Anda di halaman 1dari 121

Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

FAKTA YANG BERKAITAN

Indikator kecemerlangan guru PSV

Bagi guru pendidikan seni, indikator kecemerlangan akan

berpusat kepada enam faktor utama. faktor-faktor tersebut

ialah:-

1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan

seni.

3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan.

4. Pengurusan Ko-kurikulum.

5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk

karya seni dan penulisan.

6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan

sejawat dan pelajar

Pengetahuan dan Kemahiran Pendidikan Seni

Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja

praktikal dan kurang dalam kerja-kerja amali. Lantaran itu

guru pendidikan seni kurang mendalami pengetahuannya

melalui banhan-bahan bacaan ilmiah. Guru pendidikan seni

lebih berminat sekiranya diadakan latihan berbentuk bengkel.

Ini merupakan fenomena yang negatif.

Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan

amali. Bagi guru pendidikan seni cemerlang perlu mendalami


keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam pendidikan seni.

1
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Sebagai contoh sekarang pendidikan seni diperkenalkan

bidang rekacipta, maka guru pendidikan seni perlu membaca

dan mendalami bidang tersebut hingga boleh menguasainya.

Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-

bidang lain akan menentukan mutu pengajaran yang

berkesan. Misalnya penggunaan komputer dalam pengajaran

pendidikan seni, walaupun belum disediakan dalam

kurikulum, tetapi sekarang banyak perisian komputer yang

boleh digunakan dalam pendidikan seni. Misalnya perisian

Grafik seperti PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya.

Perisian ini dapat membantu guru dari segi alat bantu

mengajar penggunaan dalam mata pelajaran.

KONSEP PENDIDIKAN JASMANI

Freeman (1997) menghuraikan konsep Pendidikan Jasmani

sebaga aktiviti-aktiviti fizikal yang berkaitan dengan

pergerakan motor dan kemahiran individu. Selain dari

penguasaan dan penghalusan kemahiran-kemahiran

pergerakan motor dan pembangunan serta pemeliharaan

kecergasan kesihatan ke tahap optimum, ia juga dapat ilmu

pengetahuan yang berkaitan dengan pendidikan jasmani,

kesihatan dan Sains Sukan, di samping pembangunan sikap-

sikap positif terhadap segala aktiviti fizikal.


Terdapat beberapa objektif Pendidikan Jasmani seperti

untuk membantu pelajar mencapai pembangunan optimum

2
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

dan membangun kemahiran pergerakan motor yang sesuai,

bermula dari kemahiran motor asas ke tahap kemahiran

sukan khusus dan meneruskannya seumur hidup serta

membangun dan mengekal tahap kecergasan fizikal yang

sesuai untuk kesihatan pelajar.

Dengan kata lain, Pendidikan Jasmani adalah

merupakan mata pelajaran yang diperkenalkan di sekolah

yang memiliki kesepaduan diantara domain kognitif dan

domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan

penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan

yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang

dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah,1993).

KELAYAKAN DALAM BIDANG INI

Syarat Am Universiti Dan Syarat Khas Program Bagi Lepasan

Stpm, Matrikulasi/Asasi Dan Diploma/Setaraf

KEISTIMEWAAN MENCEBURI BIDANG INI

Pekerjaan sebagai guru Pendidikan Jasmani juga mempunyai

banyak keisimewaan. Sebagaimana seperti guru-guru subjek

lain, pendidikan jasmani juga mempunyai kelebihan tersendiri.

Antara keistimewaan bekerja sebagai guru pendidikan

jasmani ialah bidang tugasnya adalah mudah dan

menyeronokkan serta tidak membebankan. Tugasnya yang

mudah dan tidak mebebankan sini merujuk kepada sistem


3
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

pengurusan. Sistem pengurusan yang sistematik

memudahkan guru pendidikan jasmani mudah menjalankan

kerjanya. Kerja dalam bidang ini juga menyeronokkan kerana

pengajaran dan pembelajaran dilakukan di luar kelas seperti

di padang dan jika ada pertandingan pasti dapat di tempat

luar dari sekolah menyebabkan guru dalam bidang ini tidak

bosan dan dapat bekerja dengan ceria.

Selain itu, pihak kementerian pelajaran juga telah

menyediakan Anugerah Guru Cemerlang bagi guru yang

berkhidmat dengan cemerlang. Bagi guru yang menjalankan

tanggungjawabnya sebagai guru dengan dedikasi, gigih, rajin

dan sebagainya sehingga melahirkan banyak pelajar berjaya

dalam pelajaran serta mengharumkan nama sekolah sudah

pasti akan menerima anugerah . Hal ini kerana, pihak

kementerian pasti melihat sahsiah diri guru itu dahulu,

bagaimana pengorbanan yang dibuatnya walaupun guru

tersebut sibuk atau ada urusan lain tetapi mementingkan

tanggungjawabnya pasti mendapat anugerah tersebut.

Di samping itu, bagi yang menceburi bidang jasmani

yang mana dalam bidang pendidikan mempunyai masa

bekerja iaitu separuh hari jika dibandingkan dengan

pekerjaan-pekerjaan lain. Oleh hal yang demikian, bagi

graduan yang sudah menjadi cikgu pasti masa kerjanya

separuh masa sahaja kerana budak-budak bagi yang sekolah


rendah ataupun menengah pasti kelas sampai tengah hari

4
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

kecualilah ada kelas tambahan tetapi bagi subjek ini

selalunya tiada kelas tambahan. Tetapi, jika adanya

pertandingan, guru pendidikan jasmani pasti terlibat sama

ada sebelum, semasa dan selepas pertandingan tetapi

pertandingan sukan sekolah selalunya diadakan setahun

sekali.

Tambahan itu, guru pendidikan jasmani juga mepunyai

faedah sampingan . Faedah sampingan tersebut termasuklah

cuti, elaun, perumahan, bonus, pencen, dan macam –macam

lagilah. Contohnya, pihak kementerian telah menyediakan cuti

bagi guru-guru seperti cuti sekolah, cuti sakit, cuti bersalin

bagi guru perempuan yang mengandung, dan lain-lain lagi.

Guru pendidikan jasmani juga merupakan guru yang

unik. Hal ini kerana, dalam pengajaran dan pembelajaran bagi

subjek pendidikan jasmani kebanyakanya berbentuk praktikal

sekaligus menyihatkan tubuh badan para pelajar kerana

berlakunya pergerakan. Subjek pendidikan jasmani juga

melibatkan ilmu yang berkaitan dengan kehidupan seharian

kita, maka guru bagi subjek ini dikira beruntung kerana guru

subjek ini tahu dalam bidang pemakanan, penyakit, senaman

yang sesuai dengan tahap seseorang dan bermacam lagi.

KRITERIA-KRITERIA BAGI YANG MENCEBURI BIDANG

INI

Daya tahan kardiovaskular


5
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Komponen ini melibatkan organ jantung dan sistem

pengaliran dara untuk bekerja bagi satu jangka waktu

tertentu. Jantung berfungsi mengepam darah ke seluruh

anggota yang bekerja untuk bekalan oksigen. Oksigen

diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi menggerakkan

anggota tubuh badan. Jumlah oksigen pula bergantung

kepada volume darah yang dihantar setiap kali denyutan. Ini

akan memberi kesan terhadap bilangan denyutan jantung

seminit sewaktu anggota badan bekerja. Proses ini

dinamakan sistem aerobic yang mana mengepam darah

beroksigen pada jumlah yang banyak tetapi kadar denyutan

kurang akan membolehkan individu untuk terus bekerja bagi

tempoh yang lama.

Pengetahuan yang baik dalam Pendidikan Jasmani

Sebagai seorang guru PJK, mestilah mengetahui sukatan

pelajaran subjek tersebut walaupun subjek ini tidak termasuk

dalam peperiksaan para pelajar. Guru PJK perlulah tahu

istilah-istilah yang digunakan,definisi-definisi, komponen-

komponen kecergasan dan aktiviti yang berkaitan dengan

komponen tersebut.

Kecergasan fizikal

Guru PJK perlulah cergas dan sentiasa cergas. Kita gagal

meraik perhatian pelajar jika kita sendiri tidak memiliki


6
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

kecergasan fizikal. Kecergasan fizikal disini merujuk kepada

bagaimana guru PJK bertindak mengurus pelajar yang terlibat

dengan pertandingan-pertandingan sukan yang besar.

Kemahiran motor

Guru PJK juga perlulah mahir dalam pergerakan asas seperti

berjalan, berlari, melompat dan lain-lain dengan baik. Hal ini

kerana, subjek ini memerlukan pergerakan-pergerakan yang

lagi lebih daripada yang biasa, dengan adanya kemahiran

motor yang baik sekaligus dapat mengajar pelajar dengan

baik.

Kemahiran pedagogi

Subjek ini mestilah mempunyai guru yang menguasai

kemahiran mengajar terutama untuk pengajaran di padang.

Suara juga memainkan peranan penting dalam subjek ini.

Kuat atau perlahan perlu digunakan pada masa yang sesuai.

Kehendak sendiri

Hati yang menetapkan ke arah profesion kita. Jika guru

pendidikan jasmani cemburu terhadap guru lain yang tidak

berpanas, satu kesilapan dalam pemilihan bidang telah

berlaku. Begitu juga jika kita gagal mempertahankan hak kita

seperti penggunaan waktu PJK untuk digantikan dengan

subjek peperiksaan (bagi murid yang pandai) atau (bagi murid

yang kurang pandai) oleh pentadbir sekolah.

7
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

PUSAT PENGAJIAN DALAM BIDANG INI

Senarai institusi pengajian tinggi awam yang

menawarkan kursus PJK:

1. Universiti Pendidikan Sultan Idris

2. Universiti Putra Malaysia

3. Universiti Teknologi Mara UITM

Senarai institut pendidikan guru yang menawarkan

kursus PJK:

1. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,

Cheras, Kuala Lumpur

2. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

3. Institut Pendidikan Guru Kampus Darulman

4. Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

PELUANG KERJAYA DALAM BIDANG INI

Antara peluang kerjaya bagi siswazah yang menceburi bidang

ini ialah:

1. Guru Pendidikan Jasmani ( Sekolah Rendah)

2. Guru Pendidikan Jasmani ( Sekolah Menengah)

3. Guru Sukan

8
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN GURU PENDIDIKAN

MORAL

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal agar pendidikan di

negara ini menumpukan kepada perkembangan individu yang

menitik beratkan aspek keseimbangan dari sudut jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sahsiah secara bersepadu. Usaha

ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pendidikan di sekolah memainkan peranan sebagai egen

memodenkan masyarakat dalam semua bidang. Hal ini

bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai

kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan

murid serta membawa pembaharuan semasa yang

mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah

seseorang individu.

Menjadi negara maju tidak sepatutnya membuat negara

terlupa soal moral dan etika yang merupakan benteng

pertahanan kepada identiti kebangsaan yang dikongsi oleh

semua pihak. Untuk kepentingan negara guru memainkan

peranan yang penting sebagai agen perantaraan ilmu.

Dengan timbulnya kesedaran ini, maka lahirlah kerjaya


9
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

sebagai seorang guru pendidikan moral dari peringkat

sekolah rendah hingga sekolah menengah.

Dalam proses menerapkan nilai-nilai moral ini, guru

terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk

dicontohi oleh semua pelajar. Dalam hal ini, Mohd Komel

(1988) menjelaskan bahawa contoh tauladan para pendidik

inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar.

Merekalah yang seharusnya terlebih dahulu dilengkapi

dengan ciri-ciri akhlak yang mulia walaupun masyarakat

kurang menghargai golongan yang berbudi luhur ini.

Pada hakikatnya, nilai moral dan kemahiran adalah

merupakan satu elemen pengajaran dan pembelajaran yang

paling penting serta saling berkaitan untuk membina masa

depan pelajar yang lebih baik. Pelajar-pelajar di sekolah

merupakan aset yang penting bagi sesebuah negara. Mereka

merupakan tenaga muda yang bakal menjadi harapan negara

untuk memimpingenerasi akan datang, penyambung budaya,

penggerak kemajuan dan peloporpembangunan bagi

sesebuah masyarakat. Pengamalan nilai-nilai moral adalah

penting kepada setiap pelajar agar mereka dapat

menghubungkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan

kesedaran berilmu.

Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk

membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem


10
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

tersebut menumpukan kepada pembangunan modal insan

yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika

tinggi (Abdullah Ahmad Badawi, 2006). Pembangunan modal

insan memerlukan keseimbangan dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek serta mampu menjadi tenaga kerja terlatih

dan berdaya saing di dalam negara serta di peringkat

antarabangsa selaras dengan Wawasan 2020.

Kerjaya guru pendidikan moral sehingga hari ini semakin

bertambah bagi memenuhi keperluan setiap sekolah untuk

pengajaran dan pembelajaran formal kepada para pelajar.

Kini, kerjaya guru pendidikan moral semakin memainkan

peranan penting dalam negara bagi melahirkan modal insan

yang berkualiti agar hasrat negara dapat dicapai sekaligus

dapat memajukan negara setanding dengan negara-negara

maju di persada dunia.

KELAYAKANYANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI

GURU PENDIDIKAN MORAL

Kelayakan guru memberi definisi individu yang berkebolehan

dan mempnyai kelulusan khas untuk mengajar dan mendidik.

Untuk menjadi guru pendidikan moral, seseorang individu itu

harus mempunyai kelayakan :

Warganegara Malaysia
11
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Syarat utama untuk menjadi seorang guru pendidikan moral

di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah

individu tersebut mestilah warganegara Malaysia yang

mempunyai kesahan kerakyatannya. Individu yang tidak

mempunyai taraf kerakyatan sebagai warganegara Malaysia

tidak layak untuk berkhidmat sebagai guru pendidikan moral

di Malaysia.

Mempunyai Pendidikan Dalam Bidang Pendidikan Moral

Setiap individu yang ingin memohon kerjaya sebagai seorang

guru pendidikan moral perlulah mempunyai pendidikan dalam

bidang ini. Minimum untuk menjadi guru pendidikan moral

pada peringkat sekolah rendah ialah diploma manakala bagi

peringkat sekolah menengah ialah ijazah sarjana muda.

Selain itu, individu yang berminat menjadi guru pendidikan

moral juga haruslah memperolehi kredit dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu, Matematik, dan Bahasa Inggeris di peringkat

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Memiliki Kemahiran Komunikasi Yang Baik

Apabila seseorang terlibat dalam profesion sebagai guru,

individu tersebut haruslah mempunyai kemahiran

berkomunukasi yang baik. Hal ini termasuk juga apabila

seseorang individu itu berminat untuk menjadi guru

pendidikan moral. Komunikasi yang baik dapat membantu

pelajar memahami setiap ilmu yang disampaikan oleh guru


12
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

dengan berkesan. Selain daripada itu, ia juga mampu menarik

minat para pelajar untuk mempelajari ilmu tersebut sekaligus

menjadikan suasana bilik darjah ceria dan tidak bosan.

Aktif Dalam Ko-Kurikulum

Kerjaya guru pendidikan moral pada hari ini tidak hanya

mementingkan aspek intelek sahaja. Namun, ko-kurikulum

juga satu aspek yang harus diberikan penekanan bagi

melahirkan para pendidik yang lebih efektif dan efisien.

Menjadi satu keperluan pada hari ini apabila setiap individu

yang ingin bergelar guru adalah seorang yang aktif dalam ko-

kurikulum di peringkat sekolah mahupun pada peringkat

pengajian tinggi. Negara Malaysia telah menetapkan syarat

kelayakan ini kerana negara ingin meningkatkan taraf

pendidikan negara agar mampu bersaing dengan negara-

negara maju yang lain.

Lain-lain Syarat Kelayakan

Selain daripada syarat-syarat kelayakan di atas, individu yang

ingin menjadi guru pendidikan moral juga haruslah

mempunyai kesihatan fizikal baik serta tidak menghidap apa-

apa penyakit mental yang membolehkan guru menjalankan

tugas dengan cemerlang. Selain itu, individu yang ingin

menjadi guru pendidikan moral juga haruslah individu yang

tidak terlibat dengan mana-mana kesalahan jenayah atau

tindakan tatatertib. Mana-mana individu yang terlibat dengan


13
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

kesalahan jenayah dan tindakan tatatertib tidak layak untuk

memohon sebagai guru pendidikan moral.

KEISTIMEWAAN/KELEBIHAN GURU PENDIDIKAN

MORAL

Banyak keistimewaan dan kelebihan yang akan diperolehi

oleh seseorang jika mereka terlibat dalam profesion guru

pendidikan moral. Antaranya ialah :

Mampu Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti Untuk

Negara

Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan,

mempunyai nilai murni, dan moral yang tinggi, beretika,

berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik,

inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif,

cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki

personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala

tuju negara pada masa depan. Bagi melahirkan modal insan

yang berkualiti guru merupakan insan yang

bertanggungjawab membentuk seseorang pelajar.

Menjadi guru pendidikan moral adalah satu bidang yang

sangat dekat dengan pelajar bagi membentuk sahsiah

mereka. Tanpa pembentukan sahsiah daripada guru

pendidikan moral hasrat negara untuk melihat modal insan

yang berkualiti adalah tipis. Hal ini kerana pendidikan moral


14
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

menekan aspek pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-

nilai murni masyarakat Malaysia yang bertujuan melahirkan

pelajar yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta

rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara.

Justeru, menjadi seorang guru pendidikan moral adalah satu

perkara yang membanggakan.

Mempunyai Penghormatan Diri Yang Tinggi Sebagai

Seorang Guru

Guru merupakan pendidik anak bangsa. Setiap individu yang

bergelar sebagai guru akan dihormati dan disanjungi oleh

masyarakat luar. Apatah lagi guru pendidikan moral yang

jelas akan membentuk keperibadian para pelajar. Setiap

individu sedia maklum bahawa kedudukan guru termasuk

guru pendidikan moral adalah mulia di sisi Allah SWT kerana

tugas seorang guru merupakan tugas yang murni di mana

tugas ini membawa daripada kejahilan kepada kebijaksanaan

dan berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Ada sesetengah ulama mengatakan guru umpama pelita

zaman. Tiap seorang daripada mereka adalah pelita yang

menyinari ahli zamannya dan guru pendidikan moral

merupakan salah satu pelita yang menerangi kehidupan para

pelajarnya dengan memberi ilmu pengetahuan. Hal ini tidak

mampu dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana jelaslah

bahawa guru adalah sumber ilmu kepada para pelajar. Oleh


15
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

itu, ramai masyarakat luar amat menghormati dan

mempercayai kepakaran guru dalam mendidik para pelajar ke

arah kebaikan.Maka, jelaslah di sini bahawa menjadi seorang

guru mampunyai penghormatan diri yang tinggi dan sangat

disegani oleh semua lapisan masyarakat.

