Anda di halaman 1dari 7

HAK-HAK PENGGUNA Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara universal.

Selain daripada mengiktiraf 15 Mac sebagai Hari Hak Hak Pengguna Sedunia, aspek-aspek hak asasi pengguna ini diambilkira apabila negara menggubal, meminda atau mengkaji semula sesuatu undang-undang yang ada hubungkait dengan pengguna. Dalam tahun 1962, J.F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat pada masa itu, telah mengenalpasti dan mengisytiharkan empat hak asasi pengguna seperti berikut: (a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan; (b) Hak Untuk Mendapat Makfumat; (c) Hak Untuk Membuat Pilihan; dan (d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat. Kemudiannya, Consumers International, di samping mengiktiraf hak-hak asasi pengguna yang telah diisytiharkan oleh JR Kennedy itu, telah mengenalpasti empat lagi hak-hak asasi pengguna iaitu: (a) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas; (b) Hak Untuk Mendapat Gantirugi; (c) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna; dan (d) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat. (i) Hak Untuk Mendapat Keselamatan Para pengguna adalah berhak dilindungi dari bahaya yang mengancam kesihatan dan keselarnatan jiwa semasa menggunakan barangan dan perkhidmatan.

Hak untuk keperluan asas


Hak untuk mendapat keperluan asas dan perkhidmatan yang penting dan sangat diperlukan dalam kehidupan harian.Setiap manusia memerlukan keperluan asas untuk meneruskan hidup. Tanpa keperluan asas manusia tidak dapat meneruskan aktiviti kehidupan seperti biasa. Keperluan asas merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal.Mengikut Teori Hierarki Keperluan Maslow, manusia perlu memenuhi keperluan dari tahap paling bawah hingga ke tahap yang tertinggi . Ia merujuk kepada keperluan paling utama yang perlu dipenuhi ialah keperluan fisiologi, yang kedua ,keperluan sosial dan yang tertinggi ialah keperluan rohani.Sekirannya ada pihak yang menafikan hak kita mendapatkan keperluan asas, maka suatu tindakan yang sewajarnya perlu diambil. Contohnya membuat aduan kepada pihak

berkuasa. Pelbagai undang-undang juga boleh dirujuk terhadap penafian hak mendapat keperluan asas. Antara undang-undang yang berkaitan makanan ialah: Akta makanan, 1983 Peraturan-peraturan makanan, 1985 Akta Kawalan Bekalan, 1961 Akta kawalan Harga, 1946 Akta Perihal Dagangan, 1972 Akta Timbang dan Sukat, 1972 Peraturan-peraturan Timbang dan Sukat, 1973 Sebenarnya hak mendapatkan keperluan asas ini adalah lebih kompleks sekiranya diteliti dari aspek kualiti,kuantiti, kesesuaian masa dan sebagainya. Ia bukan sekadar mendapat keperluan asas tanpa melihat kesesuaian lain, contohnya: jika kouta membeli beras, perlulah diteliti adakah ia sesuai dengan harga, kualiti dan kuantiti yang dibeli? Oleh itu pengguna haruslah bijak seiring dengan ilmu pengetahuan bagi memastikan segala hak pengguna berada di tempat yang sewajarnya. Terdapat banyak panduan,kaedah atau langkah yang boleh digunakan oleh pengguna dalam mendapatkan keperluan asas yang sewajanya . Antara panduan untuk mendapatkan keperluan asas yang baik serta berkualiti adalah dengan cara: pilih produk makanan keluaran syarikat tempatan kerana ia mungkin lebih murah, segar,halal dan menjimatkan pertukaran mata wang asing. Beli buah-buahan pada musimnya kerana harga adalah lebih murah dalam keadaan yang tidak membazir, ini kerana tabiat membazir dilarang keras dalam agama islam. Beli makanan secara borong terutama makanan yang tidak mudah rosak. Makan makanan semulajadi, segar dan makanan organik berbanding makanan dalam bentuk yang sudah diproses. Amalkan tanam sendiri sayur-sayuran untuk pemeliharaan alam sekitar. Usahakan sendiri sumber makanan jika boleh kerana manfaat khasiat dan kurang bahan kimia. Beli makanan berdasarkan harga seunit sukatan atau bilangan bagi tujuan perbandingan. Tentukan makanan adalah seimbang dari segi khasiatnya. Pastikan makanan berada dalam keadaan yang baik dan elum melewati tarikh akhir. Pastikan makanan yang bertin tidak kemek atau berkarat tidak sempurna pengetinannya. Selain daripada aspek makanan, tempat kediaman juga perlu di ambil kira dari aspek yang sewajarnya bagi setiap pengguna. Segala proses memiliki rumah perlu diketahuai agar tidak berlaku penipuan atau sebarang masalah. Biasanya pengguna yang membina dan membeli rumah melalui pihak pemaju banyak menimbulkan masalah, seperti pemaju menggunakan bahan-bahan binaan yang tidak berkualiti dan tidak menyiapkan rumah dalam tempoh perjanjian. Maka dengan itu gunakan hak anda sebagai pengguna dan selesaikan dengan cara yang berkesan agar semua pihak mendapat hak yang sewajarnya. Hak mendapat keperluan asas juga meliputi hak kesihatan. Di mana pengguna harus memastikan aspek kesihatan tidak diekploitasi oleh pihak yang tidak betanggungjawab. Apa yang penting kita sebagai pengguna harus mengambil langkah terbaik untuk kesihatan diri sendiri. Umpamanya anda boleh mengikuti panduan di bawah untuk menunaikan tanggunjawab pengguna dalam aspek kesihatan: Sentiasa makan makanan seimbang dan mengikut peraturan Sentiasa bersenam Jangan menghisap rokok Jauhi najis dadah Adakan masa bersama keluarga Dapatkan rehat yang cukup jangan minum minuman beralkohol Jadilah pengguna bermaklumat mengenai kesihatan

Setelah berbincang mengenai aspek makanan tempat tinggal dan kesihatan, bagaimana pula dengan hak pengguna terhadap pakaian? Pakaian yang dibeli mestilah bersepadanan dengan kualiti dan harga . Pastikan sebarang ketidakpuasan pengguna semasa dan selepas membeli pakaian dapat diselesaikan secara profesional. Sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah sentiasa peka terhadap ciri-ciri keperluan asas yang baik yang sepatutnya kita perolehi. Sekiranya tidak mendapat keperluan asas yang sewajarnya kita perlulah bertindak atas dasar hak pengguna.

Hak membuat pilihan Pengguna hendaklah diberi maklumat secara langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberi penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membentuk keputusan serta mendapat jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan. Ianya merujuk kepada suatu jaminan agar jumlah barangan dan perkhidmatan di pasaran mencukupi dengan harga yang berpatutan. Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjualnya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang diingini dan membayar yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya. Pengguna juga berhak membuat aduan atau kritikan jika terdapat sebarang ketidakpuasan. pengguna tidak seharusnya mendiamkan diri apabila barang yang dibeli barang yang rosak atau tidak mengikut piawaian yang ditetapkan. Hak untuk mendapatkan maklumat Hak untuk mendapat maklumat yang jelas dan lengkap tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Hak untuk mendapat ganti rugi

Hak untuk mendapat pampasan yang berpatutan jika sesuatu barangan atau perkhidmatan tidak memberi kepuasan yang sepatutnya daripada maklumat yang diberi. PERNAHKAH ANDA BERASA DITIPU?

PERNAHKAH ANDA BERASA DITIPU?

Jika ya, gunakan hak anda untuk mendapat ganti rugi. Iaitu hak mendapatkan penyelesaian tuntutan. Ia melibatkan hak untuk menerima pampa an bagi barangan atau perkhidmatan yang tidak bermutu.Anda tidak perlu berasa risau atau teragak-agak untuk bertindak apabila berasa barangan yang diperolehi tidak bermutu. Ini kerana Terdapat banyak undang-undang yang berkaitan dengan hak mendapatkan ganti rugi. Antaranya ialah:i. Akta jualan barangan 1977ii. Akta Undang-undang Siviliii. Akta perihal dagangan, 1972iv. Akta Perlindungan pengguna, 1999\Akta Kontrak 1950.Bagaimanakah anda boleh ketengahkan tuntutan untuk mendapat gantirugi?i. Tindakan diri sendiri.ii. Aduan kepada pihak berkuasai. Tindakan diri sendiri: Kempen Konsumer Kebangsaan: Perubahan Bermula Dengan Saya.Sesuai dengan Kempen Konsumer Kebangsaan 2008-2012.Eloklah jika ada sebarang ketidakpuasan tentang hak anda sebagai pengguna, mulakan dengan tindakan diri sendiri. Contohnya anda boleh berhenti menggunakan barangan berkanaan yang tidak bermutu. Selain dari itu anda boleh mengemukan aduan segera kepada pekedai tempat anda membeli barangan. Anda juga boleh menghantar balik barangan yang dibeli. Bawa resit atau sebarang bukti pembelian untuk melancarkan proses tuntutan dengan segera. Anda juga perlu bertenang menghadapi masalah barangan yang dibeli tidak menepati piawaian pengguna secara rundingan dengan pihak pengurus atau pemilik kedai.ii. Aduan kepada pihak berkuasaAnda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa melalui secara bertulis atau melalui melalui telefon. Pastikan anda sertakan maklumat penting seperti tarikh kejadian, jenis barang, lokasi kedai, nombot resit dan sebagainya bagi memastikan aduan anda berkesan dan anda mendapat semula hak anda yang sewajarnya. Anda boleh membuat aduan kepada persatuan-persatuan pengguna yang terdekat dengan anda atau mana-mana cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Anda juga boleh menggunakan alternative yang bebih serius melalui saluran Tribunal Tuntutan Pengguna, jika nilai tuntutan anda tidak melebihiRM25000.00.Apa yang penting, kita sebagai pengguna mesti mempunyai kesedaran tentang hak-hak kita dan juga bertindak secara profesional agar semua pihak mendapat faedah secara relatifnya berkaitan isu kepenggunaan. Hak untuk barangan dan perkhidmatan yang selamat Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang tidak membahayakan keselamatan dan kesihatan pengguna. Hak untuk bersuara(pandangan) Hak untuk memberi pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu-isu yang berkaitan dengan minat pengguna. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, nilai kebebasan bersuara di kalangan rakyat (pengguna) amatlah sinonim dengan pemerintahan yang ada. Dalam konsep kepenggunaan pula, hak menyuarakan pendapat bermaksud hak untuk menyuarakan pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan. Dengan hak tersebut pengguna dapat menyalurkan idea, komen atau menentukan dasar-dasar kerajaan dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan barang dan perkhidmatan kepada pengguna.Dalam situasi yang lebih global, hak menyuarakan pendapat adalah lebih berkesan jika disalurkan melalui persatuan atau secara kolektif. Dibawah label mana-mana persatuan yang diiktiraf pengguna boleh melantik perwakilan di kalangan mereka untuk menyuarakan sesuatu berkaitan dengan kepentingan kepenggunaan. Perwakilan yang dipertanggungnjawabkan untuk menyuarakan hak pengguna secara kolektif tadi dianjurkan mempunyai ciri ciri yang boleh memberi keberkesanan penyampaian kepada pihak-pihak -kerana ia kepengg terbuka dan berterusan perlu wujud antara pengguna, masyarakat, agensi, industri dan pihak

-undang yang menyatakan bahawa pengguna boleh turut serta di dalam pembentukan dasar yang melibatkan mereka sebagai mana yang dinyatakan dalam garis panduan Pertubuhan Bangsa-undang serta dasar yang ada kaitan dengan isu yang dikemukakan. Sebarang pendapat ,pandangan dan komen boleh diajukan kepada Diajukan kepada pelbagai agensi pengguna samada agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan atau Non Government Organisations(NGOs) Di Malaysia terdapat persatuan pengguna di kebanyakan negeri seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP), Persatuan Pengguna Pahang dan sebagainya. Terdapat juga jabatan jabatan tertentu yang telah ditubuhkan yang berperanan membangunkan, melaksanakan dan mengesani dasarPengguna Kebangsaan (M Kepenggunaan (PDNKK) .Di peringkat sekolah pula terdapat Kelab Pengguna, yang boleh dijadikan permulaan pelajar menyalurkan pendapat dan hak bersuara mereka. Seterusnya boleh melatih mereka bergiat aktif memperjuangkan isu-isu kepenggunaan apabila berada dalam masyarakat kelak.Selagi ada pengguna selagi itu ada isu yang akan timbul isu yang akan lahir dari pengguna sendiri samada komen, pujian, galakan, bantahan dan sebagai terhadap pihak lain yang berkaitan. Oleh itu amat wajar dan bertuah bagi pengguna pengiktirafan terhadap hak bersuara.

Hak untuk pendidikan kepenggunaan

Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan yang membolehkan seseorang untuk menjadi pengguna yang bijak. Hak mendapat pendidikan amat penting dibincangkan dalam arena kepenggunaan. Rasional kepada pernyataan itu kerana tanpa pendidikan, pengguna tiada ilmu pengetahuan akan menyebabkan haka pengguna tidak terela dan pengguna akan memandang remeh apa sahaja isu terutama dalam kes pengguna. Ikuti perbualan dua watak di bawah iaitu Si Nak Tahu dan Si Ambil Tahu di bawah berborak mengenai haka mendapat pendidikan.

Si Nak Tahu : Aku ni nak lar benar tahu, apa ke bendanya hak mendapat pendidikan pengguna ni. Sebab aku rasa tak ada orang pula nak halang-halang aku belajar, jadi yak perlu tuntut hak.

