Anda di halaman 1dari 13

Bibliografi

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya (2005).
Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Pahang, Malaysia: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd..
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
Pedagogi. Kuala Lumpur, Malaysia: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Lee Shok Mee (1995). Asas Pendidikan 2 Murid Dan Proses Pembelajaran. Kuala
Lumpur, Malaysiaa: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1
& 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kuala Lumpur, Malaysia: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran.
Ipoh, Malaysia: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2006). Psikologi
Pendidikan Buku Teori Pembelajaran Yang Terkandung Dalam Silibus Kurikulum
Pendidikan Guru Yang Digunakan Di Maktab-Maktab Perguruan. Kuala Lumpur,
Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..
Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad dan Rahimawati Abdul Rahim (2007). Membina
pelajar Cemerlang Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat. Malaysia: Universiti
Teknologi Malaysia.
Posted by Tyng Ng at 01:52
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
0 comments:

Post a Comment
Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pembelajaran


Por: Tyng Ng | |

Ingatan, Lupaan & Pemindahan


(Disediakan oleh: Lee Phooi San)
Lupaan dan ingatan serta pemindahan pembelajaran akan berlaku dalam setiap
kehidupan kita. Dalam kehidupan kita, kita sentiasa belajar supaya kita dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan. Bukan saja orang muda yang ingin belajar tetapi
orang tua dan kanak-kanak juga belajar setiap hari. Perkara yang kita dapat
mengingati itu bukan saja secara langsung tetapi juga akan berlaku secara tidak
langsung. Dengan itu, kadangkala kita tidak sedar bahawa kita telah belajar dan
telah mengingati sesuatu kecuali apabila maklumat yang telah disimpan itu perlu
digunakan. Bukan itu saja, kadangkala kita juga menghadapi masalah untuk
mengingat kembali sesuatu perkara. Ini kerana perkara yang kita ingin ingat itu
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor bahan pembelajaran, faktor peribadi
dan faktor kaedah pembelajaran. Menurut Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi
Zakariya dan Fawziah Yahya (2005) berkata manusia hanya menggunakan satu
peratus daripada keseluruhan keupayaan otak yang sebenar dan kita sudah mensiasiakan 99 peratus potensi otak yang begitu hebat. Dengan itu, kita juga haruslah
mempelbagaikan cara untuk meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan lupaan
kita. Seterusnya, kita juga haruslah sentiasa memindahkan pembelajaran kita dalam
mata pelajaran lain serta memindahkan pembelajaran kita dalam kehidupan
seharian.
Menurut Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2006)
mendefinisikan ingatan kepada maklumat yang dapat kita simpan dalam ingantan
jangka panjang dan dapat dikeluarkan semula apabila dikehendaki. Mok Soon Sang
(2008), ingatan adalah merupakan suatu proses mental untuk menyimpan perkara-

perkara yang telah dipelajari dan kemudiannya perkara yang telah simpan itu
dikeluarkan untuk bertindak balas dalam situasi yang diperlukan. Misalnya,
menggunakan sesuatu ilmu yang telah belajar itu untuk menyelesaikan masalah atau
aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Lee Shok Mee (1995) juga
mendefinisikan ingatan merupakan suatu proses intelek yang menyimpan maklumat
dan pengalaman secara mental dan ia dapat dikeluarkan kembali untuk
menyelesaikan masalah atau digunakan untuk pembelajaran selanjutnya. Ia
bermaksud sesuatu perkara yang ingin kita tahu hendaklah dipelajari terlebih dahulu
sebelum kita dapat diingat dengan menyimpannya ke dalam otak kita dan seterusnya
dikeluarkan apabila kita diperlukan atau hendak digunakan.
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) juga mentakrifkan ingatan sebagai
bahagian mental untuk kita menyimpan dan mengeluarkan maklumat pengalaman
seseorang. Iaitu ingatan adalah satu proses mental untuk menyimpan pengalaman
yang kita perolehi dan kemudiannya dikeluarkan apabila perlu digunakan sebagai
rujukan dalam penyelesaian masalah. Lee Shok Mee (1995) juga berkata
pengalaman yang telah kita simpan itu akan disimpan dalam beberapa kategori
seperti disimpan dalam bentuk kelas atau sistem dan seterusnya dibentukkan dalam
hubungan asas beberapa perkara. Proses-proses ingatan

