Anda di halaman 1dari 15

KOD KURSUS

IIX3006

KURSUS
DAKWAH DI MALAYSIA

PENSYARAH
DR FAKHRUL ADABI BIN ABDUL KADIR

TAJUK TUGASAN
AKU SEORANG PENDAKWAH: NUKILAN HATI TENTANG SEBUAH RASA

DISEDIAKAN OLEH
NURUL AFIFAH BINTI ABDULLAH

NO MATRIK
17199595/2
AKU SEORANG PENDAKWAH:
NUKILAN HATI TENTANG SEBUAH RASA
DEDIKASI & PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah SWT atas peluang untuk melakar
sebuah cerpen yang telah sekian lama menjadi impian, namun ada sahaja halangan yang
mendatang. Justeru, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah yang dihormati, Dr
Fakhrul Adabi Bin Abdul Kadir atas tugasan ini yang memberi peluang kepada saya untuk lebih
mendalami bidang penulisan. Saya cuba untuk menjadikan cerpen ini sebagai permulaan saya
untuk terus menukilkan cerpen-cerpen seterusnya pada masa akan datang nanti. Insya-Allah.
Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan dan menjadi penguat
saya untuk meneruskan perjuangan dalam mujahadah ilmu ini. Tidak lupa kepada ahli keluarga
saya yang juga menjadi pendorong kejayaan.
Buat kawan-kawan seperjuangan juga, cerpen ini juga ada mengisahkan tentang kalian yang
mana akan sentiasa ada ‘kita’ dalam setiap episod kehidupan. Moga ukhwah ini bertaut hingga
ke-SyurgaNya.
Menggarap kisah ini tidak mudah. Namun, saya cuba sedaya upaya untuk menjadikannya suatu
peluang untuk saya bercerita dan meluahkan rasa yang adakalanya terpendam tidak terluah.

Selamat membaca dan menghayati,


Afifah
BAB 1

Dakwah itu cinta…


Cinta akan menuntut segalanya dari dirimu…

Mataku terpaku pada bait tulisan yang terpapar di sebuah hantaran Facebook. Aku
termenung seketika cuba mencari makna di sebalik kata-kata tersebut. ‘kenapa dakwah itu
dikatakan cinta? Bukankah cinta itu adalah perasaan? Apa kaitannya dengan dakwah’? Aku
bermonolog sendirian.
“Eh Nurul, fikir apa tu sampai berkerut seribu? Dari tadi aku panggil kau tak menyahut”.
Housemate aku, Athira mengomel apabila aku tak mengendahkan panggilannya. “Weh
Thira sorry aku tak fokus tadi, otak aku tengah fikir benda lain. Tak sedar kau panggil”.
“Ha itulah kau, dah berbuih mulut aku berlagu-lagu panggil kau nak ajak makan. Semua
dah ada kat meja makan tu. Jomlah nanti kita nak riyadah pulak petang ni”. Athira menyambung
bebelan.
“Oh ya ke, patutlah aku rasa macam ada bunyi orang berlagu tarannum nama aku tadi.
Kau rupanya”. Aku cuba berjenaka untuk menghiburkan suasana. Lantas aku bangun mengikut
Athira ke dapur dengan persoalan yang masih bermain di fikiran.
“Ha dia datang dah. Ingat taknak makan dah. Kami baru nak habiskan semua ayam ni”.
Anna dan Ima, dua gadis kelahiran Negeri Jelapang Padi mula menyakat. Sudah menjadi hobi
mereka menyakat kawan-kawan termasuklah aku sekali. Azira dan Mahira turut menyampuk,
“Kau jangan, dia merajuk taknak masak nanti turn dia kebulur kita”. Nurul terus membuat
serangan balas. “Hello, merajuk-merajuk ni bukan style aku lah. Banyak lagi benda lain boleh
buat. Kita chill je. Lagipun korang usik aku sebab rindu aku la tu kan?”.
“Ha rindu tak rindu, cepat makan siapa lambat dia kena jadi imam Asar nanti”. Hanna
bersuara lembut namun kedengaran sedikit tegas.
Mereka menghabiskan makanan masing-masing sambil usik mengusik. Seketika, Nurul
bagaikan terlupa akan kata-kata yang terngiang-ngiang di fikirannya. Hidup mereka bagaikan
sebuah keluarga bahagia di rumah sewa tersebut. mereka telah menyewa bersama selama 2
tahun. Walaupun berbeza kursus, perkara itu tidak menjadi halangan untuk mereka saling
berukhwah.
Selesai solat, mereka terus ke taman berhampiran rumah. Menjadi rutin mereka setiap
kali waktu lapang untuk beriyadah bersama. Ada hari mereka bermain badminton. Ada juga
mereka hanya berlari di kawasan padang sambil memerhatikan gelagat kanak-kanak bersama
ibu-bapa masing-masing.
“Weh, tengok whatsapp group tak. Kita akan dapat housemate baru la”. Bicaraku
menghentikan larian mereka.

1
“Seriuslah Nurul. Siapa weh? Aku okey je cuma rasa macam malas nak kenal orang baru
la. Nak adapt dengan suasana baru lagi”. Azira menggumam rendah sambil menundukkan
kepala. “Ya Azira, aku setuju dengan kau. Kalau tiba-tiba dapat yang problem macam mana. Tak
sanggup”. Mahira pula meluahkan rasa hatinya.
“Kak Fazlin owner rumah sewa kita bagitau dalam whatsapp, penyewa baru tu junior
yang baru daftar masuk UM. Aku tak tahu nak kata apa. Cuma aku harap semuanya baik-baik
sahaja. Mungkin ada hikmah Allah nak tunjuk dekat kita”. Aku cuba memujuk meskipun hati
sendiri pun gelisah.
“Takpe korang, jangan risau ya. Kalau dia buat perangai pelik, kita baling dia kut
tingkap”. Anna mula berloyar buruk. “Banyak la kau baling, nanti dia yang baling kita dulu baru
tau”. Ima mula melancarkan serangan balas. Kemudian mereka sama-sama tergelak.
“Ha dah la tu, jom balik dah nak masuk waktu Maghrib ni”.
Aku mengajak mereka pulang memandangkan hari semakin gelap. Kami berjalan pulang
dengan persoalan tentang housemate baru yang berlegar di kepala. Namun dalam kepala ku
masih teringat akan quotes dakwah daripada Facebook yang masih belum aku jumpa
jawapannya.
Selepas solat Isyak berjemaah, kami membaca Surah al-Mulk bersama dan mengadakan
tazkirah ringkas sebagai muhasabah sebelum masing-masing menguruskan diri sebelum
bermulanya hari baru. Aku bersyukur dianugerahkan circle yang saling memberi peringatan
antara satu sama lain. Tanpa mereka aku mungkin mudah untuk tersasar dari jalan yang Allah
reda. Alhamdulillah atas nikmat persahabatan ini. Aku bermonolog sendirian sambil tersenyum
mengingatkan keletah masing-masing.
“Nurul, bila junior tu masuk?” Pertanyaan Athira mematikan lamunanku. “Oh, tak silap
aku minggu depan. Nanti Kak Fazlin sendiri akan bawa dia ke sini”. Aku segera menjawab.
Tiba-tiba aku teringat quotes dakwah yang aku masih belum ketemui jawapannya.
“Korang, aku nak tanya sikitlah. Korang tahu tak apa perkaitan dakwah dengan cinta?”
“Aku rasa dakwah itu perlu dilaksanakan dengan penuh cinta supaya adanya hasil
walaupun secebis”. Azira melontarkan pandangannya.
“Pendapat aku pula, dengan cinta kita boleh berdakwah kepada siapa sahaja, sebab sifat
cinta itu menundukkan manusia”. Anna menyambung sambil memandang Hanna.
“Wah, puitisnya jawapan yang korang bagi. Aku suka. Aku setuju dengan pendapat
korang. Cuma, aku ada nak tambah sikit. Meskipun dakwah itu ada perkaitan dengan cinta,
namun tidak semestinya semua itu perkara manis dan baik sahaja. Pasti akan ada juga suka dan
duka. Bagi aku, dakwah dan cinta itu dua proses yang saling berkait kerana ia adalah sebuah
perjuangan kehidupan”.
Mereka terpaku mendengar jawapan Hanna. “Bila Hanna membuka madah
pujangganya”. Serentak mereka bersuara dan disambut dengan gelak tawa bersama.

2
Sesungguhnya setiap jawapan mereka tersemat dalam mindaku. Aku semakin berminat untuk
memahami quotes tersebut dengan lebih mendalam.
Malam itu, sebelum tidur fikiranku kembali teringat akan jawapan mereka. Otakku mula
merancang untuk mempelajari lebih banyak lagi berkaitan dakwah. Sebelum ini, aku hanya
terfikir dakwah itu berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW sahaja. Namun, sekarang aku
lihat makin ramai juga menggunakan media sosial sebagai platform untuk berdakwah. Namun,
untuk menyatakan bahawa ia adalah cinta, itu agak janggal bagiku kerana aku tidak pernah
terdengar quotes lain yang menyebut sedemikian. Oleh sebab itulah, aku ingin merungkaikan
persoalan ini dan akan dikongsikan dengan sahabat seperjuangan yang lain juga.

******

Dua hari sebelum kedatangan housemate baru, kami bertujuh mengemas sebuah bilik
kosong bersama – sama. Bilik tersebut agak berhabuk kerana sudah lama tidak digunakan.
Sebelum ini, kami jadikan bilik kosong itu sebagai stor penyimpanan barang. Jadi, barang –
barang yang tersimpan di bilik itu terpaksa dialihkan ke tempat lain.
“Nanti barang – barang kita ni nak letak mana eh? Banyak jugak nak kena alihkan ni”.
Suara Mahira memecahkan suasana.
“Kalau nak letak dalam bilik, takut makan ruang pulak. Nanti bilik kita nampak semak”.
Ima menyambung.
“Ya la kan. Ha, aku tahu. Kita boleh letak dalam satu lagi stor dekat bahagian tangga tu.
Dalam tu kan tak banyak barang. Cuma, kita kena kemas sikit la”. Aku memberikan cadangan
memandangkan stor tersebut masih ada ruang.
“Haah boleh, aku setuju. Jadi, kita tak perlu nak usik dah susunan barang dalam bilik kita
tu”. Azira dan kawanku yang lain mengangguk mengiakan.
Kami bertungkus – lumus menyapu, mengemop lantai dan membersihkan habuk yang
melekat di almari. Masing – masing memakai face mask bagi mengelakkan selesema. Tambahan
pula, aku dan Anna ada resdung.
“Haachoo…haachoo”. Aku sudah mula bersin dan disusuli dengan Anna juga.
“Dahla tu, kesian korang. Pergi mandi. Biar kami selesaikan. Tak banyak dah ni”. Athira
menyuruh Aku dan Anna beredar apabila melihat hidung kami mula memerah.
“Okey, maaf korang. Bersin banyak kali dah ni, kepala pun rasa sakit”. Anna memohon
maaf dan kami berjalan keluar dari bilik tersebut untuk membersihkan diri.
“Nanti dah siap mandi, kitorang keluar tau tapau makanan. Harini kita tak payah masak
lah. Dapur cuti harini”. Aku memberitahu mereka. “Okey, baik boss”. Sahut mereka serentak.

3
BAB 2

Hari yang dinanti telah tiba. Hari Ahad, housemate baru kami telah sampai di rumah
sewa. Dia sampai agak lewat petang. Sebelum itu, kami sudah pun memasak untuk makan
bersama – sama sebagai tanda menyambut kedatangannya ke rumah sewa.
“Assalamualaikum”. Dia memberi salam disusuli senyuman kecil yang tidak dapat kami
tafsirkan. Kami beranggapan dia masih segan memandangkan dia juga adalah junior.
“Waalaikumussalam. Jemput masuk”. Kami mempelawanya ceria untuk masuk ke rumah.
“Nak panggil awak apa ya?”. Soal Hanna ramah.
“Nama saya Aisyah. Boleh panggil saya Isya je”. Dia menjawab ringkas.
“Okey Isya. Isya boleh panggil akak, Kak Hanna”. Hanna memperkenalkan dirinya
disusuli dengan kami semua.
“Sebelah akak ni pula Kak Nurul”. Hanna menunjuk ke arahku. Mula dari sebelah kanan
Kak Nurul tu ada Kak Anna, Kak Ima, Kak Azira, Kak Mahira dan Kak Athira”. Panjang lebar
Hanna memperkenalkan kami semua kepada Isya.
“Saya susah sikit nak ingat nama. Nanti saya cuba ya ingat nama sorang – sorang”. Isya
tersenyum nipis.
“Takpe Isya. Take your time. Awal-awal lagi kan, biasalah tu”. Aku cuba membuang
perasaan bersalah Isya. Dia hanya tersenyum. Aku perasan dia agak pendiam. Tapi, mungkin
sebab ini baru permulaan. Jadi, perasaan segan pun masih belum hilang.
“Isya, awak boleh masuk bilik dah, boleh mandi dan rehat. Nanti, kita solat Maghrib
berjemaah dan makan malam sama – sama”. Kata Ima.
“Saya tak boleh solat. Period”. Isya menjawab ringkas. “Okey Isya, nanti nak makan
kami panggil Isya ya”. Kata – kata Anna dibalas dengan anggukan kecil.
Malam itu, meja makan bertambah riuh dengan celoteh masing – masing. Mereka galak
bercerita kepada Isya macam – macam perkara. Isya masih tidak banyak bercakap. Perasaan
segan masih bersisa. Dia hanya tersenyum melihat gelagat kami dan adakalanya kedengaran
ketawa kecil darinya.

******

Keesokan harinya, kami bertujuh solat berjemaah Subuh seperti kebiasaannya. Setelah
itu, kami mengadakan tazkirah ringkas sebagai santapan rohani sebelum kami menguruskan

4
kehidupan masing – masing. Hujung minggu masih bersisa. Jadi, waktu inilah kami bertungkus –
lumus menyelesaikan tugasan dan kuiz yang diberikan pensyarah.
“Harini korang nak sarapan apa?” Aku bertanya.
“Ermm Nurul, kalau kau buat roti puri boleh ke? Nanti aku masak sardin, kita boleh
cecah dengan roti puri”. Mahira bertanya.
“Ha sedap juga tu. Rasa kecur dah air liur aku ni”. Pantas Ima mencelah.
“Boleh. Bahan – bahan pun ada kat dapur tu. Sekejap je tak lama pun”. Aku berkata
lantas bangun menuju ke dapur.
“Tunggu, nak ikut”. Serentak mereka bersuara dan laju mengejar langkahku.
Sambil memasak, masing – masing riuh bercerita tentang hal masing – masing.
Kebiasaannya, hujung minggu lah waktu mereka meluangkan masa bersama. Apabila hari kuliah,
masing – masing letih dan penat apabila pulang dari kelas. Mereka hanya membeli makanan dari
luar sahaja dan tidak memasak.
Sedang mereka sakan bergelak ketawa, Isya berjalan ke arah mereka. “Maaf, saya
terbangun lambat tadi. Semalam, saya tidur lewat sikit”.
“Takpe Isya. Okey je. Macam mana semalam? Boleh tidur lena tak?” Azira menyoal.
“Boleh tidur. Cuma saya kerap terjaga. Mungkin sebab beralih tempat. Ambil masa sikit
nak sesuaikan diri, tapi okey saja”. Isya menjawab
“Kami pun tak kejut Isya tadi sebab Isya tak boleh solat”. Anna menyambung.
“Isya berapa hari dah tak boleh solat?”. Giliran Ima bertanya.
“Saya pun tak pasti sebab saya tak pernah kira. Cuma sekarang saya masih tak boleh solat
lagi”. Isya menjawab perlahan.
Aku perasan suara Isya sedikit berubah. Mungkin bagi dia isu seperti ini agak sensitif
untuk dibicarakan. Berbeza dengan kami, kami amat mementingkan tarikh haid dan tarikh suci.
Jadi, kami akan sering mengingatkan antara satu sama lain untuk menandakan tarikh dan masa
setiap kali datangnya haid.
“Isya”. Aku memanggilnya lembut. “Nanti bulan hadapan Isya period, kena cuba tanda
ya supaya kita boleh alert solat apa yang kita perlu ganti. Kalau bulan ramadan pun, kita kena
tanda juga supaya kita dapat tahu bilangan hari puasa yang perlu diganti”.
“Baik kak, nanti saya akan cuba tanda”. Isya menjawab ringkas.
“Ha baguslah klau macam tu Isya. Dahla, jom kita makan. Roti dah siap, sardin pun dah
masak. Mari kita menjamu selera”. Meriah suara Mahira menceceh mengajak rakan – rakannya
makan.
*****

5
Setelah beberapa minggu berlalu, Isya kelihatan semakin selesa menyesuaikan diri di
rumah sewa. dia tidak kekok lagi untuk berborak panjang bersama. Dia juga juga sering
menyertai kami memasak pada hujung minggu. Rupa – rupanya Isya sangat berbakat dalam
menyediakan pastri. Pelbagai pastri dan kuih – muih disediakan sebagai pencuci mulut. Puding
buah, puding laici, kek coklat dan pelbagai kek lagi dibuat oleh Isya. Dia memberitahu bahawa
dia pernah mengikuti kelas penyediaan pastri bersama chef terkenal. Patutlah nampak dia lebih
mahir menyediakan pastri berbanding memasak. Isya juga ada memberitahu perkara yang sama.
Namun, ada satu perkara yang Isya tidak pernah lakukan bersama kami, iaitu solat
berjemaah. Setiap kali diajak, Isya seolah – olah ingin mengelak, sama ada dia menyuruh kami
solat terlebih dahulu ataupun dia memberitahu bahawa dia sudah pun menunaikan solat.
“Isya, subuh esok jomlah kita berjemaah sama – sama. Terasa nak solat dengan Isya sama
– sama”. Aku cuba memujuk.
“Eh, takpelah akak. Akak solat dulu. Nanti takut saya menyebabkan akak lambat pula”.
Isya berdalih lagi.
“Eh, tak lambat lah. Akak jam 7 baru gerak. Subuh jam 5.45 AM dah masuk. Sempat
sangat nak berjemaah, Insya-Allah”. Aku memujuk lagi.
“Terima kasih sebab ajak saya kak. Nanti saya dah bersedia, saya bagitahu akak balik
ya”. Isya menjawab.
“Iya Isya, sama – sama”. Aku bersuara. Nampaknya dia masih belum bersedia untuk
menunjukkan dirinya yang sebenar.
Aku yakin, setiap penolakan Isya pasti ada sebab. Cuma, sebab itu tidak dikongsi
bersama kami semua.
Aku harap suatu hari nanti, dia akan lebih terbuka untuk menceritakan apa sahaja kepada
kami di rumah. Aku seolah – olah berasa tidak sedap hati terhadap apa yang berlaku. Aku
bimbang ia boleh menjejaskan pengawalan emosi dan rasional Isya.

*****

Suatu hari, kami bertujuh duduk santai bersama di tepi tasik. Aku terlintas di hati untuk
berkongsi dan bertanyakan pendapat sahabatku yang lain tentang Isya. “Korang rasa kan, Isya
selesa tak duduk rumah sewa kita tu?”
“Kenapa kau tanya macam tu Nurul? Ada apa – apa yang tak kena ke?” Tanya Azira.
“Takde, aku cuma takut dia tak selesa sebab haritu aku ada ajak dia solat jemaah sama –
sama”. Aku menyuarakan kebimbanganku.

6
“Oh, okey la tu. Kita kan nak ajak buat baik sama – sama. Bila kita selalu solat berjemaah
ni, hati kita pun akan mudah terikat. Insya-Allah hubungan persahabatan pun akan lebih kukuh”.
Panjang lebar jawapan Mahira kepadaku disusuli anggukan setuju daripada mereka yang lain.

BAB 3

Minggu ni, kelasku banyak habis awal. Jadi, aku pulang terlebih dahulu dari
housemateku yang lain. Sampai di rumah, aku memasak ringkas sup sayur dan ayam masak
merah untuk makan malam. Setelah itu, aku mandi dah bersiap – siap untuk menunaikan solat
Asar. Malangnya, aku terpaksa solat sendirian memandangkan mereka masih belum pulang.
Tiba – tiba aku terfikir untuk mengajak Isya berjemaah sekali lagi. Alang – alang hanya
kami berdua yang ada, siapa tahu dia lebih lembut hati. Perlahan – lahan aku mengetuk pintu
biliknya.
“Assalamualaikum Isya, maaf akak ganggu Isya. Akak nak ajak Isya solat sama – sama.
Boleh ke? Yang lain belum balik lagi”. Aku menyuarakan hasratku.
“Waalaikumussalam Kak Nurul. Oh, akak nak ajak saya solat sama – sama ya. Saya baru
nak pergi mandi ni”.
“Takpe Isya. Akak tunggu dekat ruang tamu ya”. Jawabku sambil tersenyum. Nampak
seperti Isya nak berjemaah bersamaku.
“Baik kak. Sekejap ya”. Isya bersuara dan terus menghilang ke bilik mandi.
Setelah Isya selesai mandi, kami berjemaah bersama. Tapi, aku merasakan solatku tidak
khusyuk kerana aku perasan tingkah – laku Isya nampak sedikit ganjil semasa solat. Dia
kelihatan tidak selesa dan teragak – agak semasa ingin mengangkat takbir sehinggalah ke
penghujung solat. Namun, aku segera menepis sangkaan dan perasaan syak yang datang dalam
hatiku.
Setelah selesai berwirid ringkas dan berdoa, kami bersalaman. Sewaktu ini juga, Isya
nampak kekok. Aku cuba berlagak biasa sahaja seolah – olah tiada apa yang pelik berlaku.
“Isya, kalau lapar pergilah makan dulu. Akak ada masak sikit tadi.” Aku mempelawa.
“Oh takpe kak, nanti kita makan sama – sama je.”
“okey, jomlah kita ke dapur dulu. Hidang siap – siap. Nanti diorang balik kita makan
sama – sama. Tak lama lagi sampailah tu”. Kami beriringan ke dapur.
“Assalamualaikum, kami dah balik”. Lantang suara mereka memberi salam.
“Ha kan dah kata, panjang umur mereka”. aku berkata kepada Isya sambil disambut
ketawa kecil. “Iya kak. Macam tahu – tahu je mereka.”

7
*****
BAB 4

Pagi itu, aku terjaga jam 5 pagi. Terus aku bangun dan membersihkan diri. Terasa lama
aku tidak merintih mengadu kepada Dia. Ada masa, aku terjaga waktu azan Subuh telah
berkumandang. Jadi, tidak sempat untuk aku solat Tahajjud. Alhamdulillah pagi ini, aku
berpeluang untuk bangkit lebih awal sebelum masuknya waktu Subuh.
Aku sangat sukakan suasana ini. Tenang. Sunyi. Aku memulakan dengan menunaikan
solat sunat terlebih dahulu. Kemudian, aku membaca al-Quran serta mentadabbur beberapa
potongan ayat. Sedang aku membaca terjemahan Surah al-Nahl, aku tertarik dengan maksud ayat
ke-125,
‘Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan
berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih
mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang
mendapat petunjuk’
Aku termenung sejenak. Memikirkan apakah sumbangan yang telah aku lakukan untuk
Islam. Selama ini aku hanya fokus pada amalanku sahaja tanpa mempedulikan keadaan
sekeliling. Kalau ada pun, kami sama – sama saling mengingatkan antara housemate kami
sahaja. Tidak pernah terlintas untuk memikirkan umat Islam di luar sana yang masih belum
mendalami Islam. Timbul rasa takut disoal kelak tentang sumbangan apakah yang telah diberikan
untuk Islam.
Tiba – tiba kedengaran pintu bilikku diketuk perlahan. Aku kehairanan dan bangun untuk
membuka pintu. Aku terkejut. Terpapar susuk tubuh Isya dengan muka yang sembap dan mata
kemerahan, seolah – olah baru melepaskan tangisan.
“Isya, kenapa menangis ni? Ada mimpi bukan – bukan ke?” Soalku sambil menahan
debar di dada. Aku mengajaknya masuk dan duduk di atas katil.
“Akak…” Suara hiba Isya kedengaran lagi.
“Ya Isya, Kak Nurul dekat sini. Kamu kenapa? Jangan buat akak takut Isya” Suaraku juga
sudah berubah nada.
“Saya nak buat pengakuan dekat akak. Sebenarnya…sebenarnya saya dah lama tak solat.
Saya lupa dah rukun dan cara solat macam mana. Sebab tulah saya selalu mengelak bila akak
dan kawan – kawan akak yang lain ajak berjemaah”. Tangisan Isya kedengaran lagi.
“Cara berwuduk pun saya ingat – ingat lupa. Jadi, saya nak belajar semula dengan akak.
Akak sudi tak ajar saya?” Isya menyambung.
Aku terpaku mendengar bicara yang keluar dari mulut Isya. Hatiku berasa makin hiba.
Tak pernah terlintas di hatiku, insan yang semakin rapat denganku diuji dengan ujian yang amat

8
dahsyat. Sangkaanku dalam rumah sewa kami ini, kami dah lulus dalam saling mengingatkan
antara satu sama lain. Rupanya, masih belum lulus. Aku tergamam mendengar pengakuan Isya.
Aku tidak marah, jauh sekali ingin memulaukannya. Namun perasaanku sekarang adalah aku
rasa aku agak teruk kerana tidak pernah perasan bahawa selama ini Isya tidak pernah solat di
rumah sewa, melainkan sekali sahaja aku rasa pelik sewaktu aku mempelawanya untuk sama –
sama berjemaah. ‘Patutlah haritu masa solat, Isya nampak agak lain dan kekok’. Aku
bermonolog sendirian.
“Akak, akak marah saya ya sebab tak solat?”Isya bersuara perlahan. Nadanya seperti
menahan perasaan takut.
“Eh, bukan. Jangan salah faham Isya. Akak terkejut lepastu akak rasa akak bersalah
sangat. Akak tak pernah tahu keadaan awak. Maafkan Kak Nurul, Isya”. Perasaan bersalah masih
menyelubungiku.
“Akak jangan rasa bersalah. Semua ni sebab diri saya sendiri. Terlalu selesa dengan
nikmat dunia sampaikan segala suruhan Allah saya tinggalkan. Akak tolong ajarkan saya semula
boleh ke? Sebenarnya selepas saya solat berjemaah dengan akak haritu, hati saya rasa lain
sangat. Walaupun masa tu saya hanya ikut pergerakan akak dan tak bacapun bacaan dalam solat
tu sebab dah lupa”. Panjang lebar Isya meluahkan perasaannya.
“Boleh Isya, Alhamdulillah itu tandanya Allah jentikkan hidayah dengan memberikan
sedikit ketenangan dalam solat Isya. Apabila Isya dah amalkan satu – persatu rukun dan bacaan
solat yang betul, Insya-Allah perasaan tenang itu lagi kuat dirasakan. Akak yakin.” Aku cuba
memberi galakan untuknya.
Setelah puas menangis, aku menyuruh Isya membersihkan diri dan berwuduk untuk
bersedia solat subuh. Aku mengajarkan satu persatu anggota wuduk yang wajib dibasuh.
Alhamdulillah Isya masih ingat lagi tentang wuduk. Sementara menunggu azan Subuh yang
belum berkumandang, aku mendengar bacaan al-Fatihah Isya. Walaupun ada banyak kesalahan,
namun Isya seorang yang cepat belajar. Aku hanya perlu tegur beberapa kali sahaja, dia sudah
mampu memperbaiki bacaannya. Mungkin disebabkan sebelum ini dia pernah solat, jadi masih
ada lagi ingatannya serba sedikit tentang bacaan solat. Hanya perlu diulang beberapa kali dan
dibaca selalu supaya tidak lupa.
“Isya dah sedia? Jom kita ke ruang tamu. Akak rasa mesti diorang dah ada kat luar
tunggu untuk solat jemaah Subuh”. Sudah menjadi kebiasaan kami untuk menunggu antara satu
sama lain sebelum menunaikan solat.
Sewaktu kami berdua keluar dari bilik, nampak riak terkejut di wajah Hanna dan Mahira.
Namun, mereka seolah memahami dan tersenyum manis. “Wah jemaah kita bertambah harini”.
Azira bersuara riang. Isya hanya membalas dengan senyuman manis.
“Aku nak solat Qabliyah jap. Nanti kita jemaah Subuh.” Aku memberitahu mereka.
Setelah selesai solat, giliran Ima menyampaikan tazkirah ringkas. Tajuknya pula sangat
kena dengan situasi kami pada pagi tadi. Ima bercerita tentang kemanisan hidayah. Sungguhlah

9
hidayah itu milik Allah. Dia Maha berkuasa untuk memberikan petunjuk kepada sesiapa sahaja
yang dia kehendaki. Dia juga berkuasa membolak – balikkan hati manusia. Jadi, janganlah
merasakan diri baik dan ada perasaan sombong sekiranya kita mampu untuk melaksanakan
suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Allah jua yang memberi kekuatan untuk kita
melaksanakan perintahNya dan Allah juga memandang pengakhiran hidup seseorang. Sekiranya
dia mati dalam keadaan bertaubat dan baik, Insya – Allah Syurga baginya. Manakala sekiranya
berlaku adalah sebaliknya, maka nerakalah tempat kembali untuknya. Na’uzubillah.
Terakhirnya, Ima berkongsi satu doa agar Allah tetapkan hati pada jalan yang benar.
Doanya berbunyi:
‫يا مقلّب القلوب ثبّت قلبي على دينك وعلى طاعتك‬
Wahai Allah yang Maha Membolak – balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMu dan
dalam ketaatan kepadaMu.
Aku mengambil keputusan bahawa peristiwa antara aku dan Isya pagi tadi biarlah antara
kami berdua sahaja. Aku merasakan tidak perlu untuk aku menceritakan semuanya kepada
mereka. Biarlah ia kekal menjadi rahsia antara kami. Cukup untuk mereka tahu bahawa Isya
sedang berubah sedikit demi sedikit. Yang pasti, mereka nampak gembira dan turut berusaha
untuk membantu Isya dalam jalan hijrahnya. Alhamdulillah.

