Anda di halaman 1dari 2

1.

Puan Maryana Mohammad ialah pemilik MAR Enterprise, sebuah perniagaan yang
membekalkan pelbagai jenis peralatan tanaman di bandar Machang, Kelantan. Beliau telah
merancang menyediakan anggaran belanjawan tunai untuk tiga bulan berakhir pada 31
Mac 2019.

Maklumat berikut diperoleh daripada perniagaannya:

i. Pada 1 Januari 2019, Puan Maryana akan memulakan perniagaannya dengan


modal:

RM
Tunai di bank 14 000
Tunai di tangan 6 000
Alatan kedai 20 000

ii. Anggaran jualan bulan Januari ialah RM12 000. Jualan bulan Februari dan Mac
dijangka meningkat 20% daripada bulan sebelumnya. 30% daripada jualan
bulanan diberi tempoh kredit sebulan.

iii. Anggaran jumlah belian:

RM
Januari 8 000
Februari 10 400
Mac 13 500

60% daripada jumlah belian adalah secara tunai dan bakinya secara kredit.
Tempoh kredit ialah sebulan.

iv. Peruntukan hutang ragu diselaraskan 2% atas Akaun Belum Terima.

v. Puan Maryana bercadang untuk membuat pinjaman dari bank sebanyak


RM30 000 berkadar faedah 6% setahun selama 60 bulan. Pinjaman dijangka akan
diperoleh pada bulan Februari. Ansuran pinjaman bermula pada bulan
berikutnya.

vi. Perniagaan mempunyai 2 orang pekerja yang dibayar gaji RM1 500 seorang.

vii. Pada bulan Mac seorang lagi pekerja diambil dengan gaji RM1 800 sebulan.

viii. Belanja bulanan adalah sewa premis sebanyak RM1 300, kadar bayaran RM750
dan pelbagai belanja RM500

ix. Sebuah lori terpakai RM35 000 dijangka akan dibeli dalam bulan Februari dengan
bayaran pendahuluan RM5 000 dan bakinya dibayar secara ansuran selama 5
tahun bermula pada bulan Mac.

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir
31 Mac 2019.
[25 markah](Trial kel 2019)
2. Puan Maria pemilik Kedai Cendol Maju yang beroperasi di Kuantan Pahang. Beliau telah
menyediakan anggaran belanjawan tunai untuk tempoh tiga bulan berakhir pada 31Oktober 2017.
Maklumat berikut adalah anggaran penerimaan dan pembayaran yang telah dibuat.
(i) Baki-baki berikut diperoleh pada 1 Ogos 2017
RM
Bank 9 000
Tunai ditangan 500
Peralatan kedai 18 000

(ii) Anggaran jumlah belian :


RM
Julai 6 500
Ogos 7 500
September 8 500
Oktober 10 000
60% dari belian adalah belian tunai dan bakinya diberi kredit satu bulan
(iii) Anggaran jualan bulanan ialah RM20 000. Manakala jualan bulan Oktober adalah 25%
dari jumlah belian bulan Oktober. 30% dari jualan bulanan diberi tempoh kredit
sebulan.

(iv) Puan Maria akan memohon pinjaman dari bank sebanyak RM15 000 berkadar faedah
10% setahun selama 5 tahun dan wang ini akan diperoleh dalam bulan September.
Ansuran pinjaman bermula pada bulan berikutnya

(v) Perniagaan mempunyai 3 orang pekerja, masing-masing dibayar gaji sebanyak


RM1 000 sebulan. Pada bulan September seorang pekerja akan dinaikkan gaji
sebanyak 25% manakala dua orang lagi dinaikkan gaji sebanyak 15% bermula
pada bulan Oktober.

(vi) Perbelanjaan bulanan:


RM
Sewa kedai 1 200
Kadar bayaran 420

(vii) Sebuah mesin daftar tunai RM2 500 dibeli pada bulan Ogos secara kredit.
Pendahuluan sebanyak RM1 500 dibayar dan baki akan dibayar dalam tempoh dua
bulan berikutnya.
Anda dikehendaki menyediakan Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir
31 Oktober 2017. (soalan modul cemerlang negeri)
INFO :
1. UTK soalan 1, baru memulakan perniagaan, so baki b/b pd Jan adalah tiada, tulis sbgai –
2. Pengiraan utk kedua dua soalan, boleh rujuk buku teks dan dlm kelas baru ni juga sy telah ajar
bagaimana nak buat pengiraan jika ada jualan atau belian secara kredit..
3. Ingat dalam belanjawan tunai, jualan dan belian hanya secara TUNAI yg dimasukkan dalam butir
jualan/belian, yang butir di ABT/ABB tu tolak sahaja dari jumlah tunai tadi
4. Hati2 juga apabila membaca ayat ,,cth soalan numb. 2 tu, 60% dari belian adalah belian tunai dan
bakinya diberi kredit satu bulan. Kita nak yang tunai kan, So, utk letak di butir belian , terus shja kira
7500x60%= 4500. Manakala 40% lagi adalah belian kredit dan letak ia pd bulan berikutnya di ABB.

Anda mungkin juga menyukai