim Tuan Daud 5- Ustz Siti Nazirah Mat Rahim 6- Ustz Wan Nur Najihah

Mentor hendaklah melaporkan perkembangan pelajar mengikut kelas setiap kali s elepas perjumpaan dilakukan. (borang laporan disediakan) Anggaran Perbelanjaan Bil Perbelanjaan Anggaran Catatan 01 Hadiah tokoh Jawi (mengikut kelas) 5 orang x RM10.00 =RM50.00 Diberi pada akhir program September 02 -Kertas A4 size 10 Rim x RM12.00 =RM120.00 untuk fotostat bahan modul JUMLAH RM170.00 Bahan-bahan Program yang diperlukan -Kertas A4 size (untuk fotostat bahan modul) -Marker Pen Cadangan -Anugerah Tokoh Jawi (mengikut tingkatan) Penutup Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pelajar dalam

menguasai tulisan dan bacaan jawi seterusnya dapat membantu meningkatkan prestasi mereka dalam ujian dan peperiksaan. Disediakan oleh

(USTAZAH SITI NAZIRAH MAT RAHIM) Tarikh:30 NOVEMBER 2013 S.k - Fail

Anda mungkin juga menyukai