Anda di halaman 1dari 4

KARNIVAL PERPADUAN BAHASA PERINGKAT ZON ALOR JANGGUS,

DAERAH KOTA SETAR 2016

NAMA MURID : FATIN NUR IZZAH BINTI MADZARI

NO. KP : 050823-02-0308

TAHUN : 5 BERLIAN

SEKOLAH : SK ALOR JANGGUS, ALOR SETAR, KEDAH

TAJUK : AIR MATA KEINSAFAN

Naemah melihat jam di tangan kanannya. Sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah
malam.

Ahh, hari sudah lewat malam. Mengapa mataku masih belum mahu terlelap dan
perasaanku terasa aneh.?. keluh Naemah lantas membuka lampu biliknya.

Sungguh usang rumah nenek dan tok wan ini. Andai ibu bapaku masih hidup, pasti
hidup aku tidak sesukar sekarang. Aku pasti sedang memakai pakaian yang indah dan
makan makanan yang lazat. Aku akan dilayan bagai seorang puteri kerana ibuku
seorang yang kaya, kata Naemah sambil melihat sekeliling rumah papan yang serba
kekurangan. Jika hujan, akan banjirlah rantai rumah ini kerana bumbung rumah sudah
banyak yang bocor.

Emm, sementara mataku tidak mahu lelap, lebih baik aku habiskan membaca buku
yang aku ambil daripada Aisyah, fikir Naemah yang terus mencapai beg sekolahnya
dan mengambil buku ceritanya. Dia tersenyum sendirian mengingati wajah masam
Aisyah. Tangisan Aisyah masih terngiang-ngiang di telinganya.

Kak, janganlah ambil buku cerita itu. Itu buku pemberian ibu saya. Kak ambillah
buku yang lain, rayu Aisyah bersungguh-sungguh.

Air mata Keinsafan / SKAJ 1


KARNIVAL PERPADUAN BAHASA PERINGKAT ZON ALOR JANGGUS,
DAERAH KOTA SETAR 2016

Ambil buku lain ? Emm, baiklah. Aku ambil semua buku ini. Terima kasih kerana
memberi aku buku-buku cerita ini. Aku amat menghargainya, kata Naemah tersenyum
sambil merampas koleksi buku cerita di tangan Aisyah dan sahabatnya Khadijah.

Tetapi kak, pulangkanlah buku cerita yang kak ambil tadi. Saya sayangkan buku
itu, rayu Aisyah lagi.
Kau anak orang kaya. Belilah lain! Marah Naemah. Dia langsung tidak
menghiraukan tangisan air mata yang membasahi di pipi Aisyah.

Tetapi kak, buku itu hadiah daripada ibu saya, kata Aisyah lagi.

Ah! Apa aku kisah! kata Naemah dan berlalu setelah menolak Aisyah jatuh
tersungkur. Naemah terkenal di sekolahnya sebagai seorang pelajar yang kaki buli dan
nakal. Walaupun dia seorang perempuan, namun tingkah lakunya seperti seorang
lelaki. Tambahan pula dia mahir dalam seni persilatan. Dia akan belajar silat setiap
petang dengan tok wannya.

RUMAH TERBAKAR
Mata Naemah kian mengantuk setelah membaca beberapa helaian daripada buku
cerita yang dipegangnya. Namun, Naemah bertekad untuk menghabiskan membacanya
malam itu juga. Naemah bergegas ke dapur untuk menjerang air dan membancuh kopi
agar matanya kembali segar. Sengaja Naemah membesarkan api agar air yang
dijerangnya cepat mendidih. Naemah kembali menyambung membaca buku sementara
menunggu air mendidih. Mata Naemah kian mengantuk dan tersengguk- sengguk. Dia
segera kembali ke dalam bilik.

Tiba-tiba badannya terasa bahang dan terlalu panas. Kedengaran suara riuh-
rendah. Naemah dapat menangkap beberapa suara yang memanggil namanya.
Nafasnya terasa sesak. Bajunya basah bermandikan peluh.

Air mata Keinsafan / SKAJ 2


KARNIVAL PERPADUAN BAHASA PERINGKAT ZON ALOR JANGGUS,
DAERAH KOTA SETAR 2016

Naemah membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat ke kiri dan ke kanan.


Matanya terasa pedih dan berair apabila dimasuki asap.Dia terbatuk-batuk akibat
terhidu asap yang memenuhi ruang rumah papan yang sedang dijilat api.

Tolong!!! Tolong!!! Nenek !!! Tok Wan tolong saya, jerit Naemah sekuat hatinya.
Jantungnya berdegup kencang. Terbayang difikirannya hanya mati sahaja. Hatinya
diserang rasa sedih dan pilu. Rasa menyesal meliputi hatinya. Dia dapat merasakan
kepanasan yang bakal dirinya terima jika dia dihumbankan ke dalam neraka kerana
dosa-dosa yang dilakukannya.

Naemah memikirkan dirinya yang selalu menyakiti hati orang di sekelilingnya


terutamanya neneknya. Neneklah insan yang bersusah payah membesarkan dirinya
setelah ditinggalkan oleh bapanya. Dia suka mencuri, merampas dan mengambil hak
orang lain. Dosa, pahala tidak pernah dia fikirkan. Perkara yang paling teruk adalah dia
jarang bersolat, berpuasa dan membaca al- Quran. Boleh dihitung dengan jari dalam
setahun berapa kali dia mengadap Allah.

Naemah menjerit lagi. Namun, jeritannya tiada siapa yang dengar kerana suaranya
tersekat di kerongkong. Tubuhnya menggeletar memandang api yang kian marak.
Matanya liar memandang sekeliling berharap agar ada insan yang akan datang
membantunya.
Naemah jika kamu berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, mohonlah
kepada Allah. Allah akan membantu hamba-Nya apabila berada dalam kesusahan.
Terngiang-ngiang pesanan tok wan ditelinganya.

Ya Allah, aku menyesal atas segala dosa-dosaku. Ampunilah dosaku kerana telah
melupakanMu ketika aku senang. Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini. Tolonglah aku
ya Allah, kata Naemah sambil memeluk erat al-Qurannya.

Air mata Keinsafan / SKAJ 3


KARNIVAL PERPADUAN BAHASA PERINGKAT ZON ALOR JANGGUS,
DAERAH KOTA SETAR 2016

Air mata keinsafan bercucuran membasahi pipinya. Nafasnya kian sesak akibat
terlalu banyak menyedut asap. Dia sudah tidak berdaya untuk bertahan dalam
kebakaran tersebut. Dunianya menjadi gelap sebelum rebah di sebelah kayu yang telah
jatuh dijilat api yang sedang marak dari bumbung biliknya.

Naemah, Alhamdulillah kamu terselamat mungkin disebabkan kamu memeluk al-


Quran itu sekuat hati. Sungguh, kami tidak dapat mengambil al- Quran yang berada
dalam pelukan kamu itu, kata Syikin anak jiran sebelah rumahnya. Naemah lantas
mengangkat tangannya. Memang benar, al-Quran itu masih lagi dalam pelukannya.

Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah menyelamatkanku dan memanjangkan


umurku serta memberi kesempatan kepadaku untuk bertaubat dan sujud kepadaMu, Ya
Allah. Mulai saat ini aku berjanji pada diriku sendiri, aku mahu berubah menjadi insan
yang berguna, bisik Naemah pada dirinya sendiri.

PENGAJARAN / NILAI-NILAI MURNI

1. Bersabar dengan dugaan hidup


2. Jangan membuli insan yang lemah.
3. Taat perintah agama.
4. Menghormati orang yang lebih tua.

Air mata Keinsafan / SKAJ 4

Anda mungkin juga menyukai