Anda di halaman 1dari 12

Cadangan-Cadangan Perubahan Bagi Merekayasa Semula Perkhidmatan

Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Untuk Membendung Permasalah Isu


Antara cadangan cadangan yang lain merekayasa semula perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah ialah meningkatkan kualiti profesional guru
bimbingan dan kaunseling. Profesional guru bimbingan dan kaunseling sepenuh
masa (GBKSM) dan guru lain. Latihan professional adalah penting kepada semua
guru di sekolah bagi meningkatkan kemahiran insaniah yang merangkumi bidangbidang kemahiran asas kaunseling. Menurut American Personal and Guidance
Association (1961) melihat beberapa ciri utama kaunselor yang cekap. Ciri-ciri yang
dirasakan amat penting dalam membentuk keperibadian kaunselor yang baik adalah
seperti mempercayai bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk berkembang,
berfikiran terbuka, dan memahami diri sendiri.
Oleh itu, guru boleh menghadirinya ke kursus perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malayasia. Di samping itu,
latihan penyediaan kaunselor sekolah sepatunya dirangka dengan baik supaya
dapat memenuhi objektif yang telah ditetapkan berdasarkan falsafah Pendidikan
Negara yang boleh mengambarkan tahap professionalisme kaunselor sekolah yang
tinggi. Guru guru bimbingan dan kaunseling yang baru perlunya ada peluangpeluang untuk pendidikan berterusan untuk kaunselor sekolah mempraktis
kemahiran dan menambahkan ilmu. Dalam sepanjang program penyediaan
kaunselor, kemajuan calon perlu sentiasa dipantau supaya guru yang dilatih adalah
berkualiti dan berkemahiran.
Oleh itu, tenaga pengajar perlu mempunyai pengalaman dalam menjalankan
praktikum. Mereka perlu mempunyai masa yang mencukupi dalam melaksanankan
tanggungjawab proffesion mereka. Ini termasuk mempunyai masa yang mencukupi
untuk penyeliaan yang teliti bagi penilaian setiap calon.
Hal ini untuk melahirkan guru bimbingan dan kaunseling yang berkemahiran untuk
membantu pelajar yang bermasalah. Guru yang terlatih akan lebih memahami
segala proses menjalani bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar dan lebih tahu
menggunakan kaedah yang lebih sesuai berbanding dengan guru biasa. Guru yang
terlatih akan tahu kemahiran Kemahiran membina hubungan ,Kemahiran
mendengar, Kemahiran menyoal dan sebagainya. Mereka akan dilatih dan

membelajari Psikologi Kanak-kanak dan remaja. Hal ini adalah memudahkan guru
untuk memahami pelajar tersebut berfikir.
Selain itu, guru yang terlatih akan lebih pandai atau berkemahiran untuk
berkomunikasi dengan pelajar. Mereka akan dapat membimbing pelajar untuk
bercakap dan pelajar yang tidak suka bercakap akan menceritakan masalah mereka
kepada guru tersebut.
Guru biasa yang jadi guru kaunseling, kadang-kala mereka dilantik oleh sekolah
kerana sekolah tersebut tidak ada guru yang memegang jawatan tersebut. Oleh itu,
guru tersebut tidak pernah menjalakan aktiviti kaunseling dan mereka tidak ada
kemahiran atau kaedah yang lebih berkesan. Dengan ini, kadang-kala mereka tidak
dapat membantu atau kaunseling pelajar dengan baik. Malah, pelajar tidak akan
percaya guru tersebut kerana tidak ada kemahiran untuk membimbing pelajar dan
membina keyakianan mereka terhadap guru tersebut.
Dengan adanya guru bimbingan dan kaunseling yang terlatih dan pernah
menjalani praktikum, mereka lebih memahami segala proses kaunseling dan akan
mengelakan berlaku kesilapan atau tidak tahu cara untuk membantu pelajar.
Tambahan dengan komunikasi yang berkesan akan dapat memberi nasihat kepada
pelajar dengan baik dan pelajar akan lebih mendengar apa yang dinasihatkan oleh
guru kaunseling.

Keterampilan diri kaunselor juga amat penting dalam membantu membendung


permasalah isu disiplin. Oleh itu, guru sebagai role model yang harus menunjukkan
personaliti terpuji dari segi penampilan dan sahsiah diri. Guru tersebut haruslah
berpakaian yang kemas sesuai dengan etika berpakaian dan perlu memakai tanda
nama supaya pelajar senang untuk kenal guru kaunselor tersebut. Guru tersebut
juga perlu ada shasiah diri yang baik supaya pelajar lebih percayakan guru tersebut
berbanding dengan sahsiah guru yang bermasalah.
Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras
perkhidmatan B&K di sekolah. Sebagai perkhidmatan yang mesra , selesa dan
kondusif kepada murid untuk menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka ,
seterusnya dapat membuat keputusa yang wajar dan betul. Guru B&K boleh

mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang diluar norma sosial dalam
kalanga murid-muridnya dan murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang
sesuai dengan personaliti mereka.
Selain itu, cadangan yang lain untuk merekayasa semula perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah ialah menambahkan atau menyediakan lebih
banyak program-program untuk murid. Antara program-program yang boleh guru
kaunseling menyediakan untuk membendung permasalah isu disiplin adalah seperti
yang berikutnya:
1. Program Pembangunan Sahsiah
a. Kaunseling Berfokus
Program kaunseling berfokus wajib dilaksanakan disetiap sekolah dengan
memberi penekanan dalam bidang disiplin yang berkaitan dengan ponteng,
buli , bergaduh dan masalah disiplin yang lain berdasarkan keperluan
sekolah.
b. Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Melaksana 6 bidang utama modul perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
iaitu bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental,
pembangunan diri murid, keibubapaan dan pendidikan pencegahan. Modul ini
dilaksanakan semasa kelas ganti 2 waktu sehari bagi setiap orang Guru
Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa.

2. Program psikososial dan kesejahteraan mental


Melaksanakan program berasaskan keperluan utama sekolah seperti
program-program berkaitan pembinaan karektor murid, keterampilan murid,
kesihatan mental, pengurusan stress dan emosi , kemahiran asertif ,
penyelesaian masalah, komunikasi berkesan dan lain-lain
3. Program Pembangunan Kerjaya
Melaksanakan program berkaitan pembangunan dan pembentukan halatuju
pendidikan dan kerjaya murid seperti inventori kerjaya, kemahiran penyediaan
temu duga (resume, personaliti, soal jawab temu duga )

4. Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS)


Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan
lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan
Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program
bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar
didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini
merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai
masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih
berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar
yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang
dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat
mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan
yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah.
Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor
Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau
Kelompok Sebaya Sokongan.
Dalam konteks program PRS, guru kaunseling berperanan sebagai jurulatih,
konsultan, pakar rujuk, pembimbing serta individu yang bertanggungjawab
membuat penilaian tentang keberkesanan projek ini dalam mengurangkan
masalah-masalah peribadi dan disiplin murid.
Dengan adanya program tersebut, ia akan mambantu guru dengan
Masalah disiplin di sekolah meningkat. Oleh itu, program PRS dapat
menyediakan khidmat sokongan.
Pengaruh rakan sebaya dapat digunakan secara teratur untuk membimbing
murid-murid ke arah tingkah laku yang positif.
Menyediakan suatu saluran sihat dimana murid-murid dapat mencurahkan
perasaan yang tidak dikongsi dengan orang dewasa.
Guru boleh melaksanakan program PRS berasaskan modul yang terkini,
berdasarkan peringkat- peringkat tertentu seperti PRS Bongsu ( thn 4-6 ),
PRS Muda ( Ting 1-2 ), PRS Sulung (Ting 3-4) , PRS Bestari ( Ting 5 6).

PRS juga akan dinilai dan diberi penghargaan sama seperti badan pengawas
dengan markah merit kokurikulum.
5. Mentor mentee
Mewajibkan pelaksanaan program mentor mentee bagi pelajar yang
memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berdasarkan kes-kes
salah laku murid. Sistem pementoran akan melibatkan sama ada guru
dengan murid atau murid dengan rakan sebaya .

6. Program bersama agensi luar


Melaksanakan program sokongan dengan agensi luar yang signifikan dengan
perkhidmatan pembangunan insan murid seperti Kementerian Kesihatan,
Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK) , Kementerian Pengajian Tinggi,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Kementerian
Dalam Negeri ( PDRM, Penjara )
Menurut Akhbar Utusan Malaysia pada 30/10/2011, pihak kementerian telah
menganjurkan Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan
Program Outreach Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011 di Sekolah Sukan Bukit
Jalil, Kuala Lumpur.
Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(JPWPKL) berusaha untuk mencari pendekatan membimbing yang lebih sesuai
bagi generasi pelajar sekolah masa kini, telah mengambil inisiatif dengan
menganjurkan Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan
Program Outreach Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011. Karnival telah
mencetusan idea untuk menyahut cabaran perkembangan sosial Generasi Y serta
membantu meningkatkan mutu perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling dalam
menjalankan tugas secara berkesan dan berfokus dalam bidang mereka.
Menurut Timbalan Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sentul,
Mohamad Saadon Haron menyatakan bahawa karnival ini bertujuan untuk memberi
penekanan terhadap keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang
lebih mencabar pada masa kini. "Penganjuran karnival ini memberi makna besar

dalam usaha untuk memantapkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah


selaras dengan peredaran masa dan zaman yang terlalu menuntut perubahan bagi
manfaat semua," katanya ketika merasmikan karnival tersebut di Sekolah Sukan
Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini. ( Utusan Malaysia, 2011)
Kira-kira 3,000 pelajar dari 200 buah sekolah rendah dan 98 sekolah menengah
sekitar Kuala Lumpur menyertai karnival dengan tema "Relax and Cool" itu. Pelbagai
program dan pengisian turut disusun sepanjang berlangsungnya karnival tersebut
termasuklah pameran, program Outreach, program "My Talent" dan juga ceramah.
( Utusan Malaysia, 2011)
Menurut Mohamad Saadon lagi, guru-guru bimbingan dan kaunseling perlu
merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini dengan lebih berkesan
terutamanya pendekatan terkini yang lebih relevan dalam membantu Generasi Y
mengurus diri mereka. "Perancangan yang rapi dan kreatif serta menarik
pastinya mampu membentuk keperibadian remaja dalam suasana yang lebih
harmoni. Hal ini kerana bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran
guru kaunseling dari semasa ke semasa dapat dicapai agar perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling dapat memenuhi keperluan pendidikan pada genarasi
terkini dan juga masa hadapan.
Tambahnya lagi, dengan adanya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling baik di
sekolah rendah mahupun sekolah menengah, ia mampu memberikan perkhidmatan
terbaik dalam merawat emosi dan tingkah laku Generasi Y dengan adanya
penambahbaikan yang berterusan. Apa yang diharapkan program ini dapat
diteruskan pada tahun-tahun berikutnya bagi memberi peluang kepada Generasi Y
untuk meneroka alam keremajaan mereka dengan lebih baik.

FOKUS 1 : PEMBANGUNAN DAN PENGEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID


Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti sendiri (character)
murid daripada aspek berikut;

Sikap
Penyaya
ng

Budi
Baha
sa

Ketepat
an
Masa

Kekemas
an Diri

Personal
iti
Sendiri
Murid

Komunik
asi

Konse
p
sendi
ri

Kepimpin
an

FOKUS 2 : PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID


Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu
dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti
sosial yang lain. Guru boleh manbantu murid dengan melatih mereka, menghukum
jika mereka bersalah. Dengan ini, dapat manbantu murid untuk meningkatkan
disiplin dirinya dan tidak akan membuat tingkah laku yang akan melanggari
peraturan.

FOKUS 3 : PENDIDIKAN KERJAYA MURID

Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepad murid mengenai
maklumat berkaitan pendidikan dan hala tuju kerjaya. Dalam fokus ini, guru

Bimbingan dan Kaunselling boleh melaksanakan program Pendidikan Kerjaya


secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenal pasti potensi diri ,
minat , sikap dan hala tuju kerjaya. Guru tersebut juga harus menyediakan Profil
Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah
dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka. Tambahan, guru
bimbingan dan kaunseling boleh menyediakan rekod murid selepas tamat
persekolahan untuk manbantu mereka mengenal pasti murid tersebut sama ada
terus memasuki alam kejaya atau meneruskan penggajian ke institusi-intitusi
pengajian tinggi awam atau swasta. Dengan ini ia dapat menjamin masalah masa
depan berjalan dengan lancar dan baik.

FOKUS 4 : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID


Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan mengurus
kesejahteraan diri dan mental. Dalam proses ini, guru B&K hendaklah membimbing
murid dalam proses sosialisasi dan interaksi. Ia akan membantu mereka untuk
menjalin hubungan yang baik dengan orang lain. Guru juga harus membimbing
murid dalam aspek pengurusan emosi.
membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif.