Guru Mempunyai Peluang Untuk Memperbaiki Dirinya

Melalui Subjek Moral Yang Diajar

Sebagai seorang guru pendidikan moral, guru tersebut

bertanggungjawab memastikan para pelajar yang bakal

menjadi rakyat Malaysia mempunyai moral yang tinggi dan

sekaligus dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai kaum. Di samping guru itu mengajar para

pelajarnya untuk menjadi insan yang terbaik, guru tersebut

sendiri dapat membina kendirinya melalai subjek yang diajar.

Hal ini kerana ilmu itu sifatnya sangat dinamik. Ketika ia

didiamkan saja oleh pemiliknya (manusia) maka ia akan

menghilang. Ketika ia diingat, maka ia akan kekal. Ketika

iadigunakan, maka ia akan semakin bertambah dan apabila ia

diajarkan kepada orang lain, maka ia akan mengajak jutaan

individu yang lain untuk mendalaminya. Guru sebagai

penyampai ilmu harus berbangga kerana guru bukan sahaja

mengajar untuk membentuk keterampilan para pelajar

malahan ilmu yang disampaikan turut mampu memperbaiki


16
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

diri sendiri dari masa ke semasa agar menjadi rakyat

Malaysia dan guru yang lebih cemerlang.

Lain-lain Keistimewaan/Kelebihan Guru Pendidikan Moral

Selain daripada keistimewaan dan kelebihan yang dinyatakan

di atas, guru pendidikan moral jugaakan menerimaganjaran

pahala yang berpanjangan. Ganjaran pahala ini bukan sahaja

diberikan kepada guru pendidikan moral malah kepada setiap

insan yang bergelar guru. Inilah kelebihan yang paling utama

sekali. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai. Tidak kiralah apa

jenis ilmu sekalipun selagi ianya memberi manfaat dan

diamalkan, selagi itulah ganjaran pahala akan dikecapi oleh

orang yang mengajar ilmu tersebut walaupun dia telah

meninggal dunia.

Sabda Nabi SAW mafhumnya :"Apabila seseorang itu

meninggal dunia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali

3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak

soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim).

Dalam hadis lain juga Nabi SAW bersabda

:"Bahawasanya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan

bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di

dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan

manusia" (Riwayat Tarmidzi). Begitulah tingginya darjat

seorang guru di sisi Allah dan Islam. Maka, beruntung lah

bagi mereka yang bergelar guru.


17
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

KRITERIA/CIRI-CIRI SEORANG GURU PENDIDIKAN

MORAL

Para guru pendidikan moral haruslah sentiasa segar dengan

cirri-ciri guru yang cemerlang agar mempunyai daya tarikan

yang dapat mendorong pelajar untuk bermotivasi mendengar

dan melaksana ilmu yang diajar. Antara ciri yang harus

dimiliki ialah :

Memiliki Intelek Yang Tinggi Dalam Bidang Pendidikan

Moral

Seorang guru pendidikan moral haruslah mempunyai ilmu

(intelek) yang mendalam dalam subjek pendidikan moral bagi

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Adalah tidak wajar bagi seorang guru pendidikan moral

jika guru tersebut tidak mengetahui ilmu pendidikan moral.

Justeru, setiap guru yang terlibat di dalam bidang ini perlu

melengkapkan diri dengan ilmu moral secukupnya agar setiap

ilmu yang disampaikan kepada para pelajar dapat diterima

dengan berkesan dan efektif.

Mempunyai Personaliti Guru Pendidikan Moral Yang

Menarik

Personaliti seorang guru pendidikan moral hendaklah ada

perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan

perlakuan manusia. Personaliti ini akan mengambarkan sifat


18
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

keperibadian seseorang dan dikaitkan dengan perwatakan.

Personaliti boleh dikaji melalui tingkah laku, percakapan dan

cara menyelesaikan masalah. Personaliti yang baik wajiblah

diterapkan di dalam diri seseorang guru itu sebagai seorang

pendidik. Hal ini kerana personaliti yang ada pada seorang

guru menjamin kecemerlangan pencapaian akademik secara

menyeluruh kerana personaliti yang baik dapat meningkatkan

motivasi pelajar.

Bertindak Sebagai Pembentukan Nilai/Role Model

Guru pendidikan moral haruslah bertindak sebagai

pembentukan nilai atau role model bagi membentuk para

pelajar memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai

murni yang tinggi. Gurupendidikan moral mestilah mempunyai

sifat dan peribadi yang baik, profesional, serta sosial yang

baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai

pendidik dengan sempurna. Sebagai pengajar pendidikan

moral, nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah

secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar

melalui beberapa ciri peribadi yang positif dan amalan-amalan

guru di dalam bilik darjah. Justeru, guru perlulah berhati-hati

dalam setiap langkah dan perbuatan yang akan dilakukan.

Lain-lain Kriteria/Ciri Guru Pendidikan Moral

Guru pendidikan moral adalah guru yang membentuk sahsiah

dan keperibadian pelajar. Ciri lain yang harus dimiliki agar


19
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

guru ini mudah didampingi pelajar ialah sikap peramah dan

selalu tersenyum. Perkara ini merupakan tips guru disukai

oleh para pelajar. Sikap gemar tersenyum merupakan hal

kecil tetapi pada dasarnya senyuman merupakan ukuran

daripada keperibadian seseorang yang baik hati. Oleh itu,

seorang guru pendidikan moral harus mengamalkan sikap

peramah dan murah dengan senyuman kerana hal ini juga

merupakan contoh kepada para pelajar dalam membentuk

sahsiah yang cemerlang dalam diri mereka.

TANGGA GAJI GURU PENDIDIKAN MORAL

Setiap individu yang mempunyai kerjaya di dunia ini pastinya

memiliki tangga gaji yang tertentu dalam setiap pekerjaan

yang dilakukan. Begitu juga bagi seorang guru pendidikan

moral. Tangga gaji bagi guru pendidikan moral lepasan

Diploma (gred 29) adalah sebanyak RM 1,598.00 secara

minimumnya. Secara maksimum, tangga gaji guru pendidikan

moral adalah sebanyak RM 5,137.00 dan mengikut kadar

kenaikan gaji tahunan, ia akan meningkat sebanyak RM

145.00 dalam satu tahun.

Manakala bagi guru lepasan Ijazah Sarjana Muda (gred

32) pula tangga gaji yang akan dimiliki secara minimumnya

ialah sebanyak RM 2,731.00. Secara maksimum, tangga gaji

yang akan diperolehi ialah sebanyak RM 5,457.00 dan


20
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

mengikut kadar kenaikan gaji tahunan pula ia akan meningkat

sebanyak RM 155.00 dalam tempoh satu tahun.

Namun tangga gaji guru pendidikan moral ini boleh

ditingkatkan lagi apabila guru tersebut menyambung

pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi seperti ke

peringkat Sarjana. Selain itu, tangga gaji juga akan meningkat

apabila seseorang guru pendidikan moral itu dinaikkan

pangkat. Kenaikan pangkat boleh diperolehi apabila guru itu

menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang selain

mempunyai ciri kepimpinan membimbing para pelajar dalam

bidang kokurikulum, sukan, termasuk akhlak dan disiplin

pelajar.

PELUANG MASA HADAPAN GURU PENDIDIKAN MORAL

Setiap kerjaya yang dilakukan oleh seseorang individu

pastinya mempunyai peluang atau prospek masa hadapan.

Namun, samada prospek masa hadapan itu adalah tinggi

atau rendah ia bergantung kepada sesuatu bidang kerjaya

tersebut. Prospek masa hadapan adalah penting bagi

seseorang memilih kerjaya. Hal ini kerana ia melibatkan

kebaikan atau manfaat yang boleh diperolehi oleh individu

tersebut melalui kerjaya yang dipilih pada masa hadapan.

Bagi individu yang terlibat dengan profesion guru pendidikan

moral, prospek masa hadapan yang akan diperolehi ialah :

Berpeluang Mendapat Bonus Daripada Kerajaan


21
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Setiap pekerjaan mempunyai bonus yang tersendiri yang

disediakan oleh majikan masing-masing. Bagi individu yang

terlibat dalam profesion perguruan termasuklah guru

pendidikan moral, bonus yang disediakan oleh kerajaan

Malaysia adalah pelbagai. Contoh terdekat yang boleh dilihat

ialah guru diberikan bonus setengah gaji iaitu sebanyak RM

500 pada januari 2015 dan pada julai 2014 kerajaan telah

memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM 500 dan

RM 250, masing-masing kepada penjawat awam iaitu

termasuk guru dan pesara kerajaan sebagai persiapan untuk

menyambut Aidilfitri.

Berbanding pada waktu dahulu, prospek profesion guru

adalah rendah. Tetapi kini, kerajaan mula meluaskan lagi

prospek masa depan dalam bidang perguruan bagi

menaikkan semangat kerja seorang guru dan tidak mustahil

kerajaan akan meluaskan lagi pemberian bonus kepada guru-

guru di Malaysia termasuk guru pendidikan moral.

Memperolehi Pencen Apabila Tamat Perkhidmatan

Bagi seorang guru pendidikan moral, prospek lain yang boleh

diperolehi ialah guru boleh memperolehi pencen setelah

tempoh perkhidmatan telah tamat. Sesetengah individu

memilih kerjaya guru pendidikan moral ini adalah kerana

individu ini beranggapan pada usia tua setelah tamat

perkhidmatan, seorang guru mampu menerima wang pencen


22
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

bagi menyara kehidupan mereka. Hal ini menyebabkan

mereka tidak lagi risau untuk memikirkan bagaimana hendak

meneruskan kehidupan setelah tamat tempoh bekerja malah

guru pesara pendidikan moral boleh meneruskan kehidupan

seperti biasa.

