Anda di halaman 1dari 4

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…..

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH……

Terima kasih Pengacara Majlis.

Yang Berusaha tuan Guru besar SK. Alor Janggus. Encik Tajuddin bin
Mat,
Yang Dihormati YDP PIBG SK Alor Janggus Encik Zulkifli bin Abdullah,
AMK.,BKM.,PJK
WAKIL PPD, Polis, Guru-guru Besar,Guru-guru Penolong Kanan,
Guru-guru SKAJ, Guru-guru KAFA, AJK PIBG,Ibu bapa, waris pelajar,
para pelajar dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Beras kunyit saya taburi,


Air mawar direnjis wangi.
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan tuan amat disanjungi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih


kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Hari Anugerah
Cemerlang SK.Alor Janggus, bagi tahun 2018. Saya juga ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya
mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi
kepentingan para pelajar. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis
seperti ini, yang pasti Majlis Hari Anugerah Cemerlang merupakan
satu majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan
kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah
saya ucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan
jelas daripada fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja datang
ke sini untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar
menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Hal ini selari
dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu
meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Dalam konteks ini, NKRA itu sendiri merupakan satu inovasi dasar dan
strategi yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan
kualiti pendidikan negara. Kita perlu bersedia untuk melakukan
pembaharuan dan pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi
dasar dan strategi yang berterusan.

Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta


bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring
dengan peredaran zaman. Lantaran Kementerian Pendidikan telah
memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) sejak lima
tahun yang lalu sebagai kayu ukur kompetensi para pelajar. Dengan
kata lain, kita perlu melahirkan para pelajar yang cemerlang dan
kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk merealisasikan aspirasi
dan agenda negara.

Hadirin sekalian,
Cendekiawan ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa
usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk
menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar
pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan
keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu
bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku
secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran
semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui
satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya
dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Seyogianya, ibu bapa
menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di
sekolah tetapi juga di rumah.

Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau
bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan
tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu
bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan
diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah.

Saya percaya sambutan Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada hari ini
adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan
para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam
semua bidang. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat
berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk pelajar
yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada
peningkatan atau kemajuan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan
tahniah kepada para pelajar yang akan menerima hadiah nanti atas
pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan
tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu
sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita.
Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna
bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap
kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya
pada masa hadapan.
Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa
tetapi ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang
cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah
berputus asa.Berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk
pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya percaya para pelajar
yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin
berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini
biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin menjelang
peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut musim.. Saya percaya
jika para pelajar dapat mencontohi mereka yang menerima anugerah
pada hari ini, anda juga pasti akan berada di kerusi tersebut pada tahun
akan datang.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan


tahniah dan syabas kepada pihak SKAJ kerana berjaya
menganjurkan MajlisHari Anugerah Cemerlang tahun ini.

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan


lafaz Bismillahhirrahmannirahim (Dengan nama Allah yang Maha
pemurah lagi Penyayang) MERASMIKAN, Majlis Hari Anugerah
Cemerlang, tahun 2018

Anda mungkin juga menyukai