Anda di halaman 1dari 2

Nur Suhaidah binti Abdul Rashid

Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan,


33000 Kuala Kangsar
Perak.

Yang Dipertua,
PIBG Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan,
33000 Kuala Kangsar,
PERAK

14 APRIL 2015

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Saya selaku guru penasihat Persatuan Sains Madrasah Idrisiah ingin memohon sumbangan dari
pihak tuan bagi menampung perbelanjaan dan kos untuk Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains Negara
dan Petrosains, Kuala Lumpur. Buat pengetahuan pihak tuan, lawatan ini dibuat dengan kerjasama
Persatuan Falak Syarie dan bertujuan menambah ilmu pengetahuan murid serta pengalaman mereka
dalam bidang sains dan ilmu falak. Butir-butir lawatan tersebut boleh dirujuk oleh pihak tuan dalam
lampiran yang disertakan.
3.
Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak kami sekiranya pihak tuan sudi menghulurkan
sumbangan sebanyak RM500 bagi melancarkan urusan lawatan tersebut. Semoga dengan sumbangan
yang diberikan dapat sedikit sebanyak menampung perbelanjaan pihak kami dan membantu mencapai
matlamat lawatan ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan
diucapkan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

.
(NUR SUHAIDAH BINTI ABDUL RASHID)
Guru Penasihat Persatuan Sains, Madrasah Idrisiah

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai