Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan:

Tamadun mempunyai istilah yang berbeza-beza. Berdasarkan daripada istilah


Maddana, tamadun ini bermaksud memajukan sesebuah bandar atau kota atau
memperhaluskan budi pekerti. Selain itu, dalam bahasa Inggeris pula, tamadun ini dikenali
sebagai civilization. Perkataan tersebut membawa maksud memperbaiki tingkah laku yang
kurang sopan dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Hal ini bermaksud
masyarakat tidak lagi dalam keadaan yang jahil dan seterusnya setiap individu mempunyai
budi yang pekerti yang baik dan sopan. Selain itu, menurut Syed Naquib Al-Attas pula,
peradaban bermaksud keadaan kehidupan individu yang bermasyarakat yang telah
mencapai tahap tatasusila yang tertinggi dan mempunyai nilai kebudayaan yang luhur bagi
seluruh masyarakat (Ahmad, Ali, Mahadi, Sazelin & Nooraini., 2007).

Dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara yang mempunyai pelbagai budaya,


bangsa, dan agama kini kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai murni dan
berperikemanusiaan yang memnunjukkan kita hidup dalam ketemadunan. Nilai-nilai murni
adalah merupakan amalan baik yang perlu diamalkan dalam diri setiap individu. Tanpa
adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, pastinya berlaku
perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di dalam dunia ini.

Selain itu, nilai-nilai murni juga sangat penting dalam kehidupan untuk melahirkan
individu yang berkhlak mulia. Oleh itu, nilai-nilai murni yang diamalkan atau dihayati dalam
sesuatu kaum secara tidak langsung dapat menggambarkan identiti kaum atau sesuatu
tamadun tersebut (Chong, n.d). Seperti yang kita sedia maklum, peranan agama dalam
setiap tamadun sangat penting kerana ianya membantu kita supaya dapat meningkatkan
hubungan sosial dalam diri kita. Sebagai contoh, dalam tamadun Islam persoalan ketuhanan
dan kerohanian yang bersumberkan wahyu sangat dititikberatkan dalam kehidupan.
Ketiadaan tamadun dalam diri masing-masing akan merosakkan bangsa dan agama
masing-masing dan sekaligus mencerminkan suasana dalam kehidupan masyarakat (Azhar,
2004).

Namun begitu, masih banyak lagi pergolakkan yang berlaku dalam kalangan
masyarakat dalam dunia masa kini. Isu yang terkini dan masih hangat diperbualkan
sehingga ke hari ini adalah mengenai tragedi tembakan MH17 yang telah meragut ramai
nyawa iaitu penumpang berserta dengan anak kapal dari pelbagai negara. Penumpang dan
anak-anak kapal tersebut bukan sahaja terdiri daripada negara yang berbeza, malah juga
terdiri daripada bangsa dan agama yang berbeza.

1
Kronologi MH17:

Seperti yang kita sedia maklum, negara telah digemparkan sekali lagi dengan tragedi
yang menyayat hati seluruh warga negara Malaysia iaitu terhempasnya sebuah pesawat
MH17 setelah berlakunya misteri kehilangan MH 370 pada bulan Mac yang lepas.
Berdasarkan jadual penerbangan, pesawat tersebut telah berlepas lewat selama 15 minit
daripada waktu sebenar, daripada negara Amsterdam, Belanda iaitu pada pukul 12.15
tengah hari waktu Amsterdam manakala pukul 7.30 malam di Malaysia dan dijangka akan
tiba di lapangan terbang KLIA Malaysia pada pukul 6.10 pagi pada waktu Malaysia (Berita
Harian, 2014).

Namun begitu, malang tidak berbau telah menimpa MH17. Menurut “Berita Semasa,
(2014)”, pesawat tersebut telah terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia iaitu
berhampiran dengan bandar Donetsk yang merupakan kubu kuat pemberontak Pro Rusia,
disebabkan tembakan sistem peluru berpandu yang mampu mencapai ketinggian 72, 000
kaki. Pesawat tersebut telah meragut nyawa seramai 298 orang. 280 orang penumpang iaitu
seramai 154 orang melibatkan warganegara Netherlands, 27 dari Australia, 30 dari Malaysia
termasuk dua orang bayi, 12 dari Indonesia termasuk seorang bayi, sembilan dari United
Kingdom, 4 orang masing-masing dari negara Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta
seorang dari Kanada. Sementara itu, 15 orang lagi merupakan anak kapal Malaysia Airlines
(MAS) iaitu terdiri daripada 4 orang kru lelaki dan 11 orang kru perempuan.

Beberapa sumber telah menyatakan hal ini berlaku adalah disebabkan angkara
pejuang pemisah Pro Rusia. Zon penerbangan di mana pesawat MH17 terhempas adalah
kawasan yang sedang bergolak dan konflik ketika ini. Beberapa hari selepas berlakunya
kejadian tersebut, pada 18 Julai, Perdana Menteri Malaysia iaitu Mohd. Najib Tun Razak
telah mengadakan sidang akhbar di Hotel Sama-Sama KLIA untuk memaklumkan tindakan-
tindakan kerajaan ekoran nahas tersebut. Namun begitu, mereka masih lagi menafikan
mengenai perkara tersebut. Kerajaan Ukraine dan pemisah pro-Rusia masing-masing telah
menafikan menembak pesawat berkenaan. Pihak MAS mengesahkan menerima makluman
daripada Trafik Kawalan Udara (ATC) Ukraine bahawa hubungan komunikasi dengan
pesawat MH17 terputus pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia. Seterusnya, menurut
laporan berita terkini dari Reuters pula, sumber penerbangan Rusia mengatakan bahawa
kapal terbang MH17 tidak menggunakan laluan di ruang udara Rusia.

Munurut “Sinar Harian (2014)” pula, akibat daripada inseden tersebut, Presiden AS
Barrack Obama telah menyalahkan pihak pemisah yang diketuai oleh Rusia sebagai pihak
yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan sedangkan
Presiden Rusia iaitu Vladimir Putin menyangkal tuduhan berkenaan. Bukan itu sahaja, pihak

2
Ukrine juga telah meletakkan kesalahan itu kepada pihak pemisah namun ia tidak banyak
membantu berikutan kawasan di mana pesawat itu terhempas dikawal sepenuhnya oleh
pihak pemisah.

Berdasarkan “Utusan Online, 2014”, pada 20 Julai, mayat-mayat yang telah dikumpul
di tapak pesawat yang terhempas tersebut telah dialihkan ke tempat lain dan pemisah pro
Rusia telah mendakwa mereka telah menjumpai alatan yang menyerupai kotak hitam. Pada
21 Julai, Perdana Menteri kita telah diarahkan untuk menyerahkan dua kotak hitam dari
MH17 atas persetujuan pemisah pro Rusia yang diketuai oleh Alexander Brodai. Selain itu,
mayat-mayat mangsa juga dihantar menggunakan kereta api dari bandar Torez. Dalam
masa tersebut, seramai 251 mayat dan 86 cebisan mayat manusia yang telah ditemui dan
disimpan terus ke dalam kereta api yang mempunyai sistem penyejuk dan ahli forensik dari
Belanda telah membuat pemeriksaan ke atas mayat-mayat tersebut.

Pada 23 Julai, badan bebas antarabangsa telah didesak oleh Perdana Menteri
Malaysia untuk mengadakan siasatan secara menyeluruh berkaitan dengan tragedi nahas
berkenaan dalam sidang khas yang telah diadakan Dewan Rakyat. Pada 24 Julai, pihak
Kementeri Kesihatan telah mendapatkan 50 sampel DNA daripada waris-waris mangsa
mangsa. Hal ini adalah bertujuan untuk memudahkan proses mengenal pasti jasad-jasad
mangsa. Kumpulan pertama telah membawa sebanyak 40 buah keranda yang membawa
mayat-mayat mangsa nahas tersebut ke Belanda.

Seterusnya, pada 1 Ogos (Jumaat), sebanyak 70 orang polis dari Belanda dan
Australia telah berjaya masuk ke kawasan nahas untuk menjalankan proses pencarian dan
menyiasat walaupun berlaku pertempuran antara tentera Ukraine dan pemisah pro-Rusia
yang menyebabkan 14 orang telah terbunuh. Pada 17 Ogos pula, Dato’ Hishamuddin pula
telah menyatakan bahawa, mayat-mayat mangsa di Malaysia juga diberi penghormatan
yang sama seperti yang dilakukan terhadap mayat-mayat mangsa yang telah dibawa pulang
ke Belanda melalui penghantaran yang pertama. Persiapan mengurus jenazah yang
memasuki peringkat yang terakhir telah dilakukan kira-kira 60 jam sebelum jenazah tersebut
dihantar semula ke Malaysia dari Amsterdam untuk disempurnakan dan dilengkapkan
sebelum diserahkan kepada waris mangsa yang terlibat.

