Anda di halaman 1dari 2

Nurul Hidayah Binti Ali Ismail

F 402-B Kampung Jeniang


08400 Gurun
Kedah

En Nik Mohd Naim Fathi B. Nik Husain Fathi


Pengurus Sumber Manusia
Kolej Risda
Lot 2020, Ayer Paabas
78000 Alor Gajah
Melaka
Mei 2013

25

Tuan,
Permohonan bagi Jawatan Pensyarah Syariah atau Sains Komunikasi
Dengan sgala hormatnya saya merujuk kepada iklan yang disiarkan oleh
pihak tuan di laman sesawang tentang kekosongan bagi jawatan pensyarah
syariah dan sains komunikasi. Setelah meneliti syarat-syarat yang
ditetapkan, saya amat berminat untuk memohon jawatan-jawatan kosong
tersebut kerana menepati kelayakan dan kemahiran saya.
Saya telah menamatkan pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda
Pengajian Islam dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dari Universiti
Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012. Maka dengan ini, saya kepilkan
bersama segala salinan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi mengisi
kekosongan jawatan-jawatan tersebut sebagai rujukan dan tindakan pihak
tuan selanjutnya.
Saya bersedia untuk menghadiri temuduga pada bila-bila masa yang
ditetapkan oleh pihak tuan. Segala pertimbangan dari pihak tuan diucapkan
terima kasih.

Sekian,
Yang Benar,

Nurul Hidayah Binti Ali Ismail

Anda mungkin juga menyukai