adalah perlu melalui

beberapa langkah seperti langkah menerima atau dipanggil pengenkodan dalam


otak, menyimpan dan seterusnya mengingat kembali apa yang telah disimpan untuk
digunakan.
Proses pengenkodan akan berlaku melalui deria dan seterusnya diproses dan
dirakam. Selepas itu, maklumat tersebut akan disimpan ke dalam otak dengan
secara sistematik supaya mudah diingat kembali. Apabila maklumat yang telah
disimpan dan perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah perlu melalui proses
mengingat kembali. Rangsangan-rangsangan yang diterima akan disimpan dalam
bentuk kod imej atau kod simbolik. Kod Imej adalah maklumat yang akan disimpan
dalam bentuk gambar-gambaran dan kod simbolik adalah maklumat disimpan dalam
unit yang lebih kecil seperti perkataan. Kod imej atau kod simbolik akan disimpan
dalam bentuk ingatan sensori, ingatan jangka masa pendek atau ingatan jangka
masa panjang.

Ingatan sensori adalah rangsangan yang diterima melalui organ deria dan
diproseskan serta merta melalui perhatian atau pengiktirafan. Maklumat yang tidak
penting akan dihilang serta merta hanya maklumat yang penting saja akan dihantar
ke ingatan jangka masa pendek. Misalnya, seorang guru yang menggunakan ingatan
sensori ini untuk menaipkan markah-markah yang ingin ditaip ke dalam sistem
komputer. Dengan itu, proses ingatan sensori ini hanya akan berlaku pada masa
yang singkat sahaja sekiranya maklumat tersebut tidak dapat diproseskan semula.
Ingatan jangka masa pendek juga dikenali sebagai ingatan kerja. Ingatan jangka
masa pendek adalah satu proses untuk menerima maklumat dari ingatan sensori
seterusnya mengenkodkan maklumat tersebut ke dalam bentuk yang lebih mudah
difahami seperti kod gmabar dan kod simbolik. Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad
dan Rahimawati Abdul Rahim (2007) mentakrifkan ingatan jangka masa pendek
sebagai ingatan yang hanya dapat menyimpankan maklumat bagi beberapa saat
sahaja untuk diproses. Misalnya apabila seseorang murid tesebut menjawab soalan
yang dikemukan oleh guru. Selain itu, apabila sesorang itu memandang suatu
nombor telefon juga hanya dapat mengingati nombor tersebut ketika mendial telefon
sahaja dan selepas mendial akan lupa kalau orang itu tidak membuat raptai untuk
menguatkan ingatan dia.
Ingatan jangka masa panjang adalah menerima dan memproses maklumat
dari ingatan jangka masa pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama.
Maklumat yang akan disimpan dalam ingatan jangka masa panjang adalah dalam
bentuk kekal dan tersusun. Dengan itu, maklumat-maklumat yang perlu digunakan
pada bila-bila masa itu akan mudah diingat kembali. Sebagai contohnya, kita tidak
dapat lupakan perkara yang amat gembira dan penting kepada kami. Misalnya, kita
akan mengingati tarikh hari jadi kita dan perkara yang menjadikan kita gembira.
Ingatan jangka masa panjang terbahagi kepada dua iaitu ingatan eksplisit dan
ingatan implisit. Ingatan eksplisit adalah perkara yang diingat dan disimpan dalam
jangka masa panjang yang berada dalam kesedaran. Sebaliknya, ingatan implisit
adalah perkara yang diingat dan disimpan dalam jangka masa panjang yang berada
dalam keadaan tidak sedar. Ingatan eksplisit terdiri daripada dua jenis iaitu episodik
dan semantik, manakala ingatan implisit terdiri daripada ingatan perdana dan
prosedural.

Ingatan semantik adalah maklumat yang disimpan itu berbentuk fakta yang
dikuasai sepanjang hayat daripada berinteraksi dengan orang lain. Misalnya,
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan persekolahan, pekerjaan, pembacaan,
dan pengalaman tentang rumah, objek dan manusia. Ingatan episodik adalah
maklumat yang diperolehi daripada pengalaman lama seperti peristiwa yang manis
atau pahit, hari konvokesyen seseorang, hari jadi umur 21 tahun dan kemalangan.
Ingatan prosedural adalah maklumat yang diperolehi daripada langkah-langkah dan
prosedur-prosedur amalan seharian. Contohnya , cara membuat kuih dan memandu
kereta ke tempat kerja dan ke sekolah. Ingatan perdana adalah maklumat seharian
itu dapat diingat secara automatik untuk seseorang seperti nombor rumah, nombor
telefon polis atau ambulans, nama ahli keluarga dan nombor kad pengenalan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan adalah faktor bahan pembelajaran,
faktor peribadi dan faktor pembelajaran. Faktor bahan pembelajaran merangkumi
empat aspeks iaitu panjang bahan, kesukaran badan, kedudukan bahan dan bahan
bermakna. Mok Soon Sang (2008) berkata, melalui kajian H.Ebbinghaus mendapati
pembelajaran panjang bahan akan mempengaruhi ingatan. Ingatan yang baik adalah
tidak melebihi 7 bilangan suku kata. In kerena semakin kuantiti bahan pembelajaran
ditambah, semakin gangguan bertambah sehingga pelajar menghadapi lebih banyak
kesulitan dalam pembelajaran. Faktor sukar bahan pembelajaran adalah bermaksud
bahan pembelajaran terlalu mudah dan susah akan mempengaruhi ingatan
seseorang. Mok Soon Sang (2008) berkata, melalui kajian daripada Kruegar (1946)
mendapati bahan yang diajar itu terlalu mudah, kemajuan dalam peringkat awal
bergerak sangat cepat tetapi akan berundur dalam masa yang singkat. Ini kerana
bahan yang diajar itu kurang mencabar sehingga tidak dapat menimbulkan minat
mereka; oleh itu, minat pembelajaran itu tidak kekal. Kalau bahan pembelajaran yang
diajar itu terlalu sukar akan menyebabkan murid tersebut tidak mempunyai kemajuan
kerana mereka kekurangan keupayaan untuk mempelajarinya.
Seterusnya, faktor kedudukan bahan pembelajaran juga adalah susunan
bahan pembelajaran supaya murid-murid dapat mengingati dengan senang. Mok
Soon Sang (2008) berkata, melalui kajian daripada Kingsley (1957) mendapati
bahawa susunan suku kata dan perkataan secara tertib terletak di tempat pertama
dan akhir adalah lebih mudah diingati. Sebagai contohnya, kita lebih mudah

mengingati peristiwa yang berlaku pada hari pertama persekolahannya. Justeru,


Kingsley (1957) juga telah membuat kajian tentang faktor bahan pembelajaran yang
bermakna. Kajian beliau mendapati bahawa pembelajaran perkataan-perkataan yang
bermakna adalah lebih mudah daripada set buku suku kata yang tidak bermakna.
Selain

itu,

faktor

kaedah

pembelajaran

juga

mempengaruhi

ingatan

seseorang. Faktor kaedah pembelajaran ini merangkumi dua aspek iaitu masa
belajar secara bahagian dan pembelajaran berlebihan. Masa belajar berlebihan akan
mempengaruhi ingatan seseorang. Menurut Mok Soon Sang (2008) berkata masa
belajar secara bahagian adalah lebih berkesan daripada masa belajar secara sekali
gus. Ini kerana minda kita tidak dapat rehat dengan mencukupi. Menurut Teori
Gangguan atau Teori Pengukuhan dalam buku Mok Soon Sang (2008) berkata
tempoh masa rehat yang mencukupi adalah penting bagi minda mengukuhkan apa
yang

telah

dipelajari.

Seterusnya,

faktor

pembelajaran

berlebihan

juga

mempengaruhi ingatan seseorang. Pembelajaran berlebihan adalah bacaan


tambahan pembelajaran. Misalnya setelah menghafal sebuah sajak dan telah
mencapai 100% hafalan tetapi hafalan ini akan mudah dilupai. Oleh itu, bacaan
tambahan perlulah dilakukan supaya dapat mengekalkan ingatan mereka.
Sehubungan itu, faktor peribadi juga akan mempengaruhi ingatan seseorang.
Faktor peribadi merangkumi empat aspek iaitu faktor umur, jantina, motivasi
pembelajaram dan emosi dengan ingatan. Faktor umur adalah umur seseorang itu
akan mempengaruhi ingatan. Mok Soon Sang (2008) berkata, kajian tentang ingatan
yang terbaik dan terkuat adalah pada umur 8-20 tahun. Kajian Holaday dan Stodard
(1933) dalam buku Mok Soon Sang (2008) menunjukkan kuantiti ingatan orang
dewasa yang kekal adalah lebih banyak daripada orang remaja dan kanak-kanak. Ini
kerana orang dewasa lebih matang dan mereka mempunyai pengalaman yang lebih
luas serta mempunyai kebolehan menaakulan yang lebih tinggi daripada orang
remaja dan kanak-kanak.
Di samping itu, faktor jantina juga akan mempengaruhi ingatan. Menurut Mok
Soon Sang (2008) berkata, melalui kajian daripada Kingley (1957) merumuskan
bahawa kebolehan mengingat di antara lelaki dan perempuan adalah tidak banyak
berbeza. Faktor jantina ini akan berlaku kecuali latihan yang memerlukan tenaga

