Anda di halaman 1dari 2

Fungsi dan Jenis-Jenis Kritikan Sastera

Sememangnya kegiatan kritikan kesusasteraan itu memiliki tujuan, peranan, objektif serta
fungsi yang tersendiri. Antara fungsi-fungsinya ialah pertama, kritikan sastera sebagai
penyumbang pengetahuan dan seterusnya mengembangkan pengetahuan itu. Kedua, kritikan
sastera itu memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan
menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas. Ketiga, kegiatan kritikan
sastera boleh memperlihatkan antara karya sastera yang baik dan kurang baik.[2]
Antara lain fungsi kegiatan kritikan sastera itu ialah ia boleh membantu pengarang mendidik
masyarakat setelah pengarang mengetahui kegemaran dan kemahuan para pembaca, yakni
jenis atau bentuk karya sastera yang mereka minati dan ingini. Kritikan sastera juga dapat
memberi keterangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan karya sasteranya
dengan pembaca. Selain daripada itu dengan ada tulisan kritikan sastera, ia boleh memberikan
perangsang di samping mendidik orang ramai supaya lebih giat membaca. Tulisan kritikan
sastera juga berfungsi sebagai mengahapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan
juga kesusasteraan.[3]
Dalam ilmu kritikan sastera, terdapat jenis-jenis kritikan. Ilmu kritikan dapat dilihat dari dua
penggolongan dasar iaitu Kritikan Teori dan Kritikan Amali. Kritikan Teori ialah kritikan
yang memperkatakan tentang istilah, konsep dan pelbagai masalah yang berkaitan dengan
soal-soal menilai, menimbang, menafsir dan menganalisis. Manakala Kritikan Amali itu ialah
kritikan yang menggunakan atau menerapkan secara langsung prinsip-prinsip teori yang
diambil dari Kritikan Teori yang terberkenaan dan diaplikasikan kepada karya atau pengarang
sastera.
Kemudian dari pembahagian utama itu tadi, jenis kritikan sastera itu dapat dibahagibahagikan lagi. Antara jenis-jenis kritikan sastera ialah pertama Kritikan Mimetik, kedua
Kritikan Pragmatis, ketiga Kritikan Ekspresif dan Kritikan Objektif.[4] Selain daripada jenisjenis yang dikemukakan tadi, ada lagi jenis kritikan lain iaitu Kritikan Sejarah, Biografi,
Sosiologi, Marxist dan Psikologi (Psikoanalisis). Jenis-jenis kritikan ini adalah berdasarkan
kepada penggunaan ilmu atau disiplin ilmu lain yang digunakan dalam menilai karya-karya
sastera seperti ilmu sejarah, sosiologi, psikologi, geografi, ugama dan ilmu seni yang lain.
Dalam esei ini, penulis akan hanya menggunakan pendekatan sosiologi sebagai fokus utama,
bersesuaian pula dengan karya yang diambil sebagai bahan untuk dibuat penilaian serta
penganalisisan. Karya yang hendak diberi penilaian ialah sebuah cerpen iaitu cerpen Kecoh
tulisan Mussidi[5] dalam antalogi cerpen Kecoh, 1991, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
Brunei.

Pendekatan Sosiologi
Kritikan Sosiologi merupakan satu jenis pendekatan dalam kritikan sastera yang menilai karya
dari aspek-aspek sosio-budaya, politik, dan ekonomi. Kesemua aspek ini adalah sebagaimana
yang ada dalam realiti kehidupan dan sering kali didapati dalam karya sastera dalam dunia
pengkaryaan. Pendekatan sosiologi ini melihat hubungan antara pengarang dengan
masyarakat seperti kedudukannya, pengaruhnya dan status sosialnya. Selain itu, pendekatan
ini juga melihat pengaruh persekitaran (budaya, politik, sosial, ekonomi atau pendidikan)

terhadap diri dan penciptaan pengarang sesebuah karya. Selain itu, ia juga memperlihatkan
reaksi atau peranan pembaca dan pengaruh pembaca terhadap penciptaan karya sastera.
Tulisan sastera diciptakan oleh penulis sastera untuk dimanfaatkan oleh khalayaknya
(pembaca). Penulis sastera itu sendiri adalah anggota masyarakat.[6] Sastera adalah lembaga
sosial yang menggunakan bahasa sebagai pengantar, media atau medium. Ini adalah kerana
bahasa itu sendiri merupakan ciptaan sosial. Sastera memaparkan gambaran realiti sosial.[7]

Literature is a social institution, using as its medium language, a social creationThe poet
himself is a member of society, possessed of a specific social status: he receives some degree
of social recognition and reward; he adresses an audience, however hypothetical.[8]
Kritikan yang menggunakan pendekatan sosiologi adalah tergolong sebagai kritikan
ekstrinsik;iaitu ia mengandaikan sastera sebagai cerminan kehidupan masyarakat, mendapat
pengaruh dari masyarakat dan juga boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat dan
pengarang menjadi anggota masyarakat.[9]
Wellek dan Warren[10] dalam bukunya Theory of Literature , 1949 menyatakan tentang
pembahagian masalah sosiologi sastera. Pembahagian yang dibuat ialah seperti sosiologi
pengarang yang memasalahkan status sosial, ideologi sosial dan lain-lain yang menyangkut
pengarang sebagai penghasil sastera; sosiologi karya sastera yang memasalahkan karya
sastera itu sendiri, yang menjadi pokok penelitian adalah apa yang tersirat dalam karya sastera
dan apa yang menjadi tujuannya.[11]
Dalam tulisan ini, penulis ingin mengambil satu karya yang di tulis oleh salah seorang
cerpenis (penulis cerpen) Brunei. Cerpen yang dimaksudkan ialah cerpen Kecoh dalam
antologi cerpen Kecoh[12] oleh Mussid

Anda mungkin juga menyukai