Anda di halaman 1dari 3

KATA KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG, SKS7

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur kita kehadrat Allah kerana dengan izinNya kita dapat mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2013. Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid- murid yang telah berjaya di dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Hari ini kita harus berbangga kerana dapat melihat kejayaan anak-anak kita. Kecemerlangan ini tidak akan dikecapi sekiranya tiada pengorbanan dan usaha yang gigih sama ada dari kalangan muridmurid, guru-guru mahupun ibu bapa berkenaan. Untuk mencapai sesuatu kejayaan itu, ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi selain dari diiringi dengan doa. Masa amat berharga. Ibu bapa perlu mengatur strategi dan masa untuk memastikan anak-anak dapat memanfaatkan masa mereka mentelaah pelajaran di rumah. Peranan ibu bapa amat penting bagi mencorak dan membentu hala tuju anak-anak bagi menghasilkan Modal Insanyang berguna. Selain itu, kekuatan rohani juga perlu dipertingkatkan bagi menghasilkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang menerima anugerah pada majlis hari ini. Ucapan tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru dan ibu bapa yang tidak jemu-jemu membimbing anak-anak sehingga mencapai kejayaan. Semoga usaha mereka diberkati Allah. Saya juga mendoakan agar SKS7 akan muncul sebagai sekolah yang gemilang dan terbilang. Sekian, terima kasih. En. YDP PIBG, SK Seksyen 7.

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Saya percaya murid-murid yang cemerlang ilmunya juga cemerlang akhlak dan sahsiahnya. Oleh itu, saya berharap agar semua murid berusaha bersungguh - sungguh untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta memiliki sahsiah dan akhlak yang terpuji. Ingatlah bahawa anak-anak sekaranglah yang akan meneruskan kepimpinan dan kemajuan negara pada masa akan datang. Syabas juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak walaupun menempuh pelbagai kesulitan dan penuh cabaran hari ini. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Hari Anugerah Cemerlang , Yang Dipertua PIBG serta AJK, guru-guru, para ibu bapa, muridmurid serta seluruh warga SK Seksyen 7. Selamat Maju Jaya. Semoga usaha-usaha kita diberkati Allah. Sekian, terima kasih. Encik Lutfee Ismail B Amir Guru Besar SK Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Syukur dan puji ke hadrat Allah s.w.t kerana izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita sama-sama menyempurnakan majlis gilang gemilang khususnya buat pelajar-pelajar yang diraikan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru dan warga SKS7 atas kegigihan dan komitmen yang dicurahkan untuk menjayakan majlis yang sungguh bermakna ini. Pada hari yang bersejarah ini saya mengucapkan syabas dan tahniah atas kecemerlangan pelajar-pelajar sekalian. Dalam dunia global hari ini, maju atau mundurnya esebuah bangsa dan negara ditentukan oleh modal insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dan berjati diri teguh. Inilah yang dikehendaki oleh kerajaan bagi memastikan hasrat ini tercapai seperti yang telah dinyatakan dengan jelas di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Maka kita semua harus berusaha bersama-sama untuk merealisasikan hasrat ini. Impian dan harapan bagi melahirkan modal insan yang benar-benar berjaya tidak akan tercapai sekiranya tidak ada penggemblengan tenaga oleh semua pihak terutama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling. Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai