Anda di halaman 1dari 16

HADKAN PENGAMBILAN SUBJEK DALAM SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA : ANTARA ISU AGIHAN BIASISWA ATAU ISU MEWUJUDKAN KESEIMBANGAN

PELAJAR

Sekilas Pandang. Pada 28 Mei 2009, Malaysia digemparkan dengan isu baru dalam bidang pendidikan iaitu isu mengehadkan pengambilan 10 subjek kepada calon-calon peperiksaan SPM bermula pada tahun 2010. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merangkap Menteri Pelajaran pada 28 Mei 2009, Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya, ujarnya. (Utusan Malaysia Online, 29 Mei 2009). Kenyataan ini juga dibuat tidak beberapa lama selepas keputusan SPM 2008 diumumkan yang menyaksikan Saudari Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal dari Maahad Muhammadi(P), Kota Bharu, Kelantan dianugerahkan sebagai pelajar SPM paling cemerlang 2008 dengan keputusan 19A1, 1A2. Perkara ini adalah bukti jelas KPM berjaya melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran akademik yang tinggi saban tahun. Namun begitu, kenyataan Menteri Pelajaran seolah-olah mahu menghentikan penghasilan pelajar-pelajar yang berkemahiran akademik yang tinggi. Adakah KPM tidak berasa bangga dan harum namanya dengan pencapaian akademik pelajar yang semakin meningkat? Adakah KPM skeptisme terhadap pelajar aliran agama yang semakin menguasai pentas kecemerlangan akademik SPM di akhirakhir ini? Apakah perancangan KPM yang sebenarnya? Pelbagai pihak memberikan respons terhadap perkara ini. Ada pihak yang menyambut baik cadangan tersebut dan ada juga pihak yang kurang bersetuju dengan cadangan tersebut. Terdapat juga segolongan ahli akademik dan profesional memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan tersebut sejurus dilontarkan oleh Menteri Pelajaran.

Perkara yang berlaku. Persoalan utama di sini, adakah dengan mengehadkan jumlah pengambilan subjek dalam SPM akan menghalang kemampuan pelajar untuk terus mengembangkan lagi potensi mereka? Pelbagai potensi diri pelajar yang dapat diteroka seperti dalam bidang akademik, kepimpinan, sahsiah, jasmani dan sebagainya. Secara simboliknya, subjek-subjek yang ditawarkan dalam peperiksaan SPM merupakan salah satu ilmu yang ditelaah oleh pelajar dan mewakili bidang akademik. Mengehadkan jumlah pengambilan subjek dalam peperiksaan SPM ibarat lampu merah dalam perkembangan potensi pelajar dari segi akademik. Cadangan Kementerian Pelajaran pada dasarnya baik kerana bertujuan menggalakkan para pelajar menumpukan perhatian kepada mata pelajaran teras yang dikurangkan daripada 6 subjek kepada 4 subjek dan memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih 6 subjek pilihan elektif yang dikehendaki. Hal ini disebabkan pelajar akan mempunyai lebih masa untuk menyertai aktiviti ko korikulum supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih berkualiti dan mempunyai jati diri yang unggul serta seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani sesuai dengan kandungan Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu, mengapakah mahu menyekat elemen perkembangan intelek sekalipun ingin melahirkan individu yang seimbang? Hal ini adalah tidak wajar sama sekali untuk melahirkan pelajar yang seimbang dengan menghalang terus pelajar-pelajar yang berjiwa besar di dalam akademik untuk mengembangkan kebolehan mereka terutamanya dalam peperiksaan. Seorang ilmuwan, juga mantan Naib Canselor Universiti Malaya (1968-1988) pernah berkata: "Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Prof Ungku A. Aziz. Janganlah disekat pelajar daripada mengembangkan potensi mereka dalam bidang akademik dek kerana bimbang melahirkan pelajar yang berorientasikan peperiksaan. Sebaliknya, usahausaha yang dapat meningkatkan elemen jasmani, rohani dan emosi itu pula yang perlu diperkasakan supaya dapat melahirkan individu yang seimbang dari segala aspek, bukannya dengan menghalang perkembangan potensi intelek pelajar. Cadangan mengehadkan pengambilan subjek dalam peperiksaan SPM ini juga dikatakan memberikan faedah kepada para guru kerana mereka dapat menumpukan lebih perhatian dalam mengajar sesuatu subjek kepada pelajar. Namun begitu, kebanyakan calon SPM yang mengambil lebih daripada 10 subjek, belajar sendiri atau mengikuti tuisyen untuk subjek tambahan tersebut. Mengapa isu guru sibuk dengan mengajar pelbagai subjek di
2

sekolah dikaitakan pula dengan isu mengehadkan pengambilan subjek peperiksaan SPM.? Sebenarnya, para guru di sekolah kelam-kabut untuk menghabiskan silibus-silibus mata pelajaran yang cukup padat untuk diajar dalam masa setahun sesi persekolahan. Secara jujurnya, silibus-silibus mata pelajaran inilah yang perlu dirombak dan disesuaikan dengan tuntutan semasa. Bukan pula penyelesaian yang tepat jika mengehadkan pengambilan subjek peperiksaan SPM tersebut. Selain itu, tidak timbul isu mengehadkan pengambilan subjek peperiksaan SPM semata-mata untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang seimbang. Isu yang sebenarnya ialah isu agihan biasiswa. Hal ini diakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, amalan membenarkan seseorang calon SPM mengambil sehingga 20 mata pelajaran menyebabkan timbul masalah termasuk membabitkan pemilihan bagi mendapatkan biasiswa kerajaan (Utusan Malaysia Online, 22 Mei 2009). Persoalannya, mengapakah mahu mengehadkan pengambilan subjek dalam peperiksaan SPM sedangkan isu yang sebenarnya ialah masalah pengagihan biasiswa? Pelajar-pelajar yang mendapat lebih daripada 10A dikatakan lebih cenderung untuk diberikan biasiswa oleh penaja-penaja, sekaligus menafikan kecemerlangan pelajar 10A dan ke bawah. Namun begitu, hanya kira-kira 48000 calon iaitu kurang 10% yang mengambil lebih daripada 10 subjek untuk peperiksaan SPM pada 2008 berbanding dengan jumlah keseluruhan calon kirakira 500 000. Tambahan pula, bukan semua sekolah menawarkan pengambilan subjek peperiksaan SPM lebih daripada 10 subjek. Jika berkaitan dengan isu pengagihan biasiswa, saya mencadangkan bahawa kerajaan mestilah meletakkan garis panduan yang jelas terhadap pemberian biasiswa. Kaedah dalam pemberian biasiswa mestilah lebih telus dengan mengambil kira latar belakang keluarga dan tanggungan ibu bapa selain taraf pencapaian keputusan SPM mengikut subjek teras tetapi tidak sekali-kali menafi dan menidakkan potensi serta kebolehan anak-anak untuk mencabar diri mereka menjadi manusia yang bijak dan menguasai ilmu. Kementerian Pelajaran boleh menentukan hanya 10 mata pelajaran terbaik atau 10 mata pelajaran wajib yang ditentukan oleh Kementerian, akan diambil kira dalam pertimbangan pemberian biasiswa. Natijahnya nanti tidak akan menyekat kebebasan anakanak muda untuk mengambil seberapa banyak mata pelajaran pun. Garis panduan ini juga mengelakkan Kementerian Pelajaran dipersalahkan pada masa hadapan jika ada anak-anak ini yang gagal masuk ke universiti kerana gagal mengambil mata pelajaran tertentu. Di samping itu, isu yang timbul akibat daripada keputusan mengehadkan pengambilan subjek SPM kepada 10 subjek ialah pelajar aliran agama menghadapi masalah dari segi jumlah subjek peperiksaan melebihi 10 subjek. Hal ini disebabkan pelajar aliran agama
3

mengambil subjek agama dan sains. Sebagai contoh, pelajar dari SMKA aliran sains tulen perlu mengambil 4 subjek teras, 1 subjek wajib, 4 subjek pilihan sains tulen dan 3 subjek pilihan agama. Manakala pelajar dari SMKA aliran sastera ikhtisas pula perlu mengambil 5 subjek teras, 1 subjek wajib, 2 subjek pilihan sastera ikhtisas dan 3 subjek pilihan agama. Jumlah subjek yang perlu diambil oleh mereka ialah 12 subjek bagi aliran sains tulen dan 11 subjek bagi aliran sastera ikhtisas. Namun begitu, Kementerian Pelajaran dengan bersifat terbuka meminta pandangan umum mengenai isu mengehadkan subjek peperiksaan SPM yang menyempitkan pelajar aliran agama. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kita akan beri ruang kepada pelajar sekolah agama yang mengambil mata pelajaran Sains dan Agama. Kita masih menerima pandangan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom sudah diarah berbincang dengan pihak bertanggungjawab mengenai agama bagi menguruskan perkara itu, katanya, semalam. (Berita Harian Online, 4 Jun 2009) Setelah beberapa bulan kenyataan mengehadkan pengambilan subjek SPM kepada 10 subjek dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 21 Mei 2009, akhirnya pada 4 Disember 2009 di Putrajaya beliau mengumumkan bahawa calon SPM dibenar mengambil lagi 2 subjek SPM, menjadikan jumlah maksimum 12 subjek yang boleh diambil. Apa nasib pelajar aliran agama yang bercita-cita besar untuk menguasai pelbagai bidang ilmu? Kelihatan seperti masih dipinggirkan. Sama-samalah kita fikirkan.

Rumusan

Secara umumnya, saya tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia mengehadkan pengambilan subjek peperiksaan SPM kepada 10 subjek. Isu yang sebenar ialah isu agihan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Kesan daripada pengguguran subjek teras daripada 6 kepada 4 juga dikhuatiri mendatangkan keburukan kerana 6 subjek teras tersebut (bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam/Pendidikan Moral, Matematik dan Sains) adalah subjek-subjek yang amat penting dalam pembentukan pelajar. Selain itu, keputusan itu juga akan menyekat perkembangan potensi pelajar dari segi akademik. Biarlah pelajar-pelajar menemukan potensi mereka dalam bidang akademik dan sentiasa mencabar diri mereka untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik. Di samping itu, mengehadkan jumlah pengambilan subjek peperiksaan SPM akan menghalang kebolehan pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu akademik. Saya percaya ramai pelajar masih belum membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu. Justeru itu, mereka lebih berminat mengambil banyak subjek agar lebih banyak bidang atau jurusan yang boleh dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke universiti nanti. Keputusan mengehadkan jumlah pengambilan subjek peperiksaan SPM akan mengehadkan mata pelajaran yang diambil sekaligus mengecilkan skop pemilihan jurusan semasa memohon ke universiti atau kolej universiti. Keputusan ini juga akan mengancam produktiviti pelajar yang menguasai dual-SPM; iaitu pelajar yang mengambil dua bidang khusus seperti sains & agama, atau sains & akaun, atau akaun & syariah, dan sebagainya. Pelajar menguasai dual-SPM kerana konsep pensijilan terbuka yang diimplementasikan dalam sistem pendidikan sekarang ini. Jika disoroti tahun-tahun kegemilangan pelajar-pelajar beragama Islam cemerlang dalam SPM mahupun PMR, hanya baru bertapak selama lima tahun sekitar 2004 (Nur Amalina Che Bakri-17A1) hinggalah 2008 (Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal-19A1 1A2). Saya ingin melontarkan soalan, batang tubuh manakah yang akan tampil cemerlang pada keputusan SPM edisi 2010? Sudah pasti yang cemerlang 12A1 beribu-ribu jumlahnya tetapi yang manakah akan menjadi ikon dan motivasi kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM nanti? Antara Nur Amalina Che Bakri (SPM 2004), Siti Fatimah Mukhtar (SPM 2006), Azali Azlan (SPM 2007) dan Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal (SPM 2008), semuanya menjadi ikon dan motivasi kepada pelajar-pelajar khususnya pelajar-pelajar Islam. Tiga daripada empat orang tokoh akademik SPM ini mengambil aliran agama dan belajar sains. Mereka juga bergiat aktif dalam aktiviti ko kurikulum dan kepimpinan. Apakah
5

Malaysia tidak berbangga memiliki insan-insan cemerlang akademik, sahsiah dan kepimpinan seperti mereka ini saban tahun? Marilah kita bersatu untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia ini.

LAMPIRAN

Calon SPM dihad ambil 10 subjek


Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL utusanN9@utusan.com.my ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 29/05/2009 SEREMBAN 28 Mei Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan tidak lagi boleh mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran. Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran. Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya, ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini. Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang. Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara. Cuma 10 peratus yang mengambil lebih 10 subjek. Kita percaya dengan perubahan ini, 90 peratus pelajar yang kekal dalam 10 subjek atau kurang akan memperlihatkan angka yang sama tahun ini. Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan. Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah, kata beliau. Muhyiddin juga menjelaskan, ketika ini kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek dalam SPM itu sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian berkenaan. Memang sistem penggredan akan berlaku perubahan dan kita akan melihat kemungkinan pelajar mendapat A+, A atau A- atau B+, B mahupun B- bertambah ramai.

Ini akan diperhalusi kerana ia juga akan melihat kaedah terbaik dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam subjek terbabit. Ia akan dilakukan dengan sebaik mungkin, kata beliau. Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekumpulan ahli akademik dan profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurutnya, kajian itu yang dijalankan atas arahan Timbalan Perdana Menteri akan melibatkan semua aspek. Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang. Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.

Kaji hadkan ambil subjek SPM - TPM


Oleh HELMI MOHD. FOAD pengarang@utusan.com.my ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 22/05/2009 PUTRAJAYA 21 Mei - Kecenderungan pelajar-pelajar pintar yang sanggup mengambil sehingga 20 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mungkin akan berakhir. Ini kerana Kementerian Pelajaran akan mengkaji kemungkinan untuk mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon peperiksaan awam itu. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, amalan membenarkan seseorang calon SPM mengambil sehingga 20 mata pelajaran menyebabkan timbul masalah termasuk membabitkan pemilihan bagi mendapatkan biasiswa kerajaan. ''Saya bukannya tidak bersetuju dengan mereka yang mengambil banyak subjek termasuk ada yang sampai 20 subjek tetapi ia menyebabkan timbulnya soal tidak konsisten mendapat keputusan A1. ''Jadi, kita hendak selaraskan sama ada pelajar sekolah berasrama penuh atau sekolah lain akan ditentukan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan barisan kepimpinan baru Pergerakan Puteri UMNO yang diketuai Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di sini hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 14 Mei lalu bahawa kerajaan akan mengkaji kriteria pemilihan bagi mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Tee Keat dipetik sebagai berkata, pada masa ini kriteria pemilihan berasaskan kepada merit (20 peratus), kaum (60 peratus ), penduduk Sabah dan Sarawak (10 peratus) dan pelajar dari kumpulan kurang berkemampuan (10 peratus). Muhyiddin berkata, setakat ini isu biasiswa JPA telah dibincangkan sebanyak dua kali dalam mesyuarat Kabinet. Katanya bagi membincangkan dengan lebih lanjut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 25 Mei ini bagi meneliti perkara itu. ''Saya tidak pasti sama ada ia membabitkan senarai pelajar yang ditawarkan biasiswa JPA pada masa ini atau senarai pada masa akan datang," katanya. Kata beliau, kebiasaannya kriteria mendapatkan biasiswa berasaskan kepada jumlah A1 yang diperoleh dalam SPM.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu menyebabkan terdapat pelajar termasuk dari sekolah asrama penuh tidak dapat bersaing kerana mereka tidak dibenarkan mengambil lebih banyak mata pelajaran. Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan tetap mengambil kira soal kedudukan pelajar yang datang dari sekolah di kawasan pedalaman atau golongan kurang berkemampuan dalam menentukan kelayakan mendapatkan biasiswa JPA. ''Mereka tidak boleh bersaing dengan pelajar-pelajar yang datang dari sekolah di kawasan bandar dan kalau kita tidak beri pertimbangan, mereka tidak akan mendapat peluang," katanya.

