Anda di halaman 1dari 2

Program Motivasi Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas TMK, Ketua

dan Penolong ketua kelas, 2010 telah dijalankan pada 27hb Januari 2010
iaitu pada hari Rabu. Program ini berlansung selama dua jam sahaja. Ini
kerana kekangan masa Pengajaran dan Pembelajaran murid-murid dan
guru-guru. Program hari ini telah dijalankan di Kantin Sekolah SKHMC.

Objektif program ini ialah untuk memberi keyakinan yang lebih kepada
pengawas-pengawas. Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada
pengawas tentang tatacara kepimpinan juga mewujudkan kesedaran dan
motivasi kepada pengawas tentang tangungjawab di dalam kepimpinan.

Program ini telah melibatkan semua pegawas sekolah iaitu seramai 64


orang, pengawas pusat sumber seramai 68 orang, pengawas TMK seramai
51 orang, Ketua dan Penolong seramai 42 orang.

Program yang diharap dapat melahirkan pengawas yang mempunyai


keyakinan yang tinggi terhadap tugas kepimpinan ini telah menjemput
penceramah En. Ahmad Kamil b. Sharudin, Guru Kaunseling sesi petang dari
SK. Hj Mahmud Chemor.

Dalam ucapannya En. Kamil menyentuh beberapa aspek bagaimana menjadi


pemimpin yang boleh dicontohi. Antaranya sikap bertangungjawab, menjadi
contoh kepada pelajar lain, mampu bersikap tegas apabila berhadapan
dengan sesuatu situasi pemasalahan.

Selesai ucapanya majlis diteruskan dengan pembahagian kumpulan LDK.


Pengerusi majlis dengan bantuan dari guru-guru penasihat yang lain telah
menyusun atur murid-murid dalam kumpulan.

Setelah berada dalam kumpulan murid diminta melantik seorang ketua


kumpulan. Ketua akan bertindak berjumpa dengan penyelaras untuk
mendapatkan info apa yang perlu dilakukan bersama ahli kumpulan.
Sekiranya ketu tidak mendapatkan maklumat dengan jelas pastinya anak-
anak buahnya tidak akan dapat melakukan tugasan dengan baik.

Setiap kumpulan akan diminta membuat peta minda bagaimana menghadapi


masalah buli dikalangan pelajar sekolah. Kumpulan yang selesai diminta
keluar untuk membentangkan hasi perbincangan yang mareka perolehi.

Guru penasihat akan membuat penilaian dan membuat rumusan mengenai


pembentangan yang dibuat.

Syukur program yang dirancang berjalan lancar, atas kerjasama semua guru
yang bertugas serta kerjasama daripada murid-murid itu sendiri.

Diharap agar program ini dapat membuka minda semua pengawas-


pengawas yang mengikutinya.

Laporan oleh,

Pn Zabedah
Guru Bimbingan dan Kaunseling

Anda mungkin juga menyukai