Anda di halaman 1dari 3

Karangan Warga Emas Harus Disayangi Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara

yang semakin baik. Cuma jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula. Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua semakin baik. Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara yang semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini. Namun, keadaan ini turut menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan ini semakin ramai supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini? Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian. Tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu juga dengan pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan potongan harga atau rawatan percuma kepada golongan ini dalam penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi keselesaan hidup kepada warga emas ini. Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang dibina mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut haruslah moden dan tidak nampak membosankan. Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini. Pada hari yang sudah diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai aktiviti yang bercorak warga emas. Aktiviti beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan terutama untuk memberi kesedaran betapa warga emas dan muda saling memerlukan antara mereka. Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar pengalaman yang dialami oleh warga emas. Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana pendapatan kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan warga tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian

dengan keadaan fizikal warga emas. Langkah ini turut menjadikan kehidupan mereka lebih menarik dan tidak membosankan. Warga emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke arah sesuatu yang lebih bermakna. Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini.

Tajuk: Warga tua di negara ini terus bertambah saban tahun terutama di kawasan bandar. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memudahkan kehidupan warga tua di negara ini. Contoh Jawpan: Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun yang juga dikenali sebagai warga emas. Populasi warga ini semakin hari semakin bertambah di negara ini terutama di kawasan bandar. Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini menyebabkan negara memerlukan satu perancangan baru untuk menjadikan kehidupan warga ini lebih baik dan ceria setelah penat bekerja memajukan negara. Maka, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan, swasta dan masyarakat untuk menceriakan kehidupan warga emas ini. Kerajaan boleh mengumumkan bahawa semua warga tua boleh menikmati pelbagai kelebihan yang boleh meringankan beban kewangan mereka seperti pemberian diskaun tambang pengangkutan awam, kos hospital dan juga pembelian barangan yang sering diperlukan oleh mereka. Langkah kerajaan ini sudah pasti akan meringankan beban kewangan mereka terutama kos rawatan yang begitu mahal dan risiko mereka yang juga tinggi kerana sudah berusia lanjut.? Pengumuman dasar ini sudah pasti akan menjadikan warga tua lebih ceria kerana sedar bahawa negara terus menghargai mereka walaupun mereka sudah tidak lagi bekerja. Jelaslah, kerajaan harus mengumumkan satu dasar yang boleh menjadikan kehidupan warga emas lebih ceria. Selain mengumumkan hari warga tua, kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan mereka. Penganjuran lawatan ke tempat-tempat menarik khas untuk warga tua harus dilakukan dengan kerap seperti setiap hujung minggu dan sebagainya.? Aktiviti seperti ini mampu menjadikan kehidupan warga tua lebih menarik dan tidak menjemukan mereka serta dalam masa yang sama mampu untuk meningkatkan

semangat mereka untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan kerana mereka bergaul dengan rakan-rakan seusia. Sebenarnya, usaha melakukan lawatan ini menjadikan kehidupan mereka lebih berharga dan mampu memberikan satu matlamat untuk mereka meneruskan kehidupan. Pembinaan rumah warga tua harus diperbanyakkan terutama di kawasan bandar kerana sudah ada peningkatan permintaan terhadap ruang buat warga emas ini. Keadaan kehidupan bandar yang penuh cabaran dan tekanan hidup yang tinggi menjadikan warga emas sasaran mudah segelintir anak yang menggunakan alasan terlalu sibuk untuk menghantar ibu bapa mereka ke rumah bantuan kerajaan ini. Kemudahan yang disediakan di rumah orang tua ini juga perlulah lengkap dan bersesuaian dengan keadaan fizikal dan kemampuan kewangan warga tua supaya kehidupan mereka lebih ceria. Sesungguhnya, semakin banyak rumah orang tua didirikan semakin bermaknalah kehidupan warga tua kerana mereka mempunyai tempat untuk berlindung pada masa akan datang. Namun langkah yang paling efektif untuk menjadikan kehidupan golongan ini bermakna ialah sikap masyarakat terhadap kumpulan umur ini harus berubah menjadi lebih positif. Kita sering menyaksikan banyak pihak terutama golongan muda yang menganggap orang tua sebagai penyibuk, tidak memahami perasaan orang muda, lambat bergerak dan sebagainya. Pandangan yang sebegini menyebabkan sering berlaku perbezaan pendapat antara golongan muda dengan tua yang membawa renggangnya hubungan antara mereka. Jelaslah, masyarakat terutama warga belia harus menerima hakikat bahawa lumrah hidup akan menyaksikan yang tua menjadi muda lalu belajar memahami golongan tua ini. Kesimpulannya, warga tua bukanlah sampah masyarakat yang harus dibuang setelah penat menabur budi selama ini kepada negara dan golongan muda. Kumpulan masyarakat ini berhak menerima layanan yang terbaik mungkin daripada negara dan masyarakat tanpa sebarang alasan. Semua pihak harus sedar dan menerima kenyataan bahawa tanpa warga tua tiadalah warga muda. Bayangkan jika anda sudah tua dan disisihkan oleh anak.

Anda mungkin juga menyukai