Anda di halaman 1dari 36

JIE3015 KESUSASTERAAN

STILISTIK

TAJUK TUGASAN
1:

KAJIAN TENTANG GAYA SEBAGAI INDIVIDUALISME ANWAR RIDHWAN


MELALUI TEKS “HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN” DAN
“PENYEBERANG SEMPADAN” KARYA ANWAR RIDHWAN
MENGGUNAKAN PENDEKATAN STILISTIK.

NAMA PENSYARAH:

PROFESOR MADYA DR. TENGKU INTAN MARLINA BINTI TENGKU


MOHD ALI

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK 1 NOR HALIZA BT


AB HAMID JIE170034 2 MUHAMMAD MUSTAQIM BIN ROSLAN
JIE170014 3 MOHD FIRDAUS BIN DURUS JIE 170011 4 AMER
HAKIMY BIN ZULKEFLI JIE170036 5 MOHD ZULFARIS AIMAN
BIN ABDUL RASID JIE170012
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT
1.0 Abstrak 1 2.0 Pengenalan. 2 3.0 Objektif kajian. 4 4.0
Permasalahan kajian. 4 5.0 Metodologi kajian. 5 6.0 Kajian Lepas.
6 7.0 Biodata Penulis 8 8.0 Dapatan Kajian.

8.1 Penggunaan Ayat-Ayat 8.5 Penggunaan Bahasa Pendek, Ringkas Da


Puitis. Kemas.
10
8.2 Penggunaan Bahasa Asing Atau Kosa Kata Bukan
Melayu. 12

14
8.3 Penggunaan Perkataan Bombastik Dalam
Penulisan. 17

8.4 Penggunaan Bahasa 18


Formal.

9.0 Kesimpulan. 21

10.0 Bibliografi 22
1.0 ABSTRAK

Anwar Ridhwan merupakan Sasterawan Negara ke-10 di Malaysia. Bahkan,


karyanya

banyak menerima penganugerahan menunjukkan kelainan tersendiri dari aspek


tekstual dan

kontekstual seiring dengan perubahan aliran, tema, persoalan dan pemikiran yang
menjadi
pegangan dalam menghasilkan karyanya. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan
untuk

menganalisis gaya sebagai individualisme beliau dalam novel terpilih. Sepanjang


berkarya, beliau

menghasilkan novel remaja dan novel dewasa bagi menyampaikan pemikiran,


persoalan,

permasalahan, mesej dan sebagainya dengan berkesan. Kajian ini memfokuskan


kepada dua bahan

kajian iaitu Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (2012) dan Penyeberang Sempadan
hasil

penulisan beliau. Kajian ini menggunakan metodologi yang melibatkan pembacaan teliti
dan

kaedah kepustakaan. Bagi menganalisis gaya sebagai individualisme dalam


pengarangan,

Pendekatan Stilistik digunakan sebagai landasan kajian. Kajian mendapati bahawa


Anwar

Ridhwan berusaha untuk membawa kelainan dalam karya-karyanya mengikut


acuannya tersendiri

yang secara tidak langsung menampilkan gaya kepengarangannya melalui gaya


sebagai

individualisme. Keupayaan individualisme ini dapat mengukuhkan kedudukan serta


membuktikan

ketokohan beliau sebagai pengarang yang memiliki ciri-ciri keunggulan kerana


mempunyai

ideologi, kreativiti, sensitiviti dan matlamat tersendiri dalam menghasilkan novel-


novelnya.
1
2.0
Pengenalan.

Stilistik adalah ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa dalam penulisan
yang

berkaitan dengan disiplin linguistik. Stilistik juga mencakupi gaya yang dihubungkan
dengan

pemakaian bahasa sebagai wahana pengucapan. Stilistik memfokuskan aspek


kebahasaan yang

membentuk ilmu gaya yakni gaya sastera dan gaya bukan sastera. Ini bermakna, ilmu
stilistik

adalah ilmu linguistik yang kemudiannya diperluas dalam bidang sastera dengan
menekankan

kajian tentang bahasa. Terdapat beberapa tokoh Barat telah memberi definisi tentang
bidang

stilistik antaranya Leech dan Short (1984) menyatakan bahawa stilistik adalah kajian
tentang

kewujudan bahasa yang terdapat dalam karya sastera. Cystal (1985) mengatakan
stilistik

bermaksud gaya bahasa yang merujuk kepada jenis kaedah kajian linguistik tertentu
semasa bahasa

digunakan dalam ucapan masyarakat, seperti bahasa sains, undang-undang, agama,


debat, sastera,

atau bahasa kelas sosial yang


berbeza.

Ilmu stilistik berfokus kepada mengkaji gaya bahasa yang digunakan. Gaya
bahasa ini
merujuk terus kepada gaya unik seseorang penulis dalam menyampaikan idea kepada
pembaca

mengikut pandangannya. Selain itu, stilistik juga menumpukan kepada tujuan


seseorang penulis

menggunakan gaya bahasa yang tertentu dalam penulisannya. Aspek gaya bahasa
tersebut

terbahagi kepada dua unsur iaitu gaya menurut sistem bahasa dan gaya menurut seni
bahasa.

