Anda di halaman 1dari 27

FEM 3311

MASALAH SOSIAL

TAJUK : KEBANJIRAN WARGA ASING DI MALAYSIA:

SATU TINJAUAN DI KUALA LUMPUR, MALAYSIA.

NAMA AHLI KUMPULAN : NOR PAZILAH BINTI CHE HARON (187891)

NURAZILA BINTI ADENAN (181019)

ANIS SHAHIRAH BINTI AB. RAHMAN (181034)

PROGRAM : BACELOR SAINS (PEMBANGUNAN MANUSIA)

NAMA PENSYARAH : DR SAMIR MUHAZZAB BIN AMIN

1
KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 KAWASAN TINJAUAN 4

3.0 TREND DAN STATISTIK KEMASUKAN WARGA ASING 5-6

4.0 FAKTOR KEDATANGAN WARGA ASING KE MALAYSIA 7-10

4.1 FAKTOR PENOLAK

4.2 FAKTOR PENARIK

5.0 IMPAK KEDATANGAN WARGA ASING KE MALAYSIA 11-16

5.1 IMPAK POSITIF

5.1.1 ASPEK SOSIAL

5.1.2 ASPEK EKONOMI

5.2 IMPAK NEGATIF

5.2.1 ASPEK SOSIAL

5.2.2 ASPEK EKONOMI

6.0 LANGKAH MENANGANI KEBANJIRAN WARGA ASING 17-19

7.0 TINJAUAN KES 20

8.0 KESIMPULAN 21

9.0 RUJUKAN 22

10.0 LAMPIRAN 23-27

2
1.0 PENDAHULUAN

Secara umumnya, warga asing bagi negara Malaysia merujuk kepada rakyat atau penduduk
yang bukan berasal daripada Malaysia yang bermigrasi ke Malaysia. Warga asing boleh
dikategorikan kepada dua kelompok iaitu warga asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin
(PATI). Warga Asing yang sah adalah orang yang mendapat keizinan dari kerajaan negara
Malaysia berdasarkan akta dan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa Malaysia. Sebaliknya
pendatang asing tanpa izin adalah seseorang yang tidak mendapat keizinan dari kerajaan
Malaysia dan memasuki negara secara haram.

Kemasukan warga asing ke Malaysia bukan fenomena baru. Kedatangan warga asing
ke negara ini berlaku sejak zaman pemerintahan British lagi. Ramai warga asing daripada
China dan India dibawa masuk ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh di sektor
perladangan, perlombongan, dan juga termasuk sektor pembinaan. Pada masa kini,
kedatangan warga asing ke Malaysia semakin berleluasa dan tidak dapat ditangani dengan
sepenuhnya. Bilangan sebenar berapa ramai warga asing yang berada di Malaysia sekarang ini
adalah amat sukar untuk di ketahui. Kita dapat mengetahui bilangan yang datang secara rasmi
(legal) dengan menggunakan rekod pasport dan permit tertentu, tetapi bilangan yang datang
secara tidak rasmi atau illegal atau dipanggil juga sebagai PATI amat sukar untuk dianggarkan
bilangannya.

Hal ini demikian kerana, kemasukan warga asing ke malaysia disebabkan oleh
beberapa faktor penarik yang menarik minat mereka untuk datang bermigrasi ke Malaysia
ditambah pula dengan faktor penolak di negara asal mereka. Kemasukan warga asing di
Malaysia merupakan suatu dilema dalam konteks ekonomi dan sosial. Di satu sisi, warga asing
diperlukan untuk membantu pertumbuhan ekonomi. Di sisi yang lain, warga asing dianggap
menjadi pencetus masalah sosial tertentu. Kemasukan warga asing yang berleluasa dan tidak
terkawal ini akan menyebabkan berlaku lambakan warga asing dalam negara. Oleh itu, pihak
berwajib yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan bagi menangani kemasukan warga
asing ke Malaysia yang semakin tidak terkawal ini. Pihak berwajib perlu meneliti langkah-
langkah yang perlu dilakukan bagi menangani masalah kebanjiran warga asing ini.

3
2.0 KAWASAN TINJAUAN

Untuk melihat sendiri fenomena kebanjiran warga asing di Malaysia, kami sekumpulan telah
membuat tinjauan di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur. Kawasan tinjauan kami yang
pertama adalah di Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral). KL Sentral ialah sebuah kawasan
pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama Kuala Lumpur, ibu negara
Malaysia dan direka sebagai sebuah hab pengangkutan "antara-modus" iaitu melibatkan
pelbagai jenis pengangkutan. Hasil tinjauan kami mendapati kawasan KL Sentral dipenuhi
dengan warga asing dalam kalangan pelancong yang menggunakan KL Sentral untuk
mendapatkan perkhidmatan pengangkutan. Kami menggunakan perkhidmatan komuter untuk
ke kawasan tinjauan dan kami mendapati warga asing juga ramai dalam pengangkutan awam
tersebut. Oleh kerana kekangan masa, kami sekumpulan membuat tinjauan pada hari bekerja
jadi kemungkinan besar lebih ramai warga asing dapat dilihat di KL Sentral mahupun dalam
pengangkutan awam pada hujung minggu berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui
media.

Seterusnya, kami juga membuat tinjauan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) yang
merupakan antara pusat membeli-belah yang terkenal di Kuala Lumpur. Keadaan di Jalan TAR
yang strategik ini menyebabkan ramai pengunjung datang untuk membeli-belah. Keadaan ini
bukan sahaja berlaku ketika musim perayaan sahaja, malah pada hari-hari lain juga kawasan ini
menjadi tumpuan ramai. Namun, dalam sedar ataupun tidak kebanyakan peniaga di Jalan TAR
terdiri daripada warga asing. Tidak kiralah sama ada peniaga asing dengan izin ataupun tanpa
izin, kelibat mereka boleh dilihat di mana-mana sahaja. Antaranya adalah peniaga yang berasal
dari negara Bangladesh, Parkistan dan Indonesia. Jika dikaji, sudah pasti kita akan mendapati
bahawa peniaga asing adalah lebih ramai berbanding peniaga tempatan di Jalan TAR. Malah
sambutan yang diberikan oleh penduduk tempatan untuk membeli-belah di kedai-kedai mereka
juga amat menggalakan. Hal ini membolehkan mereka terus bertahan dalam dunia perniagaan
dalam masa yang lama. Kami sempat berbual dengan beberapa orang warga asing yang
berniaga di Jalan TAR untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai latar belakang dan
perniagaan mereka.

4
3.0 TREND DAN STATISTIK KEMASUKAN WARGA ASING

STASTIK MELIBATKAN WARGA ASING DI MALAYSIA

JADUAL 1 : JUMLAH PEKERJA ASING DI MALAYSIA MENGIKUT NEGARA ASAL, 2013


2015

NEGARA ASAL 2013 2014 2015


Country Of Origin JUMLAH/ Total % JUMLAH/ Total % JUMLAH/ Total %
Indonesia 1,021,655 45.4 817,300 39.4 835,965 39.2
Bangladesh 322,750 14.3 296,930 14.3 282,437 13.2
Thailand 17,044 0.8 12,467 0.6 13,547 0.6
Philippine 69,126 3.1 63,711 3.1 65,096 3.0
Pakistan 50,662 2.3 51,563 2.5 72,931 3.4
Myanmar 161,447 7.2 143,334 6.9 145,652 6.8
Nepal 385,466 17.1 490,297 23.6 502,596 23.5
India 124,017 5.5 105,188 5.1 139,751 6.5
Others* 98,155 4.4 92,624 4.5 77,060 3.6
JUMLAH / Total 2,250,322 100.0 2,073,414 100.0 2,135,035 100.0

SUMBER: KEMENTERIAN DALAM


NEGERI
Source: Ministry of Home Affairs

5
JADUAL 2 : JUMLAH PEKERJA ASING DI MALAYSIA MENGIKUT SEKTOR, 2013
2015

SEKTOR 2013 2014 2015


Sector JUMLAH/ JUMLAH/ JUMLAH/
Total % Total % Total %
PEMBANTU RUMAH/Maid 169,936 7.6 155,591 7.5 148,627 7.0
PEMBUATAN/Manufacturing 751,772 33.4 747,866 36.1 450,364 21.1
PEMBINAAN/Construction 434,200 19.3 411,819 19.9 745,131 34.9
PERKHIDMATAN/Services 269,321 12.0 270,048 13.0 293,433 13.7
PERTANIAN/Agriculture* 625,093 27.8 488,090 23.5 497,480 23.3
JUMLAH/Total 2,250,322 100.0 2,073,414 100.0 2,135,035 100.0

SUMBER: KEMENTERIAN DALAM NEGERI


Source: Ministry of Home Affairs

Jadual 1 dan 2 menunjukkan statistik pekerja asing yang bekerja secara sah di Malaysia iaitu
dianggarkan dalam 2 juta orang. Mengikut statistik Kementerian Sumber Manusia pula, jumlah
pekerja asing yang memiliki Pas lawatan Kerja Sementara pada 2014 mencecah 2.1 juta
manakala pendatang tanpa izin seramai 4.6 juta.

6
4.0 FAKTOR KEDATANGAN WARGA ASING KE MALAYSIA

4.1 FAKTOR PENOLAK

Kekurangan Peluang Pekerjaan

Antara faktor tolakan negara mereka ialah kekurangan peluang pekerjaan di negara asal.
Penduduk yang ramai menyebabkan peluang pekerjaan tidak dapat menampung penduduk
yang ada. Hal ini menyebabkan mereka nekad untuk berhijrah ke negara lain demi
mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga dan diri mereka sendiri. Contohnya boleh dilihat di
Pulau Jawa Indonesia yang kekurangan tanah menyebabkan ramai penduduk terpaksa
menganggur. Pengangguran inilah yang akan menyebabkan mereka berhijarah ke Malaysia
yang menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka.

Kemiskinan di Negara Asal

Kemiskinan di negara asal yang mendatangkan pelbagai masalah mendorong warga asing
tanpa izin masuk ke dalam Malaysia. Akibat kemiskinan penduduk di negara seperti Myanmar,
Indonesia, India dan Bangladesh mengalami kebuluran ditambah pula dengan bencana alam
yang kerap kali terjadi di negara mereka. Di sebabkan itulah yang menyebabkan negara
mereka tidak boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang sentiasa membangun.
Pembangunan yang perlahan dan kadar buta huruf yang semakin bertambah menyebabkan
mereka sukar mendapat pekerjaan di negara asal mereka. Tingkat upah yang begitu rendah di
negara asal mereka juga menyebabkan golongan pekerja asing yang tidak mahir hidup dalam
keadaan yang melarat dan amat menyedihkan hati.

Sindiket

Ada juga pendatang asing yang datang melalui saluran yang haram. Mereka ini sebenarnya
telah digula-gulakan oleh sindiket tertentu dan dieksploitasi sepenuhnya oleh majikan yang
berkehendakkan buruh asing. Kemasukan pendatang asing juga bergantung kepada polisi
negara iaitu dasar Malaysia membuka pintu negara seluas-luasnya telah mewujudkan sindiket-
sindiket tidak rasmi menjual tenaga kerja pekerja Indonesia dan Bangladesh.

7
4.2 FAKTOR PENARIK

Ekonomi

Faktor ekonomi di Malaysia telah membuka peluang pekerjaan yang luas, pendapatan yang
lebih tinggi berbanding negara asal mereka. Ini memberikan tarikan kepada mereka walaupun
di negara mereka mempunyai peluang kerja tetapi pendapatan yang di tawarkan adalah
rendah. Mereka ke mari untuk mencari kelebihan dengan mengumpul harta di sini dan
membawanya pulang dan kemudiannya di gunakan untuk membeli tanah, membina rumah,
berniaga dan sebagainya. Perkembangan sektor ekonomi yang semakin pesat di Malaysia juga
telah menyebabkan kaum wanita keluar bekerja untuk membantu memperkukuhkan ekonomi
keluarga. Ini menyebabkan tanggungjawab ibu yang sepatutnya berada di rumah untuk
menguruskan kesemua urusan rumahtangga harus di serahkan kepada pembantu rumah yang
rata-ratanya terdiri daripada pendatang asing.

Permintaan buruh tidak mahir yang tinggi

Permintaan tinggi datangnya dari sektor perladangan dan pembinaan. Sektor pembinaan juga
menawarkan peluang pekerjaan yang banyak rentetan daripada pembangunan pesat Negara.
Rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja di dalam sektor pertanian dan pembinaan
menyebabkan kerajaan terpaksa membuka peluang kemasukan buruh asing ke Malaysia.
Tambahan pula, keperluan negara juga terhadap permintaan ke atas tenaga buruh mahir masih
tinggi di Malaysia akibat keperluan kepakaran dalam bidang teknologi, perubatan, teknologi
maklumat, ekonomi dan sebagainya. Keperluan mereka diperlukan untuk membolehkan rakyat
tempatan menimba pengalaman, pengetahuan dan membantu pembangunan Negara dalam
menuju era globalisasi.

Sikap majikan dan pengusaha

Sikap majikan dan pengusaha juga merupakan faktor tarikan kemasukan pekerja asing dalam
negara. Golongan ini kebanyakannya lebih berminat mengupah buruh asing yang lebih murah
dari Indonesia, Filipina dan Thailand. Majikan tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar
KWSP dan insurans, ganti rugi atau pampasan kerana pekerja asing tidak diperuntukkan di
bawah Akta Buruh. Pekerja asing yang tidak berdaftar juga tidak akan membuat aduan kerana
takut ditangkap oleh pihak berkuasa. Majikan juga boleh memberhentikan mereka pada bila-bila
masa.

8
Dasar Kerajaan

Dasar kerajaan yang membuka lebih luas peluang pelaburan serta memberi layanan dan
kemudahan kepada pelabur asing untuk membina kilang mereka di sini. Kebanyakan pelabur-
pelabur daripada Jepun, Korea dan negara-negara Barat mendapati bahawa lebih untung
sekiranya mereka membina kilang di sini serta memindahkan operasi pemasangan dan
pembuatan mereka ke Malaysia. Kesan dari itu negara menghadapi masalah kekurangan
tenaga buruh dan ini merupakan salah satu tarikan yang menggalakkan kedatangan buruh
kenegara ini. Kerajaan turut membenarkan kemasukan sesetengah pekerja asing ke Malaysia
untuk bekerja dalam bidang-bidang tertentu. Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan
permintaan buruh terpaksa dipenuhi untuk meneruskan aktiviti perekonomian dan mengelakkan
kerugian dalam sektor-sektor tertentu.

Gambaran Kemewahan

Faktor lain adalah mereka manggambarkan Malaysia sebagai "Syurga Dunia" yang mewah,
banyak peluang yang banyak serta penndapatan yang tinggi. Ini berlaku apabila orang-orang
yang awal pergi ke Malaysia dan apabila mereka pulang ke negara asal mereka, mereka mula
membeli tanah, membuka perniagaan dan sebagainya dan ini secara tidak langsung telah
menarik perhatian dan memberi pengaruh kepada orang yang terkemudian. Sudah tentu
apabila mereka datang ke sini, dengan semangat bekerja keras sebagai buruh binaan
sememangnya mereka akan mendapat upah yang lumayan antara RM 25-30 sehari dan boleh
mengumpul wang dan mengirimkan wang kepada keluarga mereka yang berada di negara asal
mereka.

Faktor Sosial

Pendatang Indonesia seperti orang Jawa, Minang dan Kapar, mereka mempunyai keluarga
atau sanak saudara yang telah datang dan menetap di negara ini sejak awal tahun 30 an dan
40 an dahulu. Justeru hubungan erat ini telah memudahkan mereka datang kemari. Di samping
itu, tempat yang agak dekat misalnya dari Sumatera ke Malaysia, mereka hanya boleh menaiki
bot melalui Tambak Johor dan Selat Melaka dengan mudah tanpa halangan. Justeru
kedatangan mereka kini sebagai lanjutan dari pendatang yang datang ke Malaysia terlebih
dahulu sebelum ini.

9
Kepelbagaian Agensi Penghijrahan

Kebanyakan warga asing yang datang ke Malaysia adalah melalui pelbagai jenis agensi. Ada
antarnya agensi yang berdaftar dan ada juga yang tidak sah seperti "taikong darat" dan broker,
sebahagiannya menjadi wakil agensi dan sebahagiannya adalah orang perseorangan iaitu
orang Indonesia yang lebih awal datang ke sini pada awal tahun 70-80 an dan sudah
mempunyai pengalaman di sini. Apabila pulang ke negara asal, mereka membawa rakan-rakan,
keluarga atau buruh-buruh secara individu untuk di bawa ke sini. Mereka yang datang secara
haram ini lebih banyak berbanding pendatang yang datang secara sah.

10
5.0 IMPAK KEDATANGAN WARGA ASING KE MALAYSIA

5.1 IMPAK POSITIF

5.1.1 DARI ASPEK SOSIAL

Mempertingkatkan kepelbagaian budaya dan adat resam di Malaysia

Sebagaimana yang diketahui, pelbagai kaum budaya telah diamalkan di Malaysia. Namun,
apabila kedatangan warga asing ke Malaysia telah memperbanyakkan lagi budaya yang
diperkenalkan di Malaysia. Sebagai contoh, melalui cara pemakaian, makanan, cara berpakaian
sesama masyarakat dan sebagainya. Contohnya, warganegara Jepun yang telah bekerja di
Malaysia akan menunjukkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain. Dari segi
pemakaian pula, kebiasaannya masyarakat perempuan dari Jepun akan memakai kimono. Hal
ini sekaligus akan menunjukkan kepada Malaysia bagaimana ingin bersopan santun mahupun
beradab sesama sendiri bahkan mengajar setiap daripada kita untuk menerima kepelbagaian
yang wujud.

5.1.2 DARI ASPEK EKONOMI

Pertukaran teknologi moden

Kedatangan pekerja asing ke Malaysia samaada pekerja mahir mahupun separuh mahir akan
membolehkan Malaysia mempelajari dan memperoleh pelbagai teknologi baru melalui
usahasama antara kerajaan mahupun organisasi swasta dengan Negara-negara maju.
Kebiasaanya, tenaga buruh mahir yang mempunyai kepakaran dari segi ekonomi yang telah
terbiasa dengan penggunaan teknologi moden yang pantas berkembang maju akan
mengesyorkan kepada Negara Malaysia untuk mendapatkan teknologi moden bagi
melancarkan urusan pekerjaan yang telah mereka lakukan dan tidak akan hanya tertumpu
kepada teknologi sedia ada. Jadi, kedatangan mereka sedikit sebanyak akan membolehkan
Negara Malaysia menyebarkan sayapnya dengan penggunaan teknologi moden dengan
penghasilan barang-barang yang bermutu tinggi dan penghasilan yang cepat.

11
Sektor pelancongan meningkat

Tidak dapat dinafikan kebanjiran warga asing di Negara kita telah menyumbangkan banyak
pembangunan dalam sektor pelancongan. Hal ini kerana boleh dikatakan kehadiran warga
asing dari pelbagai Negara sebagai agen pelancongan di Negara kita. Semasa mereka
menetap di Malaysia sudah semestinya mereka akan mengenali Negara kita dengan lebih
terperinci dan menikmati keindahan beberapa tempat menarik yang boleh dilewati dan
seterusnya akan berupaya untuk menarik minat para pelancong dari Negara luar. Jadi, apabila
mereka pulang ke tempat asal mereka, sudah semestinya mereka akan menceritakan segala
pengalaman mereka semasa berada ni Negara Malaysia kepada saudara mara atau rakan-
rakan di Negara mereka. Hal ini sekaligus menyebabkan mereka mempunyai keinginan untuk
menikmati keindahan semualajadi di Negara kita dengan mata mereka sendiri.

Mengatasi masalah kekurangan pekerja

Kebanjiran warga asing di Negara Malaysia juga boleh mengatasi masalah kekurangan pekerja.
Hal ini kerana kebanyakan dari mereka yang datang ke Malaysia adalah dengan bertujuan
untuk mencari pekerjaan dan mencari rezeki disebabkan kesusahan yang dialami oleh mereka
yang ingin mencari pekerjaan di tempat asal mereka. Jadi, masalah kekurangan pekerja akan
dapat diatasi kerana mereka akan menerima apa-apa pekerjaan yang diberikan asalkan
mendapat sumber kewangan pada setiap bulan. Contohnya, pekerjaan dalam sektor
pembinaan seperti membuat bangunan, kilang-kilang dan sektor pertanian dan perladangan
seperti industri sawit dan sebagainya.

Memacu pembangunan Negara

Seperti yang kita ketahui, Malaysia merupakan sebuah Negara yang membanguan dengan
pesat dari segi ekonomi. Kemasukan warga asing inilah yang akan mnyebabkan Negara kita
membangun dengan pesatnya. Hal ini kerana terutama bagi lelaki, mereka sememangnya
mempunyai kemahiran dalam melakukan perkerjaan yang berat. Contohnya seperti membuat
bangunan dan membuat jalan raya. Bagi perempuan pula, mereka sememangnya mempunyai
bakat yang ramah seperti melakukan kerja-kerja rumah, menjaga anak-anak majikan dan
sebaginya. Oleh kerana ini, peubahan yang sistematik akan sentias berlaku di Malaysia. Jadi,
dalam usaha untuk mencapai sesebuah misi, keperluan tenaga buruh amat diperlukan bagi
mempercepatkan arus pertumbuhan pembangunan Negara.

12
5.2 NEGATIF

5.2.1 DARI ASPEK SOSIAL

Kadar jenayah semakin meningkat

Kebajiran warga asing di Negara Malaysia akan menyebabkan berlakunya kes-kes jenayah
dalam kalangan warganegara Malaysia. Hal ini kerana sesetengah pekerja asing yang datang
ke sini tidak mempunyai pekerjaan. Dalam tempoh tertentu, mereka akan melakukan kes-kes
jenayah yang membolehkan mereka untuk mendaptkan wang bagi membiayai kehidupannya.
Contohnya, menculik kanak-kanak dan membunuhnya untuk mengambil organ dengan menjual
organ-organ tersebut dengan harga yang mahal, mencuri, meragut dan sebagainya. Jadi,
semakin ramai warga asing membanjiri di setiap kawasan di Negara Malaysia, semakin
tinggilah keberangkalian untuk mereka meningkatkan jenayah di Negara kita. Hal ini sudah
pasti akan menyukarkan kehidupan rakyat di Negara kita.

Pertembungan budaya

Kemasukan warga asing yang ke negara ini akan menyebabkan berlakunya pertembungan
antara budaya. Budaya-budaya luar yang dibawa masuk oleh warga asing melalui proses
migrasi ke Malaysia menyebabkan berlakunya pertembungan budaya antara budaya luar
dengan budaya tempatan. Kesan daripada pertembungan budaya ini ialah akan berlakunya
penghakisan terhadap budaya dominan yang sedia ada terdapat di sesebuah kawasan itu.
Perkara ini berlaku apabila budaya baru lebih menonjol dan lebih mudah diterima pakai oleh
masyarakat di sesebuah kawasan. Bukan itu sahaja, pertembungan budaya ini juga akan
menyebabkan berlakunya asimilasi iaitu percampuran antara dua budaya sehingga
menghasilkan satu budaya yang baru.

Penyakit berbahaya meningkat

Kemasukan pendatang asing juga akan membawa pelbagai penyakit berjangkit seperti, HIV,
AIDS, penyakit kelamin, tibi dan sebagainya. Kemunculan hal ini kerana pendatang asing tanpa
izin ke Negara kita tidak diperiksa kesihatannya. Banyak di antara mereka yang berasal dari
kawasan yang mundur dan kesihatan yang kurang terjamin. Akibatnya, rakyat di Negara
Malaysia akan menjadi mangsa. Statistik ada menunjukkan bahawa bilangan rakyat yang
menghidapi penyakit tibi meningkat semula. Terdapat juga di kalangan mereka telah disahkan
pembawa kuman HIV dan Hepatitis. Selain itu, mereka juga dikatakan mendirikan rumah secara

13
haram di tanah milik kerajaan. Hal ini akan menyebabkan pelbagai penyakit timbul kerana
saluran perparitan yang tidak sempurna. Contohnya, akan menyebabkan demam denggi yang
disebabkan oleh nyamuk AEDES.

Masalah Penempatan Setinggan

Kebanjiran warga asing di Malaysia juga akan membawa kepada permasalahan penempatan
setinggan. Masalah penempatan setinggan ini berlaku apabila warga asing membina
penempatan mereka di sesebuah kawasan. Keadaan ini menjejaskan pandang darat di
sesebuah kawasan tersebut. Di samping itu, terdapat juga warga asing yang membina
penempatan secara haram tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak berwajib.
Penempatan yang dibina oleh warga asing ini juga bukan sahaja menjejaskan pandang darat
sesebuah kawasan malah ia turut mengundang pencemaran.

Berlaku pencemaran

Pencemaran seperti udara dan air akan semakin bertambah akibat kebanjiran warga asing di
Negara kita.. Pencemaran air dan udara akan berlaku kerana kewujudan rumah setinggan yang
tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas seperti tempat pembuangan sampai, tandas, air
kumbahan dan longkang. Jadi, perkara sebegini sekaligus akan mewujudkan pelbagai bau di
kawasan tersebut. Contohnya, air dibiarkan bertakung dan mengundang pembiakan nyamuk
AEDES. Bukan itu sahaja, sisa-sisa pepejal juga dibuang begitu sahaja sehingga boleh
mengakibatkan masalah pencemaran. Selain itu, haiwan perosak seperti tikus akan membawa
virus penyakit dan ia menjadi agen penyebaran bagi virus tersebut. Sebagai contoh,
penyebaran virus Leptospirosis atau dikenali sebagai virus kencing tikus yang berpunca
daripada air kencing tikus adalah salah satu virus yang boleh mengancam kesihatan
masyarakat.

Politik dan Keselamatan tergugat

Kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara ini boleh mengancam keselamatan negara
dan implikasi negatif kepada politik negara. Kesan pendatang asing tanpa izin kepada
keselamatan negara boleh dilihat daripada peningkatan dalam jumlah kes pendatang yang telah
menipu dokumen perjalanan mereka seperti kad pengenalan.. Aktiviti negatif yang berleluasa
seperti ini memberikan kesan buruk kepada imej negara di peringkat antarabangsa.Selain itu,
ancaman kepada keselamatan turut wujud apabila Malaysia dijadikan sebagai tempat
persinggahan pelarian atau tempat perlindungan sementara pendatang asing. Walaupun tujuan

14
asal pendatang asing ini ke Malaysia adalah disebabkan faktor ekonomi namun terdapat juga
yang datang untuk memperkembangkan sayap perjuangan politik mereka. Juga terdapat
pendatang asing yang menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum tiba ke negara
yang hendak mereka pilih untuk menetap.

5.2.2 DARI ASPEK EKONOMI

Pengaliran wang dari dalam ke luar Negara

Selain itu, kebanjiran warga asing di negara kita yang bekerja sudah semestinya akan
menghantar wang balik ke Negara asal mereka untuk digunakan dan membiayai kehidupan
keluarga mereka di Negara asal. Keadaan ini akan menyebabkan wang yang diperoleh akan
mengalir ke luar dan tidak digunakan untuk menbangunkan semula ekonomi Negara secara
aktif. Hal ini akan menyebabkan pendapatan Negara setiap tahun akan mengalami kerugian
beribu-ribu juta. Jika fenomena ini akan terus berlaku dan tidak ada pihak yang mengambil
tindakan sewajarnya, nescaya suatu hari nanti ekonomi Negara akan terjejas disebabkan
perkara sebegini.

Kadar pengangguran warga tempatan meningkat

Kebanjiran warga asing juga akan menyebabkan kadar pengangguran warga tempatan
meningkat dan sekaligus akan menyebabkan peluang pekerjaan warga tempatan terjejas.
Perkara sebegini berlsku kerana kebanyakan pihak majikan mahu menguoah pekerjanya
dengan gaji yang rendah. Justeru, para majikan akan mengurangkan bilangan pekerja
tempatan dan mengambil pekerja warga asing. Sebagai contoh, mereka akan memenuhi
pekerja asing dalam sektor perindustrian dan perladangan. Gaji yang rendah kepada pekerja
asing sememangnya menjadi punca utama kepada permasalahan ini berlaku.

Persaingan Dalam Perniagaan.

Kebanjiran warga asing yang bermigrasi ke Malaysia menyebabkan berlakunya kepadatan


penduduk di sesebuah kawasan. Apabila berlaku kepadatan penduduk di sesebuah kawasan
atau wilayah, maka akan wujudlah permintaan yang berlebihan. Jadi, warga asing melihat
masalah ini sebagai satu peluang untuk mereka membuka satu perniagaan baru bagi
memenuhi jumlah penawaran yang terhad. Hal ini akan memberi kesan kepada peniaga-
peniaga tempatan yang sedia ada. Berlaku persaingan dalam perniagaan antara peniaga warga
tempatan dengan peniaga warga asing. Masalah berlaku apabila terdapat peniaga warga asing

15
yang meletakkan tingkat harga barangan dan perkhidmatan mereka jauh lebih rendah
berbanding dengan peniaga warga tempatan. Di samping itu, terdapat juga warga asing yang
membuka premis perniagaan secara haram iaitu tanpa mendapat kelulusan daripada pihak
berwajib. Mereka juga terlepas daripada membayar cukai kepada pihak kerajaan. Keadaan ini
menimbulkan rasa ketidakpuasan dalam kalangan peniaga warga tempatan.

16
6.0 LANGKAH MENANGANI KEBANJIRAN WARGA ASING

Memperketatkan Kawalan dan Pengawasan di Sepanjang Persisiran Perairan

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan
pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad.
Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan
pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Pihak kerajaan perlu lebih
mengambil berat iaitu dengan memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di pintu-pintu
masuk negara dan sepanjang persisiran perairan negara. Oleh itu, pihak berkuasa perlu
mengenal pasti kawasan yang dijadikan sebagai tempat pendaratan dan kemasukan pendatang
asing tanpa izin. Wujudkan kerjasama antara badan-badan keselamatan.

Penguatkuasaan undang-undang

Penguatkuasaan undang-undang berhubung pekerja asing, terutamanya yang masuk tanpa izin
perlu diperketatkan. Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi dalang dan sindiket yang
menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Mereka yang diberkas seharusnya
dijatuhi hukuman yang berat termasuk hukuman mandatori. Para pendatang asing yang ditahan
ini harus dikenakan tindakan undang-undang yang tegas agar mereka tidak mengulangi
kesalahan yang dilakukan. Di samping itu, semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan
operasi-operasi mengesan, menahan dan menghantar semula pekerjapekerja tanpa izin.
Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan
dalam usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasi seperti ini akan
mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita

Kerjasama antara negara

Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang terbabit amat penting
untuk membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin. Pihak kerajaan melalui
Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan. Malahan
adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan
yang lebih efektif Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan
pekerja asing secara lebih teratur dan terkawal.

17
Meneliti semula dasar kerajaan

Dasar pengambilan pekerja asing perlu diteliti semula dengan menekankan hanya sektor
tertentu seperti pembinaan dan perladangan sahaja yang dibenarkan menggajikan buruh asing.
Maka tidak perlulah tukang cuci, pengawal keselamatan, juruwang, pelayan restoran hinggakan
di kedai-kedai runcit pun kita terlalu bergantung dengan orang luar, sedangkan pekerjaan ini
boleh diisi oleh orang tempatan. Orang tempatan pula jangan terlalu 'manja' dengan terlalu
bergantung pada pekerja asing.

Penggunaan teknologi bagi menggantikan tenaga buruh

Malaysia seharusnya mencontohi negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat
dan China yang menggunakan teknologi mesin bagi menggantikan tenaga buruh asing. Apabila
sesebuah negara itu mahu mengurangkan kos, mereka tidak menambah tenaga buruh asing,
tetapi menggunakan teknologi. Industri binaan di Korea, Jepun dan China menggunakan
teknologi pasang siap yang mampu disiapkan dengan pantas tanpa perlu menggunakan tenaga
buruh yang terlalu ramai.

Merancang Keperluan Tenaga Kerja yang Tidak Mencukupi

Pihak kerajaan mesti menganggarkan keperluan tenaga kerja bagi setiap sektor ekonomi
dalam negara kita. Hal ini mustahak dibuat supaya kita dapat menganggarkan keperluan tenaga
kerja tambahan bagi setiap sektor dan mengeluarkan pas atau permit kerja bagi pekerja asing
mengikut keperluan kita. Kemasukan pekerja asing tersebut jangan sampai menjejaskan
peluang bagi penduduk tempatan dan juga jangan sampai menekan penurunan kadar upah ke
tahap yang sangat rendah.

Mengutamakan rakyat tempatan

Kerajaan hendaklah memberi keutamaan kepada rakyat tempatan untuk bekerja di pelbagai
sektor di negara kita. Misalnya, bagi sektor perkhidamatan sebagai pembantu rumah, pihak
kerajaan mestilah mengenal pasti bilangan penduduk yang memerlukan pembantu rumah
mengikut kategori etnik, agama dan jenis kemahiran yang diperlukan. Pihak kerajaan juga
mestilah mendaftarkan penduduk tempatan yang berminat untuk menjadi pembantu rumah.
Latihan kemahiran asas pembantu rumah hendaklah diberikan kepada mereka supaya mereka
boleh menjadi pembantu rumah yang profesional. Kos pengendalian latihan tersebut hendaklah
ditanggung oleh majikan yang berminat untuk mengambil mereka. Kos tersebut adalah jauh

18
lebih rendah daripada kos yang terpaksa dibayar oleh majikan untuk mengambil pembantu
rumah warga asing. Begitulah juga perlu dibuat bagi keperluan pekerja bagi sektor-sektor lain,
seperti sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian.

Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama

Langkah utama yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja
asing adalah dengan melahirkan modal insan kelas pertama. Mahasiswa dan mahasiswi
digalak untuk memantapkan kemahiran insaniah iaitu lebih dikenali sebagai soft skill yang
merangkumi kemahiran untuk bercakap, menginterpritasi idea, kemahiran berbahasa inggeris
dan lain-lain. Tumpuan yang lebih besar diberi kepada usaha membangunkan modal insan
yang holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai yang utuh.
Modal insan adalah aset penting dan penentu bagi survival sebuah negara. Pembangunan
modal insan adalah perkara penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti.
Seterusnya, negara Malaysia mampu berdiri sendiri dalam mencapai matlamat negara.

Kerjasama masyarakat

Usaha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan
kejayaan yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat terutamanya pihak
majikan. Sesungguhnya sikap majikan yang acuh terhadap seruan kerajaan berhubung
masalah pendatang asing tanpa izin telah memburukkan keadaan. Golongan ini seharusnya
mengubah sikap demi kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja
asing yang memiliki visa dan permit kerja yang sah sahaja. Masyarakat setempat pula perlu
membuat laporan jika terdapat pendatang asing tanpa izin di tempat mereka.

19
7.0 TINJAUAN KES

Semasa kami sekumpulan membuat tinjauan di Jalan Tun Abdul Rahman, Kuala Lumpur, kami
sempat menemubual dua orang warga asing yang sedang bekerja di sana. Mereka adalah
peniaga di Jalan Tar.

Responden pertama kami adalah Miki, 22 tahun yang berasal daripada Pakistan. Miki
seorang yang bekerja sambilan di sebuah kedai pakaian yang menjual pelbagai jenis kain
pasang. Majikannya adalah seorang warga tempatan. Beliau mengatakan beliau sukakan
persekitaran Malaysia yang aman dan suka bekerja di Malaysia. Beliau telah menetap di
Malaysia selama tiga tahun dan masih lagi belum berkahwin. Walaupun belum fasih berbahasa
melayu sepenuhnya, beliau tetap menggunakan perantaraan Bahasa melayu dalam urusan
perniagaannya.

Responden kedua kami adalah seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Puan Eli.
Beliau berasal dari Padang Indonesia dan berumur 48 tahun. Beliau menceritakan yang beliau
telah datang ke Malaysia dari tahu 1987. Bermakna sudah 29 tahun Puan Eli berada di
Malaysia. Selain itu, Puan Eli mengatakan bahawa tujuan beliau datang ke Malaysia pada
asalnya adalah kerana dibawa oleh ibunya semasa beliau masih di usia remaja. Sehingga kini,
tujuan beliau datang ke Malaysia adalah untuk mencari rezeki bagi menampung keperluannya
sekeluarga. Kini Puan Eli telah berjaya mempunyai satu vendor sendiri yang menjual pelbagai
jenis kain pasang dan pakaian. Kedai Puan Eli dibuka pada tahun 2007, iaitu sudah sembilan
tahun dan masih bertahan sehingga sekarang. Beliau juga telah mempunyai anak yang telah
berkahwin dan sudah sememangnya menetap di Malaysia. Jika tidak menemubualnya sudah
pasti kami tidak tahu yang Puan Eli peniaga warga asing kerana pertuturannya sudah persis
sekali masyarakat melayu.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa keadaan persekitaran negara yang aman dan damai
telah menjadi penarik untuk peniaga-peniaga asing ini untuk membuka perniagaan di Malaysia.
Tambahan pula kedudukan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang strategik telah menjadi faktor
peniaga-peniaga ini untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.

20
8.0 KESIMPULAN

Kesimpulan, pelbagai faktor yang telah membawa kedatangan warga asing ke Malaysia.
Kepesatan pembangunan dan ekonomi serta keharmonian penduduk telah menjadikan
Malaysia tarikan dan lubuk emas di mata warga asing. Sejarah juga menceritakan bahawa
kedudukan Malaysia yang terletak di kawasan yang strategik telah menarik minat pedagang
untuk singgah dan membuka pangkalan mereka di sini. Sehingga kini, kebanyakan warga asing
yang datang ke Malaysia antaranya daripada negara-negara jiran seperti Bangladesh, India,
Thailand, Filipina, Pakistan dan Indonesia.

Tidak dinafikan kedatangan warga asing ke negara ini terdapat kebaikannya sendiri
namun keburukannya lebih memberi kesan besar kepada masa depan negara. Kedatangan
pendatang asing ke negara ini telah menjadi suatu dilema kepada kerajaan dalam menjaga
keutuhan ekonomi dan sosial negara. Memang tidak dapat dinafikan sumbangan pekerja asing
di dalam pembangunan fizikal negara. Namun begitu, sumbangan ini telah dibalas dengan
kadar upah yang lumayan dan kebebasan penggunaan kemudahan awam semasa mereka di
sini. Kebanjiran warga asing telah membawa pelbagai impak khususnya ancaman kepada
peluang ekonomi penduduk tempatan dalam bidang perniagaan peluang pekerjaan. Bahkan
memberi kesan dalam aspek sosial termasuk kesihatan dan keselamatan negara.

Namun demi menyelesaikan masalah pekerja asing, semua pihak harus memainkan
peranan mereka dengan baik supaya hanya pekerja asing yang sah yang berada di negara.
Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan patutlah mengkaji segala aspek dari segi politik, sosial
dan ekonomi supaya kemasukan pekerja asing ini dapat dimanfaatkan untuk pembangunan
negara. Oleh itu, langkah yang drastik dan signifikan harus difikirkan bersama agar bilangan
pendatang asing tanpa izin ke Malaysia dapat di bendung dengan jayanya. Bukan sahaja
kerajaan yang berperanan dalam menangani kebanjiran warga asing ini, ahli masyarakat juga
perlu memainkan peranan masing-masing bagi membendung masalah ini.

