Anda di halaman 1dari 2

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh meruntuhkan

semangat dan  motivasi murid ketika mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam
termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Isu berkenaan gred pemarkahan SPM diturunkan juga tidak seharusnya berbangkit kerana dakwaan tersebut
sudah wujud sejak sekian lama walhal kesahihannya tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, guru dari Sekolah Kebangsaan Kapar, Shamsukama Mohd. Zahri, 45, berkata,
dalam keadaan sektor pendidikan berdepan kesukaran akibat pandemik Covid-19, sekarang adalah masa untuk
menghargai guru dan murid yang berusaha mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Katanya, bukan mudah untuk mengecapi kejayaan di tengah-tengah mereka terpaksa menggunakan kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) lebih setahun disebabkan krisis kesihatan yang melanda negara
dan seluruh dunia.
“Murid sudah menghadapi krisis emosi yang terlalu lama. Seharusnya, kita menyokong mereka atas usaha
mereka selama ini untuk mendapat keputusan peperiksaan yang membanggakan.
“Mereka yang memperoleh gred cemerlang adalah selayaknya mendapat keputusan seperti ini. Jadi tak perlu
pertikai  kredibiliti mereka disebabkan gred markah peperiksaan kononnya diturunkan.

“Sebab saya percaya guru juga berusaha keras untuk memastikan murid berjaya dan murid di peringkat ini juga
sudah  cukup matang untuk berdikari dalam menimba ilmu pengetahuan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian mengulas berkenaan isu penurunan skala gred SPM bagi Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM)  yang didakwa daripada Kementerian Pendidikan menerusi pautan dihantar pengguna di media sosial
sehingga tular  baru-baru ini.

Kejadian itu hadir di tengahtengah semua calon SPM di seluruh negara menerima keputusan peperiksaan
masing-masing  pada 10 Jun lalu sehingga merekodkan peningkatan walaupun berdepan kesukaran akibat PdPR.

Skala gred tersebut menggambarkan seolah-olah ia adalah gred pemarkahan sebenar untuk SPM tahun 2020
sehingga mengelirukan orang ramai terutama ibu bapa dan calon SPM.

PENGORBANAN ibU bapa menyediakan peranti untuk membolehkan anak-anak


mereka mengikuti PdPR seolah-olah tidak dihargai apabila ada yang mempertikaikan
keputusan cemerlang diperolehi calon SPM 2020. – MINGGUAN/AMIR KHALID
Antara lain, ada yang mendakwa langkah kerajaan menurunkan gred markah SPM ibarat cuba ‘menyapu’ bawah 
permaidani akan masalah pembelajaran melalui kaedah PdPR yang sehingga kini masih bercelaru.

Kementerian Pendidikan kelmarin bagaimanapun mena•fikan skala gred SPM itu bukan milik Lembaga
Peperiksaan dan menyifatkan ia telah mencemar imej, kewibawaan dan kredibilitinya sebagai badan pentaksiran
negara.

Untuk rekod, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pencapaian SPM tahun lalu dengan Gred
Purata  Nasional (GPN) merekodkan sebanyak 4.80 berbanding 4.86 pada 2019.

Semakin kecil nilai GPN, maka pencapaian calon peperiksaan awam adalah lebih baik.

Beliau berkata, prestasi lima mata pelajaran SPM 2020 meningkat iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan
Islam dan  Pendidikan Moral manakala dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menurun.

Mengulas lanjut, Shamsukama yang juga guru mata pelajaran Matematik berkhidmat selama 16 tahun berkata,
adalah  lebih baik untuk semua pihak mengenang segala pengorbanan murid yang cekal berusaha walaupun
berdepan pelbagai  halangan.

Beliau juga dimaklumkan ada guru yang sanggup memulakan proses PdPR bermula pukul empat pagi dan pada
waktu  malam atas permintaan murid.
PENOLONG Kanan KoKurikulum, Cikgu El Gamillo Habibun Tan bersungguh menjalankan PdPR di rumahnya di
Marang, Terengganu untuk memastikan pelajar
berjaya. – MINGGUAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Malah, menurutnya, perjalanan calon lepasan SPM masih panjang dan apa juga keputusan diperoleh pada
peperiksaan itu  tidak seharusnya dijadikan kayu ukur dalam menentukan kejayaan seseorang.

“Jika diimbas kembali, murid sudah menyesuaikan diri dengan kaedah baharu belajar dari rumah. Jika mereka
berpeluang melanjutkan pelajar di peringkat lebih tinggi, saya yakin mereka sudah bersedia berdasarkan
pengalaman yang mereka  pernah lalui.

“Sekarang ini, teruskan beri semangat kepada mereka untuk meneruskan pelajaran tidak kira apa keadaan yang
berlaku  agar mereka terus berjaya dan menjadi insan berguna pada masa akan datang.

“Tentang isu penurunan gred ini, tidak perlu hebahkan lagi. Biarlah ia kekal menjadi khabar angin sahaja kerana
tiada pun boleh membuktikan kebenarannya,” katanya. – UTUSAN

Anda mungkin juga menyukai