Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Istilah moden merujuk kepada perkara-perkara yang berhubung dengan pelbagai aspek kontemporari,

bercanggah dengan tradisonal serta memberikan sesuatu faedah dan kesejahteraan dalam kehidupan

manusia. Istilah moden ini boleh dirujuk kepada dua aspek. Aspek yang pertama ialah moden dari segi

pemikiran atau persepsi. Moden dari segi pemikiran atau persepsi ini membawa maksud keinginan untuk

berkembang, membawa kemudahan dan juga sentiasa ingin maju. Aspek yang kedua ialah moden dari segi

sudut material. Hal ini membawa maksud pencapaian-pencapian zahir yang terhasil dari sikap moden itu

sendiri yang merangkumi sikap individualistik, materialistik, humanistik dan juga skeptikal. Abad ke-15

acap kali dirujuk dan juga ditandai sebagai permulaan zaman moden dalam sejarah Eropah. Hal ini demikian

kerana pada abad ini Eropah seolah-olah telah mendapat nafas baru dalam pelbagai sudut. Seperti mana yang

diketahui menerusi rentetan sejarah, sebelum abad ke-15 Eropah telah mengalami satu transisi zaman yang

yang tidak memperlihatkan kemajuan berlaku di Eropah. Transisi zaman ini disebut sebagai Zaman Gelap.

Zaman Gelap merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan yang mana Zaman Pertengahan itu sendiri

terbahagi kepada tiga iaitu Zaman Pertengahan Awal (476-1050M), Zaman Pertengahan Kemuncak (1050-

1300M) dan Zaman Pertengahan Akhir iaitu pada (1300-1450M). Zaman Gelap di Eropah bermula selepas

kejatuhan kerajaan Rom Barat akibat serangan orang gasar. Orang-orang gasar ini pula telah mengganas

dengan menyerang kebanyakan kawasan di Eropah Barat. Pada zaman tersebut dapatlah disaksikan

penguasaan institusi raja berada pada tahap yang lemah.1 Sistem feudalisme yang ketara juga dapat dilihat

manakala masyarakat pula terlalu memberi keutamaan kepada kehidupan selepas mati. Dari segi pengaruh

dan interaksi dengan dunia luar, Eropah pada ketika itu boleh dikatakan jumud dan peperangan juga silih

berganti. Sistem ekonomi yang dijalankan iaitu berasaskan pemilikan tanah juga didapati tidak langsung

memberi kemajuan kepada masyarakat dan dari aspek keintelektualan juga masyarakat Eropah pada ketika

itu masih berada dalam kepompong kemunduran. Namun begitu, semua perkara ini telah berubah menjelang

abad ke-15. Masyarakat di Eropah seakan-akan telah sedar dari mimpi gelap mereka dan bangkit dari

segenap aspek. Banyak perubahan dan perkembangan yang telah berlaku dan ianya termasuklah

pembentukan negara bangsa dan pengukuhan pemerintahan monarki, kemunculan konsep pemikiran moden,
1
Eugene F.Rice, The Foundation of Early Modern Europe, London: Weidenfeld and Nicolson, 1970, hlm. 92.
1
perkembangan aktiviti pelayaran dan penerokaan, perkembangan ekonomi kapitalisme dan merkantalisme,

perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan, perkembangan bahasa dan kesusasteraan, perkembangan

kesenian serta perkembangan revolusi sains. Justeru itu, dapatlah dinyatakan di sini perkembangan dan

perubahan yang disebutkan di atas sedikit sebanyak telah menjadi titik tolak kepada permulaan zaman

moden di Eropah. Menerusi penulisan ilmiah ini, setiap perubahan dan perkembangan yang telah dinyatakan

akan dibincangkan dengan lebih mendalam bagi merungkai persoalan mengapakah abad ke-15 dianggap

sebagai permulaan zaman moden dalam sejarah Eropah.

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DAN PENGUKUHAN PEMERINTAHAN MONARKI

Menjelang abad ke-15, keadaan di Eropah sudah dikatakan sesuai bagi pembentukan negara bangsa.

Sebelum ini, konsep negara bangsa tidak begitu difahami oleh masyarakat di Eropah. 2 Negara bangsa

membawa maksud negara yang berdaulat, mempunyai rakyat berkesedaran bahawa mereka memiliki bahasa,

adat serta tradisi yang sama. Sebelum abad ke-15 masyarakat Eropah mengamalkan sistem feudalisme

dengan memberi kesetiaan kepada tuan-tuan tanah tempatan. Hal ini demikian kerana serangan orang gasar

yang telah menyerang Eropah. Berikutan serangan ini, masyarakat Eropah lebih bergantung kepada tuan-

tuan tanah bagi melindungi mereka. Perlindungan yang diberikan oleh tuan tanah kemudiannya dibalas

dengan kesetiaan oleh mereka yang dilindungi. Perkara ini telah menyebabkan sistem feudalisme menjadi

kukuh dan dominan manakala institusi raja berkurangan kuasanya. Namun, pada abad ke-15 keadaan ini

telah berubah. Perubahan ini adalah disebabkan oleh masyarakat kelas pertengahan iaitu yang terdiri

daripada golongan pedagang dan pengusaha. Golongan pedagang dan pengusaha ini memerlukan

perlindungan daripada sebuah kerajaan pusat yang kukuh dan berkesan.3 Perlindungan yang mereka perlukan

ini tidak dapat mereka perolehi daripada tuan-tuan tanah melainkan daripada sebuah kerajaan pusat yang

diperintah oleh raja. Oleh hal yang demikian, mereka sanggup membayar cukai kepada institusi di raja bagi

mendapatkan perlindungan. Cukai yang dibayar oleh mereka inilah kemudiannya digunakan oleh raja bagi

2
Richard Lodge Snyder, The Close of The Middle Ages, 1273-1494, London: Rivingtons, 1923, hlm. 376.
3
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2002, hlm.
131.

2
menggaji tentera untuk melindungi golongan pedagang dan pengusaha seperti mana yang golongan ini

mahukan. Kesan daripada itu, dapatlah dilihat bahawa pengaruh tuan-tuan tanah semakin berkurangan dan

ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa merosotnya sistem feudalisme di Eropah itu sendiri.

Masyarakat di Eropah ketika itu sudah mula berfikiran bahawa institusi diraja (institusi monarki) dapat

mengelakkan perselisihan. Hal ini kerana mereka akan bernaung di bawah satu negara yang sama yang

ditadbir oleh seorang raja. Jika mereka masih bernaung di bawah penguasaan tuan-tuan tanah, mereka tidak

akan dapat bersatu dan disebabkan itu mereka mahukan naungan daripada sebuah negara yang ditadbir oleh

satu institusi di raja sahaja. Dengan kesedaran tersebut, maka terhasillah pembentukan negara bangsa.

Pembentukan negara bangsa juga terhasil daripada kesan Perang Salib. Umum telah mengetahui bahawa

Perang Salib telah menyebabkan ramai tuan-tuan tanah terkorban dan secara tidak langsung penguasaan

mereka juga telah terhapus. Para petani serta hamba menggunakan kesempatan ini untuk melepaskan diri

daripada cengakaman tuan tanah yang selama ini membelenggu kehidupan mereka lalu beralih memberi

kesetiaan kepada institusi diraja dengan bernaung di bawah satu negara bangsa. Pembentukan negara bangsa

pada abad ke-15 ini memperlihatkan sebuah institusi pemerintahan yang jelas dan kukuh dalam sesebuah

negara. Raja telah kembali memerintah secara mutlak dan menaungi negara bangsanya sendiri. Negara

bangsa dapatlah dilihat sebagai satu entiti politik yang lengkap dan memperlihatkan raja itu sendiri telah

memberi jaminan keselamatan kepada rakyatnya. Rakyat juga telah menimbal balas jaminan keselamatan

yang diberikan oleh raja dengan kesetiaan kepada raja dan negara tersebut. Antara negara Eropah yang

sering dirujuk dalam konteks pembentukan negara bangsa ialah Sepanyol, England dan juga Perancis.

Bangsa Sepanyol yang dahulunya terbahagi kepada dua kerajaan iaitu Castile dan Aragon telah bersatu di

bawah satu negara bangsa iaitu Sepanyol.4 Begitu juga yang berlaku di Perancis, tiada lagi istilah-istilah

orang Burgandy atau orang Norman sebaliknya semua telah bersatu di bawah satu negara bangsa iaitu

Perancis. Apabila sesebuah negara bangsa itu terbentuk, secara tidak langsung akan berlakunya pengukuhan

sistem monarki. Jika dilihat daripada sudut pengukuhan sistem monarki, pada masa tersebut raja telah

berupaya membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Hal ini kerana raja telah

mempunyai kekuatan tersendiri serta persaingan daripada bangsawan yang terdiri daripada tuan-tuan tanah

4
Clark George, Early Modern Europe, From About 1450 To About 1750, London: Oxford University Press, 1975, hlm. 40.

3
juga telah berkurang. Perkara ini menandakan bahawa pemerintahan monarki itu sendiri berjaya dikukuhkan.

Raja juga tidak lagi bergantung kepada tentera upahan untuk melindungi negara tetapi sebaliknya

menggunakan perkhidmatan tentera tetap yang terdiri daripada golongan rakyat. Raja turut berhak

meningkatkan kutipan cukai, mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang, serta berhak

mengisyhtiharkan perang.

KEMUNCULAN KONSEP PEMIKIRAN MODEN

Pada abad ke-15 ini, telah muncul beberapa bentuk konsep pemikiran moden di Eropah. Antara

konsep pemikiran moden ini termasuklah Humanisme, Individualisme, Sekularisme dan juga Skeptikal.

Konsep-konsep pemikiran inilah yang telah mengubah serta memberi kesedaran kepada cara masyarakat di

Eropah berfikir. Konsep-konsep pemikiran ini kemudiannya diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian

masyarakat di Eropah dan kesannya, mereka dapat memajukan diri serta bangsa mereka sendiri. Konsep-

konsep ini juga diguna oleh masyarakat di Eropah untuk mengembangkan potensi diri mereka seterusnya

menerokai pelbagai perkara baru di sekeliling mereka.

1. HUMANISME

Humanisme merujuk kepada pengetahuan tentang manusia. Konsep pemikiran humanisme ini telah

dipelopori oleh golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai humanis. Golongan humanis ini

merupakan golongan yang mementingkan hal-ehwal orang ramai dan kebahagiaan di dunia.5 Golongan

humanis gemar mengajak masyarakat supaya percaya bahawa manusia harus menjalani kehidupan yang

bahagia di dunia. Masyarakat juga diseru supaya tidak tertumpu terhadap perkara mengenai syurga, neraka

mahu pun dosa dalam kehidupan seharian. Golongan humanis juga menyatakan kepada masyarakat bahawa

manusia mesti hidup bahagia di dunia bukan hanya menerima keadaan buruk dan kemudian mengharapkan

kebahagiaan di akhirat. Dalam erti kata lain manusia tidak boleh hanya pasrah dengan nasib yang telah

5
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2002, hlm.
118.
4
ditentukan sebaliknya manusia itu sendiri yang menentukan kebahagiaan dirinya. Humanisme juga boleh

dikatakan lebih tertumpu kepada peranan akal fikiran, budi pekerti, keintelektualan dan naluri manusia

sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Golongan humanis pada masa itu juga begitu mengagungkan

kebudayaan pra-Kristian Greek dan Rom berbanding dengan agama Kristian pada zaman itu. Golongan ini

jugalah yang bertanggungjawab merevolusikan sikap manusia terhadap warisan klasik. Pada ketika itu,

masyarakat mempelajari karya klasik semata-mata untuk diri mereka sendiri dan bukan untuk kepentingan

agama mereka. Francesco Petrarch merupakan tokoh penting dalam pemikiran humanisme dan beliau

digelarkan sebagai bapa humanisme.6 Petrarch merupakan individu yang begitu berminat dalam mengkaji

karya Greek dan Rom Purba. Beliau telah mendapati daripada hasil pemerhatiannya bahawa masyarakat

zaman Greek dan Rom Purba lebih mementingkan hal-hal keduniaan berbanding akhirat. Hal ini terbukti

bahawa banyak karya penulisan Greek dan Rom Purba yang mengisarkan tentang percintaan, masalah hidup

dan juga keindahan alam. Oleh yang demikian, Petrarch mahu masyarakat yang hidup sezaman dengannya

mencontohi sikap masyarakat zaman Greek dan Rom Purba. Melalui karyanya yang terkenal berjudul Divine

Comedy, Petrarch telah membawa pembaca merasai sebuah pelayaran yang melalui neraka, tempat

pembersihan roh dan juga syurga.7 Selain Petrarch terdapat juga tokoh-tokoh humanis lain seperti Thomas

More, dan Dante.

2. INDIVIDUALISME

Apabila membicarakan tentang individualisme, sering kali dirujuk bahawa kepentingan diri adalah

menjadi keutamaan. Namun apa yang berlaku di Eropah pada abad ke-15 adalah sesuatu yang berbeza. Pada

zaman tersebut, masyarakat sudah mula melihat diri mereka sebagai individu. Hal ini bermaksud individu

boleh berusaha untuk membaiki taraf hidup diri dan masyarakatnya tanpa sekatan oleh sesiapa. Perkara ini

sangat bertentangan dengan falsafah Zaman Pertengahan di mana status sosial seseorang itu adalah

bergantung kepada keahlian dalam sesebuah pertubuhan yang akrab, sama ada kesatuan, monastri atau

jawatan tertentu dalam sistem feudal. Individualisme ini sebenarnya adalah satu bentuk pemikiran yang

Richard Lodge Snyder, Louis L., The Making of The Modern Man, Princeton, N.J.: Van Nostrand, 1967, hlm. 48.
6

Richard Lodge Snyder, The Close of The Middle Ages, 1273-1494, London: Rivingtons, 1923, hlm. 524.
7

5
terhasil rentetan daripada jatuhnya sistem feudalisme. Apabila jatuhnya sistem feudalisme, banyak peluang

pekerjaan mula dibuka berdasarkan kemahiran. Perkara ini dapat dilihat di Itali iaitu di dalam sistem

politiknya. Apa yang terjadi di Itali ialah kelahiran berdasarkan keturunan tidak akan menjamin kekuasaan

seseorang. Melalui pemikiran individualisme inilah telah menyebabkan masyarakat di Eropah berlumba-

lumba untuk membaiki taraf hidup masing-masing di samping berusaha membangunkan bangsa mereka

sendiri dengan menerokai pelbagai bidang. Penerokaan dan pelbagai penciptaan pada zaman ini juga jelas

menjadi bukti bahawasanya pemikiran individualisme itu telah diaplikasikan oleh masyarakat di Eropah.

3. SEKULARISME

Sekularisme membawa maksud mengasingkan usaha duniawi manusia dengan ajaran yang dibawa

oleh sesebuah agama serta peranan dan kawalan pihak gereja. Masyarakat yang mengamalkan sekularisme

tidak lagi mementingkan keagamaan dalam bidang keduniaan. Sebaliknya, mereka menggunakan cara-cara

saintifik, objektif dan akal budi untuk menentukan sesuatu. Minat dan mentaliti golongan bangsawan yang

cintakan kemewahan menerusi kekayaan dan pembangunan bandar adalah salah satu contoh bahawasanya

sekularisme telah menular dalam masyarakat di Eropah pada abad ke-15. Perkembangan ekonomi

kapitalisme di Eropah yang menuntut supaya seseorang itu menimba ilmu untuk berkecimpung dalam dunia

perdagangan juga telah menyebabkan rakyat biasa mula terlibat dalam pembelajaran kesusasteraan dan

pengetahuan. Perkara ini telah menyebabkan minat mereka terhadap kebendaan semakin meningkat selari

dengan apa yang terdapat dalam inti pati sekularisme. Apabila sekularisme membawa penekanan terhadap

keseronokan dalam kehidupan, secara tidak langsung minat terhadap kehidupan yang didasarkan kepada

kebendaan bertambah lalu penghormatan terhadap gereja semakin merosot.8 Pada masa inilah dapat dilihat

lahirnya masyarakat yang menyerahkan seluruh jiwa raga mereka kepada keseronokan. Zaman ini juga turut

menggambarkan bahawa tiada had dalam mengumpul kekayaan. Kekayaan di dunia juga dianggap jauh

lebih penting daripada kehidupan selepas mati.

8
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2002, hlm.
119.

6
4. SKEPTIKAL

Skeptikal atau sikap ingin tahu merupakan salah satu aliran pemikiran moden yang terbentuk di

Eropah pada waktu tersebut. Menerusi pemikiran skeptikal ini, masyarakat di Eropah telah mula berusaha

keras untuk mengetahui dan menerokai realiti sebenar sesuatu kenyataan yang dibuat. Mereka tidak lagi

mahu menerima hujah atau pun perkara yang disampaikan jika tidak disertakan dengan bukti-bukti yang

kukuh. Mereka juga sudah tidak terikat dengan teologi agama, sebaliknya mereka dilatih membandingkan

sesuatu sumber dengan sumber yang lain. Pemikiran skeptikal ini lahir apabila masyarakat menyedari

bahawa kehidupan di dunia ini bukan lagi sebagai persiapan untuk kehidupan di akhirat. Oleh yang

demikian, mereka berusaha membentuk masa hadapan dalam kehidupan manusia supaya dapat menjalani

kehidupan dengan lebih baik dan cemerlang. Pemikiran skeptikal ini kemudiannya telah membawa kepada

penyelidikan, penemuan baru dan juga rekaan sains.

PERKEMBANGAN AKTIVITI PELAYARAN DAN PENEROKAAN

7
Hasil daripada pembentukan negara bangsa dan munculnya konsep pemikiran moden, maka dua

perkara ini telah menjadi pemangkin kepada aktiviti pelayaran dan penerokaan. Pada abad ke-15 ini

memperlihatkan bahawa masyarakat Eropah telah mula menunjukkan minat secara besar-besaran untuk

keluar meneroka dan menjelajah.9 Penjelajahan yang dilakukan telah menemukan mereka dengan jalan ke

Asia dan Afrika. Jika sebelum ini mereka dimomokkan dengan mitos pihak gereja yang menyatakan bahawa

bumi ini bentuknya mendatar dan siapa yang melakukan aktiviti pelayaran akan diganggu oleh perkara

ghaib, kini mereka telah menyangkal mitos itu sekeras-kerasnya. Mereka juga yang dahulunya tidak

digalakkan untuk belayar oleh pihak gereja kerana laluan perdagangan dikuasai oleh orang Islam dan

gangguan-gangguan daripada orang gasar kini telah berubah. Sikap ingin tahu yang menebal dalam diri

masyarakat di Eropah telah membawa mereka keluar melakukan pelayaran untuk meneroka tempat-tempat

baru. Hasil daripada itu, maka berlakulah pertembungan budaya antara tamadun Eropah dengan tamadun

Islam di timur. Perkara ini sedikit sebanyak telah membuatkan masyarakat Eropah mempelajari ilmu

pelayaran dan astronomi daripada masyarakat Islam. Perkara ini juga telah menyebabkan masyarakat di

Eropah menjadi lebih terbuka pemikirannya. Antara negara di Eropah yang giat menjalankan aktiviti

pelayaran dan penerokaan ini termasuklah Portugis dan Sepanyol. Tokoh awal bangsa Portugis yang

mempelopori bidang pelayaran ini adalah putera rajanya sendiri iaitu Putera Henry. 10 Putera Henry

merupakan individu yang banyak menaja pelayaran pelayar-pelayar Portugis ke Afrika dan Timur Jauh

berlandaskan kepentingan ekonomi merkantalisme dan kapitalisme untuk kekayaan negara Portugis itu

sendiri. Atas galakan daripada Putera Henry inilah maka lahirnya pelayar-pelayar Portugis yang lain seperti

Barthlomew Diaz dan juga Vasco Da Gamma. Dua individu ini telah berjaya menemui jalan ke benua Afrika

dan Timur Jauh bagi mendapatkan keperluan rempah yang menjadi komoditi penting untuk negara Portugis.

Dengan itu, ekonomi rempah yang selama ini banyak bergantung kepada para pedagang Arab yang

meletakkan harga tinggi dapat dikurangkan. Seorang lagi tokoh pelayaran berbangsa Portugis iaitu

Ferdinand Magellan turut merupakan nama besar dalam bidang ini. Kejayaan beliau mengelilingi dunia

bersama dengan beberapa kapalnya yang lain merupakan kejayaan terbesar. Walaupun beliau terbunuh

semasa di Filipina, namun salah sebuah daripada kapalnya iaitu di bawah pimpinan Sebastian del Cano

9
Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti, 2001, hlm. 544.
10
Robert Reinhold Ergang, Europe From Renaissance To Waterloo, Boston, Mass.,: D. C. Heath, 1967, hlm. 99.
8
sampai ke Sepanyol.11 Di Sepanyol pula, antara tokoh yang terkenal dalam bidang pelayaran ini ialah

Christoper Columbus. Beliau merupakan pelayar tajaan negara Sepanyol. Kejayaan beliau yang terbesar

ialah apabila beliau menjumpai benua Amerika yang kaya dengan emas dan perak. Penemuan benua

Amerika ini merupakan pencapaian besar bagi beliau dan juga untuk Sepanyol. Hal ini demikian kerana

penemuan Amerika adalah bermaksud Sepanyol telah menemui wilayah yang dapat membekalkan kekayaan

kepada negaranya melalui hasil bumi Amerika yang banyak iaitu emas dan perak. Kejayaan tokoh-tokoh

pelayaran ini adalah disebabkan sikap ingin tahu mereka yang begitu tinggi di samping mendapat galakan

daripada pemerintah. Kejayaan mereka juga telah menjadi inspirasi kepada masyarakat di Eropah untuk

mengikut jejak langkah serta menyumbang kepada kemajuan negara daripada segenap aspek.

PERKEMBANGAN EKONOMI KAPITALISME DAN MERKANTALISME

Kapitalisme merupakan sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak

milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. Secara tidak langsung sistem

kapitalisme ini menggalakkan individu mengumpul kekayaan. Semasa zaman Pertengahan Awal,

mengumpul kekayaan adalah merupakan suatu kesalahan dan masyarakat hanya mempunyai secukup

keperluan sahaja.12 Pada abad ke-15, seiring dengan kemunculan konsep pemikiran baru iaitu sekularisme,

masyarakat telah bertumpu kepada kehidupan kebendaan dan juga menyukai kemewahan. Berikutan itu,

mengumpul kekayaan adalah dihalalkan. Kewujudan ekonomi kapitalisme ini telah membawa kepada

wujudnya peluang kerjaya, pekerjaan yang berupahkan wang semakin banyak, aktiviti perdagangan

berkembang dan pengeluaran juga meningkat. Bukti wujudnya ekonomi kapitalisme pada abad ke-15 ialah

apabila munculnya keluarga-keluarga tertentu di bandar-bandar besar yang memonopoli ekonomi.

Contohnya ialah keluarga Medici yang memonopoli ekonomi di bandar Florence dan keluarga Sforza di

bandar Milan. Kepesatan perkembangan ekonomi di Eropah pada ketika itu dapat dilihat dengan ketara

apabila wujudnya bank-bank seperti Bank Medici di bandar Florence. 13 Raja-raja di Eropah juga mula

menjadi pelopor kepada ekonomi kapitalisme. Hal ini demikian kerana mereka ingin menambahkan
11
Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti, 2001, hlm. 548.
12
Hayes Carlton J. H., Sejarah Eropah Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm. 91.
13
Eugene F.Rice, The Foundation of Early Modern Europe, London: Weidenfeld and Nicolson, 1970, hlm. 41.
9
kekayaan sedia ada di samping mengukuhkan kuasa mereka. Berdasarkan niat tersebut, maka lahirnya

ekonomi merkantalisme. Merkantalisme dapat difahami sebagai satu sistem yang mana ianya melibatkan

campur tangan kerajaan dalam menggalakkan pertumbuhan kekayaan serta kekuasaan negara. Ekonomi

merkantalisme didapati diamalkan di negara-negara di Eropah seperti England, Perancis, Portugis dan

Sepanyol pada abad ke-15.14 Sistem merkantalisme ini menekankan tiga perkara iaitu kekayaan, kekuasaan

dan juga kebajikan. Oleh yang demikian, setiap negara bangsa di eropah telah mula berlumba-lumba untuk

mengumpul kekayaan. Dalam hal ini, kekuatan sesebuah negara adalah ditentukan oleh jumlah emas dan

perak yang dimiliki oleh negara tersebut. Pemerintah pada zaman tersebut percaya bahawa kekayaan akan

dapat menjamin kuasa politik di negara masing-masing. Rentetan daripada perkara inilah pihak pemerintah

sanggup menaja dan menggalakkan aktiviti-aktiviti pelayaran dan penerokaan dijalankan. Pada ketika itu

juga dikatakan rata-rata orang Eropah mempunyai harta sendiri dan begitu bebas menikmati kehidupan

mewah. Aktiviti perhambaan pada waktu itu juga terhapus, namun aktiviti perhambaan warga bukan Eropah

masih lagi berlaku.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN

Semasa jatuhnya Rom Barat dan Rom Timur, secara tidak langsung pusat keilmuan di Eropah juga

runtuh. Penguasaan orang gasar juga telah menyebabkan masyarakat di Eropah tidak lagi mengambil berat

tentang hal ehwal pendidikan mahu pun ilmu pengetahuan. Kekosongan ruang akibat ketiadaan institusi

pendidikan yang sempurna ini telah digunakan oleh pihak gereja yang berfungsi sebagai tempat untuk

mendapatkan ilmu serta rujukan bagi mengetahui sesuatu perkara. Pihak gereja walaupun menyediakan

pengajaran kepada masyarakat, akan tetapi pengajaran yang diberikan hanya berfokuskan kepada agama dan

perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Kristian sahaja seperti ilmu berkaitan kehidupan selepas mati

dan gaya hidup seorang Kristian. Sesiapa yang mengemukakan teori yang bertentangan dengan dokma

Kristian akan dihukum oleh gereja. Contohnya adalah seperti Nicolas Copernicus dan beberapa lagi orang

tokoh tersohor. Menjelang abad ke-15, perubahan telah berlaku dalam perkembangan pendidikan dan ilmu

14
Robert Reinhold Ergang, Europe From Renaissance To Waterloo, Boston, Mass.,: D. C. Heath, 1967, hlm. 141.

10
pengetahuan di Eropah. Pertembungan dengan dunia luar yang lebih maju iaitu Tamadun Arab telah

membangkitkan kesedaran masyarakat Eropah akan kepentingan ilmu serta pendidikan. Kekalahan Eropah

kepada Islam dalam Perang Salib juga menyedarkan masyarakat Eropah bahawasanya mereka perlu

meningkatkatkan pendidikan dan ilmu pengetahuan untuk menjadi bangsa yang berjaya dan maju seperti

masyarakat Islam. Perkembangan ilmu pengetahuan dapat dilihat apabila masyarakat di Eropah mula belajar

bahasa asing dan mempelajari ilmu serta teknologi daripada dunia Islam. Mereka mula menerokai ilmu-ilmu

dalam pelbagai bidang yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka tidak lagi terikat dengan

ilmu yang bersifat teologi semata-mata. Buku menjadi satu keperluan pada masa tersebut kerana majoriti

masyarakat di Eropah sudah pandai membaca dan menulis. Penemuan mesin cetak oleh Johanes Guttenberg

pada waktu tersebut juga telah menyebabkan aktiviti penerbitan dan pengedaran buku semakin rancak

dijalankan di Eropah. Manfaat daripada mesin cetak dapat dirasakan oleh masyarakat di Eropah khususnya

golongan pertengahan dalam aktiviti pembacaan, penulisan dan pengiraan yang sangat diperlukan untuk

membantu dalam menguruskan segala hal berkaitan dengan aktiviti perdagangan dan pelbagai urusan

pentadbiran.15 Budaya membaca dalam kalangan masyarakat di Eropah juga dapat dipertingkatkan dengan

adanya mesin cetak dan perkara ini seterusnya membawa kepada masyarakat Eropah yang lebih kritis daya

pemikirannya. Bandar-bandar di Itali kemudiannya muncul sebagai pusat pembelajaran baru setelah

jatuhnya Konstantinople ke tangan Islam pada 1453. Perkembangan pendidikan pula dapat dilihat apabila

munculnya universiti-universiti seperti Universiti Oxford dan Cambridge di England, Universiti Bologna di

Sepanyol dan Universiti Nantes di Perancis pada abad ke-15.16 Universiti-universiti ini kebanyakkannya

menawarkan subjek seperti tamadun klasik Greek dan Rom, nahu, bahasa asing, matematik, perubatan,

sains, dan juga ilmu astronomi.17 Di samping itu aktiviti penterjemahan karya asing juga giat dijalankan di

universiti-universiti ini. Universiti-universiti yang ditubuhkan sebenarnya adalah hasil suntikan modal

daripada golongan pertengahan. Universiti-universiti ini kemudiannya telah menjadi institusi kajian formal

dan juga tempat berhimpun para cendekiawan dari seluruh Eropah. Kemunculan konsep pemikiran moden

seperti humanisme, individualisme, sekularisme dan skeptikal telah menjadikan ahli-ahli akademik daripada
15
Eugene F.Rice, The Foundation of Early Modern Europe, London: Weidenfeld and Nicolson, 1970, hlm. 6.
16
Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti, 2001, hlm. 398.
17
George Clark, Early Modern Europe, From About 1450 To About 1750, London: Oxford University Press, 1975, hlm. 12.

11
universiti-universiti lebih bebas dalam menyatakan pendapat mereka dan perkara ini sememangnya

menunjukkan perkembangan positif dalam aspek pendidikan mahupun ilmu pengetahuan di Eropah.

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Penemuan mesin cetak seperti yang dibincangkan sebelum ini ternyata memberikan impak yang

sangat besar kepada masyarakat di Eropah pada abad ke-15. Impak ini termasuklah dalam perkembangan

bahasa dan kesusasteraan di Eropah. Mesin cetak bukan sahaja memainkan peranan terhadap golongan

agama seperti Pope Nicolas V yang mencetak surat pengampunan dosa dan menyatakan bahawa surat

tersebut akan diberi kepada sesiapa yang menyumbang harta mereka bagi mempertahankan Cyprus daripada

kerajaan Turki Uthmaniyah akan tetapi mesin cetak juga berperanan dari segenap sudut.18 Jika sebelum ini

iaitu semasa ketiadaan mesin cetak, dapatlah dilihat bahawa bidang bahasa dan kesusasteraan di Eropah

didominasi oleh bahasa Latin. Walaupun terdapatnya bahasa tempatan bagi setiap kawasan namun bahasa

Latin telah diangkat sebagai bahasa yang dominan. Hal ini demikian kerana pengaruh agama Kristian iaitu

melalui Kitab Injil yang digunakan oleh masyarakat Kristian pada waktu tersebut adalah dalam bahasa Latin

dan doa-doa suci juga dibacakan dalam bahasa Latin. Perkara inilah yang menjadikan bahasa tempatan tidak

menjadi dominan dalam masyarakat di Eropah. Selain itu, bidang bahasa dan kesusasteraan tidak banyak

berkembang sebelum abad ke-15 kerana kurangnya aktiviti penterjemahan bahan-bahan ilmu daripada

bahasa Latin kepada bahasa tempatan masyarakat-masyarakat di Eropah. Tambahan lagi, situasi pada waktu

tersebut pula memperlihatkan bahawa tidak ramai yang memahami bahasa Latin kecuali ahli-ahli gereja.

Namun begitu menjelang abad ke-15, dengan adanya mesin cetak aktiviti penterjemahan daripada bahasa

Latin kepada bahasa tempatan giat dijalankan. Contohnya, jika bahan yang diterbitkan dan diterjemahkan

dibuat di Perancis, maka bahasa yang akan digunakan ialah bahasa Perancis. Sebagai hasilnya, rakyat

menjadi lebih berpengatahuan kerana mempunyai bahan bacaan dalam bahasa tempatan mereka sendiri.

Masyarakat juga menjadi lebih faham dan menghayati apa yang mereka baca kerana bahan bacaan yang

dibaca adalah dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa perkembangan bahasa

18
De Lamar Jensen, Renaissance Europe Age of Recovery and Reconciliation, Canada: D. C. Heath and Company, 1981, hlm.
184.
12
adalah sangat pesat pada zaman tersebut. Dalam pada masa yang sama, perkembangan kesusasteraan juga

berjalan dengan rancaknya. Masyarakat Eropah ketika itu mula menyanjung tinggi hasil-hasil karya

kesusasteraan. Mereka kelihatan telah kembali seperti di zaman Greek dan Rom kerana mereka gemar

menghasilkan karya-karya kesusasteraan. Antara karya-karya kesusasteraan yang dihasilkan termasuklah

karya milik William Shakespeare dan Marlome manakala karya ilmiah pula ditulis oleh tokoh-tokoh seperti

Niccolo Machiavelli yang menghasilkan karya The Prince berkaitan politik.19 Thomas More pula

merupakan tokoh yang menghasilkan karya berjudul Utopia. Karya-karya ini sangat mempengaruhi struktur

politik, ekonomi mahu pun sosial di Eropah pada abad ke-15 dan seterusnya.

PERKEMBANGAN KESENIAN

Pada abad ke-15 ini telah berlakunya perkembangan pesat dalam seni ukir, seni lukis, seni muzik,

seni drama dan seni bina. Pada zaman sebelum ini, tiada sebarang pencapaian yang membanggakan dalam

bidang kesenian di Eropah. Hal ini berikutan kerana tiada penumpuan khusus yang diberikan terhadap

bidang ini. Namun, menjelang abad ke-15, bidang kesenian seolah-olah mendapat nafas baru. Contohnya,

dalam bidang seni muzik dapat diperlihatkan yang mana munculnya sekolah muzik di England pada tahun

1453 dan juga di Belanda iaitu pada tahun 1460. Sekolah muzik ini dibangunkan bertujuan untuk mengajar

pelajar bermain muzik dan juga menyanyi. Jika sebelum ini pengajaran muzik hanya terdapat di gereja-

gereja dan berfokuskan kepada lagu-lagu agama Kristian serta dinyanyikan secara berkumpulan. Tetapi

perkara ini berubah pada abad ke-15 apabila munculnya aliran muzik sekular di istana yang mengasingkan

faktor agama di dalam muzik manakala kehadiran gerakan Franciscan yang telah mempengaruhi lagu

popular rakyat bercorak sekular turut berlangsung. Pada abad ini juga dapat dilihat penciptaan lagu-lagu

yang dinyanyikan secara solo yang sememangnya berlawanan dengan zaman sebelumnya. Antara tokoh

muzik di Eropah ketika itu termasuklah Josquin Des Prez (1440M-1521M). Bidang kesenian seterusnya

yang menunjukkan perkembangan pada abad ke-15 ialah seni lukis. Antara bandar-bandar terawal yang

mengalami perkembangan dalam bidang seni lukis ialah bandar Florence dan Siena. 20 Tokoh-tokoh seni
19
George Clark, Early Modern Europe, From About 1450 To About 1750, London: Oxford University Press, 1975, hlm. 45.

20
Richard Lodge Snyder , The Close of The Middle Ages, 1273-1494, London: Rivingtons, 1923, hlm. 527.
13
lukis terkenal seperti Leonardo Da Vinci merupakan tokoh terkenal pada zaman ini dengan hasil karyanya

Monalisa dan Last Supper.21 Seni lukis pada zaman ini dilihat lebih sekular dan menunjukkan perbezaan

yang sangat ketara. Jika dahulu seni lukis hanya hanya terhad kepada agama semata-mata namun pada abad

ke-15 tidak lagi. Pada zaman ini juga lukisan adalah lebih berbentuk realiti kerana pelukis pada zaman itu

dikatakan melihat dunia seperti seorang juru gambar. Di Florence, muncul seorang pelukis terkenal bernama

Giotto yang melukis tubuh badan manusia dengan menampakkan unsur realiti. Lukisan pelukis tersohor

Michaelangelo iaitu David dan The Last Judgement turut memperlihatkan lukisan bersifat sekular. Bagi seni

drama, masyarakat pada zaman ini lebih tertarik dengan cerita lakonan yang mengisahkan kehidupan

seharian dan tidak lagi mengisahkan tentang agama seperti zaman sebelumnya. Pada zaman sebelumnya,

lakonan dipentaskan di luar gereja. Namun begitu, apabila lakonan-lakonan yang dipentaskan mula

mendapat sambutan, panggung-panggung mula dibina. Contoh panggung yang dibina termasuklah

Panggung Globe di England yang mementaskan cerita lakonan William Shakepeare. Seni ukir juga tidak

ketingggalan daripada berkembang pada abad ke-15 ini. Beberapa tokoh terkenal seperti Donatello dan

Ghiberti telah muncul sebagai tokoh pengukir terkenal di Eropah. Seni ukir pada zaman tersebut juga

memperlihatkan para pengukir lebih bebas dan terbuka dalam mengukir mengikut pemikiran masing-masing

tanpa terikat dengan mana-mana pihak terutamanya pihak gereja. Kesenian terakhir yang berkembang pesat

pada ke-15 ialah seni bina. Seni bina di Eropah pada abad ke-15 telah memperlihatkan angin perubahan yang

membawa fahaman baru dan moden. Seni bina pada zaman ini dikatakan lebih seimbang dan harmoni.

Terdapat tiang-tiang melengkung yang menjadi simbol kepada pembinaan moden dalam seni bina di Eropah

selain bangunan yang melebar, berbentuk mendatar, pembinaan tingkap yang banyak dengan ruang

berbentuk segi tiga untuk perhiasan.22 Masyarakat Eropah juga sudah mula berminat untuk membina gereja-

gereja besar serta mewah di setiap bandar. Buktinya dapat dilihat di bandar besar seperti Florence yang telah

menjadi pusat perkembangan seni bina pertama di Eropah. Hal ini demikian kerana bandar Florence

melahirkan ramai tokoh seni bina terkemuka seperti Filipo Brunelleschi yang berjaya membina kubah gereja

San Lorenzo, gereja San Spirito serta gereja Santa Mari Della Fiore. Tokoh lain seperti Bramante pula

21
De Lamar Jensen, Renaissance Europe Age of Recovery and Reconciliation, Canada: D. C. Heath and Company, 1981, hlm.
147.
22
Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti, 2001, hlm. 639.
14
berjaya melukis pelan asal seni bina gereja St. Peter di Rom dan Antorrio da Sangallo yang bekerjasama

dengan Michelangelo pula berjaya menyiapkan Istana Farnese.23

PERKEMBANGAN REVOLUSI SAINS

Zaman sains moden dikatakan lahir antara tahun 1450 sehingga 1700. Perkembangan revolusi sains

yang berlaku telah mencabar kepercayaan dunia Kristian. Hal ini demikian kerana perkembangan revolusi

sains ini telah menguasai kurikulum sekolah, menguasai pemikiran masyarakat serta secara tidak langsung

mengubah persepsi masyarakat Eropah itu sendiri. Perkembangan revolusi sains telah melahirkan ramai

tokoh-tokoh sains terkenal. Salah seorang daripadanya termasuklah Nicolas Copernicus (1473-1543). Beliau

merupakan seorang ahli falak yang berasal dari Poland.24 Beliau merupakan individu yang menjalankan

kajian selama 30 tahun ke atas hipotesis yang menyatakan bahawa pergerakan bumi bertanggungjawab ke

atas gerakan tubuh. Beliau juga telah mengarang sebuah karya yang berjudul De Revolutionibus Orbium

Coelestium. Namun begitu, karya ini tidak diterbitkan sehinggalah selepas kematiannya. 25 Antara yang

dikemukakan dalam karya ini termasuklah tesis yang menyatakan matahari ialah pusat alam dan bumi

beredar mengelilingi matahari. Menurut beliau, dalam peredaran ini bumi berpusing pada paksinya. Apa

yang telah dirumuskan oleh Copernicus sangat penting terutamanya dari segi kemajuan sains kerana ianya

menjadi bukti bahawa satu pendapat lama yang sekian lama dipegang oleh masyarakat Eropah berkaitan

peredaran bumi dan matahari ternyata salah. Bertitik tolak daripada kenyataan Nicolas berkaitan peredaran

bumi dan matahari inilah kemudiannya telah membawa kepada permulaan penolakan secara besar-besaran

terhadap ilmu lama yang berdasarkan pendapat lama serta kepercayaan agama semata-mata. Kenyataan

Nicolas ini juga telah merangsang pemikiran skeptikal atau sikap ingin tahu masyarakat Eropah terutamanya

golongan-golongan sarjana untuk melakukan penyelidikan sendiri tentang alam dan membuat satu rumusan

baru berdasarkan setiap penemuan. Abad ke-15 ini kemudiannya telah menjadi perintis kepada kelahiran

tokoh-tokoh sains yang lain dalam kalangan masyarakat di Eropah. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Tycho

Brahe (1546-1601). Beliau merupakan ahli falak berketurunan Denmark. Seperti juga Nicolas, beliau
23
A. J. Grant, Outlines of European History, London: Longman, Green, 1958, hlm. 234.
24
Maurice Ashley, The Golden Century Europe 1598-1715, London: Weidenfeld & Nicolson, 1969, hlm. 73.
25
Eugene F.Rice, The Foundation of Early Modern Europe, London: Weidenfeld and Nicolson, 1970, hlm. 8.
15
mengemukakan satu teori baru berkaitan sistem planet dengan bumi sebagai pusat bagi orbit bulan dan

matahari juga sebagai pusat kepada bintang-bintang tetap. Apa yang dicatatkan oleh beliau telah digunakan

oleh anak didiknya bernama Johannes Kepler bagi merumuskan tiga hukum gerakan bintang berdasarkan

perhitungan ilmu matematik.26 Rumusan yang dibuat termasuklah planet beredar mengikut garisan bujur

dengan matahari menjadi pusat garisan itu. Apabila bumi atau planet lain mengelilingi matahari mengikut

garisan bujur, ia bergerak lebih cepat semasa kedudukannya berada paling dekat dengan matahari. Rumusan

terkahir yang dibuat ialah jarak planet dari matahari ialah mengikut kadar jangka waktu edarannya

mengelilingi matahari. Galileo (1564-1642) juga merupakan salah seorang tokoh sains yang lahir berikutan

perkembangan revolusi sains pada abad ke-15. Beliau merupakan ahli matematik Itali, ahli kaji bintang dan

juga ahli fizik. Galileo membuat percubaan sains dan cuba untuk membuktikan pendapat Aristotle yang

mengatakan barangan berat atau ringan jatuh serta bergerak sama mengikut satu hukum iaitu jarak yang

telah dijalani dari tempat mula mengikut kadar ganda dua masa barangan itu bergerak. Hukum ini dapat

dibuktikan apabila beliau membuat percubaan menggolekkan bola dan mengukur jarak sera masa bole itu

bergerak. Bagi mengukur masa pula, beliau telah membuat bandul jam yang lebih tepat daripada jam yang

sedia ada pada zamannya. Galileo menyatakan bahawa bandul akan berayun mengikut masa yang tetap dan

ianya telah menjadi penggerak jam yang digunakan sehingga ke hari ini. Galileo turut menghasilkan dua

buah karya terkenal semasa hidupnya iaitu The Two Chief System dan The Two New Science.27 Bukan itu

sahaja, Galileo turut menyumbang dalam penciptaan teropong. Teropong yang dicipta oleh beliau adalah

bertujuan untuk melihat bintang dan planet dengan lebih jelas lagi. Ciptaan beliau ini mendapat sanjungan

tinggi dan membuka mata masyarakat Eropah bahawa betapa pentingnya sesuatu penciptaan itu untuk

pembangunan serta kemajuan bangsa mereka sendiri.

KESIMPULAN

Berdasarkan setiap perkembangan yang telah dibincangkan dengan terperinci, iaitu melalui

pembentukan negara bangsa dan pengukuhan pemerintahan monarki, kemunculan konsep pemikiran moden,
26
George Fox Mott, Harold M. Dee, Middle Ages: An Outline History From The Decline Of The Roman Empire Through The
Reformation, New York: Bernes & Noble, 1965, hlm. 234.
27
Carl B. Boyer, A History of Mathematics, New York: Wiley, 1991, hlm. 348.
16
perkembangan aktiviti pelayaran dan penerokaan, perkembangan ekonomi kapitalisme dan merkantalisme,

perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan, perkembangan bahasa dan kesusasteraan, perkembangan

kesenian serta perkembangan revolusi sains dapatlah dijustifikasikan bahawa abad ke-15 sememangnya

layak dianggap sebagai zaman moden di Eropah. Terdapat banyak anjakan positif berlaku dalam setiap

perubahan dan perkembangan yang dinyatakan lalu membawa keadaan di Eropah menjangkau ke satu tahap

yang lebih baik daripada sebelumnya. Pembentukan negara bangsa juga telah menjadikan masyarakat di

Eropah lebih bersatu padu dan mempunyai sikap kenegaraan yang tinggi terhadap negara masing-masing.

Segala fahaman serta kepercayaan jumud pada zaman sebelumnya juga tidak lagi mendapat tempat dalam

kalangan masyarakat di Eropah. Masyarakat di Eropah ketika itu lebih memberi perhatian tentang

bagaimana mereka mahu meningkatkan mobiliti sosial di samping meningkatkan kemajuan serta

kecemerlangan bangsa mereka sendiri. Aliran-aliran pemikiran moden seperti humanisme, sekularisme,

individualisme dan skeptikal telah mula diaplikasikan oleh masyarakat Eropah dalam menjalankan

kehidupan seharian mereka. Pada abad ke-15 juga telah munculnya ekonomi kapitalisme dan merkantalisme

yang telah mengubah persepsi masyarakat di Eropah dari segenap dimensi. Pengumpulan kekayaan adalah

sangat menjadi keperluan pada ketika itu dan masyarakat tidak lagi begitu memikirkan soal agama serta

institusi gereja seperti sebelumnya. Fokus hidup mereka adalah untuk mencari keseronokan di dunia dengan

mengejar kemewahan dan kebendaan. Dengan demikian, berlakulah perkembangan pesat yang dapat dilihat

seperti dalam bidang pelayaran dan penerokaan yang bermatlamat untuk mencari serta menambahkan

kekayaan negara. Perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan serta bahasa dan kesusasteraan ternyata

membawa perubahan besar kepada masyarakat di Eropah. Mereka mula sedar akan kepentingan ilmu

pengetahuan serta institusi pendidikan yang teratur bagi melahirkan generasi yang sempurna. Bahasa dan

kesusasteraan juga tidak kurang pentingnya kerana melalui bidang inilah masyarakat di Eropah mula tertarik

untuk mendalami hasil-hasil karya yang ditulis pada zaman Greek dan Rom. Bidang ini sangat berkembang

pesat hasil daripada penciptaan mesin cetak yang kemudiannya telah membawa kepada pengurangan

pengaruh bahasa Latin sebaliknya bahasa tempatan mula diangkat menjadi satu bahasa penting dalam

kehidupan. Perkembangan kesenian iaitu melalui seni drama, seni muzik, seni ukir, seni lukis dan juga seni

bina dapat dilihat mengalami satu anjakan besar dalam dunia Eropah. Masyarakat Eropah ketika itu telah

17
menggunakan konsep pemikiran moden dalam mengembangkan setiap cabang kesenian tersebut.

Perkembangan dalam bidang kesenian ini telah menjadi bukti bagaimana masyarakat di Eropah itu sendiri

membangunkan sesuatu bidang yang dianggap penting pada zaman kegemilangan Greek dan Rom. Akhir

sekali, kemuncak kepada abad ke-15 adalah dengan memperlihatkan perkembangan revolusi sains telah

berlaku. Revolusi sains ini menegaskan bahawa pemikiran dan juga pegangan masyarakat Eropah telah

berubah sepenuhnya dan mereka ternyata menjadi lebih skeptikal dalam setiap perkara. Kelahiran-kelahiran

tokoh sains terkemuka seperti yang dibincangkan telah menyebabkan masyarakat di Eropah membuka mata

mereka serta berlumba dalam menerokai perkara-perkara baru yang seterusnya membawa kemajuan kepada

masyarakat. Perkembangan-perkembangan ini kemudiannya telah menjadi perintis kepada zaman selepasnya

untuk menjadi lebih maju dan berkembang dari segenap sudut. Oleh hal yang demikian, abad ke-15

selayaknya dianggap sebagai permulaan zaman moden dalam sejarah Eropah di samping menjadi tunjang

asas yang menjadikan dunia Eropah mencapai kemajuan sehingga ke hari ini.

BIBLIOGRAFI

Ashley Maurice, The Golden Century Europe 1598-1715, London: Weidenfeld & Nicolson, 1969.

Boyer Carl B., A History of Mathematics, New York: Wiley, 1991.

Clark George, Early Modern Europe, From About 1450 To About 1750, London: Oxford University Press,
1975.

Ergang Robert Reinhold, Europe From Renaissance To Waterloo, Boston, Mass.,: D. C. Heath, 1967.

Grant A. J., Outlines of European History, London: Longman, Green, 1958.

18
Jensen De Lamar, Renaissance Europe Age of Recovery and Reconciliation, Canada: D. C. Heath and
Company, 1981.

J. H. Hayes Carlton, Sejarah Eropah Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.

Mott George Fox, Dee Harold M., Middle Ages: An Outline History From The Decline Of The Roman
Empire Through The Reformation, New York: Bernes & Noble, 1965.

Rice. Eugene F., The Foundation of Early Modern Europe, London: Weidenfeld and Nicolson, 1970.

Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd., 2002.

Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti, 2001.

Snyder Richard Lodge, The Close of The Middle Ages, 1273-1494, London: Rivingtons, 1923.

Snyder Richard Lodge, L. Louis, The Making of The Modern Man, Princeton, N.J.: Van Nostrand, 1967.

19

Anda mungkin juga menyukai