Anda di halaman 1dari 11

SYEIKH ‘ABD AL-RA`UF AL-

SINKILI
 Tokoh ulama yang amat
dikenali oleh ulama lain pada
akhir kurun ke-16, sehingga
awal kurun ke-20.
 Ketokohannya diakui ramai
ulama
 Anak murid Syaikh ‘Abd al-
Ra`uf al-Sinkilī, iaitu Syaikh
Bāba Dāwūd bin Ismā‘īl al-
Rūmī adalah yang terawal
menyebutkan nama gurunya di
dalam tafsir Turjuman al-
Mustafīd.
 Anak murid kepada Syaikh
Bāba Dāwūd iaitu Syaikh
Faqīh Jalālu’l-Dīn bin Kamālu’l-
Dīn al-‘Āsyī, telah merekodkan
nama Syaikh ‘Abd al-Ra`uf al-
Sinkilī dalam kitab Mazhar al-
Ajlā.
79
 Anak Syaikh Faqīh Jalālu’l-Dīn
iaitu Syaikh Muhammad Zayn
bin Syaikh Faqīh Jalālu’l-Dīn
al-‘Āsyī telah mencatatkan
dalam kitabnya Bidāyat al-
Hidāyah.
 Syaikh Dāwud bin ‘Abdi’Llāh
al-Faţānī telah mencatatkan
nama Syaikh ‘Abd al-Ra`uf al-
Sinkilī dalam kitab Manhal al-
Sāfī.
 Syaikh ‘Abd al-Şamad al-
Falimbānī dalam Kitab Siyar al-
Sālikīn.
 Syaikh Zayn al-‘Ābidīn bin
Muhammad al-Faţānī dalam
Kitab ‘Aqīdat al-Nājīn
 Syaikh Ahmad al-Faţānī iaitu
ketika mentaşhīh kitab
Turjuman al-Mustafīd
80
Keturunan dan kelahiran
 Ada pendapat mengatakan nama
‘Abd al-Ra`ūf ini terdiri daripada
dua tokoh berlainan tetapi
mempunyai nama yang sama,
hidup dalam masa yang sama, dan
tinggal di tempat yang sama
 Nama penuh Syaikh ‘Abd al-Ra`ūf
al-Sinkilī ialah ‘Abd al-Ra`ūf al-
Sinkilī bin ‘Alī al-Sinkilī.
 Bapanya dikatakan berasal dari
tanah Arab, manakala ibunya
berasal dari Fanşūr @ Barus.
 Berhubung kelahirannya, Van
Hoeve berpendapat beliau
dilahirkan pada 1620M.
 Menurut D.A. Rinkes Syaikh ‘Abd
al-Ra`ūf al-Sinkilī dilahirkan pada
tahun 1615M, iaitu di satu tempat di
Wilayah Acheh Selatan.
81
Proses pendidikan

 Peringkat asas: menurut A.


