Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN
( Simpan dalam portfolio)

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 6


( 7/8/2017 hingga 11/8/2017 )

NAMA PELAJAR : ARIFAH BINTI MD DESA

OPSYEN / KUMPULAN : PISMP PSV JUN 2014

NAMA SEKOLAH : SK SRI KELANA

TARIKH : 12/8/2017

1. Isu / masalah / peristiwa


Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah tentang tahap pemahaman sesetengah
murid terhadap topik yang diajar berada pada tahap sederhana dan lemah.
2. Pandangan dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa
Pada awal proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, apabila guru ingin mendapat
maklum balas tentang tahap kefahaman murid, murid memberi jawapan bahawa mereka
faham. Namun apabila sesi soal jawab seperti kuiz dan isi tempat kosong dijalankan,
sesetengah murid tidak dapat menjawab dengan tepat.
3. Analisis isu / masalah / peristiwa
3.1 Punca / sebab
Masalah ini mungkin berpunca daripada diri saya sendiri iaitu dari segi kaedah pengajaran
atau pemilihan laras bahasa. Selain itu, cara pembelajaran murid yang berbeza juga sedikit
sebanyak mempengaruhi tahap pemahaman mereka terhadap topik yang diajar.
3.2 Kekuatan / kelemahan
Kekuatan yang dikenalpasti ialah pemilihan aktiviti bersesuaian dengan topik yang diajar.
Hal ini kerana aktiviti seni yang menyeronokkan dan tidak membosankan akan menarik
perhatian murid untuk lebih fokus. Sebagai contoh murid kelihatan gembira semasa aktiviti
menghasilkan gelang tangan. Ini dapat dilihat apabila terdapat murid yang membawa
manik sehingga satu bekas besar hanya untuk tujuan hiasan.
Kelemahan yang saya dapat lihat ialah sesi pengajaran semasa penerangan tentang teori
agak membosankan.
4. Cadangan idea untuk menyelesaikan isu
Sebagai cadangan, guru boleh menggunakan pendekatan lain untuk menyampaikan ilmu
kepada murid untuk menambahkan tahap pemahaman murid. Hal ini kerana gaya
pembelajaran murid dalah berbeza. Sebagai contoh, saya boleh menggunakan teknik
bercerita, lakonan atau nyanyian sambil menyelitkan isi pelajaran. Hal ini lebih menarik
perhatian murid. Selain itu, saya boleh mewujudkan suasana kelas yang tidak
membosankan dengan memasukkan unsur kecindan. Unsur kecindan dapat membuatkan
kelas ceria disamping murid dapat ilmu pengetahuan yang sepatutnya.
5. Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu
JUN 2014
Tempoh untuk menyelesaikan isu ini akan mengambil masa selama dua minggu. Hal ini
kerana saya perlu cuba menjalankan intervensi yang dicadangkan pada minggu pertama
terlebih dahulu Saya juga perlu bijak mengkaji dan menyelami hati murid untuk mencari
kaedah yang sesuai dengan sikap murid tersebut seterusnya dapat menarik murid untuk
belajar.
6. Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan
Untuk meningkatkan tahap pemahaman murid, saya perlu menggunakan bahasa yang
mudah dan sesuai dengan tahap murid semasa penerangan dilakukan. Saya juga perlu
bijak mengaitkan topik yang diajar dengan kehidupan murid. Hal ini akan membantu tahap
pemahaman murid lebih meningkat.
7. Tindakan susulan
Tindakan susulan yang dilakukan ialah saya mula mengenali personaliti murid-murid di
dalam kelas-kelas yang saya mengajar. Hal ini membantu saya untuk mendapatkan
informasi tentang murid dan dapat memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan
suasana pembelajaran murid-murid terbabit.

Pelajar Guru Pembimbing Pensyarah Penyelia

……………………………… ………………………………… ………………………………..


( ) ( ) ( )

JUN 2014

Anda mungkin juga menyukai