Anda di halaman 1dari 2

PERANAN UITM DALAM BIDANG TEKNOLOGI

UITM merupakan sebuah universiti yang ditubuhkan kepada anak-anak Melayu dan
Bumiputera sebagai satu sebuah usaha yang optimistik untuk melindungi hak-hak mereka
seiring dengan pembangunan dan permodenan era. Penubuhan UITM adalah seiring
dengan penyataan Artikel 153 Persekutuan Perlembagaan yang menyatakan bahawa Yang
Di-Pertuan Agong berhak untuk mengambil tindakan yang baik dan istimewa bagi golongan
Melayu dan Bumiputera bagi mengelakkan golongan ini ketinggalan daripada kemajuan
negara. Terdapat beberapa peranan UITM kepada aspek teknologi yang dapat dibanggakan
oleh masyarakat.

UITM berperanan untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang teknologi yang


mampu memenuhi permintaan tenaga kerja yang kian meningkat. Hal ini kerana pekerja-
pekerja yang merupakan produk UITM mampu bersaing dalam market untuk membantu
Malaysia untuk mencapai Industri 4.0 untuk terus maju dan bersaing dengan negara-negara
lain.

Selain itu, UITM juga berperanan untuk membantu anak Melayu dan Bumiputera
dengan menyediakan kemudahan teknologi yang standing dengan era globalisasi masa kini
supaya warga UITM mendapat peluang pendidikan yang setaraf dengan kaum-kaum lain.
Hal ini demikian kerana pihak UITM telah meyediakan akses percuma kepada pelajar-
pelajar untuk belajar dengan lebih mudah dan efisien. Sebagai contoh, dalam bidang
perundangan, pihak UITM telah menempah akses mudah alih laman Common Law Journal
(CLJ) dan Malayan Legal Journal (MLJ) bagi para pelajar undang-undang justeru
membenarkan mereka untuk mengakses sumber di dalam dan juga di luar negara tanpa
mengenakan sebarang cas keatas mereka. Perkara ini memberi peluang yang sewajarnya
tidak disia siakan oleh para pelajar kerana mereka dapat mengakses kemudahan tersebut
secara meluas tanpa dicas. Tanpa kemudahan ini, warga UITM perlu membayar akses
pengguna dengan harga yang sangat tinggi, lantas menyukarkan proses pembelajaran para
pelajar.

Tambahan pula, UITM juga berperanan untuk memperluaskan kegunaan teknologi


dalam aspek pendidikan mudah alih. Kemudahan teknologi telah digunakan sebaik-baiknya
oleh warga UITM untuk mewujudkan sebuah platform yang merangkumi kemudahan untuk
kehidupan pelajar universiti. Sebagai ilustrasi, platform teknologi i-Learn telah membantu
pelajar-pelajar untuk mendapatkan nota-nota pensyarah dengan mudah selain daripada
menyediakan ruang untuk panduan aktiviti di universiti. Platform tersebut juga dapat
meningkatkan kualiti pembelajaran di bilik kuliah kerana para pelajar dapat menggunakan
platform iLearn untuk meninggalkan komen penambahbaikkan diruangan SuFO survey yang
perlu diisi oleh mereka.

Kemudian, UiTM juga berperanan dalam menggunakan teknologi dan media sosial
sebagai platform untuk memelihara alam sekitar, Hal ini demikian dapat dilihat melalui
kolaborasi diantara pihak universiti dan aplikasi pengurusan alam sekitar yang dimajukan
oleh Era Suria Ecopreneurs Sdn Bhd (ES ECO), sebuah syarikat yang dibangunkan di Kuala
Lumpur. Syarikat tersebut telah melancarkan aplikasi MyReturns dimana ia menggalakkan
para penggunanya untuk sentiasa mengitar semula barangan dengan ganjaran yang
setimpal sejurus selepas seseorang individu itu mendaftar sebagai sorang ahli secara
percuma. Para pengguna juga dapat menebus poin mahupun wang apabila mereka
mengitar semula barangan dengan hanya menggunakan aplikasi tersebut. MyReturns app
memainkan peranan penting dalam memelihara alam sekitar dengan sentiasa memberi
peringatan pada paparan notifikasi telefon bimbit tentang alam sekitar dan cara cara untuk
mengitar semula justeru memberi peluang kepada para pengguna untuk menyertai pelbagai
aktiviti dan kempen yang dianjurkan. Hal ini jelas menunjukkan manfaat dan kepentingan
penggunaan aplikasi tersebut dalam kehidupan sesorang individu dalam memelihara
keindahan alam semula jadi.

Peranan UiTM tidak terhenti setakat di situ sahaja. UiTM juga banyak menyediakan
kemudahan untuk para pelajar mencari bahan rujukan tanpa perlu membazir masa
membelek buku yang ingin dicari. Antara kemudahan yang disediakan adalah sistem OPAC.
Sistem ini berperanan untuk membantu pelajar mengecilkan skop carian buku. Para pelajar
hanya perlu manaip kata kunci buku yang ingin dicari di bahagian ruangan cari. Maka,
dengan sekelip mata, para pelajar boleh jenis-jenis buku rujukan, artikel, jurnal mahupun
tesis yang terdapat di perpustakaan. Bukan itu sahaja, pihak perpustakaan UiTM juga
menyediakan kemudahan EPQS yang menyediakan koleksi kertas soalan tahun lepas bagi
membantu pelajar mengulangkaji soalan-soalan lepas. Kedua-dua sistem OPAC DAN
EPQS telah disediakan oleh pihak perpustakaan UiTM. Walaupun kedua-dua sistem ini
jarang diguna pakai oleh pelajar, pada hakikatnya sistem ini banyak membantu pelajar
terutamanya apabila hendak menyelesaikan tugasan dan membuat rujukan.

Anda mungkin juga menyukai