Sebelum jenazah-jenazah Malaysia tiba di Malaysia iaitu pada hari Khamis,


bersamaan dengan 21 Ogos, kesemua jenazah telah dibawa masuk ke dalam pesawat MAS
dan telah disusun mengikut kedudukan yang tertib sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
Akhir sekali, jenazah-jenazah mangsa yang terlibat tersebut telah selamat tiba di Malaysia
dan pada hari tersebut, kesemua warga Malaysia telah di berkabung sebagai tanda hormat
pada mangsa-mangsa tragedi tersebut dan juga keluarga mangsa yang terbabit.

3
Nilai-nilai murni dan sifat perikemanusiaan dalam kehidupan bermasyarakat dan
bernegara:

Dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara pada masa kini, perkara yang
paling penting untuk membentuk sebuah nilai ketamadunan yang tinggi dalam setiap negara
adalah wujudnya nilai-nilai murni seperti sifat-sifat dan akhlak yang luhur. Individu yang tidak
mempunyai nilai-nilai murni dan sifat berperikemanusiaan akan menyebabkan berlakunya
kerosakan dalam sesebuah bangsa dan negara tersebut (Faridah dan Tengku, 2006).
Setiap jatuh dan bangunnya sesebuah tamadun adalah berkait rapat dengan akhlak yang
ada pada setiap rakyat dalam sesebuah negara tersebut. Malah seorang penyair yang
bernama Syauqi Bey juga pernah menyatakan bahawa "Satu bangsa dikenali kerana
akhlaknya (budi pekertinya). Jika akhlaknya telah runtuh, maka runtuh pulalah bangsa itu".
Dalam buku Ibn Khaldun pula juga menyatakan bahawa ketidakadilan yang berlaku dalam
sesebuah pemerintahan akan menyebabkan berlakunya kehancuran dalam sesebuah
negara (Faridah, 2006).

Hal ini juga telah berlaku dalam kehidupan masyarakat dan negara pada masa kini
dan telah dibuktikan dengan kejadian yang menimpa ke atas pesawat negara kita iaitu
MH17. Kepincangan dan ketiadaan nilai-nilai dalam diri murni serta sifat
berperikemanusiaan dalam kehidupan bermasyarakat telah berlaku dan perkara ini telah
menyebabkan berlakunya tragedi nahas yang melibatkan temabakan terhadap pesawat
tersebut. Seperti yang telah kita sedia maklum, terdapat pihak yang menyatakan bahawa
pesawat mh17 telah terhempas di ruang udara negara luar disebabkan tembakan oleh pro-
rusia. Hal ini adalah disebabkan angkara pejuang pemisah pro Rusia, lebih-lebih lagi
kawasan di mana pesawat tersebut telah terhempas adalah di kawasan yang sedang
mengalami konflik pada masa ini.

Dalam hal ini, Barrack Obama telah menunding jari terhadap pro Rusia. Beliau telah
menyatakan bahawa pro Rusia seharusnya bertanggungjawab. Namun begitu, Presiden
Rusia pula telah menyangkal tuduhan yang telah dikenakan terhadap mereka. Hal ini
menunjukkan bahawa tiada siapa yang berani bertanggungjawab dalam kejadian ini.
Sekiranya berlakunya pergolakan antara negara, mereka haruslah mengelak untuk
memastikan perkara yang tidak diingini seperti kejadian ini berlaku ataupun cuba untuk
mengelak daripada tuduh-menuduh. Perkara ini telah menunjukkan bahawa interaksi negatif
telah berlaku antara kedua-dua negara tersebut kerana tidak wujudnya kesefahaman antara
satu sama lain.

Walaubagaimanapun, kejadian ini telah menimbulkan kesan interaksi yang positif


dalam sesebuah masyrakat dan negara. Niiai-nilai murni yang dapat kita lihat semasa

4
berlakunya kejadian yang menimpa MH17 ini adalah kesemua negara yang terlibat saling
bekerjasama antara satu sama lain. Ketika kejadian ini, berdasarkan “Sinar Harian, 2014”,
negara Malaysia dan negara-negara lain telah berkerjasama untuk mengenakan tekanan
terhadap Washington DC, iaitu Mascow Kiev supaya dapat menyatakan kebenaran untuk
membantu semua pihak mencari kebenaran. Perkara ini perlu dilakukan bersama-sama
negara lain kerana negara lain juga turut terlibat sama dalam kejadian ini. Hal ini bukan
sahaja dapat meningkatkan lagi nilai–nilai murni yang ada dalam diri kita malah ianya juga
telah menunjukkan bahawa masyakat pada masa kini mempunyai nilai-nilai tamadun dalam
diri.

Sementara itu, hubungan yang baik antara Malaysia dan Ukraien serta Malaysia dan
Rusia masih lagi terjalin akibat daripada berlakunya kejadian ini dan malah tiada berlakunya
pergolakan disebabkan perkara tersebut, Hal ini disebabkan sifat pemimpin kita yang
berkaliber dalam memikirkan cara penyelesaian masalah ini berlaku walaupun kebanyakan
yang menunding jari menyatakan bahawa antara punca yang menyebabkan pesawat
tersebut terhempas adalah berkaitan dengan pergolakan negara luar. Sikap perdana
manteri Malaysia yang sentiasa berwaspada dalam menyelesaikan masalah ini telah
membuktikan nilai ketamadunan dalam sifat-sifat seorang pemimpin tersebut.
Kebijaksanaan seseorang pemimpin terpancar apabila ia dapat membawa masyarakat yang
dipimpinnya ke arah kecemerlangan dan kejayaan yang hakiki (Khalif, 2009). Beliau tidak
mudah melatah dalam mencari pesalah yang sebenar dalam kejadian ini. Malah semasa
penyiasatan lanjut beliau telah berjaya menarik kepercayaan ketua pemisah untuk
bekerjasama dengan Malaysia. Perkara ini menunjukkan bahawa interaksi yang positif
antara perdana Menteri dan ketua pemisah telah berlaku. Daripada itu, seperti yang telah
saya perhatikan bahawa sifat-sifat negatif seperti saling menuduh tidak memabantu dalam
menyelesaikan masalah malah ianya lebih menyusahkan masyarakat. Perdana Menteri kita
juga merupakan seorang yang berani dalam menongkah arus dan kehendak kuasa-kuasa
besar yang telah menyalahkan puak pemisah dan Rusia tersebut (Sinar Harian, 2014)

Akhir sekali adalah, walaupun mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian nahas
kapal terbang tersebut terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa, namun perkara yang
dapat kita perhatikan adalah setiap rakyat telah bersatu hati semasa berlakunya kejadian ini.
Hal ini dibuktikan dengan bantuan yang telah diberikan oleh negara luar semasa kejadian ini
telah berlaku. Walaupun rakyat-rakyat yang turut membantu dalam kejadian tersebut terdiri
daripada warganegara luar, namun atas sifat keprihatinan dan tidak mementingkan diri
sendiri berserta perpaduan yang utuh menyebabkan misi mencari jasad-jasad mangsa yang
terlibat juga menjadi mudah. Selain itu, tanpa adanya toleransi antara negara-negara yang
terbabit, sudah pastinya sudah menimbulkan perkara yang tidak diingini pula yang berlaku.

5
Penutup:

Natijahnya, dalam kehidupan yang bermasyrakat dan bernegara ini, pengamalan


nilai-nilai murni seperti berkerjasama antara satu sama lain haruslah diamalkan. Perbalahan
dalam kehidupan atau negara boleh dielakkan sekiranya toleransi antara satu sama lain itu
wujud dalam kehidupan masyarakat negara. Sebagai contoh, semasa berlakunya MH17,
semua rakyat tidak mengira agama, bangsa dan budaya saling membantu antara satu sama
lain. Sekiranya sifat-sifat tersebut tidak diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat, sudah
pasti proses untuk mengenalpasti jasad-jasad mangsa yang terlibat dalam nahas kapal
terbang tersebut sukar dijalankan dan kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang
dihadapi dengan mudah dan cepat. Hasil daripada sikap bertoleransi perdana manteri kita
telah memudahkan lagi proses tersebut dijalankan. Hal ini adalah bertujuan untuk
memastikan semua rakyat dalam negara sentiasa bersatu-padu tidak kira agama, bangsa
dan negara. Di samping itu, kita juga haruslah sedar bahawa kita bukan lagi berada di
zaman purba kala yang tidak mengenal erti tamadun. Kita haruslah bangkit dari tampuk
lama untuk memastikan kita tidak lagi hidup dalam keadaan jahiliah. Setiap individu yang
hidup dalam komuniti dan bernegara ini hendaklah mempunyai budi pekerti yang baik dan
sopan serta mencapai tahap tatasusila yang tertinggi dalam kehidupan bermasyrakat.
Sesungguhnya sesuatu yang sangat penting untuk kita megetahui faktor-faktor kemajuan
dan kejatuhan tamadun terutama sekali tamadun Islam pada masa lalu untuk mengambil
iktbar dan pengajaran daripada perkara yang telah berlaku. Adalah sesuatu yang jahil
sekiranya kesilapan-kesilapan masa lalu tersebut diulang kembali. Oleh itu, ketiadaan
tamadun dalam diri, masyrakat dan negara boleh menyebabkan musnahnya sesuatu kaum
dan negara. Interaksi antara tamadun juga penting untuk mengelak daripada perkara yang
tidak diingini berulang kembali.