Pembayaran pencen boleh dibayar kepada pesara guru

pendidikan moral melalui dua cara iaitu pembayaran secara

sekaligus atau secara bulanan. Oleh sebab itu, ramai individu

cuba merebut peluang untuk terlibat dalam profesion sebagai

seorang guru dan perkara ini jelas kerana prospek masa

hadapan dalam bidang ini sangat menarik dan

menguntungkan individu tersebut.

Berpeluang Bekerja Pada Peringkat Yang Lebih Tinggi

Dan Lebih Hebat

Setiap individu akan memikirkan prospek kerjaya pada masa

akan datang sebelum menceburi sesuatu bidang kerjaya

tersebut. Sebagai guru pendidikan moral, pastinya guru

tersebut mengimpikan untuk meningkatkan peluang kerja

yang dimiliki sekarang ke peringkat yang lebih tinggi di mana

bukan sekadar mengimpikan peluang untuk kenaikan

pangkat malah lebih daripada itu. Bagi guru pendidikan moral,

kerjaya ini boleh ditingkatkan melalui cara guru tersebut

menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan

apabila mempunyai kelayakan yang sesuai, guru tersebut


23
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

boleh memohon untuk menjadi pensyarah pendidikan moral

di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) atau

Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Setiap individu perlu bijak mengambil dan memanfaatkan

peluang yang ada untuk memajukan diri ke tahap yang lebih

baik. Hal ini juga sama bagi seorang guru pendidikan moral.

Guru pendidikan moral perlu bijak mencari, mengambil dan

memanfaatkan setiap peluang yang muncul dalam kehidupan.

Setiap individu sedia maklum bahawa bidang kerjaya sebagai

pensyarah tidak banyak beza dengan guru kerana bidang ini

juga merupakan bidang yang akan menyampaikan ilmu

kepada anak bangsa. Justeru, tidak mustahil bagi seorang

guru menjadi pensyarah pada masa akan datang jika seorang

guru pendidikan moral itu bijak mengambil peluang.

UNIVERSITI YANG MENAWARKAN BIDANG PENGAJIAN

PENDIDIKAN MORAL

Bagi individu yang ingin memilih bidang kerjaya sebagai

seorang guru pendidikan moral, individu tersebut haruslah

mendapat pendidikan dalam bidang pendidikan moral.

Terdapat pelbagai universiti di Malaysia yang menawarkan

pengajian ini. Antaranyaialah :

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


24
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan satu-satunya

universiti pendidikan yang terdapat di Malaysia. UPSI telah

mengambil langkah memperkenalkan Program Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan (Pendidikan Moral)

dengan Kepujian. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pendidikan Moral) dengan Kepujian ini telah ditawarkan oleh

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan kemasukan

pelajar pertama untuk mengikuti program Sarjana Muda

Pendidikan (Pendidikan Moral) ini dilakukan pada semester 1

sesi 2005/2006.

Syarat untuk mengambil pengajian pendidikan moral di

UPSI ialah calon harus mendapat sekurang-kurangnya Gred

B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana

satu mata pelajaran berikut iaitu Usuluddin, Sejarah, Bahasa

Melayu, Kesusasteraan Melayu dan mendapat sekurang-

kurangnya kepujian 6C/Gred C pada peringkat SPM dalam

mata pelajaran Mathematics/Additional Mathematics. Selain

itu, calon juga mendapat sekurang-kurangnya kepujian

6C/Gred C pada peringkat SPM dalam mana-mana satu mata

pelajaran berikut iaitu Pendidikan Islam atau Pendidikan

Moral serta melepasi tahap minimum ujian Malaysian

Educators Selection Inventory (MEdSI) dan lulus temu duga

yang ditetapkan.

Universiti Utara Malaysia (UUM)


25
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah ditubuhkan pada 16

Februari 1984 dan memulakan sesi pengajian pertamanya di

Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah. Pada 15 September 1990,

UUM berpindah ke Kampus Sintok yang terletak kira-kira 48

km dari bandar Alor Setar, dengan keluasannya 1061 hektar.

Kini UUM mempunyai sebanyak 13 buah Fakulti dengan

menawarkan pelbagai bidang kajian termasuklah pendidikan

moral.

Antara syarat kelayakan untuk melanjutkan pengajian di

UUM adalah lulus STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK

2.50 dan mendapat kepujian Matematik/ Pendidikan Islam/

Pendidikan Moral/ Sejarah atau Lulus Matematik Tambahan

di peringkat SPM. Selain itu, calon juga mesti lulus Bahasa

Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-

kurangnya Tahap 2 (Band 2) dan lulus temuduga yang

dijalankan oleh universiti. Kelulusan sekurang-kurangnya

Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan

Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah ditubuhkan pada 29

Oktober 1971, sebagai Universiti Pertanian Malaysia melalui

penggabungan antara Fakulti Pertanian, Universiti Malaya

dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula


26
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Fakulti

Perhutanan dan Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains

Peternakan.

Syarat untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini adalah

calon mestilah memenuhi syarat am universiti iaitu lulus Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan baik dan lulus

dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di

peringkat SPM/setaraf. Selain itu, calon juga mesti lulus

peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya gred C

(NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am dan gred C

(NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain dan juga telah

mengambil Malaysian University English Test (MUET) serta

memenuhi keperluan asas program dan lulus temu duga.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN

MORAL

Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang

penting. Selain daripada perlumenyampaikan pelajarannya

dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada

pelajarnya. Guru pendidikan moral bukan sahaja

mengajarkan nilai-nilai moral kepada para pelajar tetapi harus

menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah „Role

Model‟yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan

moral pada pandangan pelbagai pihak khususnya pelajar-

pelajar di sesebuah sekolah.


27
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Guru pendidikan moral harus sedar bahawa sesebuah

sekolahitu sendiri merupakan sumber pembelajaran moral

secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara

sekolah ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku

akan memberikan pengaruh secaratidak langsung kepada

pembelajaran moral para pelajar di sekolah. Para pelajar

yangbelajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan

moralnya sudah tentu lebihberuntung dan lebih mudah proses

pemupukan nilai dilakukan berbanding dengansekolah yang

sebaliknya.Guru pendidikan moral mesti menerima hakikat

bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam dalam diri para

pelajar.

Oleh sebab itu, guru haruslah bersedia untuk mengajar

pendidikan moraldengan mengambil kira pengetahuan dan

pembelajaran moral yang sedia ada. Gurudikehendaki

memperkembangkan pengetahuan moral para pelajar dan

membimbing mereka semasa pengajaran pendidikan moral

dilaksanakan. Pendidikan moral disekolah digunakan untuk

memperkembangkan pengetahuan moral para pelajar kearah

mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang

bermoral tinggi.

Selain itu, guru pendidikan moral haruslah

bertanggungjawab menyalurkan objektif-objektif seiring

dengan penerapan nilai-nilai murni pendidikan moral di


kalangan anakdidiknya. Di bawah rancangan KBSR dan

28
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata

pelajaran pendidikan moral tetapi juga dalam semua mata

pelajaranyang lain. Antara objektif yang menjadi

tanggungjawab guru pendidikan moral ialah mengukuhkan

amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh

dibawah rancangan KBSR. Selain itu, guru perlu menyedari,

memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung

dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan.

Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-

nilai murni dalam jiwa para pelajar adalah tanggungjawab

guru pendidikan moral. Dengan menjalankan tugas

penuhdedikasi sebagai seorang pendidik,diharapkan bahawa

matlamat pendidikankebangsaan dapat dicapai, iaitu

menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawabdan

mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia.

CABARAN GURU PENDIDIKAN MORAL

Bagi merealisikan impian Kementerian Pendidikan Malaysia

dalam pengajaran pendidikan moral disekolah, pelbagai

usaha telah dijalankan bagi memantapkan lagi sokongan dan

dorongan kepada guru-guru dalam memberikan contoh yang

baik dikalangan guru, murid dan juga masyarakat sekeliling.

Walau bagaimanapun terdapat pelbagai cabaran yang tidak


29
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

dapat dielakkan yang akan dihadapi oleh guru pendidikan

moral. Antaranya ialah :

Cabaran Sebagai Agen Perubahan

Guru perlu mempunyai sifat yang boleh menjadi tauladan

yang baik kepada para pelajar seperti bertanggungjawab, adil

dalam mengambil tindakan ke atas para pelajar di mana guru

itu tidak mengira status kedudukan pelajar tersebut dalam

mengambil tindakan terhadap kesalahan pelajar.

Di samping itu, guru pendidikan moral juga perlu

mempunyai disiplin misalnya tidak berambut panjang bagi

guru lelaki, menepati masa pengajaran dan mudah di

dampangi oleh pelajar. Segala tingkah laku guru sentiasa

dilihat oleh masyarakat luar. Oleh itu, guru perlu sentiasa

berwaspada dalam mengambil sesuatu tindakan agar tidak

melanggar etika profesion sebagai guru pendidikan moral.

Pelajar kini banyak terdedah kepada anasir yang tidak

baik misalnya penagihan dadah, kongsi gelap dan lain-lain.