yang kuat, seperti pertukangan kayu dilakukan oleh jantina lelaki. Dalam pada itu,
faktor motivasi juga akan mempengaruhi ingatan seseorang. Menurut Mok Soon
Sang (2008) berkata, melalui kajian daripada Tolman dan Honzik (1930)
membuktikan bahawa motivasi yang kuat akan membawa kepuasan sehingga
pembelajaran yang dijalankan itu amat berkesan. Ganjaran dan hukuman akan
digunakan dalam sesebuah sekolah untuk memotivasikan murid. Di dalam sebuah
sekolah ganjaran adalah lebih diutamakan kerana dapat mendorong pembelajaran
dengan berkesan daripada mengenakan hukuman.
Emosi seseorang juga akan mempengaruhi ingatan. Emosi adalah merupakan
perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Dalam
kehidupan kita pengalaman atau peristiwa yang lebih seronok akan senang
mengingati tetapi peristiwa yang kecewa dan sedih akan senang melupai. Misalnya,
kita akan sentiasa mengingati peristiwa hari jadinya dan akan menghilangkan
ingatan dalam peristiwa yang sedih seperti hari kemalangannya atau peristiwa yang
membabitkan nyawa seseorang.
Proses lupaan berlaku adalah bergantung secara songsang dengan proses
ingatan. Lupaan adalah bermaksud kegagalan untuk mengingat kembali sesutau
butir maklumat dengan tepat (Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah
Jantan, 2006) . Lee Shok Mee (1995) mendefinisikan lupaan merupakan kesukaran
untuk mengingat atau mengeluarkan kembali sesuatu yang telah dialami. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi lupaan iaitu faktor keusangan, faktor
gangguan, faktor tekanan, faktor kebimbangan, faktor minat berubah dan faktor
lupaan ledakan maklumat. Faktor keusangan berlaku apabila maklumat yang telah
disimpan dalam ingatan jangka masa panjang itu dilupai kerana jarang digunakan.
Dengan itu, lama-kelamaan maklumat tersebut akan hilang dengan peredaran masa.
Seterusnya, faktor gangguan berlaku apabila gangguan yang berlaku akibat
pembelajaran baru atau pembelajaran lama. Faktor gangguan ini terbahagi kepada
dua iaitu lupaan gangguan retroaktif dan lupaan gangguan proaktif. Lupaan
gangguan

retroaktif

adalah

gangguan

berlaku

apabila

pembelajaran

baru

mengganggu pembelajaran lama. Misalnya, seseorang murid itu telah membelajari


kad pengenalan baru akan melupai kad pengenalan lama. Lupaan gangguan proaktif
adalah pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru.

Misalnya, guru

mengajar murid dengan cara operasi menambah tetapi pada masa lain juga guru
tersebut mengajar mereka dengan cara operasi menambah yang baru. Dengan itu,
gangguan pemahaman murid dalam penggunaan cara operasi menambah ini akan
berlaku.
Di samping itu, lupaan berlaku juga kerana berlakunya faktor lupaan dalam
keadaan tekanan. Faktor lupaan tekanan juga dipanggil lupaan desakan iaitu
berkaitan dengan emosi dan motivasi seseorang dan menyebabkan kita secara tidak
sedar untuk melupai maklumat yang telah disimpan dalam jangka masa panajang.
Misalnya peristiwa yang menyakitkan, kita akan sengaja menolak peristiwa tersebut
ke otak tak sedar. Sebagai contohnya, kita akan sengaja melupai peristiwa kematian
ibu atau salah satu kemalangan yang ngeri. Justeru, kita juga akan lupa sesuatu
peristiwa seperti berlakunya kebimbangan dan ketakutan. Misalnya, semasa
peperiksaan dijalankan seseorang murid itu takut sehingga mereka menghadapi
masalah tidak dapat mengingati nota-nota penting dalam dewan peperiksaan
sehingga maklumat yang kita telah hafal itu lupa. Seterusnya, faktor lupaan ledakan
maklumat juga akan mempengaruhi seseorang itu lupa. Lupaan ini berlaku apabila
maklumat yang hendak dipelajari itu terlalu banyak dan tidak berkait antara satu
sama lain.
Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan ingatan dan mengurangkan
lupaan iaitu mengunakan bahan pembelajaran yang berguna. Guru boleh
mengaitkan bahan pembelajaran baru dengan pengetahuan yang sedi ada. Justeru,
kita juga boleh menggunakan panjang bahan pembelajaran yang berpatutan dan
memberi masa yang mencukupi untuk menyelesaikan aktiviti mereka. Selain itu, kita
juga boleh menggunakan teknik mengajar yang menarik seperti gunakan teknik
motivsi