10

Had Subjek SPM Ambil Kira Pelajar Aliran Agama


Berita Harian, 4 Jun 2009 KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan mengambil kira kepentingan pelajar sekolah agama berhubung cadangan mengehadkan subjek yang dibenarkan diambil pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ruang untuk mereka mengambil pelbagai subjek agama masih terbuka dan perbincangan lanjut akan diadakan bagi mencari penyelesaian terbaik. Kita akan beri ruang kepada pelajar sekolah agama yang mengambil mata pelajaran Sains dan Agama. Kita masih menerima pandangan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom sudah diarah berbincang dengan pihak bertanggungjawab mengenai agama bagi menguruskan perkara itu, katanya, semalam. Beliau diminta mengulas kebimbangan ibu bapa dan pelajar aliran agama mengenaikekangan mengambil mata pelajaran elektif dalam bidang pengkhususan mereka berikutan keputusan mengehadkan pengambilan maksimum 10 subjek SPM. Kebimbangan turut disuarakan ibu bapa dan badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India ketika pertemuan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata walaupun ada yang tidak setuju, masih ada pihak terutama yang terbabit dalam bidang pendidikan menyokong kerana ia bukan untuk menyekat pelajar menimba ilmu. Sistem yang dirangka ini dapat melahirkan pelajar berkeupayaan mendalami bukan saja mata pelajaran untuk peperiksaan, malah lebih daripada itu, katanya. Malah, beliau berkata, selain membolehkan pelajar memberi tumpuan kepada mata pelajaran penting, ia memberi peluang kepada pelajar terbabit dalam kegiatan kokurikulum serta bidang yang boleh membangunkan minda. Langkah ini juga dapat membantu bidang perguruan terutama isu kekurangan guru, katanya. Mengenai kesilapan teknikal sistem maklumat Universiti Sains Malaysia (USM), Muhyiddin berkata, kecuaian pihak yang menguruskan sistem berkenaan boleh menjejaskan imej USM sebagai universiti Apex. Siapa yang menguruskan sistem maklumat hingga memasukkan nama yang tidak sewajarnya hingga pelajar dan ibu bapa kecewa. Saya simpati kepada mereka... sepatutnya perkara ini tidak berlaku, katanya.

11

Bolehkan guru tumpu pengajaran mata pelajaran teras: Muhyiddin Berita Harian, 29 Mei 2009 SEREMBAN: Mulai tahun depan, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu akan membolehkan guru memberi tumpuan kepada pengajaran subjek teras, manakala sekolah tidak menghadapi masalah kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran. "Langkah mengehadkan subjek itu turut memanfaatkan ibu bapa kerana ada yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen berikutan waktu pembelajaran subjek tambahan di sekolah tidak mencukupi," katanya pada sidang akhbar selepas meletakkan batu asas Kompleks Pendidikan Bandar Enstek di sini, semalam. Sistem persijilan terbuka sekarang tidak mengehadkan jumlah mata pelajaran yang hendak diduduki calon SPM menyebabkan sesetengah pelajar mengambil sehingga 20 subjek. Tahun lalu, 48,000 pelajar atau kira-kira 10 peratus daripada 500,000 calon SPM mengambil lebih 10 subjek. Muhyiddin berkata, selaras langkah mengehadkan subjek SPM, sistem penggredan peperiksaan itu juga akan diubah untuk memudahkan penilaian dalam penawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). "Perubahan sistem penggredan ini penting supaya jika dapat A, kita mahu tentukan sama ada gred itu A, A+ atau A-. Begitu juga jika B, sama ada B, B+ atau B-. Ini supaya dalam soal mendapat biasiswa, pelajar dinilai berdasarkan bilangan subjek diambil dan gred diperoleh," katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom menjelaskan, sistem penggredan baru itu turut meliputi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun depan. Sistem itu sudah dilaksanakan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). "Sistem ini akan menjadikan keputusan peperiksaan lebih terperinci. Sebagai contoh di peringkat UPSR, kira-kira 48,000 murid mendapat A dalam semua subjek. Jadi dengan sistem baru, lebih mudah untuk pemilihan murid memasuki sekolah berasrama penuh," katanya. Alimuddin berkata, sistem penggredan itu masih dikaji untuk diperhalusi, tetapi kementerian tidak menghadapi masalah untuk melakukannya kerana hanya memerlukan sedikit penyusunan. Sementara itu, Muhyiddin berkata, mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya yang membincangkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) kelmarin, mahu usaha diperhebatkan untuk meningkatkan mutu pendidikan di luar bandar.
12

Usaha akan dilakukan dalam Rancangan Malaysia (RMK) Ke-10 untuk memperbaiki kemudahan prasarana di luar bandar serta menghantar guru terlatih dan berkelayakan, terutama bagi subjek bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. "Ini penting untuk merapatkan jurang pencapaian pendidikan antara bandar dan luar bandar serta antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. "Walaupun jurang itu tidak terlalu jauh, ada perbezaan ketara antara bandar dengan luar bandar. Ini dapat dilihat dari segi keputusan peperiksaan," katanya yang sebelum itu melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan Bandar Enstek. Antara komponen utama kompleks pendidikan berharga kira-kira RM1.3 bilion itu ialah Institut Aminuddin Baki, Kolej Tunku Kursiah, Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Fasa pertama dijangka siap akhir tahun depan, manakala fasa kedua dilaksanakan dalam RMK-10. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

13

Kajian hadkan subjek peperiksaan SPM bermula


ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 28/05/2009 KUALA LUMPUR 27 Mei - Sekumpulan ahli akademik dan profesional sudah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kajian itu yang dijalankan atas arahan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lepas, akan melibatkan semua aspek. "Kita kena ambil kira semua dan melihatnya dari semua dimensi. Bagaimana kita membandingkan tahap kecemerlangan pelajar dalam hal ini? "Adakah dapat 21 A itu cemerlang, tetapi yang skor A dalam semua sembilan matapelajaran yang diambil oleh seorang lagi pelajar tidak pula cemerlang? Kalau dia cemerlang sebab ambil banyak matapelajaran yang bertindih, tidak bawa apa-apa maknanya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Pelatih Jurukur Bahan Kolej Tunku Abdul Rahman-Gamuda di sini, hari ini. Wee berkata, kementerian juga sedang menjalankan kajian kenapa ada pelajar yang mahu mengambil banyak subjek dalam SPM dan tujuan mereka berbuat demikian. - BERNAMA

14

SPM maksimum 12 subjek


ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 05/12/2009 Oleh ZABRY MOHAMAD zabrymohamad.madzlan @utusangroup.com.my PUTRAJAYA 4 Dis. Kabinet bersetuju membenarkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil dua mata pelajaran tambahan, menjadikan jumlah maksimum 12 subjek yang boleh diambil. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, keputusan keseluruhan SPM tetap berdasarkan kepada 10 mata pelajaran utama dan tidak mengambil kira dua subjek tambahan. Kabinet memutuskan 10 subjek utama kekal tapi kita beri kelonggaran kepada pelajar membuat pilihan sendiri sama ada untuk ambil subjek bahasa atau kesusasteraan Cina dan Tamil. Pelajar SPM boleh ambil 11 atau 12 subjek tapi ia tidak akan diambil kira dalam keputusan 10 subjek teras, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ke-65 Majlis Tanah Negara di sini hari ini. Jun lalu, kerajaan mengumumkan bahawa pelajar SPM hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran bermula tahun depan. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menambah, keputusan membenarkan dua mata pelajaran tambahan itu juga tidak akan diambil kira untuk tujuan lain seperti memohon biasiswa. Tapi kalau dia (calon SPM) mahu memohon menjadi guru bahasa Tamil sebagai contoh, dia boleh pakai keputusan subjek tambahan itu, ujarnya. Menurut Timbalan Perdana Menteri, maklumat menyeluruh mengenai perkara itu akan diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dalam masa terdekat. Beliau memberitahu, keputusan Kabinet itu dibuat selepas mengambil kira rayuan pelbagai pihak termasuk Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam baru-baru ini, agar pelajar India dibenarkan mengambil maksimum 12 mata pelajaran dalam SPM.

15

Jangan kurangkan subjek teras SPM


ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 03/06/2009 KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk mengurangkan bilangan subjek teras dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada enam kepada empat harus dikaji semula. Enam mata pelajaran teras bagi pelajar yang menduduki SPM pada masa ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik dan Sains. Memang pengurangan bilangan subjek teras berkenaan akan membolehkan calon-calon SPM mempunyai lebih banyak pilihan untuk subjek elektif dalam peperiksaan tersebut. Tetapi ia akan menjejaskan jati diri pelajar sebagai seorang rakyat Malaysia. Apakah yang akan berlaku sekiranya empat subjek teras tersebut nanti adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains kerana dianggap lebih penting. Sudah tentu pelajar-pelajar yang tidak minat subjek Sejarah akan meminggirkan subjek tersebut. Ada pelajar yang tidak akan mengambil subjek Pendidikan Islam dan Moral kerana diangap subjek yang tidak begitu penting sedangkan Pendidikan Islam, Moral dan Sejarah merupakan elemen penting membentuk modal insan yang berkaliber. Dengan menghasilkan pelajar yang kurang pengetahuan agama dan nilai-nilai murni serta buta sejarah, apakah yang akan berlaku kepada masyarakat Malaysia pada masa hadapan? Akibat lemah pegangan agama dan buta sejarah, masyarakat Malaysia boleh terjerumus ke arah kehancuran peradaban yang akan menyaksikan masyarakat musnah ditelan pelbagai gejala tidak sihat. NORHISYAM MOHAMAD Kuala Kedah, Kedah

16

Anda mungkin juga menyukai