Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN
( Simpan dalam portfolio)

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 2


( 10/7/2017 hingga 14/7/2017 )

NAMA PELAJAR : ARIFAH BINTI MD DESA

OPSYEN / KUMPULAN : PISMP PSV JUN 2014

NAMA SEKOLAH : SK SRI KELANA

TARIKH : 15/7/2017

1. Isu / masalah / peristiwa


Masalah yang dialami oleh saya pada minggu lepas ialah murid terlalu cepat menyiapkan
aktiviti yang dijalankan di dalam kelas

2. Pandangan dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa


Pada pandangan saya, aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan tahap kognitif
dan psikomotor murid. Namun, apabila saya mendapati murid terlalu cepat menyiapkan
aktiviti tersebut, saya merasakan saya telah memandang rendah terhadap tahap
keupayaan mereka.

3. Analisis isu / masalah / peristiwa


3.1 Punca / sebab
Punca masalah ini terjadi ialah mungkin kerana aktiviti yang dijalankan membosankan
pada pandangan murid-murid. Tambahan lagi, aktiviti seni yang dijalankan juga mungkin
tidak mencabar tahap kreativiti murid bekarya. Hal ini membuatkan murid cepat merasa
bosan dan ingin menyiapkannya dalam kadar yang segera

3.2 Kekuatan / kelemahan


Antara kekuatan yang saya dapati ialah kebanyakan murid dapat menyiapkan kerja dalam
masa yang ditentukan dan objektif pengajaran dicapai dengan mudah.
Kelemahan yang saya dapati ialah murid cepat bosan dan segera menyiapkan aktiviti
supaya mereka dapat bermain setelah itu. Selain itu, terdapat juga murid yang tidak mahu
menyiapkan aktiviti ini dengan alasan tidak bawa barang dan bosan.

4. Cadangan idea untuk menyelesaikan isu


Sebagai cadangan, saya perlu mencari atau memilih aktiviti yang lebih mencabar serta
menyeronokkan bagi menarik perhatian murid saya untuk belajar. Namun aktiviti tersebut
perlulah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor mereka. Selain itu, saya sendiri
perlu menyediakan lembaran kerja sebagai latihan untuk penggayaan ataupun untuk sesi
pemulihan.
JUN 2014
5. Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu
Tempoh masa untuk menyelesaikan isu ini mungkin selama satu hingga dua minggu. Hal
ini kerana guru perlu memilih aktiviti yang sesuai tetapi masih mengikut Dokumen Standard
Kurikulum Pembelajaran (DSKP).
6. Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan
Saya mencari sumber di internet dan buku bagi mencari aktiviti yang menyeronokkan dan
sesuatu yang baru. Selain itu, saya juga ada bertanyakan kepada guru pembimbing.

7. Tindakan susulan
Saya telah meminta tunjuk ajar dan pendapat daripada rakan saya yang lebih arif. Selain
itu, bahan bantu mengajar yang disediakan juga perlulah ditambahbaik seperti
memasukkan unsur ICT.

Pelajar Guru Pembimbing Pensyarah Penyelia

……………………………… ………………………………… ………………………………..


( ) ( ) ( )

JUN 2014

Anda mungkin juga menyukai