yang sesuai supaya pelajar dapat merasai keseronokan semasa

pembelajaran dijalankan. Di samping itu, kita juga boleh merancangkan bahan


pembelajaran dengan kesukaran yang berpatutan supaya para pelajar dapat
mempelajari dengan bersungguh-sungguh. Dengan itu, guru perlu elakkan mengajar
bahan pembelajaran yang terlalu mudah atau terlalu sukar.
Dalam pada itu, guru juga boleh membentuk iklim pembelajaran yang kondusif
dan menggunakan kaedah nemonik iaitu menggunakan teknik mengorganisasikan

fakta-fakta supaya pelajar lebih mudah diingati. Justeru, kita juga boleh
menggunakan pen penyerlah untuk menonjolkan isi atau fakta penting. Selain itu,
kita juga harus memberi ulangkaji yang mencukupi kepada para pelajar untuk
mengukuhkan ingatan. Di samping itu, kita juga haruslah elakkan gangguan proaktif
dan retroaktif dan mengajar dengan cara atau gambarajah untuk mengilustrasikan
fakta penting.
Menurut Lee Shok Mee (1995) mendefinisikan pemindahan pembelajaran
sebagai kecekapan menggunakan pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada
kepada pembelajaran yang selanjutnya atau kepada keadaan yang baru seperti
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, kemahiran matematik
diaplikasikan dalam mata pelajaran fizik dan sains. Terdapat tiga jenis pemindahan
pembelajaran iaitu pemindahan positif, pemindahan negatif dan poemindahan sifar.
Pemindahan positif adalah pemindahan maklumat yang lama dapat membantu
pembelajaran baru. Misalnya, seseorang itu untuk mendapatkan lesen memandu
akan memperolehi pengalaman memandu kereta daripada ayahnya dahulu.
Pemindahan positf ini juga dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu pemindahan
mendatar dan pemindahan menegak.
Mok Soon Sang (2006), mendefinisikan pemindahan mendatar kepada
pengalaman dan aplikasi yang dipindah haruslah mempunyai situasi yang serupa
dan mengandungi peringkat kesukaran yang sama. Sebagai contohnya, apabila
kanak-kanak telah mempelajari erti perkataan yang baru, seterusnya dia boleh
mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada kepada mata pelajaran lain seperti
membaca buku cerita. Pemindahan menegak adalah kenaikan pengalaman yang
sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi. Misalnya, murid-murid telah
mempelajari konsep segi tiga, terus menggunakan untuk mempelajari konsep segi
tiga sama sisi, segi tiga tepat dan segi tiga sama kaki.
Justeru, pemindahan negatif juga boleh didefinisikan kepada pengalaman
lama ganggu atau menghalang pembelajaran baru. Misalnya, murid-murid tidak
dapat menguasai konsep operasi darab akan menghadapi masalah semasa
membuat soalan-soalan yang melibatkan operasi bahagi. Pemindahan negatif ini
dibahagi kepada dua iaitu gangguan proaktif dan gangguan retoraktif. Gangguan

proaktif adalah pembelajaran awal mengganggu pembelajaran yang baru. Misalnya


seseorang itu telah mempelajari memandu kereta sebelah kiri di Malaysia akan
menghadapi masalah apabila memandu kereta di sebelah kanan di Amerika
Syarikat. Gangguan retroaktif adalah pembelajaran baru mengganggu pembelajaran
lama. Sebagai contohnya, seseorang itu telah mempelajari bagaimana bermain bola
keranjang akan mengahadapi masalah apabila bermain bola jaring. Ini kerana teknik
yang dimainkan mempunyai sedikit perbezaan.
Pemindahan sifar adalah bermaksud tidak berlakunya sebarang pemindahan.
Ini kerana pengalaman dan kemahiran yang sedia ada itu dipindah dalam
pembelajaran yang baru tetapi tidak dapat mendatangkan sebarang faedah atau
sebarang kesan. Misalnya, seorang murid mempunyai kemahiran dalam menyukat
cacair dengan menggunakan selinder, ia mengetahui selinder yang besar dan kecil
dapat menyukat isipadu cecair yang berbeza. Dengan itu, dia ketahui bahawa
selinder yang lebih besar adalah lebih sesuai digunakan untuk menyukat kuantiti air
yang lebih banyak.

