Anda di halaman 1dari 14

.

Homeroom Setiap pelajar MRSM diletakkan dalam satu kumpulan seramai tidak lebih 15 orang yang diketuai oleh seorang guru sebagai penasihat. Kumpulan ini yang dipanggil homeroom bertujuan untuk :

Mewujudkan perasaan kekeluargaan di kalangan pelajar. Mewujudkan semangat persaudaraan dan kerjasama Membantu menyelesaikan masalah pelajar melalui perbincangan serta menimbulkan suasana seperti di rumah. Penasihat homeroom bertindak sebagai ibubapa dan ahli-ahli sebagai saudara sendiri.

Pengenalan Sistem Homeroom :)


Belum diperkenalkan lagi dengan cara- cara berjalannya sistem homeroom ini . Ape maksud homeroom ? Fungsifungsi homeroom ? Siape yang dah tinggal di MRSM , semestinye tahu mengenai homeroom ini . Jadi , pada ruangan entry kali ini , kami semua akan menge'post'kan mengenai PENGENALAN MENGENAI SISTEM HOMEROOM.. ( Nak tak nak kene bace and ambil tahu jugak , .. :) Gurau jerr )
HOMEROOM

Satu program bimbingan dimana pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan pelajar yang sebaya dan menjalani kehidupan bersama dalam suasana bersaudara. Homeroom ini dibimbing oleh seorang guru penasihat sebagai ibu bapa angkat. Setiap homeroom mempunyai tidak lebih 13 orang pelajar terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan Tujuan Perlaksanaan Program:

Mengesan dan menolong pelajar yang menghadapi masalah emosi. menggalakan pelajar merancang dan melaksanakan sendiri aktiviti mereka. memupuk persefahaman dan perpaduan dikalangan pelajar. menanam perasaan bertanggungjawab dan kasih kepada MRSM. mewujudkan hubungan mesra antara guru dan pelajar. mempelajari dan memahami nilai-nilai masyarakat. meninggikan kesedaran sivik dan perasaan kewarganegaraan Malaysia. Objektif Pada jangka masa tertentu pelajar sepatutnya dapat menguasai kebolehan berikut: melahirkan fikiran dan pendapat secara spontan dan bebas. menggunakan dua atau lebih bahasa dalam percakapan atau perbincangan.menentukan aktiviti yang harus dibuat mengikut keutamaandan juga mengetahui kepentingan menepati masa. memberi cadangan dan melaksanakannya dengan semangat dan azam yang kuat. Fungsi: sebagai satu unit keluarga. mengesan dan menyelesaikan masalah. membentuk sikap. menyelur dan mengembangkan minat. badan kebajikan. alat perpaduan. agen masyarakat Sekian , Wassalam

Proses pendidikan pelajar MRSM berbeza pengetahuan, pencapaian, pengalaman serta latar belakang sosio ekonomi dan masing-masing diberikan pendedahan supaya wujud perasaan kekitaan di kalangan mereka, katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, barubaru ini. Konsep Homeroom kata Md Rahim, dikendalikan seorang guru penasihat, presiden, naib presiden, setiausaha serta bendahari yang dilantik dalam kalangan 15 pelajar bagi satu kumpulan. Pendekatan itu katanya, membentuk struktur menggantikan sistem keluarga di rumah dengan diketuai guru penasihat Homeroom dan masing-masing hidup dalam kumpulan bagi membolehkan setiap masalah dirujuk untuk dikongsi bersama. Kaedah Homeroom itu katanya, membolehkan pelajar menganjurkan aktiviti sama ada formal atau tidak formal bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelajar dalam usaha membimbing mereka menjadi golongan berkebolehan semua aspek. Perjumpaan Homeroom diadakan seminggu sekali untuk mengendalikan aktiviti terancang seperti kursus komunikasi berkesan, pengendalian jenazah dan pertandingan memasak, katanya. Md Rahim berkata, bersesuaian dengan konsep Mara menanam kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar MRSM, karnival atau projek jualan adalah aktiviti Homeroom yang digemari pelajar. Beliau berkata, program Homeroom dikendalikan dalam sistem pendidikan MRSM banyak membantu pelajar mengenali diri mereka dan dengan panduan serta bimbingan yang berterusan daripada guru penasihat.

Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee 2011

11 Mac 2011 (Jumaat) - Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Jalan Reko telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee Tahun 2011 bertempat di Dataran Wawasan tepat jam 7.30 pagi yang telah dihadiri oleh semua para pentadbir,guru-guru dan pelajar sesi pagi. Majlis telah dimulai dengan bacaan doa oleh Saudara Shahaizat b Ahmad.Seterusnya taklimat Mentor Mentee oleh Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling Pn.Jemiat bt Md Ali. Ucapan perasmian dan penyerahan fail secara simbolik telah dilaksanakan oleh Pengetua Pn.Rosny bt Osman. Persembahan pelajar yang telah membawa beberapa buah lagu berbentuk nasihat mengakhiri majlis pada jam 8.10 pagi.

Ucapan Perasmian oleh Pengetua, Pn.Rosny bt Osman

Persembahan pelajar

Pelajar dan guru sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling Pn.Jemiat bt Md Ali

Penyerahan Fail kepada Pn.Norlaili bt Mahmud Simbolik Pelancaran Mentor Mentee dan penyampain cenderahati kepada Pengetua tanda penghargaan dan terimakasih dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKJR

PROGRAM MENTOR MENTEE

Cikgu Zainol bersama mentee Aina Azlinda Tarikh : 26 Julai 2010 Hari ; Isnin Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan Jawatankuasa Program Kecemerlangan UPSR telah melancarkan Program Mentor Mentee UPSR. Program ini khusus untuk pelajar tahun 6 sahaja. Seramai 12 orang guru dan 52 orang pelajar terlibat dalam program tersebut. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan sentuhan terakhir kepada pelajar sebelum mereka menduduki peperiksaan sebenar UPSR. Setiap mentor akan mengawasi perkembangan prestasi mentee mereka. Perjumpaan antara mentor dan mentee akan diadakan paling kurang sekali seminggu , selebihnya bergantung kepada mentor itu sendiri. Setiap mentor menerima antara 2 ke 5 orang mentee dari kedua-dua kelas. Setiap mentor diamanahkan pelajar cemerlang dan pelajar potensi. Ini adalah bertujuan agar pelajar cemerlang dapat membantu pelajar potensi. Foto Mentor Bersama Mentee

Program Mentor-Mentee 2009


By Administrator, on 27-04-2009 22:48 Views : 1739 Favoured : 50 Published in : Berita, TERKINI Setelah kejayaan Program Titian Kasih, program kecemerlangan UPSR tahun ini disusuli dengan Program Anak Angkat Tahun Enam 2009 yang dinamakan Program Mentor-Mentee. Program Mentor-Mentee 2009 telah dirasmikan pada 27 April 2009 oleh Guru Besar SK Kangkar Pulai 2 sendiri iaitu En. Jaafar bin Warmat. Agenda program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nazli dan diikuti ucapan oleh Guru Besar dan sekaligus beliau merasmikan Program Mentor-Mentee tahun ini.

Berperanan sebagai program tahunan dalam Program Kecemerlangan UPSR, perlaksanaan Program Mento-Mentee disusunkan dengan sangat baik. Selepas perasmian oleh guru besar, acara penyerahan anak-anak angkat (mentee) kepada guru-guru (mentor) dilakukan dengan penuh hormat. Guru Besar juga merupakan antara mentor yang dilantik untuk membimbing mentee yang terlibat.

Tema Program Mento-Mentee pada tahun ini ialah membimbing ke arah kejayaan. Tema ini selaras dengan objektif program iaitu antaranya membantu, membimbing dan memberi sokongan moral kepada murid-murid Tahun 6 dalam semua matapelajaran sebelum menjelang peperiksaan UPSR. Rasional perlaksanaan program ini ialah untuk memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab antara guru dan murid serta membantu murid dalam pelajaran termampu yang boleh demi kejayaan murid.

Berdasarkan takwim perlaksanaan program, terdapat 7 perjumpaan yang telah ditetapkan tarikh setiap satunya. Ini merupakan perjumpaan yang pertama. Sesuai sebagai pertemuan yang pertama, fokus yang ditetapkan ialah pengenalan diri, konsep mentor dan konsep mentee. Setiap mentee diedarkan borang maklumat diri yang dilengkapkan untuk rujukan dan simpanan mentor.Semakan kehadiran/perjumpaan juga perlu dicatatkan dalam borang tersebut.

Sepanjang pertemuan yang pertama ini, perkara yang dibincangkan ialah penerangan tentang tujuan perlaksaan mentormentee, peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, etika kumpulan dan sesi perkenalan diri oleh mentor dan setiap mentee. Kesimpulannya pertemuan yang pertama ini merupakan sesi perkenalan yang bertujuan mewujudkan talian ukhwah yang mesra dan kuat.

Alhamdulillah, proses pertemuan pertama berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai