Anda di halaman 1dari 4

2.

0 Analisis kandungan

2.1 Konsep mitos

Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), mitos merupakan cerita zaman dahulu
yang dianggap benar berlaku terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep atau
kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, dan kejadian-kejadian
alam. Definisi kedua pula, mitos merupakan cerita tentang seseorang atau sesuatu yang
tidak benar atau direka-reka dan juga dongeng.

Menurut Ariff Mohamad (2019: 37), mitos bermaksud cerita zaman dahulu yang
dianggap benar oleh masyarakat yang memilikinya, sehingga kejadian luar biasa dianggap
keramat. Beliau menerangkan terdapat empat jenis mitos iaitu mitos kerajaan dan negeri,
mitos penerimaan islam, mitos perbomohan dan mitos kejadian.

Seterusnya, Hashim Awang (1986 : 61) dalam Norazimah Zakaria (2013)


menyatakan bahawa mitos adalah jenis cerita rakyat yang mengisahkan mengenai manusia
atau makhluk dan peristiwa luar biasa yang di luar logik fikiran manusia. Beliau
menambah bahawa mitos terbahagi kepada dua jenis, iaitu mitos pembukaan sesuatu
tempat dan asal usul, misalnya pembukaan negeri Melaka dan mitos ketokohan seseorang,
misalnya Raja Iskandar Zulkarnain.

Mitos dapat mengukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu dan menjadi


panduan hidup masyarakat supaya kehidupan menjadi lebih tersusun, terkawal, teratur dan
mempunyai peraturan.
2.2 Pemikiran mitos di dalam Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)

2.2.1 Mitos asal usul

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) terdapat beberapa unsur


mitos yang berasal daripada pengaruh-pengaruh hindu dan juga setempat. Unsur
mitos ini akan menjadikan penceritaan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa
menjadi lebih menarik dan meningkatkan taraf masyarakat pada zaman dahulu
terutama kepada golongan pemerintah iaitu asal usul raja.

Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) merupakan salah satu daripada


karya yang menerapkan unsur-unsur mitos. Salah satu pemikiran mitos di dalam
penceritaan Hikayat Merong Mahawangsa ialah mitos asal usul keturunan raja-
raja. Unsur pemikiran mitos ini dapat dilihat di dalam teks Hikayat Merong
Mahawangsa.

…adapun raja itu ayahnya daripada indera-indera


dan bondanya itu asal daripada dewa-dewa, maka
terbukalah pintu hatinya gemar dan suka ia beristeri akan
anak raja gergasi kerana puteri itu kecil lagi baik rupa
parasnya dan asal bondanya daripada raksasa. Maka jadi
tiada sukalah ayah bondanya Merong Mahawangsa akan
dia beristeri akan tuan puteri itu. Maka oleh Merong
Mahawangsa barang kemana ia pergi dibawanya pergi
isteri itu bersama dengan dia tiada di tinggalkan…Raja
Merong itu ia diketahui ilmu kesaktian dan ditakuti oleh
sekalian raja. (HMM: 4)

Berdasarkan petikan tersebut dapatlah kita lihat bahawa, terdapat unsur


mitos asal usul Merong Mahawangsa merupakan keturunan indera dan dewa-
dewa. Hal ini menunjukkan pengarang ingin mengangkat darjat golongan raja
yang merupakan golongan yang berdarjat tinggi. Dalam petikan itu juga,
pengarang menerapkan ciri-ciri tubuh badan masyarakat pada zaman tersebut yang
bertubuh gergasi.
2.2.2 Mitos kejadian manusia

Selain daripada mitos asal-usul golongan raja, pengarang juga menyelitkan


beberapa cerita berunsur mitos berupa kejadian manusia yang luar biasa mengatasi
logika manusia. Cerita mitos memberikan sifat luar biasa kepada para dewa dan
raja-raja. Dalam penceritaan Hikayat Merong Mahawangsa ini ciri-ciri kesaktian
raja sebagai wira sudah pasti menjadi inti utama dalam membuktikan kehebatan
untuk berhadapan dengan unsur jahat di dalam cerita. Kesaktian Merong
Mahawangsa dapat dilihat berdasarkan cerita peperangan angkatan tentera
Merong Mahawangsa dengan burung garuda.

Maka Raja Merong Mahawangsa pun menarik busar anak


panah yang bernama Ayun-ayunan itu keudara,
bergemuruhlah bunyinya seperti halilintar membelah…

(HMM: 7)

Demi dilihat oleh Raja Merong Mahawangsa hal anak


panahnya itu tewas tiada jua memberi bekas pada burung
geruda itu, maka terlalulah marahnya lalu dibalas pula
suatu anak panahnya, dipanahkan naik keudara bergempita
gemuruh bahananya di dalam laut itu, seketika datanglah
seekor burung jentayu menghambat burung geruda.

(HMM: 7)

Maka Raja Merong Mahawangsa pun segera memanah


dengan anak panahnya Berana Pura itu keudara
bergemuruh perginya hendak mengenai burung geruda
itu… (HMM: 8)
Berdasarkan petikan tersebut, terdapat beberapa unsur mitos yang
diterapkan oleh pengarang di dalam menceritakan kesaktian raja Merong
Mahawangsa dalam peperangannya dengan burung Garuda gergasi yang
menyerang mereka. Pengarang mengetengahkan pemikiran unsur mitos yang
dipengaruhi oleh hindu agar menanam rasa taat sedia rakyat kepada raja. Rakyat
sama sekali tidak akan berani untuk menderhaka kepada raja kerana masyarakat
percaya kepada asal-usul raja daripada dewa yang mempunyai kuasa sakti. Cerita
mitos ini akan kekal dalam kalangan masyarakat walaupun tidak dapat diterima
secara logikanya.

Menurut Norazimah Zakaria (2013), dalam sebuah penceritaan hikayat


atau cerita melayu tradisional unsur keluarbiasaan, keajaiban, dan kesaktian
menjadi tumpuan pengarang dan menjadi kemestian dalam sesebuah hikayat atau
cerita untuk menggambarkan kehebatan watak. Hikayat Merong Mahawangsa
yang dikarang berdasarkan konsep penulisan sejarah Melayu tradisional,
menjalankan peranannya sebagai sebuah penulisan sejarah. Terdapat banyak
rahsia budaya dan nilai hidup zaman dahulu tersirat dalam himpunan
perlambangan, mitos dan lagenda.

RUJUKAN

Norazimah Zakaria, Rusniyati Mahiyaddin & Siti Nor Amira Baharuddin. (2013).
Cerita Mitos dalam Dua Dunia. Jurnal Peradaban Melayu Upsi. Diperoleh
daripada http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/245.

Othman Daya (Pnyt). (2006). Tradisi Lisan Bercorak Cerita. Kuala Lumpur:
Jabatan Kebudayaan, Keseni Negara.

Anda mungkin juga menyukai