Terdapa juga beberapa jenis pemindahan lain seperti

pemindahan bilateral, pemindahan pengantara dan pemindahan set pembelajaran.


Menurut Mok Soon Sang (2006) berkata pemindahan bilateral juga dipanggil
pendidikan bersilang. Pemindahan bilateral adalah menggunakan kemahiran dan
ilmu pengetahuan dalam situasi yang berubah-ubah. Misalnya, seseorang itu melatih
dengan menggunakan tangan kiri dipercayai boleh membantu latihan dengan tangan
kanan.
Pemindahan pengantara adalah tindak balas yang tetap kepada rangsangan
dan dalam kategori yang sama membentuk tindak balas baru. Misalnya, selepas
menguasai sebutan suku kata, adalah lebih mudah mempelajari ejaan perkataannya.
Di samping itu, pemindahan set pembelajaran juga adalah bermaksud kemahiran
yang dipelajari dilatih banyak kali sehingga pembelajaran menjadi automatik.
Contohnya, murid-murid menghafal sifir supaya dapat menjawab soalan operasi
darab kemudian. Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan pemindahan
pembelajaran negatif iaitu pembelajaran konsep secara menyeluruh dan kukuh,
pengajaran situasi bermakna, penguasaan bahan pembelajaran, penyelarasan
antara mata pelajaran yang berlainan, pembelajaran bermakna dan penggunaan
strategi analogi dan perbandingan.

Selain itu, kita juga haruslah menggalakkan pemindahan pembelajaran positif


semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan itu, kita haruslah
membuat saling kaitan antara dua konsep iaitu guru perlulah menarik perhatian
kepada pelajaran yang lepas supaya mereka dapat melihat perkaitan antara
pembelajaran lama dengan pembelajaran baru. Selain itu, guru juga haruslah
membina kesedaran

pemindahan pembelajaran

iaitu

menggunakan

strategi

pengajaran yang memusatkan murid seperti banyak memberi peluang kepada murid
melakukan latihan. Justeru, guru juga hendaklah memastikan semua murid dapat
menguasai kesemua fakta dan konsep yang diajar. Di samping itu, guru juga
harsulah mengadakan aktiviti pembelajaran yang bermakna dan menggalakkan daya
cipta murid melalui penggunaan pelbagai kaedah.
Sebagai kesimpulannya, ingatan adalah sangat penting untuk menentukan
kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan kita. Justeru, ingatan juga dapat
membantu kita untuk melaksanakan sesuatu atau mengatasi sesuatu masalah.
Dengan itu, guru haruslah membantu murid untuk meningkatkan daya ingatan dan
mengurangkan lupaan dengan melaksanakan beberapa teknik semasa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran mereka. Di samping itu, guru juga haruslah sentiasa
memupuk dan menggalakkan pemindahan pembelajaran positif di kalangan murid
supaya murid dapat memotivasi tinggi, berani memberi perhatian serta mempunyai
perasaan tanggungjawab yang kendiri.

Bibliografi
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya (2005).
Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Pahang, Malaysia: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd..
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
Pedagogi. Kuala Lumpur, Malaysia: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Lee Shok Mee (1995). Asas Pendidikan 2 Murid Dan Proses Pembelajaran. Kuala
Lumpur, Malaysiaa: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1
& 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kuala Lumpur, Malaysia: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran.
Ipoh, Malaysia: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2006). Psikologi
Pendidikan Buku Teori Pembelajaran Yang Terkandung Dalam Silibus Kurikulum
Pendidikan Guru Yang Digunakan Di Maktab-Maktab Perguruan. Kuala Lumpur,
Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..
Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad dan Rahimawati Abdul Rahim (2007). Membina
pelajar Cemerlang Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat. Malaysia: Universiti
Teknologi Malaysia.

Si te gusto este post cmprame un caf


0 comments:
Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

.
Archivos del Blog
Configure your calendar archive widget - Edit archive widget - Flat List - Newest first Choose any Month/Year Format

Blog Archive

2012 (4)
o August (4)

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pembelajara...

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pembelajara...

Teori Pembelajaran dan Proses Pembelajaran

Home
Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai