1
Dalam pidatonya, antara lain beliau menegaskan
" setiap seniman harus seorang perintis jalan,
penuh keberanian, tidak segan memasuki hutan
rimba penuh binatang-binatang buas,
mengharungi lautan luas tidak bertepi, seniman
adalah tanda hidup yang melepas bebas."
Dengan demikian menurut beliau seniman tidak
lagi menjadi alat muzik kehidupan, tetapi
menjadi pemainnya dari lagu kehidupan.
2
Maksudnya puisi tidak lagi sesuatu yang pasif (sebagai
alat), sebaliknya manusia haruslah berfungsi. Pernyataan
sikap Chairil Anwar ini kemudian dijelmakan dalam puisi-
puisi ciptaannya.
Setiap puisinya memperlihatkan sikap vitalisme,
individualisme dan penuh kenekadan, kerana baginya
hidup adalah perjuangan.
Sikap tersebut memberikan ciri-ciri khusus ke dalam
puisi-puisinya, antaranya - persoalan-persoalan puisinya
begitu jelas membawakan suara-suara pemberontakan
serta penentangan.
3
Cabaran dan rintangan dihadapi dengan kebenaran dalam puisi-
puisi seperti 'Semangat' (kemudian ditukar kepada judul 'Aku'),
'1943‘,'Diponegoro' dan 'Krawang Bekasi'.
Terdapat puisi-puisinya yang berhubung dengan Tuhan, tetapi
Chairil Anwar tidak lagi bertindak sebagai "penerima" sebaliknya
sebagai "pencari", (iaitu bukan lagi sebagai alat musik kehidupan,
tetapi menjadi pemain daripada lagu kehidupan).
Ia memperlihatkan sikap manusia yang dinamis, bertindak tanpa
pemujaan semata-mata, namun kegelisahan dan kekecewaan,
peranannya tetap ada.
Tapi semuanya itu memberi pengertian tanda bagi perjuangan
hidup manuisa.
Tanda puisi-puisinya ini terlihat pada puisi 'Doa' dan 'Di Masjid'.
Dalam 'Doa' misalnya, terlihat seperti berikut;
4
Tuhanku
dalam termanggu
aku masih menyebut namaMu
biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh
cahayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin dikelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling 5
Dalam puisi di atas, memaparkan bahawa tidak ada jarak
antara manusia dengan Tuhan, hingga manusia boleh
saja menemui Tuhan pada bila-bila masa diperlukannya.
Tuhan dalam puisi Chairil bukanlah Tuhan yang diberi
unsur romantik sebagai kekasih seperti dalam puisi-puisi
Amir Hamzah, sebaliknya Tuhan dilihat sebagai kekuatan
belaka, dengan sesiapa Ia boleh mengadakan dialog dan
juga mengadu.
Seterusnya, dalam puisi2 Chairil alam tidak lagi dilihat
sebagai sesuatu yang murni.
Bukan lagi sebagai tempat mengadu atau sesuatu yang
dipuja, seperti yang terlihat dalam puisinya 'Senja Di
Pelabuhan Kecil' dan 'Cintaku Jauh Di pulau'.
6
Sebaliknya sedikit sebanyak ia memperlihatkan sikap
pesimis penyair Chairil. Dalam 'Senja Di Pelabuhan
Kecil' misalnya, Chairil melihat alam yang tidak lagi
murni, tapi telah dijamah oleh tangan manusia, alam
yang penuh kelesuan, seperti petikan berikut;
7
Selain pernyataan sikap yang terdapat dalam persoalan
puisi2 beliau, teknik penulisan puisinya juga berbeza
dengan penyair-penyair sebelumnya.
Kelainan itu terlihat pada beberapa aspek, antaranya, puisi-
puisinya sudah bebas dari keinginan untuk mengekalkan
tradisi.
Pembentukan kata, kalimat dan baris telah menyimpang
dari tradisi, membawa pengertian yang berbagai-bagai dan
bukan dengan susunan yang rapi lagi.
Umpamanya ungkapan yang berbunyi "sekali bererti,
sesudah itu mati" atau "aku ini binatang jalang" yang
terkenal itu.
Kata-kata ini melambangkan sikap vitalisme yang menjadi
pegangan hidupnya.
8
Selain itu, kelainannya juga terdapat pada penggunaan tanda
noktah di tengah-tengah baris, seperti yang terlihat dalam puisi
'Hampa' seperti berikut;
13
Dari segi susunan baris dalam rangkap, puisi-puisi beliau
lebih ringkas.
Jadi nada puisinya jadi lebih tinggi dan pantas sebagai
melambangkan pernyatan semangat dalam isi atau
persoalannya.
Ini kerana kekuatan teknik bukan hanya terletak kepada
kesan pendengaran, sebaliknya kesan pemikiran dan
renungan sesudah membacanya.
14
Berdasarkan penyimpangan tersebut,
kedudukan Chairil Anwar sebagai penyair
ditempatkan dalam dua perkembangan.
Pertama, beliau adalah penyair pertama yang
melakukan pemutusan langsung dengan yang
lama,
kedua, puisi-puisi beliau lebih mengambil
tempatnya sebagai puisi kata dan puisi kalimat,
bukan lagi puisi bunyi.
15
Perkembangan 1950-an
Perkembangan seterusnya, bermula pada tahun 1950-an,
di mana puisi Melayu moden di Indonesia memperlihatkan
keghairahan suasana perjuangan dan pemberontakan
seperti puisi-puisi Chairil tidak ditemui lagi, terutamanya
apabila Indonesia sudah mencapai kemerdekaan pada
tahun 1945.
Persoalan puisi pada ketika itu lebih diisi oleh pernyataan
tragik kehidupan manusia, iaitu memperlihatkan suasana
kehidupan manusia tanpa harapan dan tiada jalan keluar
untuk mencari penyelesaian.
Kehidupan manusia penuh dengan kepahitan, kegetiran
dan kucar-kacir.
16
Persoalan tragik kehidupan seperti ini banyak
ditemui pada puisi-puisi Situr Situmurang,
Toto Sudarto Bachtiar dan W.S.Rendra, iaitu
tiga orang penyair terpenting selepas Chairil
Anwar.
Faktor-faktor yang mendorong persoalan
sedemikian lebih jelas dipengaruhi oleh
suasana sosial yang wujud dan berkembang
pada sekitar tahun 1950-an itu.
17
Tahun2 tersebut adalah tahun selepas pengakuan
pendaulatan Indonesia oleh penjajah Belanda.
Kemerdekaan telah menjadi nyata dan revolusi sudah
selesai.
Ini menggerakkan kesedaran rakyat Indonesia untuk hidup
dan menikmati hasil dari perjuangan merebut
kemerdekaan.
Dalam hubungan ini, kesedaran malah keinginan rakyat
yang terlihat secara luas ialah memikirkan hak lebih
daripada kewajibannya, hingga menyebabkan
kemerdekaan hanya bererti kepada mereka yang dapat
mempergunakan hak.
18
Mereka mengharapkan dulunya bahawa kemerdekaan
akan membawa segala harapan dan impian kepada
kenyataan, tapi keadaan adalah sebaliknya.
Keadaan semakin memburuk. Mereka tetap orang-orang
yang tidak mempunyai masa depan yang cerah.
Kehidupan mereka tetap tidak terjamin. Mereka tidak
mempunyai harapan untuk masuk ke lingkungan sistem
birokrasi yang ada, kerana mereka tdak ada harga di
mata kaum birokrat.
Jadi mereka mencari harapan dalam hubungan suasana
lain.
19
Dengan persoalan tragik kehidupan ini penyair lebih
banyak memperlihatkan sikap pesimisme dan
sekptisme (penuh keraguan dan kecurigaan).
sikap ini menyebabkan pengucapan puisi menjadi
emosional dan romantis.
Ini mempengaruhi timbulnya beberapa corak
pemikiran para penyair tentang kehidupan.
Antaranya yang penting ialah "bahawa kehidupan itu
kesepian dan kehampaan".
20
Pernyataan ini terlihat pada puisi-puisi penyair Situr
Siturmurang dalam antaloginya Surat Kertas Hijau
(1753) Wajah Tak Bernama (1955) dan Dalam Sajak
(1956).
Umpamanya melalui puisi 'Bunga' dari antologi Dalam
Sajak, Situr menyuarakan bahawa kesepian dan
kehampaan sentiasa menguasai kehidupan manusia.
Hakikat ini harus diterima oleh manusia tanpa pilihan,
seperti katanya dalam puisi 'Bunga' berikut;
21
bunga di atas batu
dibakar sepi
mengatas indera
ia menanti
bunga di atas batu
dibakar sepi.
22
Bagaimana pun pelarian itu tidak juga dapat memberikan penyelesaian
yang diharapkan terhadap kehidupan getir seperti yang disuarakan dalam
puisi 'Gambar Kota Dulu' yang terlihat pada petikan bait-bait ini;
26
Umpamannya ditegaskan dalam puisi tersebut;
27
Gambaran tentang kehidupan yang penuh kegetiran yang
dilihat dari sudut kemanusiaan, dengan mengabaikan
keakuan dalam dirinya.
Penyair lebih bercerita tentang kemelut kemanusiaan.
Sama seperti Situr, Toto juga melihat kehidupan yang
penuh dengan trajik.
Di samping itu, penyair ini juga memperlihatkan unsur
romantik, iaitu romantik dalam pengucapan, seperti
terlihat dalam puisi 'Kereta Mati'.
28
Pernyataan sama turut dikongsi oleh rakan seangkatan mereka, iaitu
W.S.Rendra.
Seperti yang disuarakan oleh W.S.Rendra, melalui kebanyakan
puisinya dalam antologi Blues Untuk Bonnie.
Apa yang dilukiskan oleh beliau ialah trajik kemanusiaan tanpa ada
jalan keluar daripadanya.
Rendra bahkan sampai tidak percaya kepada sesiapapun, meskipun
mereka yang berkerja dalam lingkungan keagamaan dan kesihatan.
Terlihat misalnya daripada puisi 'Nyanyian Angsa' - menggambarkan
doktor yang tidak mahu mengubati pesakitnya kerana tidak mampu
membayarnya wang.
Apa yang penting bagi doktor itu ialah wang, bukannya merawat
pesakit
29
Begitu juga tentang seorang tokoh agama (Paderi - untuk pengikut
Katolik) yang tidak memberi kemaafan terhadap seseorang yang telah
mengakui kesalahannya, padahal itu adalah tugasnya.
Segalanya itu dilihat oleh Rendra sebagai tanpa harapan.
Ini bermaksud trajik kehidupan adalah satu gambaran kehancuran nilai
kemanusiaan akibat dari kehidupan untuk merebut hak dan
kebendaan.
Di samping itu, corak pemikiran yang sedemikian rupa menimbulkan
kesan keseluruhan pengucapan yang muram.
Terlihat melalui imej-imej yang digunakan penyair yang lebih
menyarankan gambaran kesedihan, kegelisahan serta ketakutan.
30
Kesimpulannya, persoalan tragik kehidupan ini walaupun penuh dengan
suasana kemurungan tetapi di dalamnya terdapat unsur-unsur protes
yang agak rasional pernyatannya.
Dari sudut bahasa pula, mementingkan keindahan, kelembutan serta
kemerduan tidak lagi menjadi keutamaan.
Tetapi lebih banyak dipilih dari kata-kata yang berkembang dalam
kehidupan sehari-hari.
Namun begitu, keindahan yang dicari ketika itu umumnya ditemui
dalam unsur pengulangan yang begitu berhasil dibawakan oleh penyair
W.S.Rendra.
31
Selepas kemunculan persoalan tragik dalam puisi-puisi Indonesia, jalur
perkembangan puisi tersebut menjadi semakin menarik dengan
kemunculan penggunaan unsur mantera.
Unsur ini mempunyai beberapa ciri, antaranya;
i). mantera bukanlah sesuatu yang untuk difahami maknanya, tapi lebih
kepada permainan bunyi dan bahasa semata.
ii). mantera juga adalah perhubungan manusia dengan dunia misteri dalam
erti dunia manusia ada jelas di dalamnya, sedangkan dunia misteri untuk
mantera hanya terlihat dalam gaya pengucapan, sedangkan
kemanusiaannya sendiri tidak wujud secara jelas.
iii). mantera mementingkan kesan dan akibat. Jadi ada rayuan dan perintah
di dalam pengucapannya. Unsur rayuan terletak pada permainan bunyi,
manakala unsur perintah terletak pada penutupnya.
iv). terdapatnya gambaran keakuan atau keangkuhan dalam penggunaan
32
gaya bahasa.
Perkembangan unsur mantera dalam puisi Melayu moden Indonesia ini
tambah penting dengan kehadiran Sutardji Calzoum Bachari- meletakkan
dirinya sebagai penyair terpenting di Indonesia bermula dari tahun-
tahun akhir 1960-an, yang membawa kemantapannya pada tahun-tahun
1970-an dan 1980-an.
Menurut Subagio, pentingnya Sutardji terletak pada keupayaannya
membawakan keaslian kreativiti melalui hampir seluruh puisi ciptaannya.
Umar Junus juga menerima hakikat ini, bila dalam tulisannya
menegaskan bahawa Sutardji kelihatan memberontak terhadap puisi
yang menyampaikan amanat.
Beliau ternyata lebih mementingkan kesan puitis.
33
Dengan itu dalam membina kesan tersebut beliau lebih cenderung
menggunakan kesan yang sedia ada dalam mantera, iaitu puisi yang
terdiri dari kata-kata tanpa makna yang jelas.
Ini sesuai dengan pengakuan Sutardji bahawa puisinya adalah
membebaskan kata-kata.
Namun membebaskan kata-kata di sini bukanlah dimaksudkan fungsi
kata-kata pada puisi beliau tidak mungkin lagi membentuk komunikasi
dengan pembaca.
Tetapi kata-kata yang digunakan bebas dari tradisi yang
membelenggunya seperti yang terdapat dalam kamus.
Malah bebas daripada moral kaya yang dibebaskan oleh masyarakat dan
bebas dari hukum-hukum fonologi, morfologi, sintaksis atau ikatan tata
bahasa.
34
Dengan pembebasan ini Sutardji berhasil membina keaslian daya
penciptaannya sehingga membawa berbagai-bagai penyimpangan dalam
bahasa seperti yang dapat diperhatikan melalui puisi beliau dalam tiga buah
antologi puisinya, iaitu ‘O’, ‘Amuk’ dan ‘Kapak’.
Kata-kata atau bahasa adalah alat utama dan mutlak bagi penyair. inilah
yang memungkinkan tepatnya gelaran bahawa penyair selalu menjadi
pemburu kata dan pembaharu kata, iaitu untuk mendapatkan se sebuah
kata yang sesuai mewakili pengalaman jiwannya.
Sehubungan dengan ini, dalam mengolah dan menggunakan kata-kata
umumnya penyair akan melalui tiga cara berdasarkan kemampuan daya
kreativiti masing-masing, iaitu
i. mencipta kata baru secara murni atau dari kata yang sudah ada.
ii. memilih dan memanfaatkan kata yang telah ada dengan cara khusus.
iii. menempatkan kata-kata dalam kedudukan tertentu sehingga
35
melahirkan makna baru.
Dalam hal ini, Sutardji telah melalui ketiga-tiga cara tersebut secara
berkesan, terutama cara yang terakhir itu.
Dari segi pemilihan kata, terdapat sejumlah kata yang menonjol dalam
puisinya.
Kata-kata itu bukan dilihat kerana kekerapan penggunaannnya, tapi
menjadi pusat persoalan untuk setiap puisinya.
Kata-kata tersebut ialah jenis kata seru, diikuti dengan kata-kata
"darah, maruah, zarah" dan "rambah." - semuanya melambangkan
keinginan serta keresahan jiwa.
Mengenai kata seru pula terdapat dua jenis yang dipenuhi Sutardji, iaitu
pertama, kata seru biasa - dengan fungsinya sebagai menimbulkan
kesan kedalaman pengucapan semata-mata. Kedua, membawa makna
ghaib atau misteri seperti kata "was, wau, hus".
36
Pembentukan baru serta penyimpangan kata-kata, iaitu perkara yang
tidak wujud secara wajar dalam hukum tata bahasa, iaitu penggunaaan
kata ulang atau kata berangkai, yang tidak mengikut tata bahasa yang
normatif. contohnya seperti "bersiapsiaplah, kuatkuatkan, kutakpunya,
sepisapanya, manakutahu". Pembentukan seperti ini memberi
kemungkinan timbulnya beberapa kesan;
i. untuk mengekalkan dan menyusun irama, kerana sememangnya
irama mengambil peranan penting dalam puisi Sutardji.
ii. untuk menimbulkan kesan magis (kekuatan yang menakutkan/ luar
biasa).
iii. untuk memperolehi kesan lihatan yang mengharubirukan, sesuai
dengan mantera.
37
Selain pemilihan kata, ungkapan-ungkapan beliau juga melambangkan
alam ghaib dan tenaga magis, seperti yang kelihatan dalam petikan
puisinya ini;
sepisau luka sepisau duri sepikul dosa
sepukau sepi sepisapanya sepikau sepi
sepikul diri ke ranjang duri
sampai pisaunya ke dalam nyanyi.
38
Kemunculan pembentukan sedemikian menunjukkan keberanian
kreativiti Sutardji untuk membebaskan kata-kata dari tradisi ilmu
tata bahasa.
Penggunaan pengulangan juga menjadi ciri penting bagi Sutardji
kerana kedudukannya yang mengutamakan kesan pembacaan.
Namun fungsi pengulangan yang digunakan tidaklah sekadar untuk
menegaskan kesan bunyi sahaja, melainkan menimbulkan
kepelbagaian maksud penuh misteri atau ketidakpastian.
Ini terjadi kerana danya pemilihan dan penyusunan kata yang
memberikan tenaga magis.
39
Antara contohnya dapat dilihat dalam petikan puisi 'Amok'
berikut;
jejak tak menggapai tuju
jejak tak mewariskan sampai
luka tak meninggalkan badan
resah tak menjangkau pegang
tubuh tak habis ditelan
laut tak habis dimatari.
40
Begitu juga dengan petikan puisi 'Hilang' berikut;
41
Kebanyakan pengulangan yang digunakan oleh Sutardji akan
menimbulkan irama yang padu, terutama setelah
dibaca/disuarakan dan segala itu tidak kelihatan seperti
dipaksakan. Umpamanya pada puisi 'Batu' berikut;
42
Dari segi membentuk persamaan bunyi juga, Sutardji memiliki
keistimewaan.
Ia ternyata tidak begitu menekankan rimannya yang akhir seperti orang
lain.
Satu ciri perpuisiannya yang istimewa ialah dalam sebuah kalimat
terdapat dua kata bersajak yang tercetus pada akhir kesatuan
ucapannya, contoh;
43
Keistimewaan lain ialah adanya penggunaan perpuisian dari
sistem matematik, walaupun tidak ketara penggunaannya.
Contohnya dapat dilihat pada petikan ini;
44
Seterusnya keistimewaan yang sering ada pada puisi Sutardji sebagai
menggambarkan kemampuan daya ciptaannya ialah pemilihan,
penyusunan serta pembentukan kata yang menimbulkan makna baru.
contohnya puisi berjudul 'Tapi' seperti terlihat dalam petikan ini;
46