Menjadi cabaran besar bagi guru pendidikan moral kerana

guru bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan yang

berkesan bagi menggelakkan atau menghindari pelajar dari

terjerumus kepada anasir yang merosakkan diri pelajar. Di

sini guru perlu menjadi model yang baik untuk diikuti oleh

para pelajar.
30
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Cabaran Dalam Melahirkan Insan Yang Berintegriti

Guru pendidikan moral harus mempunyai prinsip akauntabiliti

dan integriti kerana guru merupakan pendidik yang mendidik

generasi hari muka di mana generasi muda adalah sebagai

pelapis kepada pemimpin yang ada sekarang. Guru

pendidikan moral akan diketegorikan gagal dalam mendidik

sekiranya hanya tertumpu atau mementingkan intelek

semata-mata. Negara mampu melahirkan ahli bijak pandai

tetapi tidak bermoral.

Justeru, menjadi cabaran kepada guru pendidikan moral

untuk mendidik para pelajar yang seimbang dari segi intelek

dan sahsiah selari dengan kehendak agama. Dalam konteks

ini, kewibawaan seorang guru pendidikan bukan sahaja

diukur dari segi kebolehan melahirkan pelajar yang mendapat

gred A dalam subjek yang diajar, bahkan lebih dari itu.

Guru dinilai dari segi keupayaan mendidik pelajar

menjadi insan yang beretika, beradab dan berakhlak mulia.

Dalam erti kata lain, tugas guru pendidikan moral tidak hanya

terhenti setakat mengasah kecerdasan minda pelajar, tetapi

juga mendidik jiwa dan sanubari mereka agar menjadi insan

mulia yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam

kehidupan mereka dan cabaran ini bukanlah mudah untuk

dilaksanakan melainkan ia menuntut kesabaran yang tinggi

daripada guru pendidikan moral.


31
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

KELAYAKAN MEMOHON GURU PENDIDIKAN KHAS

Antara syarat dan kelayakan asas untuk memohon sebagai

guru pendidikan khas adalah Kewarganegaraan Pemohon

mestilah bertaraf warganegara Malaysia pada tarikh iklan

disiarkan, dari segi umur pula pemohon mestilah berumur

tidak melebihi 35 semasa memohon. Bagi kelayakan

akademik pula pemohon hendaklah memiliki sekurang-

kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya

daripda institusi pengajian tinggi awam (IPTA) institusi

pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan atau luar Negara.

Ijazah Sarjana Muda yang telah diiktiraf oleh kerajaan pada

iklan permohonan. Calon hendaklah memiliki Kepujian

Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) dan lulus ujian

lisan di dalam satu sijil atau lulus kertas khas Bahasa Melayu

di peringkat university/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal

Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan

kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) dengan

syarat lulus ujian lisan. Selain itu, calon hendaklah sihat tubuh

badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal

yang teruk dan berupaya mengikuti program-program yang

dirangka untuk kursus ini.

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi

Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti


berikut:

32
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang

mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan

Warganegara Malaysia. Bagi Bukan Warga Negara Malaysia

perlu memohon terus ke IPTA berkaitan. Lulus SPM atau

peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa

Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira, dan lulus

Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan

mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam

mata pelajaran Pengajian Am, dan Gred C (NGMP 2.00)

dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau

mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat

Matrikulasi/Asasi tahun 2013, atau mendapat sekurang-

kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama

Malaysia atau mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan

lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia

dan diluluskan oleh Senat IPTA atau lulus peperiksaan

STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat

sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3)

mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi

Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-


kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan

sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap

33
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Jayyid dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1)

dalam Malaysian University English Test (MUET).

KEISTIMEWAAN

Keistimewaan yang dapat diperolehi apabila menjadi seorang

guru pendidikan khas adalah dapat mempelajari banyak

kemahiaran untuk memahami orang yang kuarang upaya.

Sebagai contohnya, seorang guru pendidikan khas yang

mengajar murid yang bisu, guru berkenaan dapat tahu

macam mana cara dan isyarat yang boleh digunkan untuk

berkomunikasi dengan orang yang bisu.

Selain itu, contoh lai ialah guru pendidikan khas juga

dapat tahu bagaimana cara untuk mengajar orang yang buta

untuk tahu membaca. Keistimewaan ini tidak akan diperolehi

oleh guru biasa sekiranya tidak mengambil kursus berkenaan

dengan pendidikan khas. Hanya insan tertentu sahaj yang

dapat memahami dan merasakan sendiri bagaimana

perasaan yang dirasakan oleh insan yang tidak sempurna.

KRITERIA

Guru pendidikan khas seharusnya berani membuat anjakan

minda dan sentiasa mmembuat pelbagai inovasi dalam

pengajaran sebagai tuntutan asa satu usaha yang

bersungguh-sungguh. Kepakaran yang dimiliki menjadi

amalan dalam pengajaran dan pembelajaran yang membawa


34
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

kepada kecemerlangan dalam pendidikan khas. Perkongsian

ilmu dapat meningkatkan prestasi kerja dan memperbaiki

kelemahan diri.

Seorang guru pendidikan khas perlu mempunyai

pengurusan emosi dan spiritual yang tinggi supaya dapat

mengekalkan kualiti dalam perkhidmatan. Keterampilan diri

hendakalah seiring dengan kepercayaan pada diri sendiri dan

berteraskan iman yang kuat agar tidak kecundang dan tewas

dengan tanggapan negative pihak lain. Halatuju guru dalam

merealisasikan misi Kementerian Pendidikan, khasnya

meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa

berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dam

perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan, tindakan secara

kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu,

menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini

untuk merancang serta melaksakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dengan berkesan

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan

profesionalisme. Guru haruslah sedar tentang tugas dan

amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan

mencapai wawasan Negara. Kemahiran dan pengetahuan

dalam aspek pendidikanperlu dikemaskini setiap masa. Di

samping itu berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah


pengajaran dan pendidikan terkini. Guru pendidikan khas

35
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus kursus

pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar

dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahan, dan prestasi

bagi menghadapi cabaran yang semakin besar.

Sabar

Sikap ini amatlah penting untuk menjadi seorang guru

terutamanya untuk mereka yang berkeperluan khas. Sabar di

sini bermaksud masih mampu tersenyum dan tidak berputus

asa dalam melatih dan mendidik pelajar. Jika ada di kalangan

pelajar kita yang sukar untuk menerima pengajaran kita, kita

tidak boleh terus melenting dan berputus asa dengan mereka.

Sebaliknya mencuba untuk terus berusaha agar mereka

dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan ketika

pembelajaran tersebut. Akan tetapi, saya pasti, walau

sesabar manapun kita mesti ada batasnya. Oleh itu,

sentiasalah bijak memotivasikan diri dan juga mengamalkan

ayat-ayat dan zikir penenang jiwa agar kita boleh kembali

bersemangat untuk mengajar mereka.

Kreatif

Untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dan pelajar

kita dapat memahami apa yang diajar, kita haruslah menjadi

seorang yang kreatif dan sentiasa mempunyai idea jika metod


yang digunakan tidak berjaya. Guru pendidikan khas

36
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

sebenarnya harus lebih kreatif daripada guru-guru bidang lain

kerana kekurangan yang ada pada pelajar kita mengharapkan

kita agar dapat mengajar dengan menggunakan kaedah yang

sesuai dengan mereka. Cuba bayangkan jika kita

menggunakan kaedah pengajaran yang sama dengan guru

bidang lain, sudah tentukan pelajar kita tidak akan memahami

apa yang diajar oleh kita. Jika ada, ia dalam kadar yang

sedikit. Disebabkan itulah kreativiti menjadi satu lagi ciri yang

penting bagi menjadi guru yang berkesan.

Ilmu Pengetahuan

Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding).

Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang

diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada

pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang

praktikal.sebagai guru pendididkan khas, perlu mengetahui

bidang pendidikan khas yang diceburi. Guru harus

melengkapkan diri dengan segala ilmu yang sudah pasti

dapat membantu dalam proses pembelajaran dan

pengajaran. Guru juga harus mempunyai maklumat

berkenaan kategori lain dalam bidang pendidikan khas

supaya tidak terkial-kial menjawab soalan yang di

kemukakan. Selain itu, guru harus mengetahui peranan

masyarakat.
37
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Berkemahiran

Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-

duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan

personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi

(application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau

idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan

kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-

kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme,

ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran

mendengar.

Bertanggungjawab

Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan yang

mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh

penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan Menjalankan

Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam

kalangan penjawat awam akan membina gaya kerja yang

lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat

awam akan sentiasa menambah ilmu dan kemahiran bagi

mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan

menjiwai nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya

mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar

perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan

menunggu kerja.
38
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Inovasi

Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif

bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat

kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan

pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan

meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak

langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.

Adil

Sikap tidak pilih kasih ini juga sgt penting dalam membina

hubungan di dalam kelas. Jangan sekali-kali pilih kasih,

sama ada dari segi kepandaian atau paras rupa. Jangan

menyisihkan seseorg kerana kelemahannya. Guru yang

berjaya tidak memandang seorang pelajar sahaja tetapi

semua pelajar menjadi dibawah perhatiannya. Dalam

menghukum juga tidak berat sebelah, memilih bulu dan tidak

adil supaya pelajar tidak memandang guru berlaku tidak adil.

PUSAT PENGAJIAN YANG MENAWARKAN

IPTA

Pusat pengajian yang telah ditawarkan untuk Program

Pendiddikan khas adalah di Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI).

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

39
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

IPTS

Internasional University (UNITAR)

PELUANG MASA DEPAN DAN FAKTA-FAKTA YANG

BERKAITAN

Peluang masa depan

Antara peluang masa depan sebagai guru pendikdikan khas

adalah dapat membuka sebuah sekolah yang khas untuk

pelajar yang istimewa. Bilangan sekolah Pendidikan Khas

agak sedikit di negara Malaysia, apabila sekolah pendidikan

khas dibuka, ramai ibi bapa akan menghantar anak-anak

yang mempunyai masalah ke sekolah tersebut. Pendapatan

yang akan diperolehi juga agak berbaloi kerana ibu bapa

sanggup menbayar berapa sahaja untuk memastikan

anaknya mendapat pendidikan.

Selain itu, seorang guru pendidikan khas juga boleh

bekerja di rumah Orang Kurang Upaya (OKU). Melalui

kemahiran yang telah ada, guru tersebut boleh memahami

dekat lebih dekat akan tingkah laku OKU. Guru pendidikan

khas juga dapat berkomunikasi dengan OKU seperti cacat

penglihatan dan bisu. Guru pendidikan khas akan tahu

menggunakan bahasa isyarat untuk berhubung dengan OKU.

Fakta-fakta yang berkaitan

40
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Sistem Pendidikan di Malaysia Malaysia mengamalkan sistem

pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran

bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan

pendidikan formal untuk setiap 2 kanak-kanak termasuk

individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta

Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah

merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan,

pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,

Seksyen 41). Konsep tersebut tidak merangkumi sebahagian

kecil kanak-kanak berkeperluan khas (KBK). Definisi yang

diguna pakai oleh agensi antarabangsa yang terlibat dengan

kepentingan KBK adalah lebih luas misalnya skop definisi

ketidakupayaan yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) merangkumi 3 aspek iaitu impairment,

disabilities dan handicap. Hallahan dan Kauffman (2000) pula

mendefinisikan kanak-kanak yang mempunyai

ketidakupayaan dengan lebih menyeluruh iaitu kanak-kanak

yang mempunyai masalah pembelajaran, masalah emosi atau

tingkah laku, masalah pendengaran atau penglihatan,

masalah bahasa dan komunikasi, masalah fizikal dan

kesihatan, autisma, pintar cerdas/berbakat dan juga masalah

kognitif. Selain membincangkan fakta dapatan kajian, melalui

kertas pembentangan ini penulis berhasrat menyebarkan

maklumat tentang pendidikan khas di Malaysia khususnya


bagi meningkatkan kesedaran umum tentang kehadiran murid

41
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

berkeperluan khas (MBK) di aliran perdana. 1.2 Pendidikan

Kanak-kanak Berkep

Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas (KBK) di

Malaysia Terdapat empat kementerian yang terlibat secara

langsung menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk KBK

di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian

Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian

Kesihatan (KKM). Agensi-agensi di bawah kementerian

berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan

melaksanakan pelbagai program untuk golongan

berkeperluan khas. Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib

2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua

kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas

adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar

anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh

didakwa. Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8,

Perlembagaan Malaysia mengenai „Disabled Person Act

2002‟ serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi

antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan

Biwako Millenium Framework 2002. Ini bermakna kerajaan

bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian

mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk

golongan yang mempunyai kecacatan/ketidakupayaan. Untuk


memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM dan

42
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

kementerian-kementerian lain yang dinyatakan di atas,

memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan

pendidikan untuk kanak-kanak yang berkeprluan khas

Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas Kelolaan

KPM Akta Pendidikan 1996 Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) menggariskan tanggungjawab Kementerian dalam

menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk KBK. Individu

yang dikenal pasti oleh pengamal perubatan bertauliah

sebagai „mengalami kecacatan yang boleh mengganggu

proses pembelajaran di kelas normal‟ kerana masalah

penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran adalah

di kategori sebagai murid pendidikan khas. Bab 8 dalam Akta

tersebut menyebut: „Menteri hendaklah mengadakan

pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah

rendah atau menengah yang difikirkan sesuai dan bermanfaat

oleh Menteri Pendidikan.

PENGENALAN KERJAYA GURU PENDIDIKAN ISLAM

Guru pendidikan islam memegang peranan yang penting

dalam proses mengajar. Di mana mereka memikul

tanggungjawab utama dalam seluruh usaha pendidikan di

sekolah. Di negara yang sudah maju pendidikannya dengan

menggunakan media elektronik yang sangat canggih sebagai

alat pengajar sudah dipergunakan dan kemampuannya untuk


43
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

membawakan bahan pengajaran kepada pelajar sudah

dibuktikan. Namun, keberadaan alat bantu tersebut tetap

tidak dapat sepenuhnya menggantikan kedudukan guru.

Dalam hal ini terdapat sesuatu yang hilang yang selama ini

disumbangkan oleh guru dengan adanya interaksi antar

manusia, antara guru dan pelajar.

Kehilangan yang utama adalah segi keteladanan dan

penanaman nilai - nilai murni yang dikristalisasikan dalam

tujuan pengajaran supaya pelajar peka dalam membuat

sesuatu dengan perkara yang bercanggah.selain itu

masyarakat telah memahami, dari masyarakat yang

terbelakang sampai masyarakat yang paling maju sekalipun,

mengakui bahawa guru merupakan satu di antara sekian

banyak unsur pembentuk utama calon anggota masyarakat.

Walaupun perwujudan dari pengakuan yang berbeza-beza

antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Sebahagian mengakui bahawa pentingnya peranan seorang

guru itu dengan cara yang lebih kreatif, sementara ada yang

lain masih menyangsikan besarnya tanggung jawab seorang

guru, termasuk masyarakat yang sering menggaji guru lebih

rendah dari pada yang sepantasnya.

Sebahagian orang tua kadang-kadang merasa

cemas ketika menyaksikan anak-anak mereka berangkat ke

sekolah, kerana masih ragu akan kemampuan guru mereka


Sebab itu guru perlu membuat perubahan ke arah kebaikan

44
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

ke atas mereka supaya mendapat kembali kepercayaan

tersebut. Namun di pihak lain, setelah beberapa bulan

pertama guru mengajar, pada umumnya guru-guru sudah

memahami dan menyedari betapa besarnya pengaruh

terpendam yang mereka miliki terhadap pembinaan

kepribadian.

SYARAT KELAYAKAN MENJADI GURU PENDIDIKAN

ISLAM

Untuk menjadi pemimpin mestilah ada kelayakan tertentu

mana mungkin orang yang mengambil kursus perubatan

mengajar pendidikan islam jadi untuk menjadi guru

pendidikan islam mereka mestilah beriman kepada Allah

kerana jika tidak akan membawa ilmu yang sesat kepada

murid-murid maksudnya mesti mempunyai pegangan agama

yang kuat.selain itu mesti mempunyai kelulusan dalam bidang

tersebut tidak kiralah diploma mahupun ijazah tetapi bukan

atas dasar sijil semata-mata tetapi mempumyai ilmu didada.

Seterusmya,untuk menjadi guru pendidikan islam dan

guru lain mestilah kualitatif sebagai tenaga

pengajar.Maksudnya tidak main-mainguru juga mestilah tidak

mengalami kecacatan kerana bimbang akan menjadi bahan

ejekan murid kelak.selain itu sahsiah juga amat penting untuk

menjadi guru kerana mereka akan menjadi contoh kepada


45
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

pelajarnya kelak.kalau guru tadak ada sahsiah dalam diri

macam mana hendak menjadikan pelajarnya supaya

bersahsiah sedangkan kita tidak bersahsiah.

Seterusnya guru perlu Sihat jasmani dan rohani

maksudnya hendak jadi guru yang mempunyai kekuatan dari

segi mental kerana persediaan bagi menghadapi pelbagai

kerenah pelajarnya kelak.jika tidak guru akan mudah berputus

asa dan mudah jatuh kerana tidak dapat menahan kerenah

pelajarnya.selain nmereka perlu berkelakuan baik kerana

beliau akan menjadi model kepada murid-murid akan menjadi

ikutan kepada orang lain.Dan Perlu ada kritiria yang paling

penting sebagai pendidik agama islam.dan pakaian bagi

perempuan hendaklah berpakaian sopan dan tidak menjolok

mata.Selain itu guru juga hendaklah yang tidak pemalu dan

boleh bercakap di hadapan orang ramai.

TANGGUNJAWAB GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM

MENDIDIK

Apabila menyebut sahaja soal dakwah maka ia merupakan

bicara tanggungjawab terhadap ummat Muhammad ke arah

mengembangkan Islam.Sebagai seorang guru, nyata ia

bukan merupakan perkara penting yang dikesampingkan,

lebih-lebih lagi bagi seorang guru Pendidikan Islam.


46
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Umum mengetahui tugas seorang guru Pendidikan

Islam memang menyampaikan ilmu terus kepada anak

muridnya .Menghapuskan kejahilan, memperkukuhkan

amalan , menerapkan nilai-nilai murni, mengajak kepada

kebaikan dan mencegah kemungkaran.Tidakkah ia sudah

dikira sebagai dakwah dan ibadah?.Begitulah bertuahnya

guru Pendidikan Islam yang sudah tersedia jalan menuju

redha Allah di samping menjalankan tugas sebagai

pendidik.Sudah tersedia jalan dan ruang berdakwah yang

nyata berjalan seiring dengan tugas hakiki mendidik anak

bangsa.Selain itu mereka merupakan pakar rujuk terutama di

dalam selok belok agama bagi warga guru dan kakitangan

sekolah.Inilah peluang-peluang yang dilihat seharusnya

dimanfaatkan oleh Guru Pendidikan Islam di dalam

meneruskan kesinambungan misi dakwah junjungan Besar

nabi Muhammad S.A.W.

Allah telah menceritakan kepada kita bahawa Ummat

Muhammad SAW adalah ummat yang terbaik yang diutuskan

untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah

kemungkaran sepertimana dinyatakan didalam Surah Al-

Imran ayat 110:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk


manusia, menyuruh kepada yang ma‟ruf, dan mencegah dari

yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab

47
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka

ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-

orang yang fasik.”

Selain itu,mereka perlu mendidik pelajar pada landasan

yang benar Supaya pelajar dapat mengikuti apa yang disuruh

oleh Allah dan meninggalkan segala larangannya supaya

tidak terpesong dengan ajaran yang salah.didikan ini amat

penting kerana para pelajar mudah sangat terpengaruh

dengan sesuatu yang bertentangan dalam hidup

mereka.Tugas guru juga perlu menjadikan anak didik mereka

supaya berakhlak baik bukan sahaja di sekolah malah di luar

sana mereka juga perlu berakhlak baik sebab itu tugas guru

pendidikan islam sangat berat kerana bukan ilmu dunia

sahaja perlu disampaikan tetapi ia adalah ilmu yang berkaitan

dengan ilmu akhirat,dan memang menjadi tanggungjawab

untuk menyampaikan ilmu apabila ia tahu.

Seterusnya mereka juga perlu memastikan Supaya

murid dapat membezakan keburukan dengan kebaikan dari

segi perbuatan mereka seharian contohnya dalam pergaulan

mereka perlu menjaga batas pergaulan antara lelaki dan

perempuan sebab bimbang sesuatu keburukan akan berlaku

sebab seperti mana yang kita tahu semua manusia Allah

kurniakan nafsu,jadi sesuatu perlu dicegah di awal-awal

pergaulan lagi.
48
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Selain itu pendidikan di sekolah boleh mendidik

pelajar supaya mereka menghormati ibu bapa mereka tidak

kira di mana mereka berada.Didikan ini penting kerana dunia

hari ini apabila meningkat ke alam sekolah menengah mereka

semakin kurang ajar kerana lebih terpengaruh dengan rakan

sebaya dan apabila dimarahi ibu bapa mereka akan

memberontak dan bertindak ganas sebab itu pendidikan

tersebut sangat penting kerana supaya pelajar penyedari

tentang wajib kita menghormati ibu bapa kerana keredaan

Allah terletak pada keredaan ibu bapa kita.

Guru pendidikan islam juga perlu mendidik Supaya

murid beretika dari semua aspek kendiri mereka.Selain

melatih pelajar Supaya lebih bersahsiah Akhir dengan

pendidikan yang diberi di sekolah oleh guru dan pendidikan

oleh ibu bapa di rumah dengan sempurna semoga skejayaan

mereka bukan hanya di dunia malah sehingga ke akhirak

kelak.

KEISTIMEWAN GURU PENDIDIKAN ISLAM

Terdapat banyak keistimewaan guru pendidikan islam selaim

mereka mengajar mereka akan beramal.selain itu di mana-

mana mereka berada di sekolah dan dalam masyarakat

mereka diakui kredibiliti dari sudut ilmu dan pengetahuan dan

akan menjadi sumber rujukan mengenai ilmu tersebut.Selain

mendapat saham diakhirat jika benar-benar ikhlas dalam


49
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

menyampaikan ilmu kepada murid dan masyarakat asalkan

mereka tidak riak dengan ilmu yang mereka ada,seterusnya

pada kebiasaan mereka ini mudah didampingi murid dan

masyarakat yang mempunyai permasalahan tentang hukum

hakam dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu jika di sekolah mereka Sentiasa menjadi

perhatian warga sekolah ataupun murid-murid dengan

keperibadian baik yang ditonjolkan.dan sekali gus menjadi

role model dalam masyarakat dan kepada murid-murid di

sekolah.orang yang mengambil kursus pendidikan islam

adalah orang yang mempunyai ilmu agama yang sangat

tinggi berbanding orang lain selain ada kelebihan tertentu

seperti ,Fasih dalam membaca al-quran,berakhlak baik

kerana ketinggian ilmu agama dalam diri.

Dengan kelebihan sampingan yang ada mereka

boleh mengajar dengan pelbagai cara dengan kemahiran

yang ada.contohnya boleh mengajar pelajar dengan

bertaranum dan sebagainya.Selain itu dari segi pendidikan

anak-anak mereka di rumah mereka akan menekankan

dengan ilmu agama sejak kecil dan akan dapat mewujudkan

keluarga yang kuat agama kerana dengan keadan suasana

islamik yang diamalkan dalam keluarga tersebut

PROFESION GURU BAHASA MELAYU


50
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

Menurut Comin (1965), Havinghurst dan Levine (1979),

Howsam (1976) dalam Dr. Awang Sariyan (2004), di mana

ditegaskan bahawa kerjaya pendidik layak diiktiraf sebagai

profesional. Namun ada tokoh yang mengganggapnya

sebagai separa profesional dan ada yang mengistilahkannya

sebagai kerjaya profesional yang sedang dalam

kemunculannya atau belum profesional dalam erti kata yang

sebenarnya.

Tanggungjawab memberikan pendidikan dan pengajaran

kepada anak-anak terletak pada bahu guru, ibu bapa dan

juga masyarakat. Ibu bapa dan masyarakat mendidik dan

mengajar anak-anak secara umum dan secara tidak

langsung, terutamanya tentang pengetahuan warisan di mana

anak-anak itu terdidik menerusi sosialisasi. Guru pula

mendidik dan mengajar dengan lebih khusus, secara

langsung dan dalam bentuk yang formal. Pendidikan dan

pengajaran di sekolah dilakukan secara perancang,

bersistem, lengkap dengan kurikulum dan alat

kelengkapannya. Oleh yang demikian, tugas dan peranan

guru jadi lebih penting daripada ibu bapa dan masyarakat.

Sukar bagi kita hendak menyamakan profesion

perguruan dengan profesion-profesion yang lain kerana ia

melibatkan pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan


rohani, memberi makanan otak dan makanan jiwa, membina

51
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

generasi yang ideal dan sihat zahir batin. Justeru itulah

profesion perguruan merupakan kerjaya yang amat besar

tugasnya dan juga peranannya. Kerjaya seorang guru adalah

satu profesion yang diikhtiraf sebagai satu bidang kerja yang

tertumpu kepada pengurusan dan profesional di mana ia

sememangnya membuka peluang yang begitu luas.

Guru bahasa Melayu yang profesional bermaksud guru

yang mempunyai kemahiran dan kebolehan yang

memuaskan untuk mengajarkan bahasa Melayu. Guru

bahasa Melayu profesional adalah guru yang berkesan yang

mempunyai kuasa keilmuan, menguasai matapelajaran yang

diajar dan mengambil berat hal pelajarnya dan seterusnya

dapat menghasilkan pelajar yang berkesan dan menghasilkan

keputusan yang baik. Ciri tersebut terkandung dalam

komponen kecekapan guru dalam tugas dari segi komitmen,

latihan, pelaksanan pengajaran, penguasaan kurikulum,

penguasaan ilmu bahasa dan penguasaan komputer dan

teknologi maklumat.

Semua ini selari dengan pendapat Tuckman (1995)

melihat komponen profesional seorang guru terletak kepada

kecekapan guru dari segi sikap dan kepercayaan, kecekapan

kelakuan mengajar, dan pengetahuan matapelajaran.

Manakala Brown (1994) menyentuh mengenai aspek


52
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

pengetahuan teknikal, kemahiran pedagogi, kemahiran

interpersonal, dan kualiti peribadi.

Profesion perguruan cukup diberi perhatian oleh

kerajaan melalui kementerian pendidikan dan semakin

meningkat jumlah penduduk maka semakin banyak guru yang

diperlukan kerana ianya tidak kira di bandar raya, bandar

mahupun di luar bandar.

CIRI-CIRI GURU BAHASA MELAYU

Guru bahasa Melayu tersebut pernah mendapat latihan yang

kursus dalam bidang yang diperolehinya. Guru bahasa

Melayu yang profesional seharusnya mempunyai sijil

bertauliah daripada latihan ikhtisas. Sijil bertauliah ini adalah

bukti kesanggupan memberi perkhidmatan yang bermutu

tinggi dan boleh dipercayai melaksanakan tugas yang

dipertanggungjawabkan dengan baik dan sempurna.

Seorang guru bahasa Melayu yang memperolehi

kemahiran profesional adalah guru yang cekap menjalankan

tugasnya dan mempunyai pengetahuan yang mendalam

tentang matapelajaran yang diajarnya disamping itu seorang

guru bahasa Melayu seharusnya mempunyai ketrampilan diri

yang baik dari segi sahsiah dan bersikap dedikasi dalam

tugasnya sebagai tenaga pengajar dalam matapelajaran


bahasa Melayu dalam bilik darjah.

53
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

KOMITMEN GURU BAHASA MELAYU

Guru bahasa Melayu merupakan penggerak dan pendorong

kepada semua proses pengajaran dan pembelajaran yang

berlaku di kalangan pelajar-pelajar sama ada di dalam atau di

luar bilik darjah.

