Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Sejak usia yang muda lagi gender seseorang itu telah dibebani dengan pelbagai ekspetasi

dan limitasi dari setiap aspek kehidupan. Sering kali kita dengar suara-suara yang mengatakan

bahawa lelaki harus kuat, tidak boleh menangis manakala wanita pula seharusnya lemah lembut,

sopan santun dan sebagainya. Seseorang individu itu harus memenuhi kehendak dan jangkaan yang

telah dikonstruksi oleh sesebuah masyarakat dan mereka yang melanggar konstruksi ini akan

dianggap pelik dan tidak normal (Connell, 2009:5). Tidak cukup dengan syarat-syarat yang dituntuti

oleh masyarakat sekeliling, idea mengenai gender ini juga turut diperkukuhkan lagi oleh media yang

sering memaparkan contoh-contoh maskuliniti serta feminiti (Connell, 2009:5).

Dunia kini telah pun berubah menjadi semakin moden, namun konteks pemikiran kita

masih tetap di takuk yang sama. Hakikatnya hanyalah indah khabar dari rupa. Walaupun semakin

ramai yang semakin lantang bersuara di luar sana, akan tetapi rakyat kita masih belum bersedia untuk

berubah. Masing-masing masih selesa berada di zona nyaman mereka. Maka pada penulisan ini, kita

akan mengkaji drama-drama melayu seperti ‘Abang Bomba I Love You’, ‘Suri Hati Mr. Pilot’ serta

‘Hero Seorang Cinderella’ yang menjadi tontonan jutaan penonton Malaysia. Kita akan melihat

keberkesanan drama-drama ini dalam memperkukuhkan lagi ideologi seksis, stereotaip, prejudis dan

mengekalkan satu orde sosial dari segi gender yang tidak seimbang.

Strereotaip Gender dalam Drama Melayu

Kini pengadaptasian novel ke dalam bentuk drama bersiri dan juga filem telah menjadi

trend dalam industri hiburan tanah air. Novel-novel yang laku dan hangat dipasaran akan ditapis dan

kemudiannya diolah masuk ke dalam kaca televisyen bagi memenuhi permintaan orang ramai.

Ketiga-tiga drama yang dipilih bagi penulisan esei ini mempunyai jalan penceritaan yang lebih kurang

sama dan klise di mana plotnya sudah boleh dijangka. Walaupun terdapat beberapa elemen perubahan

yang ditokok tambahkan kedalam cerita namun pengukuhan terhadap sistem patriarki masih jelas

dipamerkan. Menurut Walby (2014), patriarki adalah sebuah sistem struktur sosial dan praktis-praktis

1
yang meletakkan kaum lelaki sebagai pihak yang mendominasi, menindas dan mengeksploitasi kaum

perempuan (Suriadi Bara, 2016). Struktur sosial ini membawa gagasan bahwa setiap individu lelaki

berada pada posisi dominan dan setiap individu perempuan dalam posisi subordinat. Secara

ringkasnya, drama-drama ini masih menonjolkan wanita sebagai kaum yang lemah di mana mereka

tetap memerlukan bantuan daripada lelaki untuk menyelesaikan masalah dalam hidup mereka.

Seperti yang dikatan oleh Wood (2005) dalam Azman Azwan (2015:100), pendominasian

media dilakukan berdasarkan tema-tema yang tertentu dan salah satunya adalah lelaki dan wanita

distereotaipkan dalam cara yang melambangkan serta mengekalkan pandangan konvensional tentang

gender. Representasi kaum lelaki dalam media selalunya sebagai seorang yang agresif, boleh

mengawal, kompeten, dan berkuasa manakala kaum wanita pula sering diperlihatkan sebagai objek

yang bergantung kepada orang lain. Menurut Azman Azwan lagi, perhubungan antara lelaki dan

wanita menekankan kepada peranan tradisional gender dengan menonjolkan kuasa yang tidak

seimbang antara lelaki dan wanita.

Ketiga-tiga watak wanita yang utama dalam drama ini masing-masingnya ditindas dan

mempunyai pergelutan yang tersendiri dengan ahli keluarga. Ketiga-tiga mereka dipamerkan seolah-

olah tidak mampu untuk menyuarakan dan mempertahankan hak masing-masing. Karekter-karekter

ini mempromosi ciri-ciri wanita melayu seperti yang telah dilabelkan oleh masyarakat untuk menjadi

seorang yang sopan, lemah lembut, akur serta patuh pada arahan. Mereka sering diperlihatkan seperti

tidak mempunyai hak bersuara yang jelas di dalam drama-drama tersebut:

1. Suri Hati Mr. Pilot: Di permulaan drama ini lagi terdapat ciri-ciri sistem patriarkal yang

kuat telah ditunjukkan. Apabila Warda (lakonan Neelofa) telah dihalau oleh bapanya

daripada rumah disebabkan keenggannya untuk mengahwini lelaki yang dipilihkan oleh

bapanya. Watak bapa Warda dalam drama ini merupakan seorang ketua keluarga yang

tegas dan sangat menjaga nama baik serta reputasi keluarnya. Dia menjadi berang dengan

kedegilan anaknya yang tidak mahu akur dengan pilihannya sehingga dia sanggup untuk

2
memutuskan perhubungan kekeluargaan dengan anaknya itu. Ibu Warda dalam drama ini

tidak terlepas dari stereotaip wanita-wanita melayu di mana suaranya tidak mempunyai

sebarang kuasa. Dia digambarkan sebagai seorang isteri yang taat kepada suaminya dan

akur dengan keputusan yang dibuat oleh suaminya walaupun tidak bersetuju.

2. Hero Seorang Cinderella: Nura Medina (dilakonkan Nur Fazura) dalam drama merupakan

seorang anak tiri yang ditindas sejak kecil lagi oleh ibu dan kakak tirinya sangat bersifat

manipulatif. Mereka telah berjaya menghasut bapanya untuk menghalau Medina keluar

dari rumah selepas menfitnahnya berkelakuan sumbang mahram di rumah mereka. Maka

sekali lagi unsur-unsur patriarki diperkukuhkan dengan menekankan kuasa yang dimiliki

oleh lelaki dan sesebuah institusi kekeluargaan. Medina yang tidak mampu untuk

membuktikan salah faham yang terjadi itu terpaksa akur dengan permintaan ayahnya.

3. Abang Bomba, I Love You: masih bertunjangkan teman yang sama, drama ini

memperlihatkan watak utamanya Lily (lakonan Amira Othman), yang dikhianati oleh

kakaknya sendiri Mawar disebabkan oleh rasa cemburu. Bapa mereka meletakkan harapan

yang tinggi kepada Lily untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya

lalu menginginkan Lily untuk masuk ke institusi pendidikan tinggi yang sama sepertinya.

Di sini kita dapat lihat masa depan Lily telah ditentukan oleh bapanya. Walaupun Lili tidak

membantah dan bersetuju dengan keputusan itu namun wataknya juga tidak ditonjolkan

seperti mempunyai pendirian yang sendiri. Keputusan-keputusan yang besar dalam hidup

masih lagi ditentukan oleh satu kuasa yang agong dalam sesebuah organisasi keluarga.

Jika ditolak elemen-elemen romantis dan percintaan dalam drama-drama ini, jalan cerita

yang disampaikan amatlah mendokong ideologi seksis. Berkali-kali dalam drama-drama ini heroin

diselamatkan oleh hero dalam situasi-situasi yang genting menyebabkan mereka sering terhutang

budi. Adegan-adegan seperti ini meyakinkan lagi idea-idea seorang wanita tidak mampu untuk hidup

berdikari dan memerlukan tempat bergantung daripada lelaki. Hal ini diterangkan sebagai ideologi

‘benevolent sexism’ oleh Moran, Abramson & Moran (2014) yang percaya bahawa is bahawa
3
perbezaan jantina adalah saling melengkapi dan wanita harus dilindungi dan dijaga (McGinnis, 2017).

Walaupun sikap ini merupakan sesuatu yang positif bagi golongan seksis; mereka merangkumi

perasaan perlindungan dan kasih sayang terhadap wanita namun ianya masih menganggap wanita

sebagai jantina yang lemah. Ideologi ini menganggap peranan jantina adalah bersifat tradisional dan

ianya berkhidmat untuk membenarkan dan mengekalkan struktur sosial patriarki (Glick & Fiske,

1997:121).

Berdasarkan drama ‘Abang Bomba, I Love You’ dapat kita lihat watak Lily sering ditimpa

musibah dan disetiap musibah itu heronya, Rayqal (dilakonkan oleh Hisham Hamid) muncul untuk

menyelamatkan nyawa Lily sehingga dia dianggap sebagai superhero. Peristiwa-peristiwa ini telah

membuatkan Lily amat mengagumi Rayqal.

Di dalam drama ‘Suri Hati Mr. Pilot’ dan ‘Hero Seorang Cinderella’ pula memberi gambaran

bahawasanya dengan berkahwin, wanita mampu menyelesaikan masalah dalam kehidupannya.

Berdasarkan drama-drama ini, hero (kedua-duanya dilakonkan oleh Fattah Amin) akan masuk ke

dalam pembingkaian cerita bagi menyelamatkan heroin-heroinnya lalu membaikpulih kekeruhan

yang berlaku. Sebagai contoh:

1. Suri Hati Mr. Pilot: Perkahwinan Warda dengan Ejaz Fakri yang merupakan pilihan

keluarganya sejak awal telah berjaya menyatukan kembali hubungan yang retak diantara

seorang anak perempuan dan bapanya. Sejak itu Ejaz juga telah banyak membantu Warda

dari kesulitan terutamanya ketika dia diculik oleh Daniel yang obses terhadap Warda.

2. Hero Seorang Cinderella: Watak Nura Medina yang sering difitnah dan dikhianati

menyebabkan heronya iaitu Tengku Ian berasa kesian dan timbulnya perasaan

bertanggungjawab lalu segera mengahwini Medina untuk membela nasibnya.

Ketidakseimbangan juga turut berlaku dalam drama-drama ini dari segi status pendidikan

serta kerja di antara lelaki dan wanita. Di dalam ketiga-tiga drama ini, watak-watak lelakinya semua

memiliki perkerjaan professional yang stabil dan pendidikan yang tinggi – Raykal sebagai seorang
4
bomba, Ejaz Fakhri sebagai seorang juruterbang dan Tengku Ian merupakan seorang penaung

empayar busines yang terkemuka serta seorang kerabat diraja. Watak Warda, Medina dan juga Lily

tidak kurang hebatnya di mana masing-masing berpendidikan tinggi malah Lily mendapatkan Izajah

Kedoktorannya daripada luar negara. Namun begitu, penekanan terhadap kerjaya mereka kurang

difokuskan. Kebiasaannya hanya konflik-konflik kehidupan mereka yang diketengahkan yang

akhirnya memperlihatkan mereka sebagai wanita lemah.

Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa pemaparan wanita dalam media semakin meningkat jika

dibanding dengan zaman dahulu. Namun tanggungjawab dari segi gender mereka masih lagi sama

dan masih lagi distereotaipkan oleh masyarakat. Peranan wanita-wanita di dalam drama ini masih

berkisarkan ciri-ciri tradisional dan tidak membawa impak yang serius dalam orde sosial. Justeru,

setuju atau tidak, media sememangnya memperkukuhkan lagi konstruksi sosial dan budaya yang

secara sedar atau tidak masih lagi memartabatkan sistem patriarki dalam kehidupan kita.

Walaupun rata-rata adegan dalam drama-drama ini memperkukuhkan lagi stereotaip-

stereotaip gender namun rakyat Malaysia masih lagi tidak melihatnya sebagai satu permasalahan

malah mereka semakin menuntut genre-genre drama yang seperti ini. Malahan drama-drama yang

dikaji ini telah mendapat jutaan tontonan memecahkan rekod drama-drama Melayu lain di Malaysia.

Hal yang demikian kerana idea-idea ini telah disuapkan dan diterapkan secara halus ke dalam minda

para penonton sehingga mereka sudah terbiasa serta menerimanya tanpa sebarang pertikaian. Masih

kerja-kerja yang perlu dilakukan dalam usaha untuk menyeimbangkan peranan dan pemaparan

gender.

5
Bibiliografi

Azman Azwan Azmawati, Mahyuddin Ahmad, Mustafa Kamal Anuar & Wang Lay Kim

(2015). Antologi Esei Komunikasi: Teori, Isu dan Amalan. Penerbit USM, Malaysia.

Bara, S. (2017). Sejarah, Pengertian dan Struktur, Kadar dan Bentuk Ideologi Patriarki.

Medium. Retrieved 5 December 2017, from https://medium.com/@diksimerah/sejarah-

pengertian-bentuk-dan-struktur-ideologi-patriarki-efd0124e2128

Connell, R. (2009). Short Introductions Gender. Polity, UK.

Glick, P., & Fiske, S. (1997). Hostile and Benevolent Sexism. Psychology Of Women

Quarterly, 21(1), 119-135. http://dx.doi.org/10.1111/j.1471-6402.1997.tb00104.x

Haja Mydin Abdul Kuthoos, Noraida Endut & Azman Azwan Azmawati, Representasi

Peranan Gender Dalam Iklan: Sebuah Tinjauan Ke Atas Sorotan Literatur ., .

Mcginnis, C. (2017). Sexist Ideologies. Sites.psu.edu. Retrieved 5 December 2017, from

http://sites.psu.edu/global/2017/01/27/sexist-ideologies/

Yanti Dwi Astuti (2016). Media dan Gender. Studi Deskriptif Representasi Stereotipe

Perempuan dalam Iklan di Televisi Swasta. Profetik Jurnal Komunikasi, 9(2), 25-32.

Anda mungkin juga menyukai