Hasymi (r.h.), Syaikh ‘Abd al-
Ra`ūf al-Sinkilī mendapat
pendidikan asas daripada
bapanya sendiri. Kemudian
mendapat pendidikan awal
daripada bapa saudaranya iaitu
Hamzah Fanşūrī. Kenyataannya
yang kedua ini adalah sukar
untuk diterima, memandangkan
Hamzah Fanşūrī meninggal
dunia pada pandangan Drewes,
pada tahun 1590M, atau
sekiranya lewat daripada tarikh
ini ialah sebagaimana pendapat
Syed Mohammad Naguib al-
Attas,iaitu pada akhir
pemerintahan Sultan Alauddin
Riayat Syah pada tahun 1604M
82
 Peringkat menengah: menurut
A.Hasymi, selepas mendapat
pendidikan asas, Syaikh ‘Abd al-
Ra`ūf al-Sinkilī telah pergi ke Pasai,
iaitu menuntut ilmu kepada Syaikh
Syamsu’l-Dīn al-Sumatra`ī @ Pasai.
Berdasarkan cerita ini, dapat
disimpulkan bahawa Syaikh ‘Abd al-
Ra`ūf al-Sinkilī sudah didedahkan
kepada fahaman Taşawwuf
Wujūdīyah dari usia muda lagi, dan
mungkin telah terpengaruh sedikit
kepada pengajaran Taşawwuf
Wujūdīyah ini, kerana telah tidak
menyetujui tindakan Syaikh Nūru’l-
Dīn al-Rānirī yang bertindak keras
kepada pengikut fahaman Wujūdīyah,
iaitu dengan bertanyakan keadaan ini
kepada Syaikh Ibrāhīm bin Hasan al-
Kuranī.
83
 Peringkat tinggi: berdasarkan
catatan pada kitab ‘Umdat al-
Muhtājīn karangannya sendiri, telah
menuntut ilmu di Timur Tengah dan
India untuk tempoh 19 tahun. Ketika
di Timur Tengah, Syaikh ‘Abd al-
Ra`ūf al-Sinkilī telah menuntut ilmu
daripada 17 orang tokoh ulama di
sana. Mereka ialah Syaikh ‘Abd al-
Qādir Mawrīr, Syaikh Imām ‘Alī al-
Ţabarī, Syaikh ‘Abd al-Qādir Barhalī,
Syaikh ‘Abd al-Wāhid al-Qusyayrī,
Syaikh Ibrāhīm bin ‘Abdi’Llāh
Jam‘an, Syaikh Ibrāhīm bin
Muhammad Jam‘an, Syaikh Ahmad
Jannah, Qādī Ishāq bin Muhammad
Jam‘an, Syaikh Muhammad Thābinī,
Syaikh ‘Abd al-Rahīm Khās, Syaikh
Şiddīq Mazjajī, Faqīh ‘Alī bin
Muhammad, Syaikh ‘Abdu’Llāh
‘Adin, Qādī Muhammad, Qādī ‘Umar
Muhyi’l-Dīn, Syaikh Ahmad al-
Qusyasyī dan Syaikh Burhānu’l-Dīn
Mawlā Ibrāhīm bin Hasan al-Kuranī.
Manakala di India, telah menuntut
kepada dua orang tokoh ulama iaitu
Syaikh Badru’l-Dīn Lahore dan
Syaikh ‘Abdu’Llāh Lahore.
84
Kembalinya ke Aceh
 Setelah sekian lama di
perantauan menuntut ilmu
pengetahuan, pada tahun 1661
Syaikh ‘Abd al-Ra`ūf al-Sinkilī
balik semula ke Acheh. Pada
waktu itu Acheh diperintah oleh
Sultanah Şāfiyatu’l-Dīn Syāh
 Sekembalinya ke Acheh, Syaikh
‘Abd al-Ra`ūf al-Sinkilī telah
mendirikan pusat pengajian
dengan matlamat untuk mendidik
anak bangsa kepada Islam yang
sebenar.
 Syaikh ‘Abd al-Ra`ūf al-Sinkilī
turut berdakwah kepada
masyarakat umum dengan
bersyarah, juga berdakwah
dengan menulis karya-karya
ilmiah berhubung pengajian Islam.
 Tidak lama selepas balik ke
Acheh, Syaikh ‘Abd al-Ra`ūf al-
Sinkilī telah dilantik oleh Sultanah
Şāfiyatu’l-Dīn Syah sebagai Qādī
Malik al-‘Ādil (Mufti).
85
Karya-karyanya

 Syaikh ‘Abd al-Ra`ūf al-


Sinkilī adalah salah seorang
ulama yang produktif dalam
bidang penulisan karya-karya
berbahasa Melayu.
Dianggarkan beliau telah
menulis lebih kurang 27 buah
karya Antaranya:
 Kitab Mir`at al-Tullāb, ia
adalah kitab fiqh yang
membicarakan hal ehwal
mu‘āmalah, munākahāt,
jināyah, serta pengadilan
dalam menyelesaikan
persoalan tersebut yang
berlaku pada masyarakat.
86
 Ia tidak membicarakan
langsung hal ehwal ibadat,
mungkin kerana memikirkan
bahagian tersebut telah
dikupas oleh Syaikh Nūru’l-Dīn
al-Rānirī dalam kitabnya Kitab
Şirāt al-Mustaqīm.
 Melalui kitab ini juga, Syaikh
‘Abd al-Ra`ūf Al-Sinkilī menjadi
ulama pertama di Alam Melayu
yang membicarakan Fiqh
Mu‘āmalah, iaitu menunjukkan
kepada umat Islam Melayu,
hukum Islam itu tidak hanya
terbatas pada hal ehwal ibadat
semata, bahkan turut
mencakupi seluruh aspek
kehidupan seharian mereka
87
 Kitab Turjuman al-Mustafīd, ia
adalah kitab tafsir al-Qur`an yang
lengkap diusahakan oleh Syaikh
‘Abd al-Ra`ūf dan telah
disempurnakan oleh anak
muridnya iaitu Bāba Dāwud bin
Ismā‘īl al-Jāwī al-Rūmī.
 Ia juga merupakan hasil pertama
daripada ulama Melayu dalam
mentafsir al-Qur’an (Azyumardi
Azra, 1995:202-3).
 Kitab ‘Umdat al-Muhtājīn, ia
adalah kitab pengajaran
taşawwuf.
 Kitāb al-Ţarīqah al-Syaţţārīyah, ia
juga kitab pengajaran taşawwuf,
khasnya menghuraikan dasar-
dasar Ţarīqat Syaţţārīyah, yang
telah dikembangkan olehnya di
Aceh.
88
 Kitab Majmū‘ al-Masā`il,
menerangkan pengajaran
umum Islam dan taşawwuf.
 Kitab Syams al-Ma‘rifah, juga
berkaitan taşawwuf.
 Kitab Kifāyat al-Muhtājīn,
juga mengenai taşawwuf.
 Kitab Daqā`iq al-Hurūf, juga
mengenai taşawwuf.
 Kitab Bayān Tajallī, juga
mengenai taşawwuf.
 Kitab Tanbīh al-Māsyī, juga
mengenai taşawwuf, ditulis
dalam bahasa Arab.
 Syair Ma ‘rifat
89

Anda mungkin juga menyukai