Guru bahasa Melayu harus menggunakan segala

kemahiran mengajar yang ada untuk menarik minat pelajar,

bukan sahaja untuk meneruskan proses pembelajaran, malah

untuk membantu mereka melangkah batasan keupayaan agar

dapat terus maju dalam bidang akademik. Ini akan dapat

membantu membina sifat daya saing pelajar- pelajar dan

seterusnya meningkatkan kebolehan kemahiran diri mereka

untuk terus maju dalam bidang akademik.

Pelajar akan dapat mengikuti proses pengajaran dengan

lebih mudah jika guru yang mengajar prihatin terhadap

perkembangan dan keperluan semasa pelajar. Keprihatinan

tersebut merangkumi sikap yang positif terhadap keupayaan

pelajar, mengambil berat tentang kesejahteraan pelajar,

menunjukkan sikap penyayang, mempunyai sikap yakin diri

dalam melakukan proses pengajaran, serta memahami

bahawa proses pengajaran-pembelajaran harus berlaku

secara dua hala. Oleh itu, guru harus menggunakan segala

kemahiran yang ada untuk menarik minat murid, bukan


54
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

sahaja untuk meneruskan proses pembelajaran, malah

melangkah batasan keupayaan optima mereka untuk belajar.

Penguasaan Kurikulum

Menurut Yahya Othman (2006) kurikulum bahasa Melayu

menjadi asas pelaksanaan pengajaran dan pemelajaran

dalam bilik darjah. Pengisian kurikulum merangkum unsur

yang mencantumkan perkembangan terkini dalam

pendidikan. Tambah beliau bagi memantap pendidikan

bahasa Melayu, aspek pelaksanaan kandungan kurikulum

perlu dikuasai oleh guru sebagai pelaksana dasar.

Pengetahuan dan penghayatan terhadap kandungannya perlu

diberikan penekanan oleh guru bahasa Melayu.

Secara tidak langsung akan memantapkan lagi

profesional guru bahasa Melayu dan pengajaran bahasa

Melayu akan lebih berkesan dalam bilik darjah. Sikap guru

terhadap kurikulum dan pengajaran menentukan kejayaan

atau kegagalan penyebaran kurikulum tersebut. Pegangan

sikap akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan

keputusan guru sama ada kurikulum dianjurkan terlaksana.

Guru bahasa Melayu perlu mempunyai lokus kawalan diri

yang positif terhadap kurikulum dan pengajaran. Guru ini

akan berinisiatif tinggi dan berperanan sebagai „pengusaha‟


55
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

terbaik menterjemahkan pengajaran menyebar kandungan

kurikulum bahasa Melayu.

Penguasaan Ilmu Bahasa

Menurut Yahya Othman (2006), guru bahasa perlu memiliki

ilmu dan ketrampilan dalam melaksanakan tugasnya dalam

bilik darjah. Penguasaan ilmu bahasa oleh guru bahasa

Melayu adalah penting bagi memastikan pengajaran bahasa

dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Komponen ilmu bahasa yang dikuasai seperti aspek

sistem bahasa (tata bahasa, sebutan, ejaan, istilah, kosa kata

umum, dan laras bahasa) dan kemahiran bahasa

(mendengar, bertutur, membaca, dan menulis) akan dapat

membantu guru bahasa Melayu menunjukkan keterampilan

yang profesional dalam pengajaran bahasa melayu di bilik

darjah.

Pelaksanaan Pengajaran

Bagi guru bahasa Melayu seharusnya dapat menguasai

kemahiran mengajar bahasa sepenuhnya. Menurut Yahya

Othman (2006) aspek pedagogi dianggap penting dalam

pendidikan bahasa Melayu. Kemampuan guru mengendalikan

pengajaran dan pemelajaran banyak dipengaruhi oleh seni

pengajarannya di bilik darjah. Guru perlu menggunakan teknik

56
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

pengajaran yang mampu menarik perhatian pelajar dan

bukanya melaksanakannya cecara rutin yang dapat

membosankan pelajar.

Guru bahasa Melayu perlu menguasai strategi,

pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran

bahasa bagi mencapai objektif pengajaran tersebut.

Seharusnya guru bahasa Melayu perlu memahami maksud

konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa yang mampu

dilaksanakan dalam bilik darjah.

Secara tidak langsung aktiviti pengajaran dapat

dilaksanakan secara sistematik, langkah demi langkah iaitu

dari peringkat permulaan diikuti peringkat perkembangan

konsep dengan penggunaan ilmu pengetahuan serta

kemahiran dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan

pengukuhan setelah guru bahasa Melayu dapat menguasai

pedagogi pengajaran dan ini akan dapat meningkatkan

keterampilan profesional guru bahasa Melayu tersebut.

Penggunaan Komputer dan Teknologi Maklumat

Menurut Zakaria Kasa dan Aida Suraya Yunus (2001), bahan

sokongan dalam bentuk pengajaran individu boleh

dilaksanakan menerusi komputer. Ini juga membolehkan

pelajar belajar pada kadar berbeza, mampu menentukan arah


57
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

pembelajaran sendiri dan belajar mengikut kemampuan

sendiri.

Menurut Yahya Othman (2006), keperluan penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan

penting dalam mencorakkan pendidikan bahasa Melayu.

Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa merupakan

alat yang mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran

lebih berkesan. Aplikasi yang melibatkan mutimedia dalam

menyampaikan pelajaran mampu menarik perhatian pelajar.

Pembinaan bahan pemelajaran berasaskan aplikasi komputer

secara intraktif pula membantu pelajar memahami kandungan

dengan lebih mudah lagi.

PROSPEK KERJAYA

Peluang pekerjaan bagi guru adalah baik, dimana guru

berkelulusan Maktab yang berpengalaman berpeluang di naik

pangkat kejawatan Guru Besar, Penolong Kanan Sekolah,

Pengelola sekolah-sekolah atau Pegawai Pelajar. Selain

daripada itu guru juga berpeluang meningkat kerjayanya

melalui :-

1. Melanjutkan pelajaran ke universiti dan memohon

dilantik sebagai guru siswazah,


58
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

2. Menghadiri kursus tambahan 1 tahun di maktab

perguruan dalam bidang khas selepas 5 tahun

mengajar,

3. Mengadiri kursus yang berkaitan di dalam atau

luar negeri.

Bagi guru siswazah pula peluang dinaikan pangkat ke

tingkatan kanan dan seterusnya ke gred tingkatan tertinggi.

Mereka juga boleh menyertai kursus ijazah lanjutan seperti

sarjana, dan doktor falsafah dalam bidang pendidikan.

Dengan kelulusan tambahan mereka boleh menjadi

pensyarah di Maktab perguruan atau kenaikan pangkat

seperti pengetua sekolah, maktab dan pengarah pelajaran.

Sekiranya anda mempunyai kelulusan dan kualiti peribadi

yang di perlukan anda patut mencuba kerjaya yang mulia ini.

INSTITUSI-INSTITUSI YANG MENAWARKAN KERJAYA

GURU BAHASA MELAYU

Universiti tempatan yang menawarkan kursus perguruan di

peringkat ijazah sarjana muda:

 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti

Malaya (UM)
59
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

 Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra

Malaysia (UPM)

 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

 Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS)

 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

 Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Maktab-maktab perguruan di Malaysia:

 Institut Perguruan Perlis

 Institut Perguruan Darul Aman

 Institut Perguruan Sultan Abdul Halim

 Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang

 Institut Perguruan Tuanku Bainun

 Institut Perguruan Ipoh

 Institut Perguruan Islam

 Institut Perguruan Raja Melewar

 Institut Perguruan Perempuan Melayu

 Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

 Institut Perguruan Tun Hussein Onn

 Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan

 Institut Perguruan Kuala Terengganu


 Institut Perguruan Sultan Mizan

 Institut Perguruan Kota Bharu

60
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

 Institut Perguruan Gaya

 Institut Perguruan Keningau

 Institut Perguruan Kent

 Institut Perguruan Tawau

 Institut Perguruan Batu Lintang

 Institut Perguruan Rajang

 Institut Perguruan Sarawak

 Institut Perguruan Tun Abdul Razak

 Institut Perguruan Bahasa Bahasa Antarabangsa

 Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia

 Institut Perguruan Ilmu Khas

 Institut Perguruan Teknik

SYARAT KELAYAKAN GURU BAHASA MELAYU

1. Peringkat sijil dan diploma: Pelajar harus lulus

dengan baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

(STPM) serta kepujian bahasa Melayu.

2. Peringkat ijazah sarjana muda: Terdapat beberapa

cara untuk mengikuti kursus perguruan di peringkat

ijazah sarjana muda:

Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan

yang baik di peringkat SPM untuk dipilih masuk ke


program matrikulasi atau asasi. Selepas menamatkan

61
Bimbingan Kerjaya Guru; Rahsia Lulus Temuduga

pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan ke

peringkat ijazah pertama.

Cara kedua: Mendapat keputusan yang baik dalam

peperiksaan STPM. Calon akan ditawarkan terus ke

peringkat ijazah pertama mengikut bidang yang

diminati.

Cara ketiga: Memiliki sijil atau diploma serta telah

mengajar beberapa tahun juga berpeluang

melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama

sesuai dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Cara keempat: Bagi pemegang ijazah sarjana muda

yang berminat menjadi guru tetapi tidak mempunyai

asas dalam kaedah mengajar, mereka juga boleh

berbuat demikian dengan syarat perlu memohon

untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di

universiti-universiti atau kursus Perguruan Lepasan

Ijazah (KPLI) di maktab-maktab perguruan untuk

tempoh setahun.

Anda mungkin juga menyukai