Si Ambil Tahu : Itu ya,.. tak ada orang nak halang kau belajar tapi tahu ke engkau tentang apa yang perlu kita tahu dalam isu pengguna ni? Haa.. tadi kau tanya sangat apa kebendanya hak mendapat pendidikan pengguna kan? Kalau kau nak tahu haik mendapat pendidikan pengguna ini ialah hak mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pengguna bermaklumat sepanjang hayat.

Si Nak Tahu: Habis tu..? Salah ke aku kalau aku tak ambil kisah tentang ilmu-ilmu pengguna ni, apa yang penting aku rasa aku ada duit, boleh beli itu ini, cukup lah tu..

Si ambil Tahu: Itu cakap orang yang banyak duit.., beli yang tu rosak, boleh beli yang lain, banyak duit katakan tapi aku nak bagitau kau la kan.. kita ni kerja penat-penat untuk cari duit..duitduit..cari duit nak buat apa?? Nak beli macam-macam.. terus dapat beli, tak ke rasa rugi jika hasil titik peluh kita tidak memberi kehidupan yang berkualiti tinggi kepada kita. Senang kata.. barang yang dibeli tidak setara dengan apa yang kita belanjakan. Oleh itu kawan.. aku nak ingatkan ..kita ni kena tahu juga apa hak-hak kita, apa yang perlu ada pada pengguna, barulah kita maju. Orang pun tak ambil kesempatan kat kita terutamanya tauketauke kedai tu. Dia je nak untung kita tak payah..? betul tak??

Si nak Tahu: Ewah-ewah, pandainya engkau..tapi aku setuju lar apa yang engkau cakap tu, kita kerja penat tapi orang lain senang-senang nak eksploitasi hak kita ya. Ini tak boleh jadi ni,.. eh kau macamana boleh tahu banyak pasal pengguna ni.?

Si Ambil Tahu: Bagus lah kalau kau dah ada rasa macam tu.. kau perasan tak, kat sekolah kita dulu ada cikgu sentuh pasal pengguna ni? Kalau tak silap aku, masa kita belajar mata pelajaran Perdaganganha.. Cikgu Jojo yang mengajar masa tu. Itu adalah salah satu pendidikan pengguna diberikan melalui mata pelajaran di sekolah, kalau kita dah dalam masyarakat ni, kita boleh lar menyertai persatuan pengguna lain, seperti engkau daftar je jadi Rakan Pengguna ke, kau tengok dalam internet pun banyak maklumat pengguna kau boleh dapat. Apa yang penting kau kena tahu apa hak-hak pengguna dan tanggungjawab kita sebagai pengguna. Barulah jadi rakyat yang berguna, negara akan maju tau jika rakyat semua ada kesedaran macam ni.

Si nak tahu: Jadi, apa patut aku buat lagi kalu nak tambah ilmu tentang pendidikan penggunaan ni?

Si ambil tahu: oh ya..dalam bab ni.. kita sebagai pengguna perlulah mempunyai kesanggupan untuk mencari dan menyertai program-program pendidikan pengguna. Antara program yang boleh menambahkanmpendidikan pengguna adalah:

-program kepenggunaan seperti

program-program pendidikan pengguna di kawasan sendiri seperti ceramah, bengkel, pameran t khabar yang memuatkan isumengenai isu-isu kepenggunaan.

Si nak tahu: Wah tak rugi lah aku bersembang dengan kau hari ni.. terima kasih banyakbanyak.Si ambil tahu: Sama-sama.

Hak untuk hidup dalam persekitaran yang kondusif kepada kesihatan yang baik Hak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih yang membolehkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna dilindungi.

Pengguna adalah berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan sihat yang boleh memperbaiki mutu kehidupannya. Ini menunjukkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi. Namun begitu kebanyakan para pengguna masih lagi tidak menyedari dan memahami sepenuhnya hak-hak dan tanggungjawabnya sebagai pengguna. Keadaan ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh sistern penyebaran maklumat mengenainya yang amat terbatas tetapi juga sikap acuh tak acuh para pengguna sendiri. Kebajikan pengguna (hak-hak pengguna) akan dapat dipertahankan dengan cemerlang dalam jangka masa panjang melalui pendidikan. Semakin tinggi standard pendidikan kepenggunaan di kalangan pengguna semakin tinggilah kesedaran dan keupayaan pengguna menilai secara lebih tepat ke atas faedah yang boleh mereka perolehi dari pembelian ke atas sesuatu barangan atau perkhidmatan serta berupaya menuntut haknya sebagai pembeli mengikut lunas-lunas keadilan dan undang undang. Pengguna yang peka dan mempunyai pengetahuan yang memadai dan pergerakan pengguna yang sihat akan menyediakan stimulus yang berharga kepada peniaga untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan yang benar-benar dikehendaki pada masa, tempat dan harga yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai