Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

KERTAS CADANGAN............................................................................................................ 3

1.0 PENGENALAN.........................................................................................................3

2.0 RASIONAL............................................................................................................... 3

3.0 MATLAMAT............................................................................................................. 3

4.0 OBJEKTIF................................................................................................................4

5.0 IDENTITI PERSATUAN...........................................................................................4

6.0 MAKLUMAT PERSATUAN......................................................................................4

7.0 SYOR....................................................................................................................... 5

8.0 PENUTUP................................................................................................................5

SURAT PERMOHONAN PERSATUAN KEMBARA DAN REKREASI LUAR.........................6

PERLEMBAGAAN KELAB KEMBARA DAN REKREASI LUAR.............................................7

DRAF AKTIVITI PERSATUAN KEMBARA DAN REKREASI LUAR.....................................13

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN KEMBARA DAN REKREASI LUAR........14

1
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA

ALOR SETAR, KEDAH.

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN KEMBARA DAN REKREASI LUAR


SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA.

Disediakan Oleh:

Arifah Binti Md Desa

2
KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN PERSATUAN KEMBARA DAN REKREASI LUAR SEKOLAH


KEBANGSAAN SULTANAH ASMA

1.0 PENGENALAN

Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti luar bilik darjah yang penting bagi
membangunkan potensi murid secara menyeluruh dengan adanya bimbingan daripada
guru-guru. Justeru, penubuhan Persatuan Kembara dan Rekreasi Luar Sekolah
Kebangsaan Sultanah Asma merupakan satu usaha pembentukan dan pembinaan kualiti
murid sebagai insan yang aktif dari aspek kurikulum serta kokurikulum selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,
rohani, emosi, intelek dan sosial.

2.0 RASIONAL
Pada dasarnya, penubuhan persatuan ini adalah untuk mendedahkan murid dengan
aktiviti-aktiviti luar dari peringkat awal lagi. Pada masa yang sama, mereka juga dapat
melibatkan diri dalam aktviti-aktiviti yang sihat serta bermanfaat pada waktu lapang.
Tambahan lagi, persatuan ini mampu memberikan pengalaman yang sebenar kepada murid
berbanding belajar daripada buku semata-mata. Kemahiran sampingan murid juga dapat
ditingkatkan seperti ilmu pertolongan cemas. Selain itu, cadangan penubuhan persatuan ini
juga adalah atas permintaan murid yang dilihat amat berminat untuk menyertai segala
aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh persatuan ini contohnya aktiviti mendaki bukit.
Dengan adanya guru-guru terlatih dalam bidang ini, Persatuan Kembara dan Rekreasi Luar
ini diyakini dapat memberikan banyak faedah kepada murid yang melibatkan diri dalam
persatuan ini.

3.0 MATLAMAT

Pada dasarnya, matlamat persatuan ini adalah untuk memperkembangkan potensi


murid yang seimbang dari aspek pengetahuan, kemahiran serta sahsiah diri. Hal ini secara
tidak langsung mampu merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menjadi pegangan dunia pendidikan.

3
4.0 OBJEKTIF
Antara objektif persatuan ini ditubuhkan ialah untuk :
1. Memenuhi saranan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan insan
yang kreatif dan juga berinovatif.
2. Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman sebenar mengembara dan
rekreasi luar melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
3. Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
4. Pergerakan Persatuan Kembara dan Rekreasi Luar ini mampu mengharumkan
nama sekolah sebagai salah sebuah sekolah yang menyokong kebitaraan sukan
dalam kalangan warga sekolahnya.
5. Memberi peluang kepada murid yang berminat dengan aktiviti-aktiviti lasak.

5.0 IDENTITI PERSATUAN

5.1 MOTO

“Jauh Perjalanan Luas Pemandangan”

5.2 ETIKA PERSATUAN

1. Memupuk sikap berpasukan dan kerjasama dalam gerak kerja berkumpulan.

2. Melahirkan individu yang menyayangi dan menghargai alam semulajadi ciptaan


Tuhan.

3. Menanamkan sikap sentiasa menjaga kebersihan alam kekeliling.

4. Memupuk modal insan yang mampu berdikari di dunia luar.

6.0 MAKLUMAT PERSATUAN

6.1 Sasaran peserta


Penyertaan dibuka kepada semua murid tahap dua Sekolah Kebangsaan Sultanah
Asma.
6.2 Tempat

Perjumpaan persatuan akan diadakan di Pusat Sumber sekolah.

6.3 Tarikh/Hari

Setiap hari Rabu iaitu hari kokurikum

6.4 Yuran/Sumber kewangan

Sumber kewangan persatuan ini adalah daripada yuran pendaftaran yang dikenakan
kepada setiap ahli persatuan ini iaitu RM 3.00.

4
7.0 SYOR

Justeru, pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma dipohon memberi


pertimbangan dan kelulusan terhadap cadangan menubuhkan Persatuan Kembara dan
Rekreasi Luar Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma.

8.0 PENUTUP

Tuntasnya, pihak saya mengharapkan agar penubuhan persatuan ini dapat memberi
peluang kepada murid di sekolah ini untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang lasak melalui
medium yang betul. Selain itu, penubuhan persatuan ini juga diharapkan dapat memberi
pengalaman terbaik kepada murid di sekolah ini sebelum mereka melangkah ke alam
dewasa kelak. Semoga pihak pengurusan akan mempertimbangkan seterusnya meluluskan
cadangan penubuhan persatuan ini dengan jayanya.

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

…………………………………… ……………………………………

(ARIFAH BINTI MD DESA) (NURAMIZA BINTI SARIPUDIN)


Setiausaha Persatuan Kebara dan Rekreasi Luar, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Sekolah Kebangsaan Sultanah

Tarikh: Asma,

Tarikh:

5
SURAT PERMOHONAN PERSATUAN KEMBARA DAN REKREASI LUAR

Nuramiza Binti Saripudin, Rujukan Tuan:


Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Rujukan Kami:
05460 Alor Star, Tarikh:
Kedah.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma,
05460 Alor Star,
Kedah.

Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN KEMBARA DAN REKREASI LUAR

Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, NURAMIZA BINTI SARIPUDIN


berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 ,
yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk
menubuhkan PERSATUAN KEMBARAN DAN REKREASI LUAR SEKOLAH KEBANGSAAN
SULTANAH ASMA mulai 15 Januari 2017.

2. Bersama-sama ini disertakan :

2.1 Draf Perlembagaan.


2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa.

3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan
diucapkan terima kasih
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………

(Nuramiza Binti Saripudin)


Guru Penasihat,
Persatuan Ekspedisi Mendaki,
Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma,
05460 Alor Star,Kedah

s.k. PK Kokurikulum
S/U Kokurikulum
Fail Persatuan

6
PERLEMBAGAAN KELAB KEMBARA DAN REKREASI LUAR

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA

PERKARA 1 NAMA DAN ALAMAT

1.1 Nama Persatuan : Kelab Kembara dan Rekreasi Luar

1.2 Alamat :Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, 05460 Alor Star Kedah.

PERKARA 2 MATLAMAT

2.1 Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan potensi murid yang
seimbang dari aspek pengetahuan, kemahiran serta sahsiah diri. Hal ini secara tidak
langsung mampu merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menjadi pegangan dunia pendidikan.

PERKARA 3 OBJEKTIF

3.1 Memenuhi saranan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan insan yang
kreatif dan juga berinovatif.

3.2 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman sebenar mengembara dan
rekreasi luar melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
3.3 Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

3.4 Pergerakan Persatuan Kembara dan Rekreasi Luar ini mampu mengharumkan nama
sekolah sebagai salah sebuah sekolah yang menyokong kebitaraan sukan dalam kalangan
warga sekolahnya.
3.5 Memberi peluang kepada murid yang berminat dengan aktiviti-aktiviti lasak.

PERKARA 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid tahap dua Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4.3 Ahli – ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan objektif kelab ini.

7
PERKARA 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma.

5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu
aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.3 Guru Penasihat perlulah sentiasa bersama dengan ahli persatuan semasa aktiviti
dijalankan.

PERKARA 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli
jawatankuasa.

6.3 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.

6.4 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri :-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Ahli Jawatankuasa ( Bilangan bergantung keperluan )

PERKARA 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.7.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat.

8
7.7.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang selayaknya.

7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.7.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.

7.7.5 Menyemak/membaiki draf minit mesyuarat yang baru (jika ada).

7.7.6 Menurunkan tandatangan untuk disahkan minit mesyuarat yang lepas.

7.2 Naib Pengerusi.

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang


diberi.

7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli-ahli.

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.3.6 Menyediakan surat mohon sumbangan (jika ada).

7.3.7 Menyediakan tempat mesyuarat.

7.3.8 Menurunkan tandatangan di minit mesyuarat yang lepas.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.4.4 Membantu menyediakan tempat mesyuarat.

9
7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan ini dengan


bimbingan Guru Penasihat.

7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan


dengan bimbingan Guru Penasihat dan bertanggungjawab atas
kesahihannya.

7.5.3 Menyediakan Penyata kira-kira/kewangan bulanan dan tahunan dengan


bimbingan Guru Penasihat serta menandatanganinya.

7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli


jawatankuasa.

7.5.5 Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam


Mesyuarat Agung atau mesyuarat jawatankuasa dengan bimbingan Guru
Penasihat.

7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.5.7 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.

7.6 Ahli Jawatankuasa

7.6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.

7.6.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.6.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.6.4 Membantu setiausaha menyediakan tempat mesyuarat.

PERKARA 8 KEWANGAN

8.1 Setiap ahli diwajibkan membayar yuran RM 3.00 bagi setiap bulan.

8.2 Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3
ahli semasa mesyuarat agung tahunan.

8.3 Persatuan juga boleh memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti.

10
8.4 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.8 Bendahari hanya boleh membuat pengeluaran wang di bawah RM 200.00 sahaja
dengan kebenaran pengerusi.

PERKARA 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung

9.2 Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulis surat kepada pengerusi
persatuan.

9.3 Ahli yang belum menjelaskan tunggakkan yuran tahun sebelumnya tidak boleh
menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa.

PERKARA 10 AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat
ahli jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti yang dibuat oleh Guru Penasihat dan pengerusi akan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

PERKARA 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah peraturan utama persatuan.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan dalam persatuan hendaklah dipatuhi oleh semua
ahli.

11.3 Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau kenteteraman
Persatuan, boleh dipecat oleh Jawatankuasa Kelab. Ahli yang dipecat berhak
membuat rayuan dalam tempoh 14 hari diberitahu pemecatan, kepada Mesyuarat
Agung untuk keputusan muktamad.

PERKARA 12 PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli jawatankuasa
semasa mesyuarat Agung tahunan.

11
12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dah Ahli Jawatankuasa dan ahli
akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru
Besar.

PERKARA 13 PEMBUBARAN KELAB

13.1 Persatuan akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir bagi tahun semasa.

13.2 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

PERKARA 14 HAL-HAL LAIN

14.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

………………………………. ………………………………….

(ARIFAH BINTI MD DESA) (NORZIANA BINTI ROSLI)

Setiausaha Guru Penasihat

Persatuan Kembara dan Rekreasi Luar Persatuan Kembara dan

Tarikh: ……………………….. Luar

Tarikh: ………………………

12
DRAF AKTIVITI PERSATUAN KEMBARA DAN REKREASI LUAR

Bulan Minggu/Tarikh Aktiviti

Januari Minggu 2 Pendaftaran persatuan


Minggu 4 Pendaftaran ahli

Feb Minggu 2 Pelantikan Ahli Jawatankuasa


Minggu 4 Pengenalan Persatuan dan cadangan aktiviti

April Minggu 2 Ceramah daripada pihak luar.

Mei Minggu 3 Aktiviti Challenge Your Fear iaitu rekreasi air.

Jun Minggu 2 Aktiviti pertolongan cemas

Julai Minggu 3 Ikhitiar hidup

Ogos Minggu 3 Aktiviti mendaki Gunung Bintang

Septembe Minggu 2 Aktiviti ikatan tali


r

Oktober Minggu 4 Post mortem

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN KEMBARA DAN REKREASI LUAR

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA

13
PENAUNG : NURAMIZA BINTI SARIPUDIN
GURU PENASIHAT : NORZIANA BINTI ROSLI
PENGERUSI PERSATUAN : MUHAMAD ADIB BIN AMIN
NAIB PENGERUSI PERSATUAN : DAMIA BINTI SHUHAIMI
SETIAUSAHA : ARIFAH BINTI MD DESA
PENOLONG SETIAUSAHA : FEDLYN FITTY ANAK RIPIT
BENDAHARI : SHAHIDAH BINTI MYDIN
PENOLONG BENDAHARI : MOHD EZUWAN BIN AFFANDI
AHLI JAWATANKUASA : 1. DOMINIC ANAK ANDING
2. AMIRUL BIN AFIQ
3. SITI BINTI HAFIZ

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas
adalah mematuhi Subseksyen 6.1.1 dalam Artikel Enam dan perlantikan
mereka mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam artikel yang sama dalam Undang-
Undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan.

.................................... .....................................
(MUHAMAD ADIB BIN AMIN) (ARIFAH BINTI MD DESA)
Pengerusi Setiausaha
Persatuan Kembara dan Rekreasi Luar Persatuan Kembara dan
Tarikh: ……………………. Rekreasi Luar
Tarikh: …………………………

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa senarai ahli jawatankuasa di


atas dan perlantikan mereka adalah mengikut Undang-Undang dan
Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Kembara dan
Rekreasi Luar Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma.

…………………………….
(NORZIANA BINTI ROSLI)
Guru Penasihat
Persatuan Kembara dan Rekreasi Luar
Tarikh: ……………………….

14

Anda mungkin juga menyukai