21
9.0 RUJUKAN

Mohamad Fauzi Sukimi & Muhd Ridhwan Sarifin. (2014) .Negara, undang-undang dan tenaga
kerja asing: Antara ideal dan realiti di Malaysia. Dimuat turun pada 3 November 2016 dari
http://journalarticle.ukm.my/6948/1/11oke.geografia-jan-2014-Fauzi-edam.pdf

Che Hasyim Hassan. (2009). Buruh Asing di Malaysia: Trend, Kaedah, Masalah dan Cara
Mengatasinya. Dimuat turun pada 23 November 2016 dari http://e-
journal.um.edu.my/filebank/articles/2688.pdf

Zakaria Mohd Yusof. (2005). Kearah Pengurangan Kebergantungan Tenaga Kerja Asing di
Sektor binaan. Dimuat turun pada 3 November 2016 dari
http://eprints.utm.my/8786/1/ZakariaMohdYusof2005_KeArahPenguranganKebergantunganTen
aga.pdf

Shahisa, T. (2013, November 23). Faktor-Faktor Kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin ke
Malaysia. Diambil dari http://sitiaishahisa.blogspot.my/2013/11/faktor-faktor-kedatangan
pendatang.html

Jabatan Penerangan Malaysia. (2015). PATI: Pendatang Tanpa Izin. Bahagian Penerbitan
Dasar Negara. Dimuat turun pada 12 November 2016, dari
http://www.penerangan.gov.my/dmdocuments/pati/files/downloads/pati.pdf

Rusniah Ahmad, Mohamed Naiem Ajis, dan Saadon Awang (2014). Permasalahan pendatang
tanpa izin di Malaysia dari aspek sosial dan perundangan. Dimuat turun pada 12 November
2016, dari http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/11/2-Permasalahan-
PATI.pdf

Arvin Tajari & Nurfazlina Affendi (2015). Illegal Immigration and Security Crisis in Sabah
(Malaysia). Dimuat turun pada 12 November 2016, dari
https://worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full%20paper/IC%20006%20ILLEGAL%20I
MMIGRANT%20AND%20SECURITY%20CRISIS%20IN%20SABAH.pdf

Kementerian Sumber Manusia. (2013). Immigration in Malaysia: Assessment of its Economic


Effects, and a Review of the Policy and System. Dimuat turun pada 12 November 2016 dari
http://psu.um.edu.my/images/psu/doc/Recommended%20Reading/Immigrationmalaysia.pdf

22
10.0 LAMPIRAN

Tinjauan kami di sekitar Kuala Lumpur Central mendapati ramai warga asing di sini
terutamanya dalam kalangan pelancong asing.

23
Tinjauan kami di sekitar Jalan TAR

Bersama warga asing dari Pakistan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di gedung
Muaz Textiles, Jalan TAR

Miki, Peniaga warga asing di Jalan Tar yang berasal dari Pakistan

24
Bersama Puan Eli , warga asing dari Indonesia yang mempunyai kedai perniagaannya sendiri di
Jalan Tar

25
Transcribe Temu Ramah di Kawasan Tinjauan

Kami sempat menemubual dua orang peniaga warga asing di Jalan Tar. Berikut merupakan
transcribe temuramah kami.

Responden Pertama: Miki, dari Pakistan

Ahli Kumpulan : Hai. Kami dari UPM. Boleh kami temuramah kamu sebentar untuk

Assignment kami?

Miki : Boleh. Tapi sekejap saja ya. Itu kerja.

Ahli Kumpulan : Ok. Boleh perkenalkan sikit tentang diri kamu?

Miki : Saya nama itu Miki Nathi. Umur 22 sekarang. Lepastu saya kerja jurual di

kedai kain ini sekarang.

Ahli Kumpulan : Macam mana kamu datang ke Malaysia?

Miki : Sini macam saya visit lepas itu saya suka Malaysia so sini macam saya

sekarang kerja.

Ahli kumpulan : Dah lama ke tinggal di Malaysia?

Miki : Saya sudah lama tinggal sini. Sudah 3 tahun. Saya bekerja disini sudah 3

tahun juga.

Ahli Kumpulan : Ok itu sahaja. Terima kasih.

Miki : Sama-sama.

26
Responden Kedua: Puan Eli, Warga asing dari Indonesia

Ahli Kumpulan : Assalamualaikum. Kami pelajar UPM. Boleh kami interview makcik

sekejap?

Puan Eli : Boleh dik.

Ahli Kumpulan : Boleh kenalkan sedikit tentang diri makcik?

Puan Eli : Nama Acik Puan Eli. Datang dari Indonesia. Masa tu dating ke Malaysia

tahun 1987.

Ahli Kumpulan : Oh dah lama la. Acik Indonesia dekat mana? Umur?

Puan Eli : Dekat Padang. Umur 48 tahun.

Ahli Kumpulan : Tujuan acik datang kerja kat Malaysia?

Ahli Kumpulan : Masa dulu mak acik bawak acik kesini. Masa tu acik anak dara lagi.

Biasalah merantau untuk cari rezeki.

Ahli Kumpulan : Ni kedai acik sendiri ye?

Puan Eli : A ah.

Ahli Kumpulan : Acik cakap tak da bunyi Indonesia dah.

Puan Eli : Itulah acik suddah lama disini. Anak acik semua sekolah disini. Ada yang

dah kahwin pun.

Ahli Kumpulan : Ok.Acik da lama ke buka kedai ni?

Puan Eli : Kedai ni? Dah lama. 10 tahun dah.

Ahli Kumpulan : Ok itu sahja. Terima kasih.

Puan Eli : Sama-sama.

27

Anda mungkin juga menyukai