KAEDAH PELAKSANAAN

Perkhidma
tan
Kaunseling
Individu
dan
Kaunseling
Kelompok

Pengurus
an Profil
Murid

Pelaksan
aan
Pendidik
an
Pencegah
an

Kaedah
Pelaksana
an

Penyampa
ian
(Outreach)
Perkhidma
tan

Murid
Berkeperlu
an Khas

Konsulta
si
Keibubap
aan

Pengemba
ngan
Kemahiran
Pembimbin
g Rakan
Sebaya
(PRS)

1. Pengurusan Profil Murid


Dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, setiap guru tersebut perlu
menyediakan pangkala Profil Murid yang bertujuan untuk membuat analisis terhadap
sesuatu isu berkaitan murid. Dengan analisis ini, tindakan membantu dan mencegah
sesuatu isu itu boleh dilakukan dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru kaunseling
perlu menyediakan profil untuk setiap murid yang bermasalah disiplin. Selain itu,
juga perlu menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah, profil kerjaya setiap
murid. Tambahan guru juga perlu menyediakan profil murid dari segi kesejahteraan
mental dan emosi. Profil ini hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar
belakang murid , latar belakang ibu bapa/penjaga , latar belakang masalah
,kekerapan dan punca masalah dan status tindakan penyelesaian.

2.PelaksanaanPendidikan pencegahan

Sebagai seorang guru B&K haruslah memberi pendidikan pencegahan serta


membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan
kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri seperti kegiata seks bebeas , bahaya
HIV , dadah , rokok termasuklah bahan inhalan. Guru boleh menyediakan pelbagai
program untuk memberi pendedahan kapada murid-murid mengenai tindakan yang
negative tersebut akan membawa akibat yang teruk. Oleh itu, cuba belajar cara
untuk menlindungi dirinya daripada semua gejala yang tidak baik. Jangan sekali-kali
cuba membunuh diri akibat tekanan dan menghadapi masalah emosi. Cuba mencari
guru kaunseling untuk mendapat bantuan dan nasihat daripada mereka.

3.Konsultasi keibubapaan
Hal ini adalah penting untuk membimbing murid agar mereka
mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di mana di sendiri berada.
Kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan. Ibubapa
perlu tahu cara mereka membimbing anaknya dan memberi kasih sayang kepada
mereka. Guru boleh menyediakan atau melaksanakan aktiviti engagement bersama
ibu bapa murid.

4.Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS )


Sebagai seorang guru B&K, hendakalah meningkatkan kemahiran menolong
dan soft skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. Apa yang boleh lakukan ialah
melaksanaka latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS. Kemudian
melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya
berkonsepkan 'Bantu Diri Untuk Orag Lain' dengan menjadikan PRS sebagai role
model kepada orang lain. Selain itu, PRS adalah untuk memberi galakan kepada
rakan-rakan agar bersikap positif dan menjadi rakan yang peka kepada orang lain.

5.Murid Berkeperluan Khas


Murid berkeperluan Khas juga juga di dalam bahagaian perkhidmatan kaunseling
dan bimbingan dan memberi bimbingan khas kepada murid-murid berkeperluan
khas di sekolah. Ia juga telah memainkan peranan yang sangat besar untuk
membantu menyelesaikan masalah murid sendiri. Oleh itu, perkhidmatan B&K telah
menyediakan banyak perkhidmatan seperti kebajikan, kemudahan, soft skill dan hala
tuju kerjayamurid berkeperluan khas. Oleh itu, guru B&K perlu membimbing murid
normal yang lain untuk menerima , membantu dan sentiasa memberi pertolongan
kepada murid-murid berkeperluan khas.
6.Penyampaian (outreach) Perkhidmatan

Membuat sebaran kepada murid berkaitan perkhidmatan yang boleh diberi oleh
Guru B&K serta faedah yang diperoleh daripada perkhidmatan B&K. ini adalah untuk
membantu murid melanjurkan pelajaran di luar atau di dalam negara. Misalnya
menyediakan pendidikan yang khas untuk murid yang pindar cerdas.
7.Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok
Perkidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi Sasaran
Kerja Utama guru B&K. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara
individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa
waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P). kedua-dua perkhidmatan ini ada
persamaan iaitu memupuk semangat bekerjasama, tolong-menolong. Manakala
perbezaannya kaunseling individu tidak berpeluang mempelajari kemahirankemahiran asas kaunseling tetapi kaunseling kelompok ahlinya berpeluang
mempelajari kemahiran-kemahiran asas kaunseling seperti bagaimana hendak
memberikan perhatian, mendengar secara aktif, berempati, mencungkil dan
meminta penjelasan.

Anda mungkin juga menyukai