Stilistik juga turut terbahagi kepada dua bahagian iaitu bidang linguistik (bahasa) dan
bidang

sastera. Ciri utama stilistik bahasa adalah indah dan menarik. Ciri tersebut merupakan
gambaran

kepada keunikan penulis dalam mencetuskan sesuatu karya sastera menurut gaya dan
stailnya yang

tersendiri. Selain itu, stilistik bahasa juga bersifat menyenangkan dan memiliki nilai
estetika.

Manakala stilistik dari sudut pandang sastera mengkaji secara keseluruhan karya
dengan

2
menerapkan kajian ilmu linguistik dalam penggunaan bahasa. karya sastera berbeza
antara satu

sama lain kerana penggunaan gaya bahasa digunakan untuk menimbulkan kesan
artistik. Rene

Wellek dan Austin Warren (1966) menyatakan bahawa stilistik bertujuan untuk meneliti

penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan


nilai estatik.
J.J Weber dalam bukunya The Stylistics Reader (1989) telah menggariskan
beberapa

prinsip dalam melaksanakan kajian stilistik iaitu yang pertama, pendekatan stilistik
membicarakan

aspek penggunaan bunyi atau fonologi. Prinsip ini melihat taburan penggunaan bunyi
seperti

meneliti aspek asonansi, aliterasi, rima dan sebagainya. Kedua, stilistik melihat
penggunaan

perkataan, diksi atau leksikal, terutamanya dari sudut pendeviasiannya. Ketiga,


penilaian terhadap

pembentukan ayat atau struktur sintaksis. Keempat, kajian terhadap makna atau
semantik. Kelima,

penelitian terhadap unsur-unsur dramatik. Akhir sekali, melihat gaya


individualisme.

Kajian ini difokuskan kepada kedua-dua buah novel karya Anwar Ridhwan iaitu

Penyeberang Sempadan dan Hari- hari Terakhir Seorang Seniman. Dalam proses
penganalisian

pula kajian ini akan mengaplikasikan Teori Stilistik dalam mengenalpasti gaya
kepengarangan

Sasterawan Negara Anwar Ridhwan. Gaya kepengarangan atau juga yang dikenali
sebagai stail

individu merujuk kepada aspek bahasa yang digunakan pengarang sehingga berhasil

mendapatkan bahasanya sendiri. (Mana Sikana, 2006). Terdapat 5 aspek yang


dikenalpasti

melalui dua teks pilihan, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Penyeberang
Sempadan iaitu

penggunaan ayat-ayat puitis, penggunaan bahasa asing atau kosa kata bukan Melayu,
penggunaan

perkataan bombastik, penggunaan ayat formal dan penggunaan bahasa pendek


dan ringkas.

3
3.0 Objektif
kajian.

Semasa menjalani kajian ini, objektif utaman kajian ini


adalah:

1. Mengenalpasti gaya individualisme Anwar Ridhwan berdasarkan novel


Penyeberang

Sempadan dan Hari-Hari Terakhir Seorang


Seniman

2. Menganalisis gaya individualisme Anwar Ridhwan berdasarkan novel


Penyeberang

Sempadan dan Hari-Hari Terakhir Seorang


Seniman.

4.0 Permasalahan
kajian.
Permasalahan kajian ini ialah untuk mengkaji gaya individualisme dalam
penulisan novel

karya Sasterawan Negara Anwar Ridhwan. Kajian ini akan berpandukan dua novel iaitu

Penyeberang Sempadan dan Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman. Berdasarkan dua


novel ini,

kajian ini akan melihat aspek-aspek yang menjurus kepada gaya individualisme Anwar
Ridhwan.

Walaupun bahan kajian untuk kajian ini hanya ditetapkan kepada dua novel sahaja
ianya sudah

mencukupi untuk menganalisis gaya individualisme SN Anwar Ridhwan. Hal ini


demikian kerana,

novel Penyeberang Sempadan dan Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman merupakan di


antara

novel utama Anwar Ridhwan. Disamping itu, kedua-dua novel ini dianggap antara novel
terbaik

Anwar Ridhwan Berdasarkan perspektif pengkaji, kajian ini penting dalam merungkai
gaya

individualisme Anwar Ridhwan dalam menghasil karya-karya sastera yang berkualiti


dan bermutu

tinggi terutamanya dalam bentuk novel. Kajian ini turut dapat membantu masyarakat
untuk melihat

karya-karya Anwar Ridhwan dalam sudut yang beza dari


kebiasaan.

4
5.0 Metodologi
kajian.
Menurut Hornby (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan
untuk

menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Metodologi merupakan kaedah
dan teknik

mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data bagi menjawab persoalan-


persoalan kajian

yang telah dikemukakan lebih awal. Metodologi menerangkan cara sesuatu


permasalahan dikaji

dan sebab sesuatu kaedah yang tertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk
membantu

memahami dengan lebih meluas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat
huraian

yang lebih lanjut mengenai proses


kajian.

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan yang sesuai dengan kajian yang
dijalankan.

Antaranya, pemerolehan data melalui pembacaan teliti dan kaedah kepustakaan.


Pengkaji

membaca dengan kedua-dua teks bagi kegunaan analisis kajian. Pengkaji juga
mengumpul

maklumat dan menganalisis secara terperinci bahan-bahan berkenaan pendekatan


Stilistik melalui

gaya sebagai individualisme dengan lebih mendalam. Penganalisisan ini hanyalah


memfokuskan

aspek yang terdapat dalam karya penulisan Anwar Ridhwan yang bersesuaian dengan
topik kajian

ini.
Seterusnya, kaedah kepustakaan iaitu proses yang melibatkan pengumpulan
bahan dan

melakukan sorotan karya terhadap kajian-kajian lepas yang relevan dengan kajian yang
akan

dijalankan. Kajian ini merujuk sumber sekunder (sumber kedua) yang telah ditulis oleh
sarjana

lain sama ada yang diterbit/dicetak atau yang berbentuk edaran seperti makalah dan
risalah, di

samping menggunakan teks yang dikaji (buku) sebagai sumber primer. Dalam kajian
ini,

sebahagian besar maklumat atau bahan yang diperlukan didapati menerusi kaedah
kepustakaan.

Bahan-bahan tersebut diperoleh daripada beberapa buah perpustakaan yang terdapat


di Universiti

5
Malaya, Kuala Lumpur seperti Perpustakaaan Utama, Perpustakaan Akademi
Pengajian Melayu

dan Perpustakaan Peringatan Za’ba. Semua bahan ini telah membantu kajian ini dalam
usaha

mendapatkan maklumat tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan bahagian-


bahagian

tertentu dalam menyiapkan kajian ini. Kajian ini juga melibatkan pencarian data melalui
laman

sesawang bagi mendapatkan pelbagai informasi yang


dikehendaki.

6.0 Kajian
Lepas.

Terdapat banyak kajian lepas yang ditemui untuk kajian penyelidikan ini. Antaranya,
jurnal

Melayu Jilid 12(1) yang bertajuk Karya dan Kekuasaan Pengarang: Pemikiran dan
Gaya Naratif

Mutakhir Anwar Ridhwan adalah hasil tulisan S.M. Zakir. Jurnal tulisan S.M Zakir ini

menerangkan dan menghuraikan gaya pemikiran penulisan Anwar Ridhwan. Oleh itu,
jurnal ini

berguna dijadikan rujukan sampingan ekoran kajian ini memilih gaya kepengarangan
tokoh Anwar

Ridhwan. Novel Penyeberang Sempadan karya Anwar Ridhwan juga dikupas dalam
Jurnal ini

dan novel ini merupakan bahan kajian yang


digunakan.

Jurnal yang dihasilkan pada Jun 2014 dalam Persatuan Penulis Nasional Malaysia
ini

sebenarnya agak kurang dalam menyentuh gaya kepengarangan tokoh Anwar


Ridhwan. Jurnal ini

hanya lebih tertumpu kepada gaya pemikiran tokoh sahaja. Pemikiran tersebut adalah
yang

terdapat dalam novel Penyeberang Sempadan karya Anwar Ridhwan tersebut. Gaya

kepengarangan dalam novel itu hanya dinyatakan secara tidak langsung dan ianya juga
dalam

bentuk umum serta tidak secara


menyeluruh.
Latihan ilmiah yang bertajuk Novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman : Satu
Analisis

Gaya Kepengarangan oleh Rafidah Bte Yusof adalah sebuah penulisan yang baik dan
berperanan

6
penting sebagai rujukan sampingan dalam kajian ini. Rafidah Yusof(2000) menjelaskan
dan

menghuraikan gaya kepengarangan Anwar Ridhwan dalam novel Hari-Hari Terakhir


Seorang

Seniman sahaja. Gaya kepengarangan yang dianalisis pada kajian tersebut sangat
jelas dan secara

keseluruhan dalam novel


tersebut.

Namun begitu, kajian yang diterbitkan di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera
dan Sains

Sosial, Universiti Malaya pada 2000 ini, gaya kepengarang seseorang penulis tidak
dapat

dikenalpasti dengan tepat dengan hanya melihat pada satu karya penulis tersebut.
Sekurang-

kurangnya pada dua atau tiga dalam melihat gaya kepengerangan sesebuah penulis.
Oleh itu,

kajian ini agak kurang bagi memastikan gaya kepengerangan Anwar Ridhwan yang
sebenarnya.

Selain itu, latihan ilmiah yang bertajuk Pemikiran Islam dan Gaya Kepengarangan
Abdullah

Hussein dalam Novel Imam oleh Shaidah Shafie juga menjadi rujukan sampingan
dalam kajian
ini. Kajian yang dihasilkan oleh Shaidah Shafie(1996) gaya kepengarangan penulis
Abdullah

Hussein dalam menghasilkan novel berbentuk keagamaan dan berunsur dakwah


Islamiah. Justeru

itu, kajian ini memberi panduan yang tepat dalam mengukur dan mengenalpasti gaya

kepengarangan penulis Anwar


Ridhwan.

Namun begitu, kajian yang dihasilkan di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera
dan Sains

Sosial, Universiti Malaya pada 1996 ini lebih kepada pemikiran dan gaya penulisan dari
sudut

pandangan Islamiah sahaja. Penulisan dari sudut pandangan lain tidak dihuraikan.
Bukan itu

sahaja, kajian Shaidah Shafie(1996) hanya menghuraikan gaya kepengarangan yang


berunsurkan

dakwah sahaja. Gaya kepengarangan lain tidak seberapa menyeluruh


dihuraikan.

7
7.0 Biodata
Penulis
Anwar Ridhwan adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang ke-10. Nama

sebenarnya ialah Dato` Dr. Anuar bin Haji Rethwan. Beliau dilahirkan di Sabak Bernam,
Selangor

pada 5 Ogos 1949 dalam keluarga petani yang berasal daripada Perak kemudiannya
menetap di

Sungai Besar, Selangor. Beliau mendapat lulusan Sarjana Muda Sastera tahun 1973
dari Universiti

Malaya. Semasa menuntut di Universiti Malaya, beliau turut mengasaskan Ikatan


Sastera

Universiti Malaya (ISUM). Anwar pernah mengasuh ruangan kebudayaan akhbar


kampus

Mahasiswa Negara dan menyertai program lawatan sambil belajar ke Indonesia, Hong
Kong dan

Thailand. Kemudiannya, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera pada 1983 dan
Ijazah Doktor

Falsafah (Ph.D) pada tahun 1998 juga dari Universiti Malaya. Beliau mendapat
penganugerahan

sebagai Sasterawan Negara Malaysia ke-10 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
Tan Sri

Muhyiddin Yassin di pejabat beliau yang terletak di Putrajaya pada 11


Ogos 2009.

Pada tahun 1973, beliau diterima bertugas sebagai pegawai sementara di


Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP) selama 3 bulan. Mulai 1 Mei 1973, beliau diterima sebagai Pegawai
Penyelidik

8
Sastera (tetap). Selama bertugas dengan DBP, beliau pernah menjadi anggota sidang
editor

majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Sewaktu semester musim
rontok

1982, beliau berkesempatan mengikuti kursus penerbitan buku di New York University,
Amerika

Syarikat, dan pada tahun 1983, menerima Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) daripada
Universiti

Malaya berdasarkan tesisnya yang diusahakan beberapa tahun sebelumnya. Pada


tahun 1982,

Anwar berpeluang mengikuti kursus penerbit selama empat bulan di New York
University,

Manhattan, Amerika
Syarikat.

Kemudian pada bulan September tahun 1986, Anwar berpeluang mengikuti


International

Writing Program di Universiti Iowa, Amerika Syarikat, selama empat bulan. Beliau juga
pernah

menyertai Pertemuan Puisi Dunia di Struga, Yugoslavia, pada bulan Ogos 1988,
kemudian

berkunjung ke Soviet Rusia sebagai tetamu Persatuan Penulis Soviet pada bulan

September/Oktober 1988. Seterusnya Anwar menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan

Pengembangan Sastera, DBP, dan buat beberapa waktu, Anwar pernah memangku
jawatan

Timbalan Ketua Pengarah. Anwar pernah berkhidmat sebagai Profesor Pelawat di


Tokyo
University of Foreign Studies mulai 1997-2000. Pada tahun 1998, Anwar menerima
Ijazah

Kedoktoran daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada tahun 2001, Anwar
menjadi

Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Seterusnya dalam bidang penulisan, beliau terkenal sebagai seorang novelis dan
penulis

cerpen. Novel pertamanya ialah Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi
Hadiah

Novel Gapena-Yayasan Sabah pada tahun 1979. Manakala, sebuah lagi novelnya iaitu
Arus (1985)

juga memenangi Hadiah Sastera Malaysia pada 1984. Antara cerpen karyanya ialah
Perjalanan

Terakhir (1971), Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) dan
Dari Kiev

ke Moskova (1992). Karya beliau iaitu Naratif Ogonshoto (2001) yang diilhamkan dan
disiapkan

9
di Jepun juga memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada 2001. Kemunculan
Naratif

Ogonshoto ini menyerlahkan lagi kewibawaan Dr Anwar Ridhwan dalam menggarapkan

persoalan nilai kemanusiaan dan konsep demokrasi yang menjadi amat relatif dalam
kehidupan

pasca moden selain menonjolkan ketrampilan dalam gaya


pengolahan.
8.0 Dapatan
Kajian.

8.1 Penggunaan Ayat-Ayat


Puitis.

Setiap pengarang mempunyai cara kepengarangan atau gaya individualisme


yang

tersendiri yang seterusnya akan menjadi identiti kepengarangan mereka. Sasterawan


Negara

Anwar Ridhwan sangat terkenal dengan gaya kepengarangan yang mengunakan ayat-
ayat puitis.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat puitis bermaksud bahasanya dapat dilihat
melalui

banyaknya pilihan kata yang mempunyai pertalian bunyi. Puitis juga dapat difahami
sebagai

sesuatu yang bersifat puisi, seperti kata-kata yang disusun dengan baik, pemilihan
diksi-diksi yang

baik dan memiliki irama sehingga menghasilkan bunyi yang indah dan mampu
menimbulkan

kesan
emosi.

Penggunaan ayat puitis oleh Anwar Ridhwan dapat dilihat pada hampir kesemua
novel

penulisannya antara contohnya dapat dilihat pada novel Penyerang Sempadan dan
Hari-hari

Terakhir Seorang
Seniman.

........penerbangan Royal Jordanian Airlines seperti bergerak horizonal.


Melewati kota Karak di kanannya nun sayup-sayup dibawah. Tidak lama lagi
pesawat akan melintasi kota Ma,an. Kolong langit tanpa awan. Dan langit
disepuh cahaya lazuardi...

10
.....dia memandang langit biru yang mula berubah menjadi lautan.
Fikirannya tidak bergerak horizontal seperti pesawat, tetapi menukik ke
dasar lautan

(Penyeberang Sempadan, 2012:


hlm 1)

Dalam petikan ini Anwar Ridhwan berjaya memerihalkan perjalanan watak Kuay
yang

menaiki kapal terbang dari Amman ke Jeddah dengan baik sekali dengan mengunakan
ayat-ayat

puitis. Walaupun ia hanya dilihat penerbangan yang biasa tetapi dengan penggunaan
ayat -ayat

puitis, Anwar Ridhwan ia berjaya memberi bayangan dan merangsang daya imaginasi
pembaca

tentang betapa indahnya pemandangan semasa penerbangan


tersebut.

Seterusnya, lihat pula penggunaan ayat-ayat puitis pada novel Hari-Hari Terakhir
Seorang

Seniman Sisa sore hanyalah cahaya yang remang-remang di tanah perkuburan itu. Daun

pokok ara yang paling tinggi berwarna merah kekuningan kena lirik matahari seolah-
olah tenggelam di laut bahagian barat. Angin tidak berdesir. Lalang berdiri diam. Daun
pokok-pokok kemboja tidak bergetaran. Gambaran ini seperti membenarkan
penyebatian alam dengan mayat-mayat dalam pelukan tanah yang terbaring kaku untuk
selama-lamanya

(Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, 2012:hlm


168)

Petikan ini memerihalkan tentang suasana di perkuburan semasa pengebumian


watak Pak

Hassan. Anwar Ridhwan memerihalkan suasana tersebut secara terperinci dengan


pemilihan

diksi-diksi yang baik dan disusun menjadi ayat-ayat puitis. Penulis berjaya membawa
pembaca

terbuai-buai dengan suasana tersebut seakan-akan pembaca berada dalam situasi


tersebut.

Penggunaan ayat-ayat puitis seperti dalam petikan tersebut berjaya menimbul kesan
emosi kepada

pembaca Oleh hal yang demikian, berdasarkan penelitian pengkaji dapat disimpulkan

bahawa

penggunaan ayat-ayat puitis telah menjadi gaya individualisme atau trademark bagi
Anwar

11
Ridhwan. Gaya kepengarangan ini berjaya menimbul kesan emosi, merangsang daya
imaginasi

dan meningkatkan nilai penghayatan kepada pembaca. Identiti dalam gaya


kepengarangan ini turut

menjadi sesuatu yang sangat istemewa dan menjadi nilai tambah dalam penghasilan
karya oleh
Anwar Ridhwan berbanding penulis
lain.

8.2 Penggunaan Bahasa Asing Atau Kosa Kata Bukan


Melayu.

Anwar Ridhwan juga menerapkan penggunaan bahasa asing atau kosa kata
bukan Melayu

dalam novel-novelnya. Antaranya, penggunaan bahasa asing seperti bahasa Arab,


Inggeris,

pribumi dan dialek. Penggunaan bahasa asing ini disesuaikan mengikut watak, latar
dan subjek

ceritanya. Secara tidak langsung, penggunaan bahasa asing membuktikan bahawa


Anwar Ridhwan

juga mempunyai kebolehan menguasai pelbagai bahasa. Bahkan, pembaca juga turut
sama beroleh

manfaat pengetahuan mengenai bahasa asing yang digunakan dalam penulisan


tersebut.

Contohnya, boleh dilihat dalam kedua-dua novel tersebut menggunakan bahasa


asing, iaitu;

“Mumkim takallam bil Arabiy?” (Kamu boleh berbahasa Arab?). Dia segera
memahami loghat pertuturan ‘ammiy itu, bukan bahasa Arab persuratan
fus hah. Lalu dia menjawab.

“Mumkin suwaiya (Boleh bertutur sedikit-


sedikit)”.

“Ta`al ma’iya fi hugrotil khas (Mari ikut saya ke kamar


khas).”
(Penyeberang Sempadan, 2012 : hlm
10-11)

Dalam petikan ini, Anwar Ridhwan menerapkan penggunaan bahasa Arab dalam
bentuk dialog.

Pengarang menyesuaikan bahasa asing seperti bahasa Arab kerana latar yang
digunakan adalah di

12
kaunter pemeriksaan imigresen, King Abdul Aziz Internasional Airport, Arab Saudi.
Perbualan

tersebut antara watak utama, Kuay dengan petugas imigresen yang berbangsa Arab
ketika

pemeriksaan di kaunter imigresen. Kuay dibawa ke bilik khas kerana dia dihalang untuk

meneruskan perjalanan ke Makkah atas sebab-sebab


tertentu.

“Kocira wa rajio o motte iru hito dare desuka ? “ Salah seorang daripada
tentera Jepun itu bersuara.

Pak Hassan terpingga-


pingga.

“Rajio ! Rajio! “ Tentera itu


menekankan.