*****

Hujung minggu sewaktu kami sedang bersantai, Mahira bersuara, “Korang, jom esok kita
join satu daurah ni nak? Aku tengok tentatif macam best. Dia khusus untuk perempuan je tau.
Nanti dalam daurah tu kita akan belajar banyak pasal perempuan. Ilmu Fiqh pasal darah wanita
pun ada. Kita kan kadang keliru juga pasal ni”.
“Wah, nak. Jom saya nak ikut juga akak semua pergi daurah tu hihi”. Isya teruja.
“Boleh Isya, nanti kita naik bas sama – sama ke sana. Tak jauh sangat pun dari rumah
sewa kita ni”. Mereka pun turut gembira melihat keterujaan Isya.
Keesokan hari, kami bersama menaiki bas ke sana. Sewaktu kami sampai, pendaftaran
peserta tidak terlalu ramai. Mungkin disebabkan kami sampai agak awal. Jadi, kami dapat
memilih tempat duduk bahagian kedua dari hadapan. Bergema zikir dalam dewan tersebut yang
mendamaikan hati. “Kak Nurul, tenangnya rasa ni. Macam nak menangis pun ada” Isya berbisik
perlahan kepadaku.
“Alhamdulillah, takpe Isya. Hati kita tersentuh bila dengar alunan zikir ni. Majlis ilmu ni
antara taman – taman Syurga tau. Malaikat akan ada bersama kita sepanjang kita berada dalam
majlis ni”. Aku bersuara sambil menepuk perlahan bahu Isya.

10
Sepanjang program berlangsung, peserta semua khusyuk mendengar penerangan daripada
Ustazah jemputan, termasuklah kami semua. Ustazah tersebut memang mempunyai kepakaran
dalam bab fiqh wanita. Banyak ilmu yang kami peroleh sehinggakan tidak cukup tangan kami
mencatat segala isi penting penerangan ustazah.
Alhamdulillah, selesai program daurah tersebut kami pulang ke rumah sewa. Terbias
wajah – wajah kepenatan namun kami sangat berpuas hati dengan pengisian tersebut.
“Akak, kalau ada lagi program macam ni nanti, saya nak join lagi tau”. Suara Isya
memcahkan suasana.
“Boleh Isya, nanti kita sama – sama cari lagi. Program seperti ini sangat bagus untuk kita
dalami ilmu agama yang masih kurang”. Azira membalas.
Alhamdulillah aku sangat gembira melihat progress perubahan dalam hidup Isya. Dia
begitu bersemangat dalam menjadikan dirinya insan yang lebih baik. Setiap malam selepas solat
Isyak, Isya akan membaca al-Quran denganku. Aku mendengar sambil memperbetulkan tajwid
yang menunjukkan kesalahan yang ketara. Hari demi hari, bacaan Isya juga semakin baik. Selain
membaca al-Quran denganku, kami juga tadabbur bersama – sama. Banyak ayat al-Quran yang
menjadi penguat kepada kami dalam menjalani hidup yang penuh ujian ini.
Tiba – tiba aku teringat akan quotes yang selalu bermain di mindaku dahulu.
Dakwah itu cinta…
Cinta akan menuntut segalanya dari dirimu…

Kini, aku mula memahami apa yang dimaksudkan bahawa dakwah itu adalah cinta.
Sememangnya, banyak masaku bersama Isya dalam memberi tunjuk ajar kepadanya. Namun,
semua itu sebenarnya untuk diriku sendiri juga. Adakala aku terleka juga dengan nikmat dunia.
Jadi, bila bersama Isya ia mengembalikan diriku kepada dunia hakiki bahawa nikmat ini tidak
akan pernah kekal. Ia hanyalah secebis sahaja.

Dakwah kepada Isya juga bermakna dakwah kepada diriku sendiri. Ia telah menuntut
masa, tenaga dan kekuatan bersama. Jika kita mudah goyah dengan ujian dakwah itu. Nescaya
sukar untuk mencapai titik akhirnya yang juga akan membawa perubahan kepada diri sendiri.
Aku bersyukur dipilih oleh Allah dan diberi kekuatan untuk membawa Isya kembali kepada
fitrahnya. Aku juga bersyukur dapat mengenali housemateku yang tidak pernah lelah dan jemu
dalam menyampaikan hikmah dalam kebaikan. Mereka adalah orang – orang baik yang
dikirimkan Allah kepadaku supaya aku menghargai kehadiran mereka dan turut sama menjadi
orang yang bermanfaat kepada orang lain. Semoga mereka sentiasa dalam rahmatMu Ya Allah..

Angin datang membawa berita,


Hujan turun membawa rahmat,
Sekian sudah cerpen di tinta,
Harap dapat memberi manfaat.

11
- TAMAT –

12

Anda mungkin juga menyukai