6
Senarai rujukan:

Afifah (2003). Pengajian Tamadun Asia. (2003). PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Ahmad, Ali, Mahadi, Sazelin & Nooraini. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah
Alam: McGrawa-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Azhar. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Bangi: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Berita Harian (2014, Ogos, 14). MH17: Identiti 15 jenazah rakyat Malaysia hanya diketahui
22 Ogos – TPM. Berita Harian. Diperoleh pada Oktober 5, 2014, daripada
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/MH17_Identiti15jenazahrakyatMalaysia
hanyadiketahui22Ogos-TPM/khas/mh17/Article/index_html

Berita Harian (2014, Ogos 14). MH17: Jenazah akan dibawa pulang secara berperingkat
mulai 22 Ogos – TPM MH17: Kerajaan sedia pengangkutan khas bawa jenazah ke
negeri masing-masing. Berita Harian. Diperoleh Oktober 6, 2014, daripada
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/MH17_Jenazahakandibawapulangsecar
aberperingkatmulai22Ogos-TPM/khas/mh17/Article/index_html

Berita Semasa. (2014, Julai 18). Kronologi lengkap detik kapal terbang MH17 jatuh
terhempas. Berita Semasa. Diperoleh pada Oktober 6, 2014, daripada
http://www.beritasemasa.com.my/berita-terkini-mh17-terhempas-ukraine-rusia

Berita Harian (2014, Ogos, 15). 127 mayat mangsa MH17 sudah dikenal pasti. Berita
Harian. Diperoleh pada Oktober 5, 2014, daripada
http://ww2.bharian.com.my/bharian/aryicles/127mayatmangsaMH17sudahdikenalpas
sti/khas/mh17/articled/index_html

Chong, C.W. (n.d). Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di
Malaysia, 1-3.

Faridah Che Husain & Fakhruladabi Abdul Kadir (2012). Sumbangan pengajian kursus
tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) terhadap pembentukan hati budi.

Faridah Che Husain & Tengku Sarina Aini Tengku Kasim (2006). Pendekatan psikologi
dalam pendidikan akhlak muslim sebagai pemangkin pembangunan insan dan
tamadun.

Khalif Maummar (2009). Faktor kegemilangan Tamadun Islam: Jurnal hadhari. Pengajaran
dari masa lalu, 2, 20.

7
Maklumat tentang MH17 dan bagaimana nahas berlaku? (2014). Diperoleh pada Oktober 5,
2014, daripada http://sensasimalaysia.com/maklumat-tentang-mh17-dan-bagaimana-
nahas-berlaku/

Utara News (n.d) Perang dingin kini kembali. Utara News. Diperoleh pada Oktober 4, 2014,
daripada http://www.utaranews.com/2014/07/perang-dingin-kini-kembali.html

Rusia bentang laporan, tembelang Amerika dan Ukraine terbongkar? Malaysia dikambing
hitam? (2014). Diperoleh pada Oktober 4, 2014, daripada
http://www.ronyanuar.com/2014/07/mh-17-russia-bentang-laporan-tembelang.html

Sinar Harian (Julai 13, 2014). Kesederhanaan Najib kunci kejayaan operasi MH17. Sinar
Harian. Diperoleh pada Oktober 4, 2014, daripada,
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kesederhanaan-najib-kunci-kejayaan-
operasi-mh17-

Anda mungkin juga menyukai