“Radio?” Pak Hassan ingin


kepastian.
Tentera itu mengangguk sebelum memberikan senyum-senyum
kepada rakan- rakannya.
(Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, 2012: hlm
71)

Dalam petikan ini, Anwar Ridhwan menerapkan penggunaan bahasa Jepun dalam
bentuk dialog.

Pengarang menyesuaikan bahasa asing seperti bahasa Jepun kerana plot penceritaan
novel tersebut

mengenai zaman penjajahan tentera Jepun. Ketika Pak Hassan menziarahi kubur
isterinya, dia

yang terserempak dengan tentera-tentera Jepun yang sedang menyiasat siapakah


yang mempunyai

radio dalam kalangan penduduk kampung tersebut. Akibat Pak Hassan terlalu takut dan
naif, dia

terus memberi tahu bahawa Paman Bahari memiliki radio. Tentera Jepun meminta Pak
Hassan

supaya membawa mereka ke rumah Paman


Bahari.

Rumusnya, Anwar Ridhwan menerapkan penggunaan bahasa asing yang


disisipkan dalam

ayat bagi menyampaikan sesuatu peristiwa, pemikiran dan mesej dalam novel-
novelnya.

Pemilihan kosa kata bahasa Arab dan bahasa Jepun yang dipilih ini disesuaikan
dengan tema,

13
persoalan dan subjek yang hendak disampaikan. Namun begitu pemilihan kosa kata
bahasa asing
ini dilihat sangat tinggi makna dan sukar difahami oleh pembaca yang sekiranya tidak
memahami

maksud yang hendak disampaikan. Namun begitu, pengarang kebiasaanya akan


meletakkan

terjemahan bagi memudahkan pembaca memahami mesej yang ingin disampaikan.


Secara tidak

langsung, pembaca juga dapat mempelajari bahasa asing melalui pembacaan novel
hasil penulisan

Anwar
Ridhwan.

8.3 Penggunaan Perkataan Bombastik Dalam


Penulisan.

Perkataan bombastik adalah sebuah gaya bahasa yang banyak menggunakan


kata atau

perkataan yang indah-indah dan luar biasa. Kata atau perkataan yang digunakan itu,
sebenarnya

membawa pengertian yang lebih bernas atau jelas. Muhammad bin Abdul Beang @
Andi

Muhammad Dahlan bin Andi Buyung atau lebih dikenali sebagai Arena Wati merupakan

Sasterawan tanah air kelima sering menggunakan bahasa dan perkataan bombastik
yang bersifat

sederhana dan mudah difahami. Pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak
semborono

(Kamus Dewan Edisi


Keempat)
Dalam kedua-dua novel antara novel Penyeberang Sempadan dan Hari-Hari
Terakhir

Seorang Seniman karya Anwar Ridhwan ini kerap kali menggunakan perkataan yang
bersifat

bombastik dalam penulisan kedua-dua novel ini. Sebenarnya, penggunaan perkataan-


perkataan

sebegini sangat wajar dan sangat penting dalam penulisan sesebuah karya. Hal ini
kerana ianya

adalah salah satu daya tarikan kepada pembaca untuk membaca dan meminati karya-
karya

tersebut. Penggunaannya juga mampu mengelakkan pembaca bosan dan


menimbulkan kesan yang

baharu dalam pembacaan kerana menjumpai perkataan-perkataan baru dalam


pembacaan.

14
Perkataan bombastik yang digunakan oleh Anwar Ridhwan bersifat terkini iaitu
kesemua

perkataan yang digunakan merupakan tren terkini ataupun tular yang ramai digunakan
pada masa

pembuatan novel tersebut. Hampir kesemua bab dalam kedua-dua novel Penyeberang
Sempadan

dan Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman mempunyai perkataan-perkataan bombastik.


Sehingga

terdapat sesebuah muka surat terdapat dua hingga empat perkataan bombastik yang
digunakan.

Berikut merupakan beberapa perkataan bombastik yang


digunakan:
Bil Perkataan bombastik. Makna Perkataan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

1. Merangsang ekonomi. Merujuk suatu situasi di mana proses jual beli yang semakin pesat
atau
maju.

2. Alaf baharu. Merujuk kepada masa terkini

3. Simbiosis. Merujuk kepada dua benda yang saling berkaitan

4. Menikam sanubari. Merujuk kepada perlakuan merosakkan perasaan atau sesuatu yang
membawa kepada perasaan
kekecewaan.

5. Bitara. Merujuk sesuatu yang tiada tandingan/eksklusif/ hanya satu-satunya.

Jadual 1: Beberapa contoh perkataan bombastik yang digunakan dalam novel


Penyeberang

Sempada
n.

15

Bil Perkataan bombastik. Makna Perkataan (Kamus Dewan Edisi Keempat)


1. Berkongkalikung. Merujuk kepada situasi kata sepakat atau bersepakat
pada sesuatu
situasi.

2. Inteligensia. Merujuk kumpulan manusia

yang bijak
pandai.

3. Praja. Merujuk tempat/kota / negeri.

4. Prakarsa. Sesuatu inisiatif / daya usaha.

5. Narsisistik. Terlalu memuji diri sendiri.

Jadual 2: Beberapa contoh perkataan bombastik yang digunakan dalam novel


Hari-Hari

Terakhir Seorang
Seniman.

Berdasarkan kedua-dua jadual tersebut, Anwar Ridhwan memilih perkataan-perkataan


bombastik

yang jarang-jarang sekali didengari dan hal ini yang membuatkan kepengarangan
beliau dalam

penggunaan perkataan bombastik ini berbeza dengan penulis lain. Kebanyakan


penulis-penulis

lain menggunakan perkataan bombastik yang sudah popular yang seringkali digunakan
dalam

buku-
buku.

Tuntasnya, penggunaan perkataan bombastik ini bukan sahaja berguna dalam


penulisan

Anwar Ridhwan malahan, ianya mampu memberikan manfaat kepada pembaca kerana
mampu

16
menambah kosa kata pembaca kerana perkataan-perkataan sebegini jarang sekali
dilihat mahupun

digunakan dalam percakapan seharian


masyarakat.

8.4 Penggunaan Bahasa


Formal.

Bahasa formal merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam situasi formal
atau rasmi

seperti dalam majlis atau upacara rasmi, mesyuarat, seminar, pendidikan atau
pentadbiran. Contoh

bagi bahasa formal ialah bahasa baku atau bahasa istana. Bahasa formal turut dikenali
sebagai

bahasa terkawal. Bahasa ini merupakan satu laras bahasa yang sangat mementingkan
aspek-aspek

peraturan bahasa tersebut, iaitu ayat dan imbuhannya gramatis, aspek sebutan dan
intonasi serta

pemilihan kata yang


tepat.

Dalam penulisannya, Anwar Ridhwan jelas memperlihatkan gaya individualisme


beliau

yang seringkali menggunakan bahasa formal dalam penulisan beliau. Contohnya, boleh
dilihat

bahawa dalam kedua-dua novel yang dikaji ini, Anwar Ridhwan menyertakan
penggunaan bahasa

formal
iaitu:

“Lelaki tua itu membaca surah Al-Fatihah dengan perlahan sebelum memanjatkan
sepohon doa kepada Allah, semoga roh Isterinya akan ditempatkan Allah bersama roh
hamba-hambaNya yang dikasihi.”

(Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, 2012:


hlm 3)

“Suatu cita-cita besar seolah-olah telah tercabut daripada sukmaku. Dan dari dasar
lohong itu muncul seekor cengkerik yang mula menemani hidupku!”

(Penyeberang Sempadan, 2012: hlm


152)

Tuntasnya, Anwar Ridhwan memiliki gaya individualisme beliau yang tersendiri


melalui

penggunaan bahasa formal dalam teks kajian ini. Penggunaan bahasa formal ini jelas
menunjukkan

bahawa Anwar Ridhwan ingin memastikan bahawa penggunaan tatabahasa dan


struktur ayat

17
beliau adalah bertepatan dengan konteks kesusasteraan yang baik. Dapat dilihat
bahawa

penggunaan bahasa formal ini telah membantu khalayak untuk lebih memahami jalan
cerita yang
terdapat dalam keseluruhan karya ini, kerana mudah difahami dan tidak memerlukan
pengetahuan

yang tinggi untuk menafsirkan makna yang tersirat di


sebaliknya.

8.5 Penggunaan Bahasa Pendek, Ringkas Dan


Kemas.

Berdasarkan kedua-dua buah novel yang dikaji iaitu Penyeberang Sempadan


dan Hari-

hari Terakhir Seorang Seniman, Anwar Ridwan kerap menggunakan bahasa yang
ringkas, pendek

dan kemas sebagai stail kepengarangannya. Meskipun menggunakan yang pendek dan
ringkas

beliau berjaya untuk memaparkan suasana penceritaan yang lancar dan bersahaja.
Penggunaan

bahasa yang ringkas dan pendek ini juga memudahkan pembaca untuk memahami dan
menghayati

isi cerita yang ingin disampaikan. Penggunaan bahasa yang pendek dan ringkas yang
beliau

terapkan dalam penulisan bukan sahaja tidak mengelirukan pembaca malah ia juga
mampu

menimbulkan kesan emosi kepada pembaca. Berikut dikemukan contoh-contoh


penggunaan

bahasa yang ringkas dan kemas tetapi ia mempunyai makna tentang perkara yang
ingin
disampaika
n:

“Agak aneh cara Bung Surardi menyebut namaku-Kuay. Kudengar seolah-olah dia
menyebut koe. Aku pernah bergaul dengan pesawah di Perak. Dalam bahasa
mereka, koe itu maksudnya kamu.”
(Penyeberang Sempadan, 2012 :
hlm 58)

Petikan di atas memperlihatkan suasana tertanya yang dialami oleh watak Kuay
terhadap

cara sebutan Bung Surardi mengenai namanya. Meskipun menggunakan bahasa


ringkas dan

18
pendek, khalayak pembaca sudah dapat memahami dan menafsirkan suasana yang
berlaku dalam

situasi tersebut. Dengan hanya menggunakan beberapa patah perkataan Anwar


Ridhwan sudah

berjaya untuk menyampaikan isi cerita kepada khalayak


pembaca.

“Kuay juga fikirkan kerja untuk dirinya dan untuk Shafi’aa. Tak kan duduk-duduk sahaja
tunggu mati. Orang tua yang tak buat apa-apa, kerja cepat mati. Tak kan nak
bergantung pada hasil pertanian di tanah mereka saja. Tak kan nak gunakan duit yang
dibawa balik dari Amerika dan Jordan sampai bila-bila. Sebab itu Kuay makin
bersungguh-sungguh fikirkan kerja yang sesuai untuk dibuat.”

(Penyeberang Sempadan, 2012 : hlm


424)

Petikan di atas menggambarkan keadaan Kuay yang tidak mahu bergantung kepada
duit simpanan

yang beliau miliki. Beliau tidak mahu untuk duduk sahaja tanpa melakukan sebarang
pekerjaan

untuk menyara diri dan isterinya. Oleh sebab itu beliau telah berusaha untuk melakukan
sebarang

pekerjaan. Anwar Ridhwan telah meminimumkan penggunaan perkataan dalam


penulisannya. Ini

melihatkan penggunaan bahasa yang ringkas adalah sebahagian daripada gaya


kepengarangan

beliau
.

Dalam novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman juga dapat ditemui


penggunaan bahasa

ringkas dan pendek. Berikut dikemukan contoh-contoh penggunaan bahasa yang


ringkas dan

pendek: “Suami Selamah menitikkan air mata kerana gembira. Mak Cik tolonglah

bersihkan
tembunyinya sekali. Saya hendak tanam di satu tempat hala ke surau. Dia seorang
lelaki dan surau akan selalu memberinya petunjuk. Ujar lelaki sesudah mengesat
titik air mata.”

(Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, 2012:


hlm 6)

19
Petikan di atas memperlihatkan Anwar Ridhwan telah berjaya memberikan gambaran
secara jelas

tentang suasana gembira seorang suami setelah isterinya selamat bersalin. Beliau
hanya

menggunakan beberapa baris ayat untuk menggambarkan situasi


tersebut.

“Akhirnya siaplah Senah memarut kelapa. Kelapa diletakkan dalam piring ayan,
digaul sedikit garam. Senah membawa piring ayan itu lalu meletakkannya di
hadapan Mat Junuh.”

(Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, 2012: hlm


57)

Petikan di atas memerihalkan keadaan yang berlaku dan tingkah laku Senah sesudah
memarut

kelapa. Dalam petikan tersebut, Anwar Ridhwan telah memberikan perincian secara
jelas

terhadap situasi yang berlaku. Namun dengan penggunaan bahasa yang ringkas dan
pendek ia

dapat memberikan gambaran yang jelas tanpa menjadikan


penceritaannya meleret.

Tuntasnya, penggunaan bahasa yang ringkas dan pendek adalah sebahagian


daripada gaya

individualisme Anwar Ridhwan. Penggunaan bahasa ringkas ini juga memaparkan


kebolehan

beliau dalam dunia kepengarangan. Hal ini demikian kerana, beliau berjaya
menyampaikan isi dan

makna cerita secara ringkas dan padat. Gaya kepengarangan beliau ini haruslah diikuti
oleh para

penulis baru bagi memastikan makna dan penceritaan yang ingin disampaikan adalah
jelas dan

sekaligus dapat menarik minat pembaca dalam membaca karya yang


dihasilkan.

20

Kajian ini dapat merumuskan bahawa Anwar Ridhwan sememangnya


merupakan seorang

penulis yang versatil dan mampu mengadaptasikan diri dengan baik seiring peredaran
zaman

disebabkan kebolehan beliau menggabungkan pelbagai gaya individualisme untuk


menjadikan

karya yang dihasilkan beliau mempunyai nilai estetika yang tinggi. Penggunaan gaya

individualisme yang tersendiri dalam karya beliau menunjukkan bahawa Anwar


Ridhwan

mempunyai identiti kepengarangan yang tersendiri. Penganugerahan Sasterawan


Negara yang
telah diberikan kepada beliau dilihat bertepatan dengan kualiti yang ada pada diri dan
gaya

penulisan beliau yang sememangnya menunjukkan kualiti sastera


yang baik.

21
10.0
Bibliografi

Anwar Ridhwan. (2012). Penyeberang sempadan. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa Dan
Pustak
a.
Anwar Ridhwan. (2012). Hari-Hari Terakhir Sebagai Seorang Seniman. Kuala
Lumpur :
Dewan Bahasa Dan
Pustaka

Kamus Dewan Edisi Empat (2010). Kuala Lumpur, Malaysia : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Mohd Khairul Adenan, Florence Gilliam Kayad, Muhammad Zaid Daud. (2019).
Analisis Stilistik Melalui Penggunaan Bahasa Alam Novel Sastera Indie: Karya
Azwar Kamaruzaman. Jurnal Kesidang, 3(1), 106-121.

Rafidah Yusof (2000). Novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman : Satu


Analisis Gaya
Kepengarangan. Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya.

S.M Zakir (2014). Karya dan Kekuasaan Pengarang: Pemikiran dan Gaya Naratif
Mutakhir Anwar Ridhwan. Persatuan Penulis Nasional Malaysia.Jurnal Melayu Jilid
12(1)

Shaidah Shafie(1996). Pemikiran Islam dan Gaya Kepengarangan Abdullah


Hussein dalam
Novel Imam, Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya.
22

Anda mungkin juga menyukai