Anda di halaman 1dari 4

NAHU WAZIFI

1.0 Latar Belakang


1.1 Isu
Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBDKBT) telah
mula dilaksanakan di beberapa buah sekolah bermula tahun 2015. Sejak pelaksanaan
KBDKBT, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya BPK dan BPI telah
menerima pelbagai maklumbalas melibatkan semua peringkat pengoperasian dan
pelaksanaan. Selain itu pihak BPK telah menjalankan kajian kes terhadap pelaksanaan
KBDKBT di sekolah-sekolah pada tahun 2017. Antara lain dapatan tersebut
menyatakan bahawa para guru belum memahami sepenuhnya pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab secara tidak langsung atau wazhifi
khususnya bagi tingkatan satu dan tingkatan dua. Oleh itu program ini dicadangkan
untuk diadakan bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

1.2 Punca Kuasa


Pernyataan objektif mata pelajaran al- Lugah al- Arabiyah al- Muasirah (LAM)
dalam DSK, KPM ms 4 :

‫ استخدام القواعد اللغة العربية وظيفيا في الكالم والكتابة‬.6


Menggunakan tatabahasa Arab secara wazifi dalam ucapan dan penulisan.

Perkara ini dijelaskan lagi dalam huraian unsur Bahasa (DSKP ms 7), apabila
pendekatan qawalib dijadikan sebagai satu instrumen pembelajaran bahasa
secara amali wazhifi dalam pengajaran dan pembelajaran LAM.

‫ القوالب اللغوية‬2.3
‫يتم تدريس اللغة العربية في هذه المرحلة من خالل القوالب اللغوية األساسية‬
‫ وهي ال تتجزأ من تطبيق القواعد العربية فيها تطبيقا وظيفيا ألنهــــــــــــا‬،‫البسيطة‬
... ‫تصون ألسنة التالميذ وتحفظ كتابتهم من األخطاء اللغوية‬
Pengajaran bahasa Arab pada peringkat ini dijalankan berdasarkan templat-
templat bahasa yang asas dan mudah. Pengajaran templat bahasa tidak
dipisahkan daripada tatabahasa Arab kerana templat Bahasa adalah amali
wazhifi yang melihara pelajar daripada melakukan kesilapan dalam ucapan
dan penulisan.

1.3 Takrif / Konsep


1. Bila : pada bila-bila masa kewujudan ransangan dan respon (umum)
: dalam kelas (khusus)
2. Di mana: di mana- mana sahaja kewujudan ransangan dan respon (umum)
: dalam kelas (khusus)
3. Siapa : guru dan murid
4. Apa : Bahasa (ucapan dan penulisan)
5. Kenapa : memastikan pelajar bercakap dan menulis dengan betul
6. Bagaimana :?

2.0 Panduan Umum :


1. Guru mengaplikasi nahwu wazhifi dalam setiap pdpc LAM
2. Guru mencipta suasana yang sesuai bagi mewujudkan ransangan dan respon
3. Guru memberi fokus kepada templat yang dipelajari @ yang dikehendaki.
4. Guru mengenalpasti kesalahan/ kesilapan pada ucapan atau tulisan pelajar
5. Guru membimbing pelajar / membetulkan kesalahan pelajar sahaja.

3.0 Fokus Kesilapan/ Kesalahan Bahasa


3.1 Prinsip ayat namaan
 mutada’ mesti makrifah
 khabar tiada (‫)ال‬
 perkataan dengan (‫ )ال‬dibaca tanpa tanwin
 perkataan tanpa (‫ )ال‬dibaca dengan tanwin
 padanan antara mubtada’ dan khabar - jantina
 padanan antara mubtada’ dan khabar - bilangan
 baris bagi mubtada’ dan khabar

3.2 Prinsip ayat kerjaan


 kata kerja sentiasa mufrad
 padanan antara kata kerja dan pelaku (jantina)
 baris bagi kata kerja (madhi / mudhari’/ amr) dan pelaku

3.3 Prinsip tambahan


 baris kata nama selepas harf jar
 baris bagi mansubaat
 panjang dan pendek pada baris dalam perkataan.

4.0 Contoh Pelaksanaan

4.1 Kemahiran Bercakap (di dalam dan di luar kelas)


i. ransangan - guru memulakan perbulan seperti memberi salam/ bertanyakan
khabar dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
ii. Pelajar memberi respon. Jika tiada respon guru membimbing pelajar untuk
memberi respon yang sesuai.
iii. Tahap pertama, pelajar mampu memberi respon . Jika pelajar telah mampu
memberi respon tanpa dibimbing, guru memberi fokus pada tahap dua iaitu
memerhati/ mengenalpasti kesilapan dalam respon pelajar seraya dibimbing
dan dibetulkan.
iv. Guru mengulang semula ransangan dan meminta pelajar memberi respon
yang betul.
v. Pelajar diminta mengulang sehingga respon yang diberi dibetulkan sendiri
(pelajar menyedari kesilapannya)
vi. Langkah yang sama diaplikasi kepada semua pelajar pada bila-bila masa dan
di mana sahaja yang sesuai.

4.2 Kemahiran Mendengar dan Bercakap


i. Pelajar mendengar ransangan daripada sumber yang ditetapkan oleh guru
seperti radio/ telefon bimbit/ televisyen/ internet dan lain-lain.
ii. Pelajar memberi respon dengan menulis perkataan/ ayat yang didengar.
iii. Pelajar memberi respon dalam bentuk ucapan atau penulisan. Guru
memerhati/ mengenalpasti kesilapan dalam respon pelajar seraya dibimbing
dan dibetulkan.
iv. Guru mengulang semula ransangan dan meminta pelajar memberi respon
yang betul.
v. Pelajar dimintamengulang sehingga respon yang diberi dibetulkan sendiri
(pelajar menyedari kesilapannya)

4.3 Kemahiran Membaca


i. Pelajar membaca bahan yang terdapat dalam buku teks/ bahan lain yang
diberi oleh guru.
ii. Guru memerhati/ mengenalpasti kesilapan dalam respon pelajar seraya
dibimbing dan dibetulkan.
iii. Guru mengulang semula ransangan dan meminta pelajar memberi respon
yang betul.
iv. Pelajar dimintamengulang sehingga respon yang diberi dibetulkan sendiri
(pelajar menyedari kesilapannya)

4.4 Kemahiran Menulis


i. Pelajar menulis tugasan/ latihan yang ditetapkan atau diberi oleh guru.
ii. Guru memeriksa/ mengenalpasti kesilapan dalam respon/ tulisan pelajar
seraya dibimbing dan dibetulkan. Pelajar dipanggil dan ditunjukkan tempat
kesilapan dan pembetulan yang sepatutnya dilakukan.
iii. Pelajar menulis semula ayat yang telah dibetulkan. (pelajar menyedari
kesilapannya)

4.5 Qawalib (Templat)


i. Pelajar membaca beberapa kali ayat-ayat berdasarkan qawalib yang
dipelajari/ diberi sehingga ayat tersebut melekat dalam ingatan.
ii. Pelajar mengulang semula ayat yang dibaca tanpa melihat buku.
iii. Guru memerhati/ mengenalpasti kesilapan dalam respon pelajar seraya
dibimbing dan dibetulkan.
iv. Guru meminta pelajar menyelesaikan tugasan berkaitan qawalib yang
dipelajari.
v. Guru memerhati/ mengenalpasti kesilapan dalam respon pelajar seraya
dibimbing dan dibetulkan.
vi. Pelajar dimintamengulang sehingga respon yang diberi dibetulkan sendiri
(pelajar menyedari kesilapannya)

5.0 Tugasan/ Teknik


i. Mencari dan identifikasi qawalib yang dipelajari dalam bab yang sama.
ii. Mengisi tempat kosong dengn jawapan yang sesuai.
iii. Menyesuaikan dengan jawapan/ kotak yang sesuai.
iv. Mereplikasi qawalib yang diberi dalam contoh yang lain.
v. Melaksanakan hiwar/ perbualan/ bersoal jawab
vi. Menulis ayat /ucapan/ karangan
vii. Memberi ucapan/ kalimatussobah/ bercerita
viii. Pertandingan nasyid

